05 August 2008

:: Hujah kat TV9 semalam 04082008 ::

Prof UiTM vs Adun Pangkor featuring Prof Agus YusofDilulus terbit pada Tuesday, August 05 @ 08:30:00 MYT oleh reformis Oleh mohaz_line

Entahlah apa dos yang telah dicucuk oleh stesen TV9 kepada pengantara siri rancangan debat mingguan Hujah, Prof Mohammad Agus Yusof pada malam ini. Tindakan pelik beliau kali ini betul-betul dapat dihidu penonton yang mana beliau banyak memberikan peluang dan masa kepada panel dari ADUN Pangkor YB Dr Zambry Abd Kadir untuk mematahkan setiap hujah yang dilontarkan oleh seorang lagi panel iaitu penganalisis politik dari UiTM Prof Shaharudin Badaruddin.
Hujah kali ini membincangkan tentang perlunya sistem dua parti di Malaysia untuk 50 tahun akan datang atau tidak. Dua panel yang telah dijemput oleh penganjur TV9 adalah ADUN Pangkor YB Dr. Zambry Abd Kadir dan penganalisis politik Ass. Prof. Shaharudin Badaruddin dari UiTM. Pada pemerhatian penulis, panel dari UiTM ini lebih cenderong untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia untuk 50 tahun akan datang tetapi tidak sempat untuk memberikan hujah rasionalnya memilih Pakatan Rakyat. Ini kerana sikap pengantara program, Prof Agus membenarkan panel dari Pangkor mencelah ketika panel dari UiTM itu mahu memberikan fakta-fakta. Sikap yang ditunjukkan oleh pengantara program pada malam ini amatlah tidak adil kerana beliau seolah-olah membantu panel dari Pangkor itu memperkemaskan hujahnya. Dicampur pula kelembapan panel dari UiTM itu untuk menangkis balik setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Dr. Zambry. Kelihatan seperti panel dari UiTM itu tidak pandai atau dengan kata lain malu-malu kucing untuk mematahkan setiap hujah yang dilemparkan. Penonton asyik tertunggu-tunggu detik panel dari UiTM itu mencelah tetapi semua itu menghampakan. Walaubagaimanapun syabas juga diucapkan kepada panel dari UiTM itu kerana sanggup memberanikan diri mempromosikan komitmen Pakatan Rakyat dalam membantu rakyat Malaysia untuk 50 tahun akan datang.
Tetapi amat malang sekali di akhir program, panel dari UiTM itu langsung tidak diberikan masa dan peluang untuk merumuskan kesimpulan dari perbincangan tersebut. Sebaliknya panel dari Pangkor diberikan masa yang agak selesa untuk membuat rumusan bahawa Barisan Nasional masih wajar dan relevan kepada rakyat Malaysia untuk 50 tahun akan datang. Boikot Hujah !!" /



////biasalah beb....kalau aku nak bercakap pon..takkan aku nak "bias" kat pakatan rakyat...sikit2 sudahlah sokong p.rakyat....
mamat tu pensyarah...
nak hilang jawatan....nak bg anak bini makan apa....
kena pikir lah....
dr agus tu pun dah kena "sound"...dia agak keras...so smlm dia "bias" kat bn ler pulak...
itu masing2 kena pikir....semua MAKAN GAJI BEB....GAJI NI ADALAH PERIUK NASIKK...SO JAGALAH PERUT DAN BAWAH PERUT MASING22...TAKYAH DUK MENYEBUK22...

ADUN PANGKAOR TU..DR ZAMRY...SEMUA ORG PERAK DAH KENAI DIA...DIA LANTANG DLM SIDANG DUN PERAK2 BARU2 NIE..TAPI "HAMPEHHH" CAKAP KOSONG AJA....

DIA TAK BAGUIH SNGT...KALAU BAGUS DAH LAMA ORG ANGKAT MASUK KABINET TAK PON MASUK PARLIMEN....

DIA KAWAN BAIK NGAN ADUN KUBU GAJAH...YG SUKA SOUND ORG DLM PARLIMEN DULU..PASTU TURUN PANGKAT MASUK DUN....
DIA MENNAG DUN KUBU GAJAH PUN SIKIT AJER...MAYBE UNDI POS KOT...KIK..KIKKK...

TAKPALAH...
BINI AKU ORG PERAK....HARAP PAKATAN RAKYAT N BN DAPAT TOLONG RAKYAT...JGN JAGA PERIUK NASIK MASING2 AJA..NANTI MATI...MALAIKAT TANYA...APA MAHU JAWAP....KIK..KIKKK..TEPUK DADA TANYA IMANNNNNNNN

No comments: