"Jangan kecewa, jika doa tidak dikabulkan..kerana setiap doa adalah ibadah...dan Allah pasti membalasnya"..dan kena ingat juga kerana " ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang2 kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita "
31 July 2009
:: Sayangilah tayar kereta anda sebagaimana anda menyayangi pompuan lain ::
Kalo nak tahu usianya bole jenguk kt bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun.
Contoh: kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.
Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun (5 tahun aaa..) dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan.
- Korang juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H.
Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.
Nombor 70 ialah nisbah tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya (aspect ratio). Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.
Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.
Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.
Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.
Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)
Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.
p/s: Jadi hati bila tgk tyr murah,kot2 kena tayar yg dh lama walaupun baru...
dipetik dari website: vivaownersclub.net
tq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment