31 July 2009

:: Sayangilah tayar kereta anda sebagaimana anda menyayangi pompuan lain ::






























Kalo nak tahu usianya bole jenguk kt bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun.
Contoh: kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.

Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun (5 tahun aaa..) dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan.

- Korang juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H.
Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 70 ialah nisbah tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya (aspect ratio). Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.

Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.

Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.
Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.

Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.


p/s: Jadi hati bila tgk tyr murah,kot2 kena tayar yg dh lama walaupun baru...


dipetik dari website: vivaownersclub.net
tq

:: Takkan ada orang tak mandi kot ::

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.




Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


di petik dari website : http://www.vivaownersclub.net/v3/


/////kalau nak mandi ayaq hangat...jum kita ke felda sg klah..sungkai..
tak pon kita ke baling, kedah...ada kolam besaq kat situ...tak pon kat Trong, perak....tapi kalau boleh tempat yg ada aweks ramai ler....hik22.hikk

30 July 2009

:: Anak sapa nie weh ::


hik...hik....cuba tengok baris ketiga mula dari bawah kanan sekali...anak sapa tu wei....comei...boleh buat isteri tu...hik22





sepupu sepapat....

28 July 2009

:: Kisah tentang bulan dan gerhana ::

kisah tentang gerhana.....

teringat dulu2 masa belajaq georafi...sebelum tu di panggil ILmu Alam...hik..hikkk, nostalgia...
bila cikgu ajaq bab gerhana , matahari ker bulan ker memang payah nak ingat...

baru2 nie minggu lepas ada berlaku gerhana matahari...
yelah....dah siang hari....takkan gerhana bulan kot....

so gerhana merujuk kepada keadaan dimana gerhana iaitu keadaan yg gelap..or agak gelap ler...
bila mana cahaya matahari tak dapat sampai sepenuhnya ..samaada dilindungi oleh bulan ataupun dilindungi oleh bumi....


so petua dia senang aja..

gerhana matahari berlaku bilamana cahaya matahari tak sampai sepenuh kepada bumi, disebabkan terhalang oleh bulan....kena ingat...bulan mengelilingi bumi ...so sampai satu ketika..parasnya sama dgn matahari.....dan disebabkan matahari berada tersangat jauh...maka kita nampak matahari kecik aja...dan bulan tu nampak besaq...dan matahari terlindung oleh bulan....

so ketika itu..negara22 yg berada pada paras/garisan yg sama akan merasai gelap seketika....

hik..hikk
mcm cikgu ilmu alam pulak aku bagi tau nie..
hangpa paham ker...
aku pun tak paham...
















gambar atas nie gerhana matahari

















ini gerhana bulan...

gerhana bulan pulak berlaku, dan kita akan rasa gelap..sbb cahaya dari matahari..tak sampai ke bulan..kerana terlindung oleh bumi....
sbb time time matahari bagi cahaya tu..bulan duk dibelakang bumi....chewah..main sorok22 pulak bulan nie...

itu aja....









hangpa tahu ker gambar nie gambaq apa....inilah gambaq bulan...bulan sabit ler...
so petuanya....kalau hangpa "langut" ke atas langit...kalau hangpa nampak bulan mcm nie...bulan sabit berbentuk c terbalik...
bermaksud kita sekarang berada di awal bulan..mengikut kalendar islam lah...
////ingat bulan sabit berbentuk c terbalik - awai bulan islam







ini bulan sabit berbentuk c betui...akhir bulan islam.....
so renung2kan lah...dan jangan bodoh sangat dgn bulan22 islam nie...
lani dah syakban....bberapa hari lagi dah nak ramadhan...so 1 ramadhan sama dgn 22 ogos..so
22 hb ogos nanti kita dah nak sambut posa.....banyak lah bertaubat....jgn TAU buat sudah lah...
okay chow dulu...

26 July 2009

:: Jiran jemput pi birthday anak dia pulak ::

petang semalam..jam 5 tepat..jiran jemput pi umah dia...birthday anak dia ler...

kat arae umah aku ..majlis mcm nie selalu dibuat...sekejap aja...budak2 mesti penuh.....i'allah nanti nak buat jugakler...
lupa pulak nak bg tahu...menu penuh meja...lupa nak snap gambaq...
pulut kunin, laksa, n sebagainya.

tahniah bro ariffin dan familynya...
dah besaq dah anak hang...anak hang berapa org wei...
3 kan...

birthday girl tu nama dia yang ain putri kan....sedap nama...



































pulut kunin tu..powerrr
















antara VVIP yg mai makan...




niler yang ain putri...

:: Hari Keluarga Masjid Kuaters KLIA ::

salam semua, semalam sabtu, masjid kuaters klia telah menganjurkan hari keluarga utk anak2 qariah masjid...

bnyk aktiviti dilakukan....masjlis dirasmikan oleh ADUN LABU iaitu Dato' Hasim Rusdi..tq
dato, nanti boleh mai lagi...

mcm2 acara sukaneka, game pentaque, memasak, carik harta karun, tenis, rawatan kesihatan, pertandingan mewarna selain gerai2 jualan dan pameran

anak aku join pertandingan mewarna...saja bagi pendedahan kat dia..lagipulak...boleh dapat kawan dan boleh bersosial jugak...

aku buat rawatan kesihatan sahaja..alhamdulilah..semua okay setakat nie..

berat 50kg, tinggi 161 cm..bmi okay..depa katalah..
tekanan darah okay..
120/80..betui ker...

test darah //kandungan sugar dlm darah.....ph aku 5.4...doc said ok...
dia pesan...amalkan cara hidup sehat...iskk..iskk..mcm ler aku nie ada simpan pompuan lain....mmc ler aku nie kaki hisap rokok....hisap lain adalah...hik22

anyway tq doc...comei doc tu..that why aku pi buat rawatan kesihatan....jgn marer noee

anak aku ada masuk pertandingan mewarna...result umum tengahari..kami balik awai....sbb nak pergi tempat lain pulak


minta jasa baik ustazah norita atau En.mohamad maelah..kalau salah sorang pemenang tu adalah abid khalis harap dapat hubungi saya noe...phone number ada kat belakang kertas mewarna tu..kalau ler ada..kalau tak ada, nak buat mcm mana...yg masuk pertandingan sahaja utk kategori 6 tahun kebawah..dekat2 seratus orang...isk..iskkk..qamai sungguh noe..

baguih ler masjid buat aktiviti mcm nie....supaya org yang "SELALU" mai masjid akan insaf sikit...hik22



















tengah duk carik lokasi, nak park kat mana...penuh ruang lobby masjid


















dah jumpa tempat parking
















pertandingan baru bermula...amal pon sebok gakk
















dia pon nak kalerrr jugakkkkkkkkkk...aduss..berebut kaler tu...
















qamai kannn..




















pandangan di sudut satu lagi..
















non bumi pon masuk...syabas kepada anda sekeluarga

















abid tengah tekun...
















pilih kalerr....




















dah 80% nak siap
















sikit lagi nak siap




















dah siapppppppppp




















ini hasilnya....alhamdulillahh
















adun labu...Dato' Hasim Rusdi sedang berucap..

22 July 2009

:: betui ker menteri nie bangang , AKU RASA tak KOT ::


aku petik dari kedahlanie

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/07/menteri-bangang-awat-hang-ingat-kami.html


aku rasa tak bangang....sebb status menteri tu...
tapi kalau sampai larang org nak pi meeting...kena pikiaq dua kali tu...

negeri2 pembangkang tu adalah negeri2 pembangkang pada kerajaan pusat, TAPI kerajaan kepada rakyat negeri tersebut...


so kena pikiaq balik lah...
rakyat2 negeri tu berhak dapat apa bantuan or perkhidmatan dari federal...

so jgn kerana perut busuk, hasad dengki, khianat, iri hati , cemburu dan qasa nak balaih dendam..terus nak diskriminasikan negeri "pembangkang " tu...
ada otak kena guna.....
hang tu nasib baik lah menang MP...dan nasib baiklah bnyk calon BN lain kalah...
kalau depa manang jugak....KOMPOM hang pon tak leh jadik menteri jugak....

so jgn lah buat BANGANG sangat...tadbir lah dgn baik...
that why org2 melayu meluat ngan hangpa UMNO...berlagak tak kena tempat....

bila melayu sokong CINA dap....hangpa katalah mcm22..tak kenang budi lah...pastu hangpa cuba nak adu domba bagi cetus ketegangan kaum....

dah hangpa perangai macam "TAIK" tu yg oqang meluat....

aku ULANG ..TADBIR kementerian tu elok22 lah....

bukan negeri nie MAK BAPAK hang punya.......napa perlu nak berlagak bangang sanagt...

aku yakin sangat..pilihanraya akan datang....hang dengan kebangangan hang akan "walquyuppp"...wait n see

20 July 2009

:: Cuti, mana lagi kalau bukan Taiping ::

Sabtu dan ahad lepas kami balik kg..taiping ler... ayah aku dan anak menakan aku tumpang sekali....so penuh ler viva.... kalau ada 7 seater kan best.... nasib baik ada geng bukit subang..boleh tumpangkan sat...tq geng bukit subang.. apa2 pon makan dekat hospital no bad..tapi kat batu lapan, changkat jering..gilaer babas...best... gulai ikan semilang.....aku pekena gulai daging aja..favourite aku tu... gambaq kat bawah nie,,makan kat area hospital tepen... yg aku ingat kita order...
1. 3 set chicken chop lada hitam
2. nasik goreng sotong
3. nasik goreng udang
4. 2 set kanji... dan minumans































































































































































17 July 2009

:: jom pi Bali, ada berani ::

Nnati aku citer

:: Matrik vs Diploma vs Maktab, mana pilihan anda ::

salam semua...

"mana aku nak masuk nie?"...kalau masuk matrik..ada yg dua tahun ada yg setahun...
kalau pandai sikit setahun aja..kalau bengong sikit 2 tahun...

ehhh...dapat pulak Diploma...yelah...lepas spm mana boleh buat ijazah lagi...

keputusan nak kena bagi tahu cepat...
kalau aku terima matrik...maka diploma dah kira "burn" secara automatik....


interview utk masuk maktab jadik cikgu pun lambat pulak result....

spm aku okay....kalau harap dapat masuk maktab...tup22 tak dapat...tak kena naya...

adussss...


itu antara yg bermain di kepala hotak budak2 lepasan SPM...
yg jadik masalahnya..yg cerdik22 lah...
sbb matrik dapat, uitm(diploma_ dapat ...dan i'allah maktab pon dapat...

kalau spm tunggang langgang...aku rasa tak penin nak nak pikiaq...sbb kompom susah dapat matrik...lagi susah nak dapat uitm...

hik..hikkk

apa cerita pon...
matrik lani lain dari matrik dulu....

///alamak ada kejer lah pulok....nanti aku sambung...

13 July 2009

:: Jemaah Tabligh berkumpul di Kuaters KLIA ::

saja nak berkongsi gambaq dengan pembaca sekalian...
ini adalah hari terakhir jemaah tabligh berhimpun di KLIA kuatres ...tanah lapang belakang masjid...

aku tersekat dlm kesesakan lalulintas hampir sejam...padahal umah dekat aja...nak buk camnoo...
aku dengar kata...yg hadir sekitar 200 ribu orang....ramai tu....
alhamdulillah..semua berjalan dengan baik....

nak jumpa pulak ijtimak nie...tungguler 25 tahun takpon 17 tahun lagi....
rugi sapa yg tak hadir...
rugi besaqqq..



















































































:: makan di RASA 120709 ::

Hari ahad lepas...pi makan tengahari di alamanda ...manalagi ..kalau bukan foodcourt RASA...
bukan apa...bukan ada duit sanagt pon....10 ringgit aja utk 4 org...

cuma nak bagi semangat utk anak2 makan...itu aja tujuan nya...
yg penting anak mahu makan....isteri tak tensen2...
5 hari kat pejabat....

:: Makan2 di Bagan Lalang 110709 ::

ini tak plan....
lepas makan kenduri kat dewan felda, kl...balik umah...
lepak sat...
ajak geng 18V join sama utk ke Bagan Lalang sambil22 sembang22, so kami ke baga lalang, sepang tepat jam 530pm, naik 3 biji keter....yelah ..budak2 qamai....takkan nak sumbat sebiji keter kot...

so...kita makan2...ler...

nanti aku cerita semua..aku nak layan movie UNborn sekejap...mcm seram ajer citer unborn nie..















aku ngan anak kecik















anak2 menakan aku, sebelah mywife...dari kiri abid, anggun, danial dan daim...
danial, anggun dan daim nie sebaya...anak aku aja baru 5 tahun...

aku rasa depa yg paling heppi..
































sup ketam bang...sapa nak angkat tangan...

cuba teka apa yg kita order...
menunya
1. ikan pari bakaq, cicah ayaq asam..
2. sup ketam 2 kilo...
3. ikan siakap .beratnya sekilo...masak 3 rasa...sedap siottttttttt...habis lincin
4. sotong besaq giler...bakaq jugak...
5. kepah rebuihhh
6. ayaq limau ais, milo tarik, teh tarik, dan sirap...




















acara makan...cuba teka aku pi mana..?????



aku tak ader dlm gambaq sebab masa tu aku tengah snap gambaq...hik..hikk...bengong...tu pun nak tanya ker...

ada lagi soklan...kenapa bila org nak scuba diving..dia mesti turun kot belakang, maksudnya terlentang ke belakang...


hik..hikkk

jawapannya...kalau dia terjun kot depan..nanti masuk balik dlm bot..