31 March 2009

:: Hik..hik Takut Jugak Noe ::

///takut jugak noe...kalau berani saman aja suratkhabar tu...
pembangkang dah beribu kali malah berjuta kali menghadapi masalah salah lapor oleh pihak media...

tulah aku cakap awai2..toksah duk baca akhbar yg bangang2 nie..baca Mangga aja...kan senang...


Nafi laporan akhbar
KUALA LUMPUR 30 Mac - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau mendakwa bahawa UMNO parti tunggal yang menuntut kemerdekaan negara ini dan menidakkan peranan MCA dan MIC ketika ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-59, Sabtu lalu.
Beliau menjelaskan, apa yang beliau nyatakan ialah UMNO terlibat secara langsung dalam membina beberapa institusi negara termasuk Rukun Negara, transformasi pendidikan dan isu berhubung kait dengan institusi raja.
"Tidak ada sama sekali saya hendak menafikan peranan MCA dan MIC dalam usaha memerdekakan negara. Pihak yang menggembar-gemburkan isu ini dan mengaitkan dengan isu perkauman bersikap tidak adil kepada saya.
"Saya hendak ingatkan semua pihak bahawa sejarah merupakan sejarah, kita tidak boleh ubah sejarah. Kalau dalam sejarah menunjukkan semua kaum terlibat dalam usaha memerdekakan negara, takkanlah saya nak nafi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar berbahasa Cina berhubung ucapan penggulungannya sebagai Naib Presiden UMNO, Sabtu lalu yang kononnya mendakwa UMNO merupakan parti politik tunggal terlibat dalam usaha-usaha memerdekakan negara.
Beliau berkata, ucapan penggulungan beliau diambil di luar konteks oleh media berbahasa Cina.
"Mereka mesti bertanggungjawab dalam membuat laporan, biarlah laporan itu melihat kepada situasi yang sebenar dan tidak memilih satu dua perkataan dan mengaitkannya dengan isu perkauman.
"Menidakkan peranan rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) adalah tidak wajar dan itu bukan merupakan hasrat saya," jelas beliau.
Hishammuddin turut mengingatkan pihak media supaya lebih bertanggungjawab ketika membuat liputan dan tidak mengambil sesuatu di luar konteks.
"Lebih-lebih lagi apabila apa yang saya hujahkan dikaitkan dengan perkauman dan cuba melaga-lagakan saya dengan parti-parti komponen yang merupakan rakan-rakan saya dalam BN.
"Tolong petik kenyataan saya dengan tepat kali ini, jangan tersalah petik buat kali kedua pula," tambahnya.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

29 March 2009

:: Hari Sukan NurIman Educare 29032009 ::

tanggal 29 hb march yg lepas(semalam ler), tadika tempat anak aku, ada menganjurkan
hari sukan, di adakan di taman wetland putrajaya..

sekalung tahniah kepada pihak tadika kerana buat julung kalinya berjaya menganjurkan hari sukan di luar sekolah..

tahun depan buat lagi...
bnyk juga acara disediakan...yg bestnya aku dijemput utk menyampaikan hadiah kepada para pemenang..ganaih tu...bukan senang org nak bagi penghormatan begitu..

majlis akhiri dengan makan tengahari...tenkiu bnyk2 kepada tadika nuriman..
didoakan moga tadika ini akan suksess lagi dari masa ke semasa...































:: Petrosains KLCC 28032009 ::

sabtu lepas, aku sekeluarga, ke petrosains klcc, kebetulan masuk adalah percuma, apa lagi...masuklah,,,hajat hati lepas tu nak ke aquaria pulak..tapi lenguh beb , petrosains tu luas giler,,lenguh nak jalan kaki...
tq to petrosains sbb bagi masuk perscuma on that day..
















:: Baju Upin dan Ipin ler pulak ::

salam semua..
aduss, ...jalan2 kat nilai, jumpa pulak, baju upin dan ipin..anak punya pasal,angkat lah satu...






26 March 2009

:: Anak Menakan Yg ke 12 ::

Jam 2 petang taksat..aku mendapat kabar berita yg gembira ..
alhamdulillah

aku mendapat anak menakan yg ke 12 sebentar tadik...
baby boy..
tahniah kepada adek pompuan aku dan adek ipaq aku..
Ustazah Rumiza dan Ustaz Zulkifli..

moga kalian tabah dan dilimpahruahkan rezeki lagi

:: Dapat Anak Menakan ke 11 ::

salam semua..

Alhamdulillah 2 hari lepas dapat berita baik..
aku dapat anak menakan yang ke 11..

tahniah kepada cikgu khalil dan ct zawiyah...
abg dan kak ipaq aku ni mengajor kat ganu...dah berbelas tahun dah duk situ...

moga dengan mendapat anak yg baru ni..di doakan agar mereka dilimpahruahkan rezeki lagi...
moga2 anak itu akan menjadik anak yg solehah..

i'allah...hari nie bakal dapat sorang lagi anak menakan (anak adek aku)..anak pertama depa...

i'allah bulan 5 nanti, bakal dapat lagi sorang anak menakan...

i'allah nanti..nak buat aqiqah serentak..utk seekor lembu 7 bahagian

moga diberkati allah...

24 March 2009

:: Bantuan kepada yg ada GAUT ::

//petikan dari email kawan saya...

Salam,

Saya kena gout kat tulang ibu jari kaki. So far dah OK..sembuh sepenuhnya Alhamdulilah boleh makan seafood ke..daging ke..takde pantang dah.

Saya guna product Dr. Norhisham Wahab (Rawatan Alternative Color Vibration Therapy). Masa saya mula2 kena gout saya telah berjumpa sendiri dengan Isteri Dr. Norhisham ni dan dia telah cuba mengesan saraf saya yang sakit dan mencadangkan saya menggunakan produk “Seri Wajah”.

Cara penggunaan ialah..

1. Sediakan satu baldi air paip
2. Masukkan garam kasar atau halus (1 packet) ke dalam air baldi tadi dan kacau hingga larut
3. Masukkan ketulan Ais batu (RM 1) ke dalam campuran air garam tadi
4. Masukkan SATU titis “Seri Wajah” kedalam campuran air tadi
5. Rendam bahagian yang kena sakit tu selama mana yang boleh hingga Ais semua cair.
6. Lakukkan sekerap mana yang mungkin (5 hari berturut2) Insyallah berkesan.

Utk maklumat lanjut mengenai produk tersebut refer website di bawah.


http://www.cvtherapy.com.my/eng/product.html

//////////////


Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.

Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.Menariknya, sejenis dadah lain,
fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.

Diet rendah Purine:

1.ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
2.strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
3.elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
4.hadkan daging kepada satu hidangan sehari


Jangan makan
sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
sardin
ikan bilis
hasil daging, consommés, dan ( gravies )


Guna secara berhemah:
asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb


Elakkan kurang air:
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.


Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.

http://tayibah.com/eIslam/gout.htm