Showing posts with label Maklumat Berguna3. Show all posts
Showing posts with label Maklumat Berguna3. Show all posts

07 September 2009

:: Lagu dari RTM yg aku ingat ::

jangan ler gelak pulak....
ini antara tajuk2 lagu yg aku pernah dgr kat rtm..tv n radio..

1. KEBERSIHAN TANDAS
2. CINTAI SUNGAI KITA
3. MARI MEMBACA
4.JIRAN TETANGGA
5.CINTAI ALAM SEKITAR
LAST SEKALI
6. 1 MALAYSIA

LAGU LAIN2..LIRIK PUN LAIN2...TAPI BILA DENGAR SAMA AJA....SUASANA LAGU TU MCM TAHUN DULU2....
PASTU BERLAKON PUN TAK JADIK...

NAIK MENYAMPAH AKU....SIAN RTM

:: Aku Anak Merdeka ::

Selamat Hari Kebangsaan...MERDEKA...

lupa sekejap psl buku sejarah tingkatan 3 dan buku sejarah tingkatan 5..

teringat aku pada nama nie...tok janggut pahlawan kelantan yg mati digantung..mayat diarak keliling negeri....
teringat aku pada panglima bukit gantang,,,
teringat aku pada panglima nayan...dari kedah
teringat aku pada mat kilau dari pahang
teringat aku pada mat saleh pahlawan sabah..
teringat aku pada guru2 agama yg telah bangun menentang penjajah...dan yg menegakkan agama Allah ini...

alfatehah utk mereka semua...

nak tergelak aku lagu 1 malaysia yg asyik dimainkan di corong2 radio...sampaikan kat tv pon ada salam 1 malaysia...

india, cina n melayu..depa gaul semua dlm lagu tu....sampai tak paham...
takpalah..nak buat mcm mana...kalau aku tegur..kata aku tak ptriotik pulak...

nak patriotik mcm mana..lagu pun sekadar penyedap halwa telinga saja...
semangat nak cinta negara tak timbul langsung...yg aku nampak depa terkinja2 aja duk menyanyi..sian depa...

kalau nak sayang negara...keluarlah kata2 keramat spt yg tentera guna tu...

" GEMPUR WIRA" seram sejuk dengar bunyi tu..
anyway selamat hari merdeka....








































31 July 2009

:: Sayangilah tayar kereta anda sebagaimana anda menyayangi pompuan lain ::






























Kalo nak tahu usianya bole jenguk kt bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun.
Contoh: kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.

Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun (5 tahun aaa..) dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan.

- Korang juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H.
Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 70 ialah nisbah tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya (aspect ratio). Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.

Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.

Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.
Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.

Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.


p/s: Jadi hati bila tgk tyr murah,kot2 kena tayar yg dh lama walaupun baru...


dipetik dari website: vivaownersclub.net
tq

:: Takkan ada orang tak mandi kot ::

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.




Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


di petik dari website : http://www.vivaownersclub.net/v3/


/////kalau nak mandi ayaq hangat...jum kita ke felda sg klah..sungkai..
tak pon kita ke baling, kedah...ada kolam besaq kat situ...tak pon kat Trong, perak....tapi kalau boleh tempat yg ada aweks ramai ler....hik22.hikk

28 July 2009

:: Kisah tentang bulan dan gerhana ::

kisah tentang gerhana.....

teringat dulu2 masa belajaq georafi...sebelum tu di panggil ILmu Alam...hik..hikkk, nostalgia...
bila cikgu ajaq bab gerhana , matahari ker bulan ker memang payah nak ingat...

baru2 nie minggu lepas ada berlaku gerhana matahari...
yelah....dah siang hari....takkan gerhana bulan kot....

so gerhana merujuk kepada keadaan dimana gerhana iaitu keadaan yg gelap..or agak gelap ler...
bila mana cahaya matahari tak dapat sampai sepenuhnya ..samaada dilindungi oleh bulan ataupun dilindungi oleh bumi....


so petua dia senang aja..

gerhana matahari berlaku bilamana cahaya matahari tak sampai sepenuh kepada bumi, disebabkan terhalang oleh bulan....kena ingat...bulan mengelilingi bumi ...so sampai satu ketika..parasnya sama dgn matahari.....dan disebabkan matahari berada tersangat jauh...maka kita nampak matahari kecik aja...dan bulan tu nampak besaq...dan matahari terlindung oleh bulan....

so ketika itu..negara22 yg berada pada paras/garisan yg sama akan merasai gelap seketika....

hik..hikk
mcm cikgu ilmu alam pulak aku bagi tau nie..
hangpa paham ker...
aku pun tak paham...
















gambar atas nie gerhana matahari

















ini gerhana bulan...

gerhana bulan pulak berlaku, dan kita akan rasa gelap..sbb cahaya dari matahari..tak sampai ke bulan..kerana terlindung oleh bumi....
sbb time time matahari bagi cahaya tu..bulan duk dibelakang bumi....chewah..main sorok22 pulak bulan nie...

itu aja....









hangpa tahu ker gambar nie gambaq apa....inilah gambaq bulan...bulan sabit ler...
so petuanya....kalau hangpa "langut" ke atas langit...kalau hangpa nampak bulan mcm nie...bulan sabit berbentuk c terbalik...
bermaksud kita sekarang berada di awal bulan..mengikut kalendar islam lah...
////ingat bulan sabit berbentuk c terbalik - awai bulan islam







ini bulan sabit berbentuk c betui...akhir bulan islam.....
so renung2kan lah...dan jangan bodoh sangat dgn bulan22 islam nie...
lani dah syakban....bberapa hari lagi dah nak ramadhan...so 1 ramadhan sama dgn 22 ogos..so
22 hb ogos nanti kita dah nak sambut posa.....banyak lah bertaubat....jgn TAU buat sudah lah...
okay chow dulu...

22 July 2009

:: betui ker menteri nie bangang , AKU RASA tak KOT ::


aku petik dari kedahlanie

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/07/menteri-bangang-awat-hang-ingat-kami.html


aku rasa tak bangang....sebb status menteri tu...
tapi kalau sampai larang org nak pi meeting...kena pikiaq dua kali tu...

negeri2 pembangkang tu adalah negeri2 pembangkang pada kerajaan pusat, TAPI kerajaan kepada rakyat negeri tersebut...


so kena pikiaq balik lah...
rakyat2 negeri tu berhak dapat apa bantuan or perkhidmatan dari federal...

so jgn kerana perut busuk, hasad dengki, khianat, iri hati , cemburu dan qasa nak balaih dendam..terus nak diskriminasikan negeri "pembangkang " tu...
ada otak kena guna.....
hang tu nasib baik lah menang MP...dan nasib baiklah bnyk calon BN lain kalah...
kalau depa manang jugak....KOMPOM hang pon tak leh jadik menteri jugak....

so jgn lah buat BANGANG sangat...tadbir lah dgn baik...
that why org2 melayu meluat ngan hangpa UMNO...berlagak tak kena tempat....

bila melayu sokong CINA dap....hangpa katalah mcm22..tak kenang budi lah...pastu hangpa cuba nak adu domba bagi cetus ketegangan kaum....

dah hangpa perangai macam "TAIK" tu yg oqang meluat....

aku ULANG ..TADBIR kementerian tu elok22 lah....

bukan negeri nie MAK BAPAK hang punya.......napa perlu nak berlagak bangang sanagt...

aku yakin sangat..pilihanraya akan datang....hang dengan kebangangan hang akan "walquyuppp"...wait n see

17 July 2009

:: jom pi Bali, ada berani ::

Nnati aku citer

:: Matrik vs Diploma vs Maktab, mana pilihan anda ::

salam semua...

"mana aku nak masuk nie?"...kalau masuk matrik..ada yg dua tahun ada yg setahun...
kalau pandai sikit setahun aja..kalau bengong sikit 2 tahun...

ehhh...dapat pulak Diploma...yelah...lepas spm mana boleh buat ijazah lagi...

keputusan nak kena bagi tahu cepat...
kalau aku terima matrik...maka diploma dah kira "burn" secara automatik....


interview utk masuk maktab jadik cikgu pun lambat pulak result....

spm aku okay....kalau harap dapat masuk maktab...tup22 tak dapat...tak kena naya...

adussss...


itu antara yg bermain di kepala hotak budak2 lepasan SPM...
yg jadik masalahnya..yg cerdik22 lah...
sbb matrik dapat, uitm(diploma_ dapat ...dan i'allah maktab pon dapat...

kalau spm tunggang langgang...aku rasa tak penin nak nak pikiaq...sbb kompom susah dapat matrik...lagi susah nak dapat uitm...

hik..hikkk

apa cerita pon...
matrik lani lain dari matrik dulu....

///alamak ada kejer lah pulok....nanti aku sambung...

08 July 2009

:: Cayalah..kalau tak buat dari mula kan baguih ::





































PPSMI dimansuhkan....taksat muhyidin umum kat putrajaya...berita kat internet/utusan....keluaq ciput aja...malu kot....kah..kah..kahhh
padan muka...

tulah nak buat apa2..tak mahu tanya org yg cerdik pandai dulu...hangpa tu bukannya pandai sangat..cuma tak berapa nak cerdik aja...

so jgn ler institusi pendidikan pun hangpa nak politikan...

itu BANGANG namanya...

sukanya aku...


kan aku dah habaq dari mula lagi....toksah duk buat...
kan dah malu nak umum kata PPSMI nie tak membantu sangat....

hangpa lainlah.....anak2 semua hantaq tuition...duit bnyk...pangil cikgu/cikgi mai umah...

kami ..anak2 org miskin...takkan nak cakap org putih kot dlm kampong...

so apalagi...sapa yg qasa depa tu jadik mangsa PPSMI...lanitak dapat masuk u...

HANTAQ LER NOTIS saman kat kerajaan malaysia(kem.pelajaran)..nak best lagi...

nama2 tertuduh tu hangpa letak nama mahatdir, hishamudin yg latest letak muhyidin....bagi depa "cempeqa" sikit...

hangpa cakaplah...dengan perlaksanaan PPSMI nie..hangpa mengaji pon susah...selalu duk score a tak pon markah 80 ke atas..tup2 bila buat PPSMI nie..hangpa dapat below 40 utk result math dan sains

saman aja puak2 nie...

terima kasih bnyk2 kepada yg berdemonstrasi ke istana negara tempohari...

lagi satu aku nak habaq..aku ada nampak nama mat khairy dan mb johor bersabda jugak...

refer link ni www.malaysiakini.com.news/108063

depa nak tumpang "glemer" jugak kot....takpalah...depa pon ada anak jugak...mungkin anak depa cakap susah kot mengji sains dan matematik dlm bahasa org putih nie...


aku ingat lagi..masa anak menakan aku tingkatan 4 ker 5 taktahu...belajaq kimia dlm english...
ada satu soalan tu...dia tanya aku...ini soalan nak carik apa...
aku pun kiqa lah apa2yg patut, sbb aku dulu aliran sains tulin....
tup22...soalan tu ada dalam 4 ker 5 baris....

tup22...suruh kita JMR(jisim molekul relatif aja)....aduss...itu aja...

dek kerana kerajaan malaysia yg amat dikasih nak implement cepat2 dlm english...soalan yg mudah pun jadik payah...

...
dulu aku pernah dengar ceramah abg yb mahfuz kita(mp pokok sena lani)..tahun 2003 kot..
dia ada sebut..." tuan2 jangan qisau, dengan perlaksanaan english dlm sains dan matematik..i'allah , anak2 tuan2 dan puan akan cemerlang" jadik kita semua kena sokong ler..."

ada sorang org kampong tu bangun dia cakap " hang giler ker.., yg duk ajaq dlm bahasa melayu pun sekerat tengkuk aja nak lulus.." nie nak buat dlm bahasa org putih lagi"
jenuh pi "tusyen"..mampuih kami lepas nie...

okay itu ajalah....
cuma yg aku heran...napa perlu tunggu sampai 2012...kalau mansuh..mansuh ajalah..napa masa nak implement dulu..tak tangguh2...terus aja buat...nak kover malu ler kot...

lagi satu aku nak pesan...
nanti bila SPM tahun 2009, PMR tahun 2009 dan UPSR tahun 2009 keluar....result sains dan math akan menurun sikit...
depa akan bagi alasan, " ini barangkali murid2 sudah biasa diajar dlm bahasa inggeris. jadik dengan pemansuhan PSMI ini, maka peratus yg lulus dlm math dan sains merosot sedikit berbanding tahun2 sebelumnya...

PIRAHHHHHHH....alasan, alasannnnnn....membodek aja...cakap yg benarlah...
apa nak kelentong2 rakyat lagi....

ala aku tahu ler...graf lulus gagal tu hangpa yg duk adjest...sian hangpa noe...