10 August 2008

: Hari Konvo 09082008 ::

salam semua..
alhamdulillah..segala yg dirancang sudah selesai mengikut perancangannya...Alhamdulillah...
tanggal 9 ogos 2008, menyaksikan aku bersama wife dapat hadir ke pentas konvo disaksikan ribuan org dan ibu bapa...terima kasih ayah,ayah mertua dan ibu mertua serta abg ipar azila dan familynya serta adek ipar aznee kerana sudi hadir menyaksikan majlis konvokesyen kami berdua...segala penat lelah terbayar sudah (buat masa ini) perancangan susulan akan menyusul..

kami start pengajian master pada tahun 2006 , bulan jun(rasanya) dan tamat pada ogos lepas...alhamdulillah sempat konvo...

konvo di ukm setahun sekali..kalau tak sempat tahun ini..maka kena tunggulah tahun depan..

kami melalui 5 semester pengajian tanpa cuti dalam tempoh 2 tahun cukup...
sem pertama sehingga sem 3 mengambil 2 paper setiap sem dengan 18 kredit total...
sem 4 mengambil 3 paper dgn 9 jredit...projek akhir (tesis) sem 5 dgn 9 kredit..alhamdulillah,,,,semua okay...

sem 1..sampai sem 4 ...bawak anak masuk kelas sekali...kelas mula jam 9pagi sampai jam 630petang...
sem 5 tak ada kelas...but ada thesis..n develop sistem..kena jumpa lecturer jugak...n supervisor..

paper2 yg aku amik adalah
kejuruteraan perisian, automata dan programming, networking, data struktur dan pengaturcaraan, objek orientad programming, research methodology, multimedia, advanced artificial intelligent, knowledge management sistem, thesis..

terima kasih kepada pensyarah2 yg mengajar iaitu...prof aziz deraman(dekan masa 2006), mr.phang, en.hazali, prof.madya dr mad jan, dr.azuraliza, prof.razak hamdan(dekan sekarang), prof.abdullah mad zin, dr.zurina, dr shahnudin, prof.halimah badiozzaman, prof mad dr juhana, dr.faezah(coordinator..tq bnyk22), pn nurleyza(supervisor)...berbnyk2 terima kasih dan dr nazlia omar(pemeriksa projek final)...dan lain2 lg yg tak disebutkan disini...

konvo...kami kena sidang yg kedua..tarikh 9 ogos 2008 ..disampai kan oleh pro canselor , yang mulia anakanda yamtuan besar negeri sembilan...


buat kengkawan..terima kasih...azean suheley (wife)..terima kasih bnyk2..., mariani abdul rahman, azman ali, saiful dan rosli abd ghani..


jambangan Bunga dari adek ipaq aku , oni, dan anak aku , abid

jambangan bunga dari abah mertua..tima kasih

jambangan bunga dari ibu mertua, tima kasih



selepas konvo..masa nie jam 5 pm tepat


buku konvo

scroll master



bersama abg ipaq dan biras bersama anak2 mereka


bersama famili...ayah, abah mertua, dan famili abang ipaq



wife bersama adek dan bapanya




sejurus selepas konvo..sian anak aku..dia masuk kelas jugak..tapi yg naik pentas..ayah dan ibunya aja...
dia kena duk luar, ngan paksunya...dari jam 130pm sampai jam 5pm







dengan member sekuliah...mariani abdul rahman & saiful
di dalam dewan konvo
\
sebahagian ibu bapa yg hadir
graduan bngun utk bg hormat pada anakanda yamtuan besaq negeri sembilan...pro canselor


suasana lepas konvo
sebelum konvo...bergambar bersama famili

perbarisan sebelum masuk dewan










masa menunggu...makan dulu apa yg patut































anak aku yg amik gambaq nie..senget aja

07 August 2008

:; Raptai 7 Ogos 2008 Khamis ::

salam semua..
hari ni tanggal 7 ogos 2008 ada full rehearsel utk majlis konvo ukm ke 36 bermula 9 /8 sehingga 13 hb 8...
graduan yg hadir ..ramai giler...kira jem ler kat pintu masuk depan tu...

majlis raptai kurang okay..sebb sessi penerangan kurang berkesan...dan aku sampai lani "blur " lagi nak kata apa selepas menerima scroll....kalau yamtuan besaq n9..aku rasa kena kata "menjunjung kasih tuanku"..kalau pro canselor bg..nak kata apa pulak...
tapi semua tu perkara kecik aja....tak cakap apa pun tak apa...cuma nak bg sedap aja...

anyhow..majlsi habis jam 1030am..
abis pada tu aku ke an nur checkup my wife..alhamdulillah jumpa dr khamsiah...dr khamsiah kenal lagi my wife...walaupun last sekali jumpa 10/11/2004 dulu...
pastu aku belek kat dlm bilik dia..aku nampak lagi kad raya/kad yg my wife pernah hantaq kat dia tahun 2005 kot...dia simpan lagi...iskk... terkejut aku..
aku tgk dr khamsiah...duk mcm tu aja..tak tua2 ..isk22.ilmu apa dia pakai tak tahu....

i'allah..next checkup is pada 23 ogos..meaning that 2 minggu sekali jumpa dr khamsiah...

okay itu aja..doakan majlis konvo aku pada sabtu nie suksess...i'allah..
n i'allah..ayah aku, adek ipaq, mak dan bapak mertua pon akan hadir...

tq...








06 August 2008

:: Raptai Konvo ::

salam...
esok i'allah akan ada raptai konvo....kawe ngan wife akan hadir...majlis mula jam 830am ..sampai jam 11.30 am...harap semua okay...
kawe maseh ingat lagi ...masa konvo kat usm dulu..masa tu tahun 1999...
kawe nak pergi raptai sbb kawe pon dah lupa cara22 nak jumpa org2 besaq nie..
nak tunduk, nak cakap ana ..n etc...
dgr kata...yamtuan besaq negeri 9 nak bagi scroll...kawe ngan wife kena sidang kedua...
harap semua berjalan lancar....



:: Meja komputer yang nak bawa ke kg ::

salam...
ini meja komputer yg aku beli dgn harga rm 69 ..aku beli kat car 4 alamanda putrajaya..masa tu ada sale....alhamdulillah pengajian master dah tamat..meja nie nak dibawa balik ke pendang..i'allah pada jumaat minggu depan 15 ogos ..nak sedekah kan kat anak2 menakan...

sebelumpada tu...lupa pulak nak bagi tahu..notebook yg aku share ngan my wife ...beli dari adek ipaq aku (adik bini aku ler)..dgn harga rm 1900...akan "diperturunkan " kepada anak menakan aku , ezza shahida yg belajar kat uitm..
notebook nie bnyk berjasa kepada kami berdua...nanti gambaq notebook tu aku akan masukkan....

notebook nie..aku nak bg saja kat anak menakan aku..tapi disebabbkan ekonomi aku merudim teruk lani akibat kenaikkan harga minyak...maka aku terpaksa jual kepada anak menakan aku secara ansuran....harga aku jual rm 1200..bermakna dgn installement selama setahun (12 bulan)...depa diminta bayar sebnyak rm 100 sebulan...ikut kemampuan....kalau lepas dari setahun..tak cukup juga rm 1200..maka aku terima setakat yg depa bayaq aja....

mudah2 an dgn pertolongan ini dapat meringankan beban kakak aku tu....kik..kikkk
notebook tu semua okay...cuma RAM aja yg kurang iaitu 512...aku plan nak "upgared " ke 1 or 2 gb...kik..kikk

okay tu aja...

i'allah aku ada lagi satu notebook..bini aku punya....boleh alh buat setadi or surf maklumat utk phd aku nanti.....
i'allah..kalau dimakbulkan...
anak menakan aku amik course sains geomatik...belajaq kaji bumi kot....

dgr kata..kalau ada rezeki...abg ipaq aku nak sambung buat master pulak...degree dia pun belum amik lagi....sabtu 16 hb nanti baru ada konvo...kik..kik...selamat abang zul..moga cita deme...menjadik hendaknya....

adek kawe pon ..yg ustazah tu..tu gelut nak finishekan dia punya tesis...kik..kikkk...i'allah akan habis punya....

dgr kata adek kawe yg sorang tu nak tukar profesion..nak ladik lawyer pulak..kawe setuju sngt222...tapi kena planning betui2 ler....






05 August 2008

:: bantuan kepada golongan miskin, sapa yg dapat ?? ::

Bantuan kewangan untuk golongan berpendapatan rendah diumum Bajet 2009

05/08/2008 3:16pm
Oleh Siti Mariam Md. Zain dan Yusri Sahat
KUALA LIPIS 5 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membayangkan golongan rakyat berpendapatan rendah bakal menerima bantuan kewangan yang akan diumumkan dalam Bajet 2009 pada pembentangan di Parlimen hujung bulan ini.
Perdana Menteri berkata, pemberian bantuan kewangan tersebut berikutan kerajaan sedar tentang keperluan hidup golongan terbabit yang terjejas akibat kenaikan harga barang.
``Satu yang diharap dapat diumumkan apabila membentangkan Bajet di Parlimen dalam bulan Ogos ini juga ialah satu bantuan yang melibatkan ramai golongan berpendapatan rendah dari segi kewangan kerana kita tahu kedudukan mereka itu pada masa ini susah juga.
``Tetapi, saya tak boleh cerita habis, kalau saya boleh cerita habis, saya umum sebelum Bajet lagi. Tetapi, kita dah tetapkan dan sedang halusi siapa yang layak, dan yang layak itu tidak ketinggalan atau pengagihan (bantuan kewangan) tidak menjadi kelam kabut,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek Agropolitan Gahai, dekat sini hari ini. - Utusan.

/////ulasan pertama aku....sapa yg dapat kalau bantuan ini diberikan...kalau ikut jkkk kg...mampuihhhh...carik puak2 umno sahaja...

okay...
masalah nie tak akan habis...duit kalau bagi bnyk mana pon...akan habis..bukit tinggi mana pon..kalau ditarah dokorek ..akan habis jugak...nasib baik gunung kinabalu tu diwartakan sebg kawasan larangan or pemeliharaan or perlindungan...kalau dibenarkan...sah gondol..n sama ..kik..kikk

aku duk peratikan..masalah bagi duit ini tak akan menyelesaikan masalah...selagi mana minyak or barang2 keperluan lain melambung naik...
pemborong or pembekal or peruncit or pekedai ..akan terus menaikkan harga barang..depa peduli apa......setakat yg aku tahu...pemantaun dan tindakan tak diambil pon kepada "towkey2 besaq"/..yg depa duk ambil tindakan ..kat kedai2 pakcik kat kg...pastu sebulan dua...bungkuihlah kedai pakcik2 or kedai2 melayu kat kg...sbb apa..sbb takut dengan pihak penguatkuasa...

di pasaraya2 besaqqq...harga akan naik...sapa berani ambil tindakan...mana berani ambil tindakan...yelah depa pon ada share sama dlm tu...

macam kes yg terjadik baru2 nie...

petani dapat incentive harga padi...tup222.tak sempat nak jual padi...dengar cakap...upah tuai padi (mesin padi) melambung sampia rm 120 serelung..upah bajak naik rm 50 dari rm 30..mmapui lah...

yg tu kerajaan tak jaga pulak....napa tak jaga...sbb depa ada share....

kenapa kerajaan tak kawal harga racun makluk perosak...hangpa nak tau...racun whip sebotol ada dekat2 rm 100///sebotoi tu berapa ml aja...asyik naik n naik aja...
yelah yg nie tokey2 besaq punya peranan...check punya check...geneg22 mp bn ada share..kah...kah...
cakap tak serupa bikin nak jaga rakyat....cakap "pong pang sana ''pong pang sini" nak jaga rakyat...alaih22 tipu rakyat...

masyarakat kg mana tahu semua nie...yg umno tu..dgr kata kerajaaan nak bg duit..suka aja..cakap kat org tulah ..tengoklah..kerajaaan bn perintah...

dia lupa..masa harga minyak naik...dia takcakap pulak...ini kerajaan yg membela rakyat..." tak ke bangang namanya"

macam kes tiket erl...
seingat aku masa guna wife mula2 naik erl..harga rm 185 dari salak tinggi ke kl sentarl...lepas tu elektrik naik..depa terus naik rm 225...tup22 baru nie..julai 2008 lepas..naik lagi 285...

hampehhh punya puak2 nie...kalau hangpa ambil duit kami dgn cara yg salah (merompak) ...satu sen pun aku halal...hangpa jawap lah bila mampuih nanti tak pon mai lah mintak halal kat kami...

dah ler kejer gaji sikit...kena bayaq pulak incometax (cukai haram yg dikenakan oleh kerajaan kepada org yg tak perlu kena bayaq)...hangpa ambilkah dari tokey2 takpon dari org kayo22 yg gaji besaq22 tu...bangang...
check punya check...tengok22...yg duk sembang nak bela rakyat ada share dlm tu.....kah..kah...
cuba hangpa check erl punya board or director...

okay...

utk setakat lani....aku sampai lani tak halalkan walau satu sen pun duit yg aku kena bayaq dia atas kenaikkan harga minyak baru2 nie....kenaikkan terlalu melampauuu..tak dapat diterima...

:: Hujah kat TV9 semalam 04082008 ::

Prof UiTM vs Adun Pangkor featuring Prof Agus YusofDilulus terbit pada Tuesday, August 05 @ 08:30:00 MYT oleh reformis Oleh mohaz_line

Entahlah apa dos yang telah dicucuk oleh stesen TV9 kepada pengantara siri rancangan debat mingguan Hujah, Prof Mohammad Agus Yusof pada malam ini. Tindakan pelik beliau kali ini betul-betul dapat dihidu penonton yang mana beliau banyak memberikan peluang dan masa kepada panel dari ADUN Pangkor YB Dr Zambry Abd Kadir untuk mematahkan setiap hujah yang dilontarkan oleh seorang lagi panel iaitu penganalisis politik dari UiTM Prof Shaharudin Badaruddin.
Hujah kali ini membincangkan tentang perlunya sistem dua parti di Malaysia untuk 50 tahun akan datang atau tidak. Dua panel yang telah dijemput oleh penganjur TV9 adalah ADUN Pangkor YB Dr. Zambry Abd Kadir dan penganalisis politik Ass. Prof. Shaharudin Badaruddin dari UiTM. Pada pemerhatian penulis, panel dari UiTM ini lebih cenderong untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia untuk 50 tahun akan datang tetapi tidak sempat untuk memberikan hujah rasionalnya memilih Pakatan Rakyat. Ini kerana sikap pengantara program, Prof Agus membenarkan panel dari Pangkor mencelah ketika panel dari UiTM itu mahu memberikan fakta-fakta. Sikap yang ditunjukkan oleh pengantara program pada malam ini amatlah tidak adil kerana beliau seolah-olah membantu panel dari Pangkor itu memperkemaskan hujahnya. Dicampur pula kelembapan panel dari UiTM itu untuk menangkis balik setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Dr. Zambry. Kelihatan seperti panel dari UiTM itu tidak pandai atau dengan kata lain malu-malu kucing untuk mematahkan setiap hujah yang dilemparkan. Penonton asyik tertunggu-tunggu detik panel dari UiTM itu mencelah tetapi semua itu menghampakan. Walaubagaimanapun syabas juga diucapkan kepada panel dari UiTM itu kerana sanggup memberanikan diri mempromosikan komitmen Pakatan Rakyat dalam membantu rakyat Malaysia untuk 50 tahun akan datang.
Tetapi amat malang sekali di akhir program, panel dari UiTM itu langsung tidak diberikan masa dan peluang untuk merumuskan kesimpulan dari perbincangan tersebut. Sebaliknya panel dari Pangkor diberikan masa yang agak selesa untuk membuat rumusan bahawa Barisan Nasional masih wajar dan relevan kepada rakyat Malaysia untuk 50 tahun akan datang. Boikot Hujah !!" /



////biasalah beb....kalau aku nak bercakap pon..takkan aku nak "bias" kat pakatan rakyat...sikit2 sudahlah sokong p.rakyat....
mamat tu pensyarah...
nak hilang jawatan....nak bg anak bini makan apa....
kena pikir lah....
dr agus tu pun dah kena "sound"...dia agak keras...so smlm dia "bias" kat bn ler pulak...
itu masing2 kena pikir....semua MAKAN GAJI BEB....GAJI NI ADALAH PERIUK NASIKK...SO JAGALAH PERUT DAN BAWAH PERUT MASING22...TAKYAH DUK MENYEBUK22...

ADUN PANGKAOR TU..DR ZAMRY...SEMUA ORG PERAK DAH KENAI DIA...DIA LANTANG DLM SIDANG DUN PERAK2 BARU2 NIE..TAPI "HAMPEHHH" CAKAP KOSONG AJA....

DIA TAK BAGUIH SNGT...KALAU BAGUS DAH LAMA ORG ANGKAT MASUK KABINET TAK PON MASUK PARLIMEN....

DIA KAWAN BAIK NGAN ADUN KUBU GAJAH...YG SUKA SOUND ORG DLM PARLIMEN DULU..PASTU TURUN PANGKAT MASUK DUN....
DIA MENNAG DUN KUBU GAJAH PUN SIKIT AJER...MAYBE UNDI POS KOT...KIK..KIKKK...

TAKPALAH...
BINI AKU ORG PERAK....HARAP PAKATAN RAKYAT N BN DAPAT TOLONG RAKYAT...JGN JAGA PERIUK NASIK MASING2 AJA..NANTI MATI...MALAIKAT TANYA...APA MAHU JAWAP....KIK..KIKKK..TEPUK DADA TANYA IMANNNNNNNN

02 August 2008

:: Ambil Jubah Konvo ::





tanggal 2 ogos(sabtu lepas)..aku ngan wife +abid ke pusat pengajian siswazah untuk ambil jubah konvo..
alhamdulillah semua berjalan lancar..depa check yuran, bagi kad alumni..dan bagi sedikit cenderahati...
masa nak ambil jubah..mak oiiii....kaunter bukak satu...org ada 2 ratus org....quequ panjang giler....aku terus ke depan n tanya pihak kaunter...ftsm kat mana..dia kata kat depan...aku tgk kaunter tu tak ada org..terus ambil....
sian kakak2 n abag2 yg kena baris panjang....aku rasa itu fakulti pengajian islam..or yg ramai candidate....
aku dgr depa pon duk mengomel kat pihak pps...depa kata tak profesionall langsung...
kat situ lah nak ambil jubah ..kat situlah nak tukar jubah..
kat situlah nak cuba jubahhhhhhhh....rugi aja ada master n phd...
terserempak dengan sorang graduan phd...nampak eksen aja...yelah..dia phd..aku master....tapi...kalau ilmu tinggi sepatutnya lebih educated lah...ni menyombong aja....
pi rahhh..tak herannnn....kik..kikkk
aku ada sound "sorang mamat " tu..masa aku ngan wife duk ambil jubah..tup22 dia potong baris....aku soundflah...." apa lah lu...kat depan tu my wife dia prgnant...tolerate lah...i kat belakng dia..yg lu kalut potong baris ni apa hal..
rugilah....ada master or phd..but perkara22 yg remeh temeh ni pon nak kena sound..
terus mamat tu beratus kat belakanng aku...dia naik hangin kot..mintka maaf pon tak...lantaklah...
apa aku peduli...
janji bini aku tak perlu baris panjang222....
mana boleh berdiri22 lama2 woii...dah 7 bulan....tolerate lah sikit...






//nanti akuciter

:: Inilah yang kita nak ::

Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB
Tarmizi Mohd Jam Sat Aug 02, 08 12:35:25 pm MYT

Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu "depa raya".

Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.
Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.
Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.
Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.
Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.
Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.
Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.
Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.
Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.
Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.
Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.
Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.
Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.
"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.
Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.
Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.
Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.
Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.
Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.
Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).
Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.
"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.
"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.
Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau. - tmj/mks._

27 July 2008

:: Hari minggu Ahad 27 Ogos 2008 ::

hari ni hari minggu....jam 6am dah bangun pagi...santai2 depan umah sambil menghirup udara nyaman...malam semalm macam rasa malam lailatul qadar aja..yelah..sbb pagi ahad nie rasa mendung n peaceful aja..dengan scenary yg menarik...walaupun dah tghari..

jam 9am pi bfast kat kedai ..sebelah politeknik nilai..best jugak pekena tauhu sumbat dan roti teluq bersama2 dengan milo ais dan kopi o panas...sambil baca paper...

cakap kat my wife n anak aku..tghari satgi kita mai makan tghari kat sini...nampak bnyk lauk...
aku cakap kat mywife...ala bukan selalu makan kat luar...selalu sabtu n ahad.."wajib" masak...tak makan nasik..buat bihun/mee sup or sup tulang...
tapi minggu lepas dah makan..minggu nie bg my wife rehat pulak..yelah dah nak masuk 7 months..bg dia relek sama.....aku pun nak jadik suami mithali jugak...kik..kikkk....asyik ibu mithali aja...

abis bab tu..
petang nanti plan..nak cuci keter sbb keter pon nak "comei" gak...yelah sabtu smlm pi cyberjaya, pi taman warisan putrajaya,..pi bagan lalang...

plan petang nanti nak setelkan sedikit homework opis ,,nak buat design...tupun kalau ada idea kat kepala hotak ni...kik..kikk

tadi pagi sempat sembang ngan ayah aku through phone..sambil tanya kabaq..ada dekat2 20 minit...ayah aku masa tu kat umah pakngah majid...sian pak menakan aku tu...kena angin ahmar...doakanlah beliau sehat selalu...

itu aja...nak pi mandi sat...nanti kita gobror lagi....

26 July 2008

:: Makan di Bagan Lalang lagi :::

salam semua...hari ini ada kelapangan sikit...kami 16, 17 v bersama geng bukit subang menuju ke bagan lalang..ala saja nak pi makan2 bersama ipaq duai dan biras...

menu okay...cuma musim nie ketam n lala kecik22 ...tak berapa bnyk isi...so kalau pergi lagi..nak carik yg besaqq222...kik..kikk
10 org makan ...tak sampai rm 140 pon;;;share ler sorang sikit...

aku pasni nak ajak lutfi aku pulak...asyik duk "mengeram " aja kat seri kembangan tu..mana jadik.....










:: Taman Warisan Putrajaya ::

salam semua...hari ini tanggal 26 ogos 2008...aku sekeluarga ke taman warisan putrajaya..kat preseint 16...ala dekat22 ngan alamanda jugaklah...

sebenarnya tak ada apa pon..cuma tergerak hati nak kesitu...menarik jugak..ada agro bazar..kebetulan musim buah2 lani..apa lagi..aku ambik peluang ler...
dlm pada duk pekena nasik ayam, abc n etc..terserempak dengan dato' badrudin amiruldin (x mp jerai)..dia bersama2 ngan xketua setiausaha negara, tan sri samsudin osman..datng ke tempat ini...tapi depa tak kenai akuler..aku kenai depa...
bnyk buah2 dijual disini..selain menu2 makanan yg menarik..dan sedapppppp...
dlm pada tu sempat jugak aku melawat dusun buah2an kat sini...ok itu aja..terima kasih




25 July 2008

:: aku kembali ::

ourksxssalam semua...teringat aku kepada kata2 ustaz ismail kamus...sekaya mana pon seseorang tu...berapa keping roti canai dia boleh makan...ada org kaya makan 18 kepng roti canai??paling kuat pun sebiji saja...sama saja macam kita...

silap2 kalau kena kencing manis, darah tinggi, jantung tak pon buah pinggang...yg bole makan adalah kulit roti aja...kik..kikkk

pesannya lagi...jadikan dunia ni utk ke akhirat...maksudnya..dunia hendaklah diakhiratkan dan akhirat hendaklah diakhiratkan....kik..kikk..
yelah..kehidupan sekarang nie..yg penting adalah wang ringgit...semua org sedang gelut carik duit...tak kiralah...yg halal ke yg haram ker...kalau yg dapat yg hala tu..alhamdulilah..tak ler mati nanti api neraka tak mai carik daging2 yg tumbuh hasil duit haram tu...kik..kikk

aku mcm biasalah..kengkawan yg seangkatan semua dah bergaji mencecah 5 angka...takpon koman22 7 ker 8 ribu...aku apa ada...pi mai pi mai tang tu jugak...


alhamdulillah...pengajian master baru aja selesai...tgh tunggu senat meeting...
isteri pon begitu jugak...

org kata ..kalau nak kejer karier..kena tukar sana sini..tapi aku nie dah 33 tahun...aku rasa aku kat sini lah....tapi rezeki kan allah yg bagi..kita usahakan..kita percaya pada rezeki...kita usahalah..mana tahu rezeki kat tempat lain lebih baguih lagi...

tapi yg aku concern sekarang adalah utk famili aja,,selain ayah n kelurga kg..
kalau ada rezeki lebih..nak aku bantu ayah kat kg...paling koman pon nak bagi duit utk buat wiring kat umah...yelah...dah berapa puluh tahun dah wiring letrik kat umah...asyik short aja..lampu pun semakin gelap...kik..kikk..

ayah pulak ...nak kena ada "org" jaga..yelah..semenjak tahun 2002, mak pergi meninggalkan kami semua...sian jugak ayah...aku paham sangta perasaan lelaki ni...sbb aku pun dah jadik ayah...kalau isteri tak ada..payah...semua tak jadik kejer...ada rezeki nak share ngan adek beradek lain...seorang seribu....kalau 6 org dah 6 k boleh dapat...tapi tulah...aku tgk adek beradek aku yg lain pun susah jugak...semua cukup makan aja...gaji pun tak bnyk....i'alllah satu hari kami adek beradek akan bantu ayah jugak...

19 July 2008

:: Petani gelisah upah tuai naik ::

oleh utusanALOR STAR 18 Julai -

Keputusan Persatuan Usahawan Jentuai Kedah/Perlis (Kicai) mengambil tindakan menaikkan kadar upah menuai padi antara 25 peratus hingga 30 peratus serelung pada Musim 1 2008 yang bermula Rabu lalu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pesawah.Ini berikutan petani dikatakan baru sahaja hendak menikmati kenaikkan Harga Minimum Terjamin (HMT) padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.Sehubungan itu, kadar upah menuai baru sehingga 30 peratus yang dikenakan Kicai itu dilihat mereka seolah-olah tidak membawa keuntungan meskipun HMT padi dinaikkan.Ini lebih-lebih lagi pada saat kira-kira 70,000 pesawah di negeri ini hanya meraih pendapatan secara purata RM180 bagi setiap relung padi yang dituai pada musim-musim sebelum ini.Bagaimanapun, jika dilihat secara logik dan tanpa mempertahankan mana-mana pihak, perlu diakui bahawa KICAI membuat keputusan untuk menaikkan kadar upah menuai kerana kos operasi yang meningkat.Menurut Presiden Kicai, Md. Nor Hamzah, kadar upah baru yang diputuskan pada mesyuarat agung persatuan tersebut pada bulan lalu itu disebabkan oleh kenaikan harga sebahagian barang yang sekali gus meningkatkan kos operasi menuai.Mereka mendakwa kos pembelian minyak diesel naik 63 peratus; alat ganti import (45 peratus); alat ganti buatan besi tempatan (95 peratus); kos pengangkutan (52 peratus); upah pekerja (30 peratus); makanan pekerja (35 peratus) dan bateri sehingga 95 peratus.Berikutan itu, Kicai memutuskan kadar upah menuai baru pada musim ini ialah RM120 serelung bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), manakala di luar MADA pula RM130 berbanding RM90 pada musim lalu."Kadar upah baru itu adalah yang paling rendah kami kenakan. Ia perlu dilaksanakan selepas kos operasi menuai yang meningkat tinggi terutama kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini."Untung yang diperoleh oleh pemilik mesin jentuai pun sebenarnya tidak seberapa," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.Dalam pada itu, berikutan keputusan Kicai tersebut, Pengerusi Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA, Ahmad Radin meminta persatuan berkenaan mengkaji semula jumlah kenaikan yang ingin dikenakan itu demi kepentingan semua pihak.Malah, katanya, PPK, MADA sedia mengadakan perbincangan dengan Kicai bagi mencari satu persetujuan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.Ini kerana, ujar beliau, para peladang sebenarnya terpaksa menanggung peningkatan kos input tani seperti merumput, membajak, benih padi, pelbagai jenis racun, membaja termasuk baja tambahan dan kos sewa bendang RM300.Ahmad berkata, kenaikan HMT padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini memberi sedikit kelegaan kepada para pesawah untuk mendapat pendapatan yang lebih baik."Peladang baru nak rasa kenaikan harga padi, tetapi kadar upah menuai terbaru itu akan membuatkan keuntungan diperoleh pesawah yang sepatutnya bertambah berikutan kenaikan HMT padi menjadi kurang semula."Kami cukup memahami kos operasi yang semakin tinggi ditanggung oleh pemilik mesin jentuai, tetapi kenaikan kadar upah menuai itu biarlah bersesuaian," katanya.Dalam hal ini, kedua-dua pihak perlu memahami antara satu sama lain agar isu kenaikan kadar upah menuai padi ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan kerjasama antara mereka.Pada keadaan ekonomi yang menekan, kedua-dua pihak perlu lebih bertimbang rasa agar wujud situasi menang-menang antara mereka, lebih-lebih lagi Kedah merupakan penyumbang kepada lebih 40 peratus pengeluaran beras negara.
:///


nanti aku ulas psl ini...
inilah yg dikatakan bangang....aku anak bendang,,,aku akan ulas..nanti nak bagi tau mp pembangkang....debat dlm parlimen..

15 July 2008

:: Semangat baru ::

dok opis baru...semnagt kejer pon baru..tambahan pengajian master pon baru aja abis minggu lepas...

hik..hik..nak kea speedup kejer ni..bnyk yg tertinggal....
lagi satu nak pesan...kepada kengkawan opis..jum kita berubah mulai saat ini...dgr azan aja...jum kita pakat22 turun berjemaah..

lagipulak opis kan canggih..surau pulak canggihh

13 July 2008

:: Makan2 di Bagan Lalang ::



semalam sabtu...jam 7pm...kami 16 dan 17 v ker bagan lalang..saja nakpekena seafood...

samapi jam 730..order makan dulu..pastu baru pi solat sambil menunggu makanan dihidangkan...


kami pergi naik wish...7 org...not bad kedai tu..masa kami sampai ada pelayan aja...lepas kami order dan nak makan...berduyun2 org datang...nasib baik..kalau tak ..lambat ler nak tnggu...


kami order

ketam

pari bakaq

sotong

ikan kembung

pepahat

tomyam

air suam..dan air limau satu jag...kik..kikkk

sedappppppppppppppppppppppppppppp...

:: OPIS BARU di CYBERJAYA ::

nanti aku citer...hk..hik...

:: Checkup ibu abid ::

tanggal 6 julai pi checkup ibu abid..yg dah menjangkau 6 bulan...checkup kat azzaharah, bangi...alhamdulillah..semua okay...berat bayi 545 gm..




:: Sukan Sekolah Abid ::

salam semua...tanggal 5 julai lepas...sekolah abid ada menganjurkan sukan sekolah...
diadakan di dewan kuaters klia..dari jam 8 pagi sampai jam 130 tgh...
aku tak ada...aku pi ukm....ada viva masters thesis aku...apa lagi..kena tinggal abid kat teacher dia ler...nasib baik ipaq biras aku ada..boleh jugak depa tengok2kan..
yelah semua kengkawan abid , mak ayah depa mai....sian abid..tapi takpa..ini satu learning curve jugak utk dia..hik..hikk..


dia masuk dua acara...dua2 menang...dapat ler sikit hadiah buat semangat...

hari jemaat 4julai ..ada ful rehearsel...aku amik cuti..nak tengok dia amik bahagian..

so far so good...

tapi yg aku tahu..masa latihan kat sekolah dia..abid sampai demam22...3 hari...adusss..
p/s : gambar dia pakai biru adalah masa rehearsel..gambar baju kuning..gambar hari sebenar,,















08 July 2008

:: Tunggu dan Lihat ::

04-07-2008: TM hopes to sign HSBB agreement by this month (Updated) Racheal Lee Mei Nyee
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia (TM) hopes to sign an agreement with the government for the high speed broadband (HSBB) project by this month, TM chief executive Datuk Zamzamzairani Isa said yesterday.
"We hope to sign the agreement by this month. It was supposed to be signed at the end of last month," he said but didn't explain why the signing of the agreement had been delayed.
TM was awarded with the HSBB project on September last year. The infrastructure, with speed of between 10 Mbps and 1 Gbps, will offer competitive rates to encourage more broadband usage.
The RM15.2-billion project will be developed in three phases over the next 10 years based on a public-private partnership (PPP) with the government. The government will invest about one-third of the amount or RM4.8 billion, including the cost for last-mile fibre, core network and international connectivity, while TM will fork out the remaining RM10.4 billion.
Meanwhile, Zamzamzairani also said TM was looking for opportunities to dispose of the company's non-core businesses. "We are still looking for the opportunities to sell our non-core businesses. The practice is just a normal course of business," he added.
TM's former chief executive Datuk Sri Abdul Wahid Omar, who is now helming Malayan Banking Bhd, had said the monetisation of non-core assets was an important strategy to achieve operating and capital efficiency.
Early this year, TM completed the sale and purchase of Menara TM, Menara Celcom, TM Cyberjaya Complex and Wisma TM with Menara ABS Bhd for a total purchase consideration of RM1 billion.


http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_eb8c405e-cb73c03a-c8c7d600-bd8974cd

05 July 2008

:: samun silap orang ::



kosmo 5 july 2008

:: Alhamdulillah segalanya berjalan lancar ::

segala pujian bagi allah yg menganugerahkan kesihatan dan akal fikiran yg baik buat aku dan isteri...

hari nie segalanya berjalan lancar...presentation utk thesis sudah habis...
bermula jam 9am samapi 12 tgh...
aku dekat2. 30 minit..my wife dkat22 sejam...projek dia canggih...

so..segala penat lelah..dah habis...sekarang aku dapat balik sabtu dan ahad aku...
selama 2 tahun tak ada sabtu dan ahad...

sekarang..kena baiki sedikit thesis..dan submit semula utk endorsed oleh supervisor...dan baru boleh buat jilid..hardcopy...
harap semua dalam perancangan..
kalau sempat..ogos nanti konvo...kalau tak sempat tahun depan ler...anyhow..tak kisah..janji pengajian utk master dah tamat...

so harinie jugak..ada lah hari sukan utk anak aku abid...minta maaf bnyk2 dari ayah dan ibu...sbb tak dapat attend...mak pak tak mai pon boleh dapat number satu tu...dua acara dia amik...

okay itu aja..
terima kasih tak terhingga buat sesiapa yg terlibat dalam pengajian master aku nie..samada secara langsung atau tidak..
dan kepada yg mendoakan utk kami berdua...moga allah membalas jasa kalian...


i'allah bulan ogos nanti aku nak balik kg sat...nak relex sikit...
nak amik cuti 2 hari.....