31 March 2009

:: Hik..hik Takut Jugak Noe ::

///takut jugak noe...kalau berani saman aja suratkhabar tu...
pembangkang dah beribu kali malah berjuta kali menghadapi masalah salah lapor oleh pihak media...

tulah aku cakap awai2..toksah duk baca akhbar yg bangang2 nie..baca Mangga aja...kan senang...


Nafi laporan akhbar
KUALA LUMPUR 30 Mac - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau mendakwa bahawa UMNO parti tunggal yang menuntut kemerdekaan negara ini dan menidakkan peranan MCA dan MIC ketika ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-59, Sabtu lalu.
Beliau menjelaskan, apa yang beliau nyatakan ialah UMNO terlibat secara langsung dalam membina beberapa institusi negara termasuk Rukun Negara, transformasi pendidikan dan isu berhubung kait dengan institusi raja.
"Tidak ada sama sekali saya hendak menafikan peranan MCA dan MIC dalam usaha memerdekakan negara. Pihak yang menggembar-gemburkan isu ini dan mengaitkan dengan isu perkauman bersikap tidak adil kepada saya.
"Saya hendak ingatkan semua pihak bahawa sejarah merupakan sejarah, kita tidak boleh ubah sejarah. Kalau dalam sejarah menunjukkan semua kaum terlibat dalam usaha memerdekakan negara, takkanlah saya nak nafi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar berbahasa Cina berhubung ucapan penggulungannya sebagai Naib Presiden UMNO, Sabtu lalu yang kononnya mendakwa UMNO merupakan parti politik tunggal terlibat dalam usaha-usaha memerdekakan negara.
Beliau berkata, ucapan penggulungan beliau diambil di luar konteks oleh media berbahasa Cina.
"Mereka mesti bertanggungjawab dalam membuat laporan, biarlah laporan itu melihat kepada situasi yang sebenar dan tidak memilih satu dua perkataan dan mengaitkannya dengan isu perkauman.
"Menidakkan peranan rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) adalah tidak wajar dan itu bukan merupakan hasrat saya," jelas beliau.
Hishammuddin turut mengingatkan pihak media supaya lebih bertanggungjawab ketika membuat liputan dan tidak mengambil sesuatu di luar konteks.
"Lebih-lebih lagi apabila apa yang saya hujahkan dikaitkan dengan perkauman dan cuba melaga-lagakan saya dengan parti-parti komponen yang merupakan rakan-rakan saya dalam BN.
"Tolong petik kenyataan saya dengan tepat kali ini, jangan tersalah petik buat kali kedua pula," tambahnya.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

No comments: