19 July 2008

:: Petani gelisah upah tuai naik ::

oleh utusanALOR STAR 18 Julai -

Keputusan Persatuan Usahawan Jentuai Kedah/Perlis (Kicai) mengambil tindakan menaikkan kadar upah menuai padi antara 25 peratus hingga 30 peratus serelung pada Musim 1 2008 yang bermula Rabu lalu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pesawah.Ini berikutan petani dikatakan baru sahaja hendak menikmati kenaikkan Harga Minimum Terjamin (HMT) padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.Sehubungan itu, kadar upah menuai baru sehingga 30 peratus yang dikenakan Kicai itu dilihat mereka seolah-olah tidak membawa keuntungan meskipun HMT padi dinaikkan.Ini lebih-lebih lagi pada saat kira-kira 70,000 pesawah di negeri ini hanya meraih pendapatan secara purata RM180 bagi setiap relung padi yang dituai pada musim-musim sebelum ini.Bagaimanapun, jika dilihat secara logik dan tanpa mempertahankan mana-mana pihak, perlu diakui bahawa KICAI membuat keputusan untuk menaikkan kadar upah menuai kerana kos operasi yang meningkat.Menurut Presiden Kicai, Md. Nor Hamzah, kadar upah baru yang diputuskan pada mesyuarat agung persatuan tersebut pada bulan lalu itu disebabkan oleh kenaikan harga sebahagian barang yang sekali gus meningkatkan kos operasi menuai.Mereka mendakwa kos pembelian minyak diesel naik 63 peratus; alat ganti import (45 peratus); alat ganti buatan besi tempatan (95 peratus); kos pengangkutan (52 peratus); upah pekerja (30 peratus); makanan pekerja (35 peratus) dan bateri sehingga 95 peratus.Berikutan itu, Kicai memutuskan kadar upah menuai baru pada musim ini ialah RM120 serelung bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), manakala di luar MADA pula RM130 berbanding RM90 pada musim lalu."Kadar upah baru itu adalah yang paling rendah kami kenakan. Ia perlu dilaksanakan selepas kos operasi menuai yang meningkat tinggi terutama kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini."Untung yang diperoleh oleh pemilik mesin jentuai pun sebenarnya tidak seberapa," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.Dalam pada itu, berikutan keputusan Kicai tersebut, Pengerusi Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA, Ahmad Radin meminta persatuan berkenaan mengkaji semula jumlah kenaikan yang ingin dikenakan itu demi kepentingan semua pihak.Malah, katanya, PPK, MADA sedia mengadakan perbincangan dengan Kicai bagi mencari satu persetujuan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.Ini kerana, ujar beliau, para peladang sebenarnya terpaksa menanggung peningkatan kos input tani seperti merumput, membajak, benih padi, pelbagai jenis racun, membaja termasuk baja tambahan dan kos sewa bendang RM300.Ahmad berkata, kenaikan HMT padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini memberi sedikit kelegaan kepada para pesawah untuk mendapat pendapatan yang lebih baik."Peladang baru nak rasa kenaikan harga padi, tetapi kadar upah menuai terbaru itu akan membuatkan keuntungan diperoleh pesawah yang sepatutnya bertambah berikutan kenaikan HMT padi menjadi kurang semula."Kami cukup memahami kos operasi yang semakin tinggi ditanggung oleh pemilik mesin jentuai, tetapi kenaikan kadar upah menuai itu biarlah bersesuaian," katanya.Dalam hal ini, kedua-dua pihak perlu memahami antara satu sama lain agar isu kenaikan kadar upah menuai padi ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan kerjasama antara mereka.Pada keadaan ekonomi yang menekan, kedua-dua pihak perlu lebih bertimbang rasa agar wujud situasi menang-menang antara mereka, lebih-lebih lagi Kedah merupakan penyumbang kepada lebih 40 peratus pengeluaran beras negara.
:///


nanti aku ulas psl ini...
inilah yg dikatakan bangang....aku anak bendang,,,aku akan ulas..nanti nak bagi tau mp pembangkang....debat dlm parlimen..

No comments: