24 March 2009

:: Bantuan kepada yg ada GAUT ::

//petikan dari email kawan saya...

Salam,

Saya kena gout kat tulang ibu jari kaki. So far dah OK..sembuh sepenuhnya Alhamdulilah boleh makan seafood ke..daging ke..takde pantang dah.

Saya guna product Dr. Norhisham Wahab (Rawatan Alternative Color Vibration Therapy). Masa saya mula2 kena gout saya telah berjumpa sendiri dengan Isteri Dr. Norhisham ni dan dia telah cuba mengesan saraf saya yang sakit dan mencadangkan saya menggunakan produk “Seri Wajah”.

Cara penggunaan ialah..

1. Sediakan satu baldi air paip
2. Masukkan garam kasar atau halus (1 packet) ke dalam air baldi tadi dan kacau hingga larut
3. Masukkan ketulan Ais batu (RM 1) ke dalam campuran air garam tadi
4. Masukkan SATU titis “Seri Wajah” kedalam campuran air tadi
5. Rendam bahagian yang kena sakit tu selama mana yang boleh hingga Ais semua cair.
6. Lakukkan sekerap mana yang mungkin (5 hari berturut2) Insyallah berkesan.

Utk maklumat lanjut mengenai produk tersebut refer website di bawah.


http://www.cvtherapy.com.my/eng/product.html

//////////////


Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.

Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.Menariknya, sejenis dadah lain,
fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.

Diet rendah Purine:

1.ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
2.strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
3.elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
4.hadkan daging kepada satu hidangan sehari


Jangan makan
sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
sardin
ikan bilis
hasil daging, consommés, dan ( gravies )


Guna secara berhemah:
asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb


Elakkan kurang air:
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.


Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.

http://tayibah.com/eIslam/gout.htm

No comments: