28 February 2008

Bercuti di Pulau Bali











ini artikel yg aku ambil dari berita harian bertarikh 28 hb2...




Bali jadi pilihan pelancong kerana keindahan pantai dan mitos silam BALI di Indonesia menjadi pilihan pelancong bukan saja kerana keindahan pantainya tetapi juga mitos silam yang tersimpan, selain monumen khas yang dibina di Jalan Ligian, Denpasar sebagai mengingati peristiwa pengeboman yang menyebabkan 202 nyawa terkorban pada 12 Oktober 2002. Beberapa tempat menarik seperti Kintamani dengan suasana yang sejuk serta pemandangan indah, Gunung dan Tasik Batur juga menggamit pelancong datang. Malah, seseorang dianggap tidak ke Bali kalau tidak sampai ke Kintamani dan Tanah Lot, dua destinasi pelancongan yang begitu intim kepada pelancong dengan kedudukan satu di puncak gunung berhawa sejuk dan satu lagi di tepi samudera luas terbentang.
Selain itu, terdapat beberapa daya tarikan di Ubud sebuah kawasan desa yang terkenal dengan kraftangan ukiran dan lukisan. Di pekan, ia menjadi tumpuan pelancong untuk mendapatkan cendera mata yang cantik dan murah sebagai oleh-oleh. Begitu juga di Pasar Kumbasari, pelancong akan dilayan dengan mesra pada harga borong walaupun hanya membeli satu unit saja. Kebanyakan barangan kraftangan dan batik di pulau itu dibekalkan dari Kumbasari. Tempat bersejarah seperti di Goa Gajah dan Begudul masing-masing kaya dengan kisah lagendanya. Kalau di Goa Gajah pelancong boleh bermeditasi dan berdoa untuk mendapat restu dari dalam Goa Gajah (mengikut kepercayaan penganut Buddha) hajat konon termakbul maka di Bedugul pula pelancong dapat menyaksikan keindahan beberapa pura iaitu berhala.






Selain menyaksikan keindahan matahari terbenam, Tanah Lot juga mempunyai daya tarikan lain iaitu sebuah telaga di bawah perut sebuah pulau kecil yang ditenggelami air laut ketika air pasang. Bagaimanapun, anehnya, air dalam telaga berkenaan tetap tawar selepas air surut. Pelancong boleh merasa atau minum air atau membasuh muka dengan membuat nazar yang mengikut kepercayaan akan dikabulkan. Namun umat Islam tidak digalak melakukannya. Nusa Dua dan Nusa Penida tidak kurang menariknya tetapi ia tidak termasuk dalam senarai lawatan oleh kebanyakan pengusaha pelancongan kecuali atas permintaan. Destinasi pelancongan menarik lain ialah Pantai Sanur, Uluwatu, Sukowati, Celuk, Batubulan, Mengwi dan Tampaksiring.








Ramai pelancong Malaysia terutama yang pertama kali berkunjung ke pulau itu bimbang sukar mendapat makanan halal tetapi kebimbangan itu wajar diketepikan kerana banyak restoran yang diusahakan orang Minang menyediakan makanan untuk pengunjung Islam. Penulis sendiri membawa makanan segera sebagai bekal tetapi akhirnya menghadiahkannya kepada pekerja di sebuah hotel di situ selepas mendapati makanan halal mudah diperoleh. Jika ingin mendapatkan ketenangan melancong di Indonesia, Bali adalah tempatnya bagi pelancong bersantai sambil membeli-belah dengan harga murah kecuali di pusat beli-belah milik pelabur asing yang hanya berurus niaga dalam dolar Amerika Syarikat. Bagaimanapun, untuk membeli barangan pada harga rendah, petuanya mudah, pelancong perlu menawarkan separuh daripada harga yang ditawarkan dan jika pandai menarik hati penjual, mereka boleh mendapatkan barangan serendah 60 peratus berbanding harga asal. Mereka yang menggemari makanan laut pula boleh berkunjung ke Pantai Jimbaran sambil menyaksikan pesawat turun naik di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai. Bagi rakyat Malaysia, berbelanja di Bali agak `menakutkan' kerana harganya disebut puluh, ribu malah jutaan Rupiah sedangkan jika mata wang itu dinilai dengan Ringgit Malaysia, harganya tidaklah seberapa. Oleh itu ada gurauan `jika ke Bali semua jadi jutawan, tetapi apabila pulang kampung boleh sakit gigi'. FAKTA: Pulau Bali
Pulau Bali yang dikenali sebagai pulau seribu pura dan dewa
Mempunyai 3.1 juta penduduk dengan 85 peratus beragama Hindu
Menjadi pilihan pelancong terutama dari Eropah dan Australia
Kini jadi tumpuan pelancong China, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan Malaysia
Purata 9,000 pelancong dari Malaysia mengunjungi Bali setiap bulan.

....///


nak cerita pilah kat hangpa semua...aku sebenarnya pernah bekerja di pulau bali selama setahun.....


masa tu dlm tahun 2001...

No comments: