28 February 2008

Kehamilan

By Week 8 of your pregnancy, many things have already happened. Here's what's going on inside your body:


Baby's spinal column are beginning to form around week 5

Head, chest and abdomen are forming
Heart is beating
Arm and leg buds appear
Beginnings of mouth and jaw are visible
Beginnings of fingers and toes appear
Lungs are formed
Eyes and ears are developing
Intestines are forming
Spine is flexible and moveable by week 8
All internal organs are in place by week 8
Genital organs are visible
Shoulders, elbows, knees and hips are developing



Pictures of Pregnancy Stages - Week 12
Inner ear, external ears, eyes, mouth and nose are developing
Arms, legs, hands and feet are growing quickly
Heart is pumping blood to all parts of the body
All internal organs are functioning




Pictures of Pregnancy Stages - Week 16
Your baby is now completely formed (by week 13)
From now on, growth will be rapid
Arms and legs can bend
Heartbeat can be heard with ultrasound
Baby's weight has more than doubled from week 15 to week 16
Baby is moving quite vigorously
Muscles are getting stronger
Eyebrows and lashes grow





Pictures Of Pregnancy Stages - Week 20
Here's what's going on inside between weeks 16 and 20.
Baby is covered in fine hair
Muscles are developing rapidly
Baby continues to grow and put on weight
Teeth are beginning to form
Hair is growing on baby's head
Muscle strength is increasing
Baby is very active



Pictures Of Pregnancy Stages - Week 24
Between weeks 20 and 24, your baby is growing rapidly and it starting to put on weight.
Baby can suck its thumb
Baby can hiccup and cough
Baby weighs just over 1 pound

Pictures Of Pregnancy Stages - Week 28
By Week 28, your baby is perfectly formed and starting to fill out.
Vernix coats the baby's skin
Baby's lungs are mature
Fat is starting to accumulate
Baby weighs approximately 2 pounds



Pictures Of Pregnancy Stages - Week 32
By Week 32, you may be starting to feel the effects of the baby's increasing size. Most mom's' find that they tire easily at this stage and that they feel out of breath when exerting themselves.
Most babies are in the head down position
The placenta is mature
Baby's head and body are now in proportion to each other



Pictures Of Pregnancy Stages - Week 36
By Week 36, you will be tiring easily, may be having trouble finding a comfortable sleeping position and you may even be experiencing Braxton-Hicks contractions as your body gets prepared for the arrival of your new baby.
Baby continues to gain weigh
The irises of the eyes are now blue

Baby weighs approximately 5 pounds



Pictures Of Pregnancy Stages - Week 40
At Week 40, your baby is fully mature and ready to be born. You may lose your appetite as the baby leaves less room for your stomach to expand and you may feel particularly tired. It's a good idea to nap during the day whenever you can.
Most of the vernix on the baby is gone
Most of the lanugo is gone
In a boy, the testicles have dropped
Baby's eyes are open and it can distinguish light

AJAR ANAK KE TOILET

Article English kat bawah nie..harap2 dpt membantu / buat panduan..

http://parentcenter.babycenter.com/0_developmental-milestone-toilet-training_63952.pc?page=1&articleId=63952

note: masa abid dulu..yan start toilet train kan dia masa umur 1 1/2 thn, lebey
kurang..dia bebas drpd pampers pada umur 2 tahun..


1. During weekends jerr (start sebelah siang dulu)..yan freekan dia frompampers..pakai seluar ajer..- ni bagus sebab anak kita rasa lapang & sejuk, takder la terperap dgn airkencing / najis(yg ni quite tough sebab byk kali jugak "accident" - anak terkencing ataslantai..sometimes kat carpet..so, masa nie, memang bagus kalau dpt clearkan carpet kat umah..so, senangnak mop or cuci lantai..heheh

tips: kesabaran amat perlu)

2. Keep asking (selalukan tanya) anak kita, "nak kencing / syoo/ o-ohhh?" (sebab anak2 kecik ni mudah lupa..hehhehe bukan melayu jer mudahlupe..)

3. kalau boleh/ berkesempatan.. belikan anak kita potty ataupon boleh jugak pelapik kat toilet bowltu.. (berspan + ada kartun2) yg anak kita boleh duduk dgn confortable kat atas tu (ada jual kat Toy'USrus shop..)

-yan beli yg nie jer, tapi, mak/ayah kena monitor ikut sekali anak ketoilet sebab dia maybe tak sampai lagi nak panjat toilet bowl tu) ada jugak yg jenis siap dgn tangga sekali ..yg tu much2 expensive...

4. perkenalkan spender / panty kat dia... (pilih yg corak kartun2 yg budak2 suka)mesti dia syok nak pakai..benda baru ler katakan..

5. tak semestinya start train dia bila dia dah mula tunjukkan sign nak"syuuuu" or what ever..kalau kita start earlier lagi bagus..sebab secara tak langsung, kitarangsang anak kita untuk alerton the sign utk buang air kecik or besaq, lebih cepat..

6. kalau nak practice toilet train waktu mlm, make sure lepas dia habis minum susu jer, kita pujuk dia pi toilet,suruh dia kencing..

(also maintain keep asking anak kita, "nak kencing / syoo/ o-ohhh?") ataupon, kalau nampak mata dia macam nak lali-lai dah tu.. terus ajakdia "jom sayanggggg, kita pi toilet nakkkk" (sebelum tido, better kalau dia dpt pi toilet dulu)

7. jgn lupa as precautious, lapik la tilam plastik alas tempat tido anakkita..supaya mak bapak tak susah pulok di kemudian hari..hehehhe

8. Bila anak dah pandai nak kencing & selalu terjaga nak kencing jam 2-3-4 pagi &kejutkan kita, jgnla buat2 tido pulok..huhuhtemankanlah buah hati tu pi toilet..

9. Nak senang lagi, hantaq anak kita pi sekolah / preschool / nursery ygajaq toilet-train sekali..heheh..kekadang, budak2 nie, kalau dia dah ada kawan & suka berkawan,secara tak langsungdia akan tertrain untuk independent, especially dlm toilet train nie..

10. SACRIFICE + SABAQ byk2 dlm mengajaq anak..kalau kita mak bapak tak kuat motivasi, it may delay our childin the process of getting rid of pampers..apa2pon, setiap anak, peringkat perkembangan dia berlainan..ada yg cepat & lambat..tapi..kalau kita usaha + doa, insyaalah, it does helps..bukan apa..paling penting mak bapak dpt jimat duit (beli pampers)tambah2 dlm kehidupan kita yg dibebani dgn kos hidup yg makin tinggi..di samping anak2 kita lebih sihat & ceria apabila bebas drpd pampers...sekian..~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~enjoy

Bercuti di Pulau Bali











ini artikel yg aku ambil dari berita harian bertarikh 28 hb2...




Bali jadi pilihan pelancong kerana keindahan pantai dan mitos silam BALI di Indonesia menjadi pilihan pelancong bukan saja kerana keindahan pantainya tetapi juga mitos silam yang tersimpan, selain monumen khas yang dibina di Jalan Ligian, Denpasar sebagai mengingati peristiwa pengeboman yang menyebabkan 202 nyawa terkorban pada 12 Oktober 2002. Beberapa tempat menarik seperti Kintamani dengan suasana yang sejuk serta pemandangan indah, Gunung dan Tasik Batur juga menggamit pelancong datang. Malah, seseorang dianggap tidak ke Bali kalau tidak sampai ke Kintamani dan Tanah Lot, dua destinasi pelancongan yang begitu intim kepada pelancong dengan kedudukan satu di puncak gunung berhawa sejuk dan satu lagi di tepi samudera luas terbentang.
Selain itu, terdapat beberapa daya tarikan di Ubud sebuah kawasan desa yang terkenal dengan kraftangan ukiran dan lukisan. Di pekan, ia menjadi tumpuan pelancong untuk mendapatkan cendera mata yang cantik dan murah sebagai oleh-oleh. Begitu juga di Pasar Kumbasari, pelancong akan dilayan dengan mesra pada harga borong walaupun hanya membeli satu unit saja. Kebanyakan barangan kraftangan dan batik di pulau itu dibekalkan dari Kumbasari. Tempat bersejarah seperti di Goa Gajah dan Begudul masing-masing kaya dengan kisah lagendanya. Kalau di Goa Gajah pelancong boleh bermeditasi dan berdoa untuk mendapat restu dari dalam Goa Gajah (mengikut kepercayaan penganut Buddha) hajat konon termakbul maka di Bedugul pula pelancong dapat menyaksikan keindahan beberapa pura iaitu berhala.






Selain menyaksikan keindahan matahari terbenam, Tanah Lot juga mempunyai daya tarikan lain iaitu sebuah telaga di bawah perut sebuah pulau kecil yang ditenggelami air laut ketika air pasang. Bagaimanapun, anehnya, air dalam telaga berkenaan tetap tawar selepas air surut. Pelancong boleh merasa atau minum air atau membasuh muka dengan membuat nazar yang mengikut kepercayaan akan dikabulkan. Namun umat Islam tidak digalak melakukannya. Nusa Dua dan Nusa Penida tidak kurang menariknya tetapi ia tidak termasuk dalam senarai lawatan oleh kebanyakan pengusaha pelancongan kecuali atas permintaan. Destinasi pelancongan menarik lain ialah Pantai Sanur, Uluwatu, Sukowati, Celuk, Batubulan, Mengwi dan Tampaksiring.








Ramai pelancong Malaysia terutama yang pertama kali berkunjung ke pulau itu bimbang sukar mendapat makanan halal tetapi kebimbangan itu wajar diketepikan kerana banyak restoran yang diusahakan orang Minang menyediakan makanan untuk pengunjung Islam. Penulis sendiri membawa makanan segera sebagai bekal tetapi akhirnya menghadiahkannya kepada pekerja di sebuah hotel di situ selepas mendapati makanan halal mudah diperoleh. Jika ingin mendapatkan ketenangan melancong di Indonesia, Bali adalah tempatnya bagi pelancong bersantai sambil membeli-belah dengan harga murah kecuali di pusat beli-belah milik pelabur asing yang hanya berurus niaga dalam dolar Amerika Syarikat. Bagaimanapun, untuk membeli barangan pada harga rendah, petuanya mudah, pelancong perlu menawarkan separuh daripada harga yang ditawarkan dan jika pandai menarik hati penjual, mereka boleh mendapatkan barangan serendah 60 peratus berbanding harga asal. Mereka yang menggemari makanan laut pula boleh berkunjung ke Pantai Jimbaran sambil menyaksikan pesawat turun naik di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai. Bagi rakyat Malaysia, berbelanja di Bali agak `menakutkan' kerana harganya disebut puluh, ribu malah jutaan Rupiah sedangkan jika mata wang itu dinilai dengan Ringgit Malaysia, harganya tidaklah seberapa. Oleh itu ada gurauan `jika ke Bali semua jadi jutawan, tetapi apabila pulang kampung boleh sakit gigi'. FAKTA: Pulau Bali
Pulau Bali yang dikenali sebagai pulau seribu pura dan dewa
Mempunyai 3.1 juta penduduk dengan 85 peratus beragama Hindu
Menjadi pilihan pelancong terutama dari Eropah dan Australia
Kini jadi tumpuan pelancong China, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan Malaysia
Purata 9,000 pelancong dari Malaysia mengunjungi Bali setiap bulan.

....///


nak cerita pilah kat hangpa semua...aku sebenarnya pernah bekerja di pulau bali selama setahun.....


masa tu dlm tahun 2001...

27 February 2008

Gempur Tokai jika mahu kuasai Pendang

///////////hangpa ingat kami nak duk diam saja kah....
kami akan GEMPUR sg tiang...




Gempur Tokai jika mahu kuasai Pendang

Oleh SHARIZA ABDULLAH
PENDANG merupakan satu-satunya kawasan Parlimen di Kedah yang berjaya ditakluki Pas pada pilihan raya umum 2004. Namun jika dilihat kepada sejarah Pendang, kawasan ini cukup sinonim dengan pengaruh pembangkang.
Malah sejak negara mencapai kemerdekaan, kerusi Parlimen ini sering bertukar tangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pas pada setiap kali pilihan raya.
Parlimen Pendang mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Tiang dan Tokai yang masing-masing dikuasai oleh BN dan Pas.
Pada pilihan raya kali ini, kedudukan Pendang dianggap masih terbuka dan ia amat bergantung kepada sikap pengundi di kawasan ini.
Jika dilihat kepada keputusan empat pilihan raya yang lepas sejak 1995, termasuk pilihan raya kecil 2002, sebanyak empat kali Pendang bertukar tangan antara BN dan Pas.
Pada pilihan raya umum 1999, calon BN, Datuk Othman Abdul gagal mempertahankan kerusi Pendang apabila tewas kepada Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dengan majoriti 2,939 undi.
BN kemudian menguasai semula kerusi tersebut menerusi pilihan raya kecil yang diadakan ekoran kematian Fadzil pada 2002. Pilihan raya kecil itu diadakan pada 18 Julai 2002.
Othman yang diberi kepercayaan untuk bertanding sekali lagi di Parlimen berkenaan berjaya menewaskan calon Pas, Dr. Mohamad Hayati Othman dengan majoriti 283 undi.
Bagaimanapun, pada pilihan raya umum 2004, Pas sekali lagi dipilih pengundi apabila Mohanad Hayati menewaskan calon BN, Datuk Md. Rozai Shafian dengan majoriti tipis 50 undi.
Kekalahan BN ketika itu dikaitkan dengan kesilapan strategi selain pengurusan pilihan raya yang kurang kemas.
Hakikatnya, sikap pengundi yang berubah-ubah itu mencerminkan bahawa Pendang bukan kubu kuat Pas seperti yang dianggap sesetengah pihak.
Kemenangan calon Pas pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti tipis turut meletakkan parti pembangkang itu dalam keadaan 'tidak selesa' untuk mempertahankannya.
Sebenarnya, Pas dikatakan kuat di Pendang kerana pengundi di DUN Tokai sentiasa memihak kepada mereka.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-11, calon parti itu, Mohamed Taulan Rasul menumpaskan calon BN, Shamsuddin Tahir dengan majoriti 4,719 undi.
Tetapi keadaan itu diimbangi oleh pengundi di DUN Sungai Tiang (N19) yang pada pilihan raya umum lalu memilih calon BN, Suraya Yaacob untuk menjadi wakil rakyat mereka.
Suraya ketika itu menewaskan calon Pas, Abdul Mutalib Awang dengan majoriti 4,250 undi.
Ada pihak berpendapat jika BN ingin menawan Pendang, mereka perlu menggempur DUN Tokai selain memastikan sokongan pengundi BN di DUN Sungai Tiang semakin mantap.
Md. Rozai yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Pendang ketika ditemui Utusan Malaysia optimis bahawa BN akan menawan kembali Parlimen itu pada pilihan raya kali ini dan beliau sekali lagi menjadi sandaran BN bagi menggalas cabaran itu.
"Rakyat dapat melihat dengan jelas, meskipun Parlimen Pendang di bawah Pas tetapi kerajaan BN tetap meneruskan program pembangunan kerana tidak mahu jurang yang ketara berlaku di kawasan lain. Saya yakin dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat kebelakangan ini, BN mampu memperoleh undi lebih besar," katanya.
Selain Md. Rozai yang bertanding di Parlimen Pendang, DUN Sungai Tiang pula akan dipertahankan sekali lagi oleh Suraya manakala Tokai oleh bekas Ketua Wanita UMNO Kedah, Fatimah Ismail yang pernah mewakili DUN Sungai Tiang.

25 February 2008

Percutian ke ILHAM PD

Peringatan

Asslaammulaikum...heh..!JANGAN LUPA, ILHAM, minggu nie tauuuuu...check-in Jumaat (29 Feb 2008) at 2.30 pm..tapi kalau dah ada apt yg kosong, boleh terus check in early...

yan cuti jumaat nie..biasalah..nak kemas rumah & nak bawak kelengkapan ke PD..17V plan nak bawak electric rice cooker..lagi ehm...jajan2..lagi..aaa..akandecide kemudianlah..mak pon maybe ada plan gak pasai makanan..(JGN LUPA ilham tade dapur gas...)

HAH! Sapa2 volunteer nak buat AGENDA selama 3 hari 2 mlm kat PD..???????buat, jgn tak buat, sebab kita nak fully utilize masa berholiday bersamacuti2 Family Day...hehehhe

FYI,yan dah book 4 rooms apt...2 bilik tingkat bawah + 2 bilik tingkat atas in 1 apt..so, yan nak reservekan billik bawah untuk mak & abah + Oni (kalau jadi mai)and..saper lagi...17 V lerr..heheheh (apa2 pon, boleh dirunding kemudian,kot2 ada better offer...kuikuikui)

if maids (bukit subang & 16V) join,jgn lupa spare toto ka narita ka & x-tra bantal ker (unless nak book extratilam ilham)sebab bilik ngam2 untuk 4 family:1.mak abah oni - 1 bilik2. 17V - 1 bilik3.16V - 1 bilik4. Bkt Subang - 1 bilik17V akan bertolak sama2 dgn mak abah,insyallah lepas solat jumaat 29 feb2008..

Hmm..apa ada kat ilham..bagi sapa2 yg dah lupa ilham ada apa..or maybe latest updates on apa ygilham ada..okeh!..ILHAM provides:1. wireless connection kat area lobi & kat restoran dia..(so, bawakla laptop masing2, di samping boleh layan anak masing2 yg nak tgkDVD ka or merengek nak main games)2. Astro kat apt3. VCD4. Towel mandi kat kolam renang (so, takpayah bawak turun towel bilik katbawah) -untuk ini, pihak ilham akan kasi kupon towel masa register nanti5. Iron6. Hair dryer7. lain2 keperluan dlm hotel..8. Tiket Cinema / movie (kalau ada, biasanya cuti sekolah..depa provide tiket untuk sapa2 ygnak tengok movie yg ditayangkan kat dewan tun sri lanang kalau tak silap - dlm ilham jugak la)..movie, suka hati depa, maybe citer2 terbaru or citer2 melayu..9. Tempat & alatan bArbeque (ni kena bayaq) - yan suggest tak payah sebabtak berbaloli, + mahal.. (kalau nak buat, baik guna alatan BBQ sendiri, tapi kena dibuat diluararea ilham, maybe kat pantai kaa..boleh...no hal)10. lagi apa ha...alatan memancing, SDN BHD, vokey...SO, apa yg boleh dibawak untuk ke ilham....ni cadangan jer..1. pelampong, of course..! (i cannot live withaout pelampong, ahaks!)2. Baju swimming..swimming trunk ker, bikini kerr...hahah (kat ilham semua boleh masuk, tracksuit buleh, shirt lengan panjang ponboleh!)3. Tikar (maybe nak lepak2 kat pantai)4. Alatan untuk sand castle5. Alatan Fishing6. Sun glasses7. gogles8. camera9. teropong10. HAH!!!!! HOMEWORK budak-budak.. semua kanak2 dah sekolah, kan.. so, jgn lupa bawak homework masing2 sekali,nanti silap2 budak2 lupa buat homework, hah! sapa yg susah..?mak bapak jugak yg susah, tauuuuu..11. apa2 sajela, yg rasa boleh dibawak..


okeh..buat pengetahun saudara2 saudara ku..PNB setiap tahun , sometimes selang setahun menganjurkan "WORLD INVESTMENTCHALLENGE"- WIC..last year (ker last 2 years hah?) buat kat ILHAM..khabarnya tahun2 nie & seterusnya pon akan dibuat kat sini jugak..(tu yg wujud wireless connection kat ilham nie)..nak register kena ribu2 jugak (berapa, lupa la pulak)investment challenge ni berupa a so called macam game jugak..dia akan peruntukkan berapa bilion kat kita untuk uruskan share orbusiness..so dlm masa 3 hari kalau tak silap, kita kena pandai2 la gunakan bajet ygdiperuntukkan kat kitauntuk manage kita punya bisnesss / wealth..sapa2 yg dapat keuntungan paling tinggi sekali, dialah pemenang,gunalah whatever sumber yg nak pakai pon...semua urusniaga guna komputer / laptop jerrr (system)..yan pon tak berapa tau detail macammana system tu..kalau kat PNB, budak2 from IFM (International Fund Mangement Dept) ygselalu join..depa nie selalu menang, budak muda-muda pulak tu..SAPA2 pon boleh join ..mat salleh ramai yg participateYang penting sekali kalau nak join,kena terror la terms2 investment & pasaran2 international...plus KESABARAN..hehehheHAdiah dia..kalau last year 50 000 USDamacammm..ADA berani ka mau join..????tahun nie tak confirm lagi ada ker tade or, kalau ada selalunya somewherein July..

21 February 2008

MASA DEPAN ANAKKU

Anak mata yang berkaca-kaca itu kurenung.
Melihat tembus ke wajah bercahaya zuriatku yang satu.
Abid Khalis kuberi nama.
Renungan itu mencetus kacau di dalam jiwa.
Ada resah, ada gelisah dan kelam diselubungi kesah.
Usiaku sudah separuh pergi. Apa yang tinggal adalah butir-butir masa yang kini disulam uban tanda hidup bukan lagi zaman mencuba-cuba. Pendirian hidup harus tersuluh jelas, arah tuju harus selesai ditentu.
Aku tidak boleh menoleh ke kiri dan kanan berbelah bagi, kerana hidupku bukan lagi aku sendiri.

Aku adalah seorang bapa. Bahawa dengan kebapaanku, aku datangkan satu nyawa ke alam kehidupan… dengan izin-Nya.
Aku membawa Abid Khalis ke dunia nyata.
Aku adalah bapanya , dan imam kepada sebuah amanah bernama keluarga.

MASA DEPAN

Dalam usiaku yang berbaki di hujung bilangan jari, ke masa depan yang bagaimanakah anakku bakal hadapi?
Apakah aku mahu menghantar anakku ke masa depan yang megah dengan pencakar langit yang mengoyak jiwa hamba manusia yang menghuni?
Apakah aku mahu menghantar anakku ke masa depan yang bangga dengan bilangan masjid yang sama banyak dengan pusat serenti?
Atau aku mahu menyediakan sebuah kehidupan yang ada segala-galanya buatnya…. kecuali damai, selamat, sejahtera, tenteram yang semua itu pernah dianggap tidak bermakna?
Mampukah anakku melihat cahaya ESOK jika HARI INI penuh korupsi? Mampukah anakku mengecap bahagia, jika teladan SEMALAM tidak ditoleh lantaran alpa?
Demi ESOK yang kuimpikan buat anak yang kubawa ke kehidupan ini, aku harus bijak bertindak di HARI INI.

Setiap undi adalah benih. Apa yang kau ingin anakmu tuai?
Dengan SEMALAM yang penuh iktibar dan cukup panjang tanpa perlu dipanjangkan lagi, aku mesti KELUAR MENGUNDI.
Aku memilih rencana kemanusiaan, keadilan, ketelusan, kebersihan dan kebajikan.
Bukan kemajuan yang saban tahun dicangkuk sekadar umpan!
Pilihanku… adalah masa depan anakku…




p/s: terima kasih saifulislam (POHON MAAF)

11 February 2008

mitsk-batch 9


















kami ...selepas selesai mengadakan 2 presentation pada 10/2 yg lepas...moga2 kami semua dapat menyiapkan thesis seperti yg dipropose kan...moga2 semangat kekawanan kami akan jadik lebih baik dan lebih erat lagi...
terima kasih tak terhingga buat en.rosli..atas susah payahnya menjadi ketua, "menyelenggara" kami..berhubung dengan pensyarah2..abis bnyk wang ringgit kamu rosli..
moga Allah membalasnya...
dan yg PASTINYA..KITA AKAN GRADUATE BERSAMA22...
yg budak kecik tu..adalah anak kepada pn azean dan khairi(akulah tu)..kik..kikk..namanya abid

CUTI 4 HARI

cuti..khamis sampai ahad..4 hari....org sibuk balik kg, aku ngan anak isteri aku sibuk menyediakan proposal projek(final projek) termasuk presentation dan 1 presentation lagi utk multimedia...presention pada ahad 10/2/2008

sabtu petang...pergi giant beli printer...rm 188(guna kredit kad)..canon pixma model ip1880..
print proposal jam 3pagi 10/2/08..
buat proposal termasuk slaid presentation dari sabtu mlm sampai jam 8pagi ahad..kami suami isteri tak tidur..terus tak mengantuk....

qenyah..sebab kena ada bnyk reference utk dijadikan lit.review...setiap yang dinyatakan mesti ada proof...tak boleh tangkap muat aja...

nak buat tulis rujukan pun "qenyah" jugak...bnyk rule22 yg nak kena ikuttttt..

so pada ahad 10/2 bermula jam 9am...presentation multimedia projek bermula...
abis sekitar jam 1040am..alhamdulillh semua okay..
harap dapat A

lepas tu ..present proposal projek...sorang 30 minit...kami ada 6 org..adusss...mampuiiiiisbb ahad..maka kena bawaklah anak aku sama..
...walaupun anak tak sehat...sedih..masa present tu..jam dah 1230 tgh...abid(panggilan utk anak aku)..cakap.."ayah, abid lapar..napa lama sngt .."aku bg dia makan biskut dan air sejuk..
jam 1.30...terus ke restoran yus, kat seksyen 4 tambahan..pekena nasik ayam n nasik paprik...

balik.umah..lepas solat zohor...terus tidur....

KESIHATAN ABID ADA MASALAH...DIA TAK SEHATTTT....SMLM BADAN DIA JADIK "KELOPAK AIR" KAMI CAKAP LAPAQ GARAM...TARUK BEDAK...
PAGI NIE DIA MERENGEKKKK........YA ALLAH BAGILAH KESEHATAN PADA ABID...

03 February 2008

Separuh Lega...tak abis lagi nie

salam semua..
just nak share aja..Jumaat lepas(1/2/2008) aku mengambil cuti tahun yang kedua...cuti yg pertama, aku ambil utk pergi buat lesen n i/c sebb segala wallet aku hilang beserta rm 500...takdir tuhan agaknya..

so jumaat lepas cuti yg kedua..so aku ada baki cuti 23 hari lagi utk tahun nie...kemungkinan kenduri adek aku pada mac nanti...

cuti nak buat preparation utk menghadapi 2 paper final iaitu paper JAva(oop) dan paper Research methodology...letih..memang letih..tambahan pulak...ada lagi yg tak abis...

assigment..paling lewat kena hantaq pada 8 hb nie..beserta 2 presentation(1 utk projek sem) dan satu lagi utk proposal final projek..dekat22 30 pages jugak kena karang...

jurnal pun tak banyak lagi yg aku baca n dload...adussss...

so..kalau tak ada aral melintang...semua mesti dikomplete kan sebelum 9 hb 2 nanti...

moga22 kerja kat opis semakin senang..dan dapat disiapkan...

4 tasks to go..
1) siapkan proposal projek
2) projek sem(multimedia)
3) presentation multimedia
4) presentation proposal projek

exam baru tamat tgh hari tadik jam 12....abis exam..aku balik umah...makan tghhari..
pastu terus tidur...
petang bawak anak isteri p jalan2 kt klia...

singgah kedai mamak..makan ala kadar..utk alas perut... balik umah, semayang maghrib..
abis tulis blog nie nak ..kena sambung utk siapkan projek sem...

tolonglah aku ya Allah..