Showing posts with label Percutian5. Show all posts
Showing posts with label Percutian5. Show all posts

05 October 2010

:: Bukit Gambang Resort City ::

Percutian merangkap family day company isteri aku..

Here we go , Bukit Gambang Resort,
Date : 2 dan 3 October 2010, Sabtu dan Ahad

Bertolak dari rumah jam 12 lebih..sebab pergi open house rumah jiran dulu…hajat hati nak keluar awal, sbb nak elak traffic jam dan cuaca panas…

Ambil utara selatan h way dari nilai, exit di UPM, oastu ambil MRR2 terus ke Gombak, dan seterusnya ambil LPT ke Gambang

Singgah sat di Paya serai dekat Bentong tu..isi minyak, dan beli apa yg patut utk makan atas kereta..

Sampai di tempat rehat Bukit Gambang jam 3 kot, bungkus nasik ayam sbb nak terus ke resort…

Jam 4 check in..kaunter dah bukak dah…

Bukit Gambang Resort…
Kami menginap di Studio Suite sbb harga agak murah compared dgn Family suite..
Bilik okay…

Area apartment tu ada permainan utk kanak2.., Lagi satu di apartment ni jugak ada kolam renang…kolam renang tak jauh dari lobby..

Taman tema air dengan Apartment tak jauh…kena naik keter, tapi tramp jugak disediakan..harga tiket rm1 aja utk sorang…tramp ulang alik 20 minit sekali…so don’t worry…


Kami duduk di S2-02-01 (blok studio 2, tingkat 2 dan bilik no 1.)

Jam 6 petang kami gerak ker Kuantan, hajat hati nak pergi Teluk cempedak dan Tanjung Lumpur(tempat makan ikan bakaq yg best ), tapi hanya sempat sampai Tanjung Lumpur aja..yelah..anak2 dah letak…nak tidur kata mereka…

Dari Gambang ke kuantan more or less 30 minit aja..jalan terus aja…sampai kuantan towm baru nampak signboard teluk cempedak dan tanjung lumpur..

Utk ke tanjung lumpur kena naik jambatan..(belok kanan – jalan teluk sisik), dan belok kiri utk ke teluk cempedak.

Taman Tema Air Bukit Gambang..
Sebelum masuk, ambil gambaq dulu..ha..ha..ha, alamak kamera abis bateri pulak…bateri dah “kong”.nasib baik kengkawan ada kamera boleh tolong snap sat…

Harga tiket around rm 22 org kot utk seorang (dewasa)..sbb family day…company dah tolong bayaqkan…tenkiu noe…

Kelebihan di taman tema air nie..tak perlu susah2 nak bawak cash money… reload/topup siap2 masa beli tiket tu…

Aku top up rm 50 aja…yelah anak 3…tapi duit nie kalau tak habis akan dapat balik..so jgn duk penin pikiaq..
Lagi satu lupa nak bg tahu..makanan/minuman luar tak boleh bawak masuk…

Kawasan besaq…dan mandi manda memang puas….lepas mandi lapaq…makan , minum..hulur tangan aja..sbb nak deduct duit dari tag yg kita pakai tu..

Pelampong/tube pun ada disewakan//so don worry bg yg tak pandai berenang.

Apa lagi yer…

Aku keluar jam 330pm lebih sbb nak balik jauh …

On the way balik..singgah kat tempat rehat temerloh..minum kopi ais sbb mengantuk sngt..dan solat sekali…

Sampai tol Gombak..jalan dah mula jem…yelah…ahad petang..
Aku tekad taknak amik jalan yg tunjuk seremban hway tu…sbb jauh..
So aku terus ke kl…tup2 nampak Duke Hway…
So amik duke hway…exit kat jalan semarak…lalu depan opis wife..jalan tun razak..ambil mex hway pulak..terus ke rumah…


Taksat baru tengok saman online…
Alhamdulilah.saman tak ada…

p/s : LUPA NAK BG TAHU...KALAU NAK KE GAMBANG, JALAN YG DEKAT SIKIT ADALAH KELUAR IKUT SRI JAYA..













15 May 2010

:: ITEX 2010, bukti aku disana on Saturday ::

Sabtu lepas....aku ke ITEX 2010, di KLCC... ada produk yg melibatkan aku terlibat dlm pameran tu... sampai jam 10am di klcc, but standby utk masuk ke Aquaria dulu..yelah dah rancang lama nak pi akuaria..so bila ada itex..lagi ler semangat tu tinggi...
akuaria pon best....itex pon best... alhamdulillah.. produk kami menang...tak emas, tak gold, tak silver...tapi gangsa pun dah memadai...area..telekomunikasi.... terima kasih kepada kengkawan semua.... jumaat lepas..pi bantu setup sistem kat sana...i'allah kalau ada kelapangan esok ptng nak pi sekali lagi.nak bantu utk packing barang utk tutup booth pulak... harap2 ada kelapangan ler...

tak nampak kat bahu kiri budak tu...budak tu pon mai melawat itex...yg cerdik pandai takmai...buat gapo...
budak nie pon mai jugak...visitor lagi..trade visitor..

budak nie jugakk..



budak dan bapak kepada 3 budak...warghhhhhhhh


aku ngan projek manager FiberLAN System...En saidini..
ini dengan geng2 UKM..depa dapat gold..tiap2 tahun menang..aku pun heran..

ini result yg dipamerkan...ada nama aku tu..

ini pass utk masuk..kena register beb..., mana boleh masuk qombu macam tu aja..

dgn geng2 tmrnd
wife dan anak2 pon join gak..

geng power rangers..hik22

aku ler nie...habis takkan hantu kot..

30 August 2008

:: Percutian di KLCC 30082008 ::

Salam semua, hari nie tanggal 30 Ogos 2008, aku bersama my wife and anak bercuti sambil menyaksikan panorama di kl….apa lagi kalau bukan ke klcc..

Plan mula nak ke jalan TAR…tapi memandangkan nak jalan pon agak jauh….sian pulak kat wife…. Kami bfast kat kedai kat umah…pekena 2 biji roti canai, tea o dan barli suam..rm 3.60 .. So,, kami naik erl dari salak tinggi jam 11am…tiket rm 12.50 utk seorang….tapi disebabkan ada 2 tiket bulanan, maka apalagi..amik peluang ler…kalau kena beli tiket cash…kompom aku dah tak pi dah..yelah kalau dua org dah 25 ringgit habis utk one way..dan rm 50 utk 2 ways….baik simpan utk sambut posa.. So sbb monthly tiket..aku gunaler …

Aku nampak my wife aku ceria aja sepanjang perjalanan..yerlah…dah jenis nak berjalan….hik..hikk.. sampai kl sentarl….org agak ramai…masa tu jam 1130 am… aku guna touch n go ,,my wife guna weekly tiket putra..so tak perlu berbaris ler…. Masuk dlm putra ..org agak ramai…. Tapi ..terus ada brother n kakak tu bangun ..bagi tempat duduk utk aku n my wife,,,depa nampak my wife pregnant n aku dukung anak kot…terima kasihlah kat hangpa berdua…
Ada lagi rakyat Malaysia yg prihatin kepada yg memerlukan….

Turun kat klcc, jalan2 sambil snap gambaq… Masuk ..kedai apa tu yg ada setan tu...ooo..kedai Isetan...saja ”shoping tingkap”..barang2 not bad...tapi yg aku heran tu..anak aku minat golf ler...aduss....nak kena ”training” nie...mana tahu... Tapi tgk set golf pon ribu22..nak mampuiss....tak apa abid..nanti ayah beli kayu golf yg 2nd hand, abid belajar tibai dulu bagi kena..nanti bila besaq kita pi ”driving range”hik..hikkk

Lepas pada tu apalagi..ke cold storage(simpanan sejuk ler) kat tingkat bawah...carik makanan...beli mee goreng, nasik, minuman, air tin, sedikit coklat...sambil layan ”paper” berita harian pasal budget semalam, nasib baik , makanan semua sedap..... Pastu jalan sana sini...kik.kikk, nak habaq pi kat hangpa...kami tak beli apa pon....selain pi makan tghari aja kat sana.....kah..kahhh, ala bukan apa...nak simpan duit utk raya n nak sambut baby nanti....

Kami bertolak balik dari kl sentral ke salak tinggi....sampai salak tinggi around jam 3pm....sebelum balik umah singgah kat kedai kk, kat umah...beli , baldi dan mop dan sewajktun dgnnya, sambil beli b daman utk abid... Balik umah....mop lantai umah... Masa blog ni di tulis....anak aku sedang tidur kerana kepenantan..... Sampai ketemu lagi...















21 April 2008

:: Cuti 2 hari :: 19-20042008

salam semua...
habis cuti dua hari..
masa diluangkan untuk famili dan mertua aku...dapat berborak sakan...
ahad petang semalam...pergi pd..saja lepak2 tepi pantai...tapi air laut pulak pi ke tengah..so tak ada "can" nak mandi...kik..kikk, tup2 mandi air paip aja...

perjumpaan bersama penyelia on sabtu pun tidak di adakan....so rasanya minggu nak masuk nielah ada perjumpaan semula..so progress kena tunjuk...

minggu nie jugak bermulalah keadaan di mana "mood" aku jadik tak best..yelah .."coding" utk projek sudah bermula..kami diberitempoh 2 minggu aja..
mampuihhhhhhhhhhh....mana ngan projek master lagi yg satu apa pun tak mula lagi developmenet nie...
padahal master nak kena present/viva on awai julai...
20/6 dah kena siapkan..... adusssssssssss..
ya Allah berilah ketenangan kepada aku dan my wife utk kami menyiapkan tesis ini...

27 March 2008

:: Rilex ::

Biler duk belek22 kat komputer nie... jumpa pulak gambar2 yg lama...apa lagi..upload ler...kik..kikkkikk





ini kat hotel seri malaysia-bagan lalang


ini kat pantai bagan lalang-sepang

ini kat ilham resort - pd

ini kat rumah aku

ini kat muzium tepen..perak

ini kat klcc, kl

28 February 2008

Bercuti di Pulau Bali











ini artikel yg aku ambil dari berita harian bertarikh 28 hb2...




Bali jadi pilihan pelancong kerana keindahan pantai dan mitos silam BALI di Indonesia menjadi pilihan pelancong bukan saja kerana keindahan pantainya tetapi juga mitos silam yang tersimpan, selain monumen khas yang dibina di Jalan Ligian, Denpasar sebagai mengingati peristiwa pengeboman yang menyebabkan 202 nyawa terkorban pada 12 Oktober 2002. Beberapa tempat menarik seperti Kintamani dengan suasana yang sejuk serta pemandangan indah, Gunung dan Tasik Batur juga menggamit pelancong datang. Malah, seseorang dianggap tidak ke Bali kalau tidak sampai ke Kintamani dan Tanah Lot, dua destinasi pelancongan yang begitu intim kepada pelancong dengan kedudukan satu di puncak gunung berhawa sejuk dan satu lagi di tepi samudera luas terbentang.
Selain itu, terdapat beberapa daya tarikan di Ubud sebuah kawasan desa yang terkenal dengan kraftangan ukiran dan lukisan. Di pekan, ia menjadi tumpuan pelancong untuk mendapatkan cendera mata yang cantik dan murah sebagai oleh-oleh. Begitu juga di Pasar Kumbasari, pelancong akan dilayan dengan mesra pada harga borong walaupun hanya membeli satu unit saja. Kebanyakan barangan kraftangan dan batik di pulau itu dibekalkan dari Kumbasari. Tempat bersejarah seperti di Goa Gajah dan Begudul masing-masing kaya dengan kisah lagendanya. Kalau di Goa Gajah pelancong boleh bermeditasi dan berdoa untuk mendapat restu dari dalam Goa Gajah (mengikut kepercayaan penganut Buddha) hajat konon termakbul maka di Bedugul pula pelancong dapat menyaksikan keindahan beberapa pura iaitu berhala.






Selain menyaksikan keindahan matahari terbenam, Tanah Lot juga mempunyai daya tarikan lain iaitu sebuah telaga di bawah perut sebuah pulau kecil yang ditenggelami air laut ketika air pasang. Bagaimanapun, anehnya, air dalam telaga berkenaan tetap tawar selepas air surut. Pelancong boleh merasa atau minum air atau membasuh muka dengan membuat nazar yang mengikut kepercayaan akan dikabulkan. Namun umat Islam tidak digalak melakukannya. Nusa Dua dan Nusa Penida tidak kurang menariknya tetapi ia tidak termasuk dalam senarai lawatan oleh kebanyakan pengusaha pelancongan kecuali atas permintaan. Destinasi pelancongan menarik lain ialah Pantai Sanur, Uluwatu, Sukowati, Celuk, Batubulan, Mengwi dan Tampaksiring.








Ramai pelancong Malaysia terutama yang pertama kali berkunjung ke pulau itu bimbang sukar mendapat makanan halal tetapi kebimbangan itu wajar diketepikan kerana banyak restoran yang diusahakan orang Minang menyediakan makanan untuk pengunjung Islam. Penulis sendiri membawa makanan segera sebagai bekal tetapi akhirnya menghadiahkannya kepada pekerja di sebuah hotel di situ selepas mendapati makanan halal mudah diperoleh. Jika ingin mendapatkan ketenangan melancong di Indonesia, Bali adalah tempatnya bagi pelancong bersantai sambil membeli-belah dengan harga murah kecuali di pusat beli-belah milik pelabur asing yang hanya berurus niaga dalam dolar Amerika Syarikat. Bagaimanapun, untuk membeli barangan pada harga rendah, petuanya mudah, pelancong perlu menawarkan separuh daripada harga yang ditawarkan dan jika pandai menarik hati penjual, mereka boleh mendapatkan barangan serendah 60 peratus berbanding harga asal. Mereka yang menggemari makanan laut pula boleh berkunjung ke Pantai Jimbaran sambil menyaksikan pesawat turun naik di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai. Bagi rakyat Malaysia, berbelanja di Bali agak `menakutkan' kerana harganya disebut puluh, ribu malah jutaan Rupiah sedangkan jika mata wang itu dinilai dengan Ringgit Malaysia, harganya tidaklah seberapa. Oleh itu ada gurauan `jika ke Bali semua jadi jutawan, tetapi apabila pulang kampung boleh sakit gigi'. FAKTA: Pulau Bali
Pulau Bali yang dikenali sebagai pulau seribu pura dan dewa
Mempunyai 3.1 juta penduduk dengan 85 peratus beragama Hindu
Menjadi pilihan pelancong terutama dari Eropah dan Australia
Kini jadi tumpuan pelancong China, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan Malaysia
Purata 9,000 pelancong dari Malaysia mengunjungi Bali setiap bulan.

....///


nak cerita pilah kat hangpa semua...aku sebenarnya pernah bekerja di pulau bali selama setahun.....


masa tu dlm tahun 2001...