16 December 2007

Rumah di KG

Saja nak citer kat sini, bukan nya ada niat lain pun...alkisah umah kat kg, sbb ahli-ahli rumah dah semakin ramai, setakat sekarang semua sekali ada 25 org, biler time nak raya or cuti sekolah, biasalah....akan berebut bilik...maka pada 23hb nie pon, akan ada kenduri so akan tambah lagi sorang ahli keluarga ku...atas inisiatif itulah, ayah aku nak tambah /perbesar sedikit ruang tamu yg ada.makan belanja bnyk jugak nak perbesar ruang tamu nie...kami share ler adek beradek pakat bagi kat ayah...

setakat lani..semua dah siap...alhamdulillah..
tahun 2008 pulak...i'allah adek pompuan aku yg sorang tu akan melangsungkan perkahwinannya...i'allah...didoakan semuga semuanya berjalan lancar...
aku nak kelik kg pada19hb malam..sehingga 25 hb...aku rindu sama ayah aku...anak2 menakan aku dan ahli keluarga yg lain...moga2 kalian suksess selalu..


gambaran seperti dibawah...




































Cuti pada 16 December 2007

he, he...hari ni aku dah janji dengan wife and anak aku nak pergi IKEA nak carik hadiah utk adek aku kenduri..biasalah...jam 930am baru bertolak ke IKEA, sampai sana org dah ramai...
tapi sbb masih pagi lagi...parking pon senang,sblm tu buat member card dulu, sbb kot2 ada diskaun.. spt biasalah...kalau pergi ikea...semua barang nak pergi...tapi aku n wife kuatkan semangat jugak...beli apa yg dah dirancangkan sblm ini..boleh lah jugak utk hadiah buat adek aku yg nak kawin..utk aku tak ada apa sngt...jam 1pm pun dah abis pusing22..biasalah..lani gaji mana dapat lagi...kik..kikkk..gaji pun sikit..tapi alhamduillah boleh sara anak bini, tidur pun lena..taknak terlalu mengejar kekayaan sampai abai bini...

sblm balik...jalan2 kat ikano pulak...saja tengok gelagat org...org tak berapa ramai..may be sbb belum dapat gaji kot...
tapi promotion krismas, meriah jugak...

samapi umah jam 2pm...rehat sat...jam 415pm, "terlayan : ler pulak citer tamil..Chanramurkhi..dah sepuluh kali aku tgk...masih nak tengok lagi..kik..kikk..biasalah.pelakonnya..super hero number one...rajnikanth...

petang..rehat aja...ingat mlm nie nak setadi..nak polish "technical skill" balik...nak buat codng...
itu aja utk hari nie,,
























13 December 2007

Family Day ITD

Family Day ITD dated 24 hingga 25 November 2007
di Costa Rica, PD


















Hari Anugerah Tadika NurIman 17112007



Hari Anugerah Tadika NurIman 17112007

nanti aku citer..bnyk nak citer nie..














Jamuan Raya di Persada Kasih

Persatuan Penduduk Persada Kasih ada buat jamuan raya dan jugak meraikan bakal2 haji ..tahniah atas penganjuran yg meriah ini..ada cabutan bertuah tu..tapi aku tak bertuah pun..kik..kikkk









Aidilfitri 2007

Raya pertama di Tepen, pagi raya kedua terus balik Pendang, duk samapi 3 hari, pastu mai balik Tepen...
Bestnya raya...










Makan2 di Alamanda Putrajaya


Aku & family selalu gi alamanda, saja releasedkan tensen..lagipulak...hari ahad adalah hari bersama famili, hari sabtu hari bersama isteri, senin sampai jumaat, hari kerja...






PNB Annual Dinner


Aku join jugak PNB annual Dinner...tema tahun nie adalah, Studio Jalan Ampas, P Ramlee ler tu..PNB selalunya buat Annual Dinner pada awal tahun...rasanya ini bulan januari 2007 tak pon feb 2007,
abg ramli sarip yg datang..


12 December 2007

Kenduri Man, Senior Pegawai Sistem Maklumat, PPSK, USM

Ini ada sebahagian koleksi..kenduri abg man kita...dah ada anak pon dia...tahniah...anak hang nama apa..tak bagi tahu pun...








Kenduri Ijai

ini adalah sebahagian koleksi kenduri Ijai..Moga tenang selalu..dan tahniah dari khairi sekeluarga...welkem to the kelab....
antara kenamaan yg hadir, aku+wife, man, kawan man, roy, mat noq+wife, amrie+wife, srox +wife , baby call aku dia kiqim salam..sbb dia tak boleh datang..dia kena kerja..kawan2 yg lain adalah naim+wife(xfarmasi student)

aku sampai kat dewan tu dalam pukui 230pm..aku tersesat sampai tol apa ntah..terpaksa patah balik, rupa2nya dlm taman tun hussein onn aja nak pi umah jai...aku selalu pi taman tun hussein onn.
matnoq..satu hari aku akan sampai jugak umah hang, jgn worry..
nanti kita pekena teh tarik mamak kat ABC restoran.
buat srox, tak apalah..nak buat mcm mana dah firewall depa blocked..so payah ler nak dapat email group., kat tmpt kejer aku pun seua depa block, termasuklah ym n fotopages.

wife jai, aku memang tak kenai langsung...rasanya bukan budak usm kot..
sama padan n sama cantek..patutlah jai tak citer sngt kat kita..
wife jai, ramah..n tak kekok nak tanya sapa ni..sapa tu...baguihhh2

man ..macam biasalah..still maintain macam dulu..bertambah hensem semenjak dapat anak....badan pon tak naik...stilll slim...mcm aku jugakk..kik..kikk..
keter man waja, aku tak smpt capture, rim 18'', power giler..

man biler nak mai umah aku...

zamir tak samapi pon...maybe ada kejer kot...
kengkawan yg lain, tak nampak pulak..
maybe ada kejer kot..






















-- wife amrie+anak..
gambaq bawah..matnoq duk bisik sesuatu kat man waja, utk strategi pilihanraya, bagi menjatuhkan paklah, man adalah ketua pemuda umno ...kik..kikk






























<-- aku duk bg tahu kat matnoq..ada awek meja sebelah, yg pakai baju body fit , pree hair, dan seluar ketat.. rugi kalau tak tengok






















































































17 September 2007

Mengajar anak dlm English

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain…Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ‘berfikir’ bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.

Ha.Dah 25 tips yang saya bagi.Maybe next time kalau ada mood camni saya akan beri lagi tips2 dan petua2 yang boleh anda praktikkan.

Akhir kata, “Jangan terlalu fikirkan kesilapan dan kelemahan orang lain, tapi sebaiknya kita lihat dulu kelemahan diri kita dan ahli-ahli keluarga kita dan bagaimana kita boleh memperbaikinya..”

///dipetik dari : http://knowledgecentre.wordpress.com/2007/01/26/25-petua-dan-tips-nak-bagi-anak-pandai-bi/ (terima kasih tak terhingga)

06 August 2007

Lama tak bertemu!!!!

Lama tak bertemu, dah lama aku tak coret kat sini, bila aku bukak balik laman web nie…still ada lagi…sayang pulak kalau nak biarkan or dihapuskan, so sudah hampir 9 bulan aku biarkan ia …kini aku mula menulis kembali. Penceritaan adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan perkara2 yang penting berlaku sekitar kehidupan aku..

Aku masih mempunyai seorang anak lagi, dan menjangkau 3 tahun usianya(tanggal sekarang 3hb ogos 2007) maksudnya anak aku sudah 2 tahun 9 bulan 23 hari. Mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin kot, pertama aku agak bizi denga kejer opis ada 3 projek aku kena siapkan..tapi org lain pon bizi jugak kan…tapi anak ramai jugak.....bisik hati kecik ku…takpalah..dlm pada tu aku menyambung pengajian ku dalam ijazah sarjana di UKM, I’allah dah nak masuk sem 4 bulan 9 nie tinggal satu sem aja lagi…”Ya Allah, murahkan rezeki ku dan anugerahkan aku ilmu yang bermanafaat”
Sibuk memnag lah sibuk…dan kadang2 pening jugak kepala..yelah..kejer opis n essayment yg banyk…wife aku pun turut serta sekali dalam kelas sarjana ini…aku yg ajak dia ..utk “back up” masa kedepan nanti.
Lupa pulak nak bg tahu…abg aku yg jadik cikgu pun turut sama buat ijazah pertama di Open U, wife dia baru aja konvo dalam TESL di Open U jugak. Abg ipar aku sambung belajar di USM, tahun depan graduate. Adek aku yg tgh buat master, tunggu nak habiskan tesis aja..tak sempat katanya…tapi lani dia dlm Jqaf ..jadik ustazah kat sekolah yg tak jauh dari umah aku jugak .nunn di Pendang sana. Kakak aku sefamili tidak lagi duduk di Langkawi tapi dah bertukar ke Pendang, sekolah tak jauh dari umah, Kakak aku duk nagn ayah aku dan adek pompuan aku.
Adek lelaki aku, still dengan kerja dia sebagai pegawai polis..
I’allah ujung tahun nie kawin kot. Adek pompuan aku…kalau takder aral melintang..ujung tahun depan pulak….

Ayah aku kat kg. ada tambah sikit umah ..yelah..bilangan cucu2 dia bertambah.dan bilangan ahli keluarga pun semakin bertambah.

Allhamdulillah, tadik wife aku bg tahu, permohonan utk apply loan kampeni dah lulus..jadik beban utk bayaq duit umah berkurangan sedikit, boleh save dekat22 rm 250. apa yer nak citer lagi.
Nantilah aku ada idea..aku tulis lagi…

21 July 2006

Pengajian ku Di Universiti


Jeng..jeng....aku dah jadik budak u, alhamdulillah....tahun 1995 aku daftar diri di Pusat Pengajian Sains Komputer....fuhhhh..cayalah..aku dapat Course Sains Komputer. Takut pun ada ...suka pun ada...yelah...takut tak boelh bawak,malu kat org kampong....tapi seingat aku...ayah aku ada buat majlis bacaan yassin kat kg, panggil org kampong baca yassin dan doa...bangga oo..ayah aku...ingat lagi aku lepas baca yassin tu..aku sedekah kat org yg tolong baca yassin tu rm 5 ringgit setiap orang, tapi menitis air mata aku , sebab depa sedekah balik kat aku....ada yg amik dan kebanyyakn sedekah balik kat aku...ayah aku kata kalau kita nak minta jasa baik depa sampai habis masa utk baca yassin kita kena sedekah kat depa...tapi disebabkan kebaikkan ayah aku pada orang kg...maka depa baik lah ngan aku...ayah aku tu tempat depa buat rujukan, kalau ada apa2 yang tak kena.depa akan tanya pendapat ayah aku....Aku dapat Desa (asrama)Aman...yg bestnya dari Tahun 1 sampai tahun 4(final Year) aku tinggal kat desa, jadik takder pengalaman lah aku kat rumah sewa...Tapi kira ganaihhhhhhhhh ler sbb dapat tinggal dlm asrama...seingat aku hanya yg aktif sahaja dapat tinggal diasrama...abis bab tu...Tahun 1 sampai Tahun 4, aku berjinak dengan aktviti kokurikulum(ko-k lah tu)..aku jadik ajk majlis penghuni desasiswa aman, aku jadik AJK KAKUSMA(kumpulan anak-anak kedah), aku join silat..dsbnya...Sukan peringkat Universiti pon aku join, MAjlis KONVO peringakt U pun aku join, DEMO silat depan student pun aku sertai...BAKTISISWA pun aku ikut....aku sempat ikut 2 bakti siswa iaitu kat Kg,TEpi Sungai, kuala muda(tempat yg kena tsunami) dan kg seberang pintasan , dungun , ganu kite.... BEngkel Akademik pon aku join ..Yg aku tak boleh lupa adalah masa jadik EXCO anak2 kedah kat U, masa tu tahun 3 ..yelah...buzy mengalahkan YB ajer...jumpa org sana..jumpa org sini...that why...kalau adr adek2 junior dari kedah, kalau tak kenai aku..kiqa silap lah depa...kik..kikkk, macam ganaih....Pengajian ..belajar sains komputer..payah giler ...silap aku tak amik course cikgu ..kalau tak dah jadik cikgu ...tapi yg best nya...org kg ingat aku jadik cikgu...almaklumlah..semua member dlm famili aku jadik cikgu...ayah aku sbg pesawah..mak aku ..suri rumah full time...kakak aku jadik cikgu, laki dia pon cikgu, abg aku cikgu, wife dia pun cikgu jugak...abg aku yg sorang lagi tu pun cikgu, wife dia pon cikgu...mai tang aku...bukan cikgu lagi...aku kerja bahagian I.T, adek lelaki inspektor polis, adek pompuan tengah sambung master kat UM..Nak bagi tahu ler... aku nie..adalah org yg pertama ada degree dlm keluarga aku...dan disebabkan aku ada degree..abg2 n kakak aku jeles...so depa pon lani sambong buat degree gak....kakak aku dah abis buat degree kat UUM(pentadbiran perniagaan), husband dia..tgh buat degree kat USM, abg aku sorang tu buat degree sains sukan kat open u, dan wife dia i'allah ujung tahun nie abis TESL. Adek aku graduated from UITM dan yg pompuan tu UM, aku suggest kat dia sambung buat master, alhamdulillah lani dah nak masuk 3rd sem... Time belajar masa 1st year, cokia giler...nak guna komputer pon tak mahir sngt....aku ingat lagi aku belajar COBOL dan INGRESS..payah giler...2nd year aku mula kenai CGI ..utk buat processing..lani pakai ASP dan IIS dah boleh jalan ...LEcturer yg aku ingat lagi adalah..AE(abdullah embong), az(abdullah zawawi)..ahh tak ingat aku...1st year sampai 3 rd year...langsung aku takde awek...mengorat sorang pon tak nak..cokia sungguh aku...yelah...pi kuliah pun jalan kaki , kadang2 tumpang member naik honda cup lampu bulat..tapi kadang2..kawan aku matnoq bagi pinjam moto dia..ingat lagi aku plet motor dia..KAC 8869..siap jadik drebar dia lagi.masa dia terseliuh tangan.... mana awek nak...kawan2 yg ada motor dan keter tu senang lah...umpan sikit ajer...dah ada awek...kira kesian lah kat aku..sbb yg lawa22 dah abis org kebas....ingat lagi aku...masa 3rd year..aku ngan geng2 yg tak ader awek.kami menubuhkan kelab geng takder awek..dengan motto kami..single is simple, double is trouble n triple is terrible...dan berpegang pada kata2 "takder awek tak mati oooii "...sedih pon ada...tapi takpa..berkat kesabaran aku...aku malaih nak mengorat budak usm. aku carik budak u lain pulak.... dapat lah sorang..budak pppitm...lani dah jadik bini aku...dan dah ada anak pon..alhamdulillah...kawan2 aku tanya aku...hang carik mana wife hang tu lawa gilerr...aku kata lah balik..."dulu masa aku mengorat hangpa..hangpa taknak...reject... "...itulah serba sedikit ttng kisah cinta aku...wife aku sekarang kira org yg pertama aku cintailah...n yg terakhir...

19 July 2006

How to convert a PowerPoint presentation to an AVI?

How to convert a PowerPoint presentation to an AVI?
If you have a Microsoft PowerPoint presentation, you may need to convert it to an AVI video file either to load it into another software package, put it on the web, or for use in a corporate video.
GENERAL
You need to have installed Microsoft Camcorder (which comes on the office CD).
Now do View/SlideShow in PowerPoint, and start recording in Camcorder. When done, stop Camcorder and save. Camcorder captures all events on your screen, and allows you to save as an AVI.

SPECIFICS
1. Start PowerPoint, open your presentation.
2. Start Microsoft Camcorder (Start Menu / Programs / Microsoft Camcorder by default).
3. In Microsoft Camcorder, set the preferences ( Movie / Preferences, make sure Always On Top and Hide Stop Button while recording are checked, also select a stop key combination not used in your presentation (it's Esc by default, change it to 'A' with no Shift or Control), press OK.
4. Flip back to PowerPoint, and Select View/Slide Show (the Camcorder window should still appear on top).
5. Select Movie/Recorder from the Camcorder menu, Camcorder should now disappear.
6. Walk thru your PowerPoint presentation, using the mouse to proceed through the pages.
7. When you reach the last slide (I suggest you add a blank slide at the end for a 'clean ending' and stop there, press the 'A'(or other key you've chosen).
8. Flip back to PowerPoint and press Esc to stop the presentation.
9. Flip back to Microsoft Camcorder, and select File/Save As, you can then save as an AVI.
10. Close PowerPoint, close Camcorder.
To check your AVI you can reload it into Microsoft Camcorder (using File Open, and select Movie/Play)

14 July 2006

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat
Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130) ·

Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272) · ·
Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782) · ·

Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat
.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini) ·

Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

Orang - orang yang berinfak.

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit' (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

Orang yang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

Orang yang menjenguk orang sakit
.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

AIS AIR BABI

Edisi KL: Ais air babi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my
SERI KEMBANGAN: Menjijikkan! Air batu kisar yang digunakan untuk menjadikan ayam serta ikan di Pasar Borong Selangor di sini, tahan lama dikesan dicemari limpahan air kotor dan wap dari beberapa stor bilik sejuk yang sarat dengan simpanan daging babi. Perbuatan keterlaluan itu menyebabkan rata-rata peniaga dan pembeli di pasar borong berkenaan bersungut kerana bimbang ayam atau ikan dijual dicemari najis dari air babi berkenaan, sekali gus haram dimakan.Difahamkan, beberapa stor menyimpan puluhan tan daging babi import berkenaan terletak bersebelahan stor ikan dan air batu yang turut digunakan kebanyakan peniaga di pasar borong terbabit.Akibatnya, sisa air dari stor daging babi itu mengalir ke luar lalu terkena pada ketulan air batu.Berikutan aduan yang diterima, sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di pasar borong terbabit, semalam.Dalam pemeriksaan kira-kira jam 10.30 pagi itu, pegawai terbabit terkejut apabila menemui beribu-ribu kotak berisi daging babi disimpan dalam 10 stor di kawasan bilik sejuk dan kilang ais di pasar itu.Lebih memeranjatkan apabila pegawai MPSJ mendakwa pihak pengurusan pasar terbabit belum memperoleh lesen daripada pihaknya bagi membolehkan bilik sejuk dan kilang ais itu beroperasi.Pegawai MPSJ yang ditemui dalam operasi berkenaan memberitahu, pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai penyimpanan daging babi di Pasar Borong Selangor berikutan pasar terbabit tiada perniagaan daging berkenaan sejak ia mula beroperasi lebih empat tahun lalu.Sumber berkata, hasil siasatan mendapati stor bilik sejuk berisi daging babi itu sudah digunakan sejak hampir setahun lalu berdasarkan pengakuan penyewanya.Siasatan lanjut mendapati, bilik menyimpan air batu terbabit ‘berjiran’ dengan deretan bilik sejuk menyimpan daging babi selain berkongsi longkang dan laluan yang sama.“Akibatnya kebanyakan bongkah air batu itu diatur di hadapan bilik sejuk menyimpan daging babi. Pada masa sama, air dari stor babi itu meleleh ke luar dan mencemari ketulan air batu berkenaan,” katanya.Menurutnya, ketulan air batu itu kemudian dikisar dan diedarkan kepada peniaga ikan dan ayam di pasar itu yang turut menyimpan produk jualan masing-masing di lokasi sama.“Apa yang pasti, perkara ini boleh menyentuh sensitiviti masyarakat dan pengguna Islam yang menyangka pasar besar itu bersih dan suci sepenuhnya daripada babi.“Sepatutnya, bilik sejuk menyimpan babi itu diletakkan di bangunan berasingan selain dibina tembok pemisah bagi memastikan tiada percikan air najis atau wap daging babi itu mengenai produk lain,” katanya.Menurutnya, percampuran air najis dengan air batu itu boleh menimbulkan syubahah (keraguan) dari segi hukum syarak.Bagaimanapun, dalam sesi mesyuarat ringkas ketika pemeriksaan itu, pihak pengurusan pasar terbabit memberi alasan daging babi berkenaan dipindah masuk ke bilik sejuk itu melalui pintu belakang. Dia mendakwa hanya akan mengambil tindakan jika diberi surat arahan `hitam putih’ sama ada perlu memindahkan daging babi atau membina tembok.Pada masa sama pegawai JPH turut mempersoalkan mengapa pasar terbabit perlu menyediakan khidmat menyimpan daging babi secara besar-besaran sedangkan ia pasar basah yang bebas daripada penjualan daging babi. Selain itu, sebilangan pekerja di bilik sejuk dan kilang ais terbabit yang beragama Islam turut tidak menyedari beribu-ribu kotak daging babi disimpan dalam stor terbabit.Berikutan terbongkarnya rahsia itu, beberapa peniaga di Pasar Borong Selangor meluahkan kekesalan selain mempersoalkan tindakan pihak pengurusan pasar borong yang menyimpan daging babi di pasar terbabit. ////

13 July 2006

Filem Abang

Abang

Lakonan : Rahim Razali(Fuad), Ahmad Yatim(faizal), Ahmad Tarmimi(Farid), S.Roomai Noor, Ummi Kalsum,, Ogy Ahmad Daud, Anjang Aki, Norizan, Tamam Idris


Semalam aku berkesempatan menonton DVD yg aku beli berjudul Abang..rasanya filem ini tahun 1981 takpon 1982..Mengisahkan Fuad(Rahim Razali) yang balik dari London setelah 10 tahun berada disana, sekembalinya dari London menimbulkan rasa tak senang hati dikalangan keluarga dan adek2nya..Bukan apa..sbb depa takut dia amik semula kampeni yg depa tengah running tu..

Citer nie..memang best…touching sampai menitik ayaq mata aku…Last sekali..Fuad Din..meninggal dunia..akibat leukemia/ataupun kanser sum-sum tulang kot…

Sedih bilamana dia cium tangan mak dia..dia kata nak naik atas rumah nak berehat…dia tengok mak dia sayu aja…

Sblm tu..dia ada bergaduh ngan adek dia..Faizal..sampai ungkit2 kisah2 lampau..pastu Fuad sound Faizal…dia kata kau tu akauntan kampeni…kena power..kena pandai…jaga asset n harta syarikat…dia kata lagi…Farid tu..darah muda..tak boleh diharapkan sngt..kena bnyk tunjuk ajar…masa depa bertekak tu…Faizal dah angina semacam aja..dia kata Fuad macam2 lah…last2 sekali…dia tanya abang nak ke mana dah semua hal dia kena buat…Fuad mula22 nak sembunyi…tup22…biler dah tak boleh nak bendung lagi…Fuad panggil dia..sembang baik22 ngan dia…sedih biler tahu abg kita nak “meninggal” kan kita..terus Faizal jadik baik, tapi bersyarat..rahsia tu hanya Fuad dan FAizal sahaja yg tahu…sedihhhhhh…sedih…nampak muka Faizal berubah …dari marah..terus hormat sama abang dia…

Kesimpulan dia…Allah sembunyikan ajal seseorang tu mesti ada sebab….kalau Allah dah letak tarikh kita nak meninggal biler…sah..kita beramal tak cukup tempat……tak cukup masa…
Kalau lambat lagi ..kompom berfoya2…buat maksiat sana sini…
So tepuk Dada tanya Iman...cukupkah amal kita setakat ini....


P/s: DVD tu aku beli rm 9.00 kat Jalan TAR...nanti aku plan nak beli DA DI DU, Pasung Puaka...
Lupa pulak nak bagi tahu...aku ada DVD Loceng Maut ..lakonan Mahaguru Seni Silat Sendeng...yang diharamkan selepas sekali tayang kat TV..sbb ganaihhhhhh..mana tak ganaihhhhhh....mahaguru jadik Hero...
Citer tu pun best...Hussein Abu Hassan jadik ketua jahat...rogoll orgg...Hero nama Andika...Sapa nak pinjam...habaq mai...sehari aku charge rm 50 aja..
Tak mahalllll...kawan2 punya hal..aku ”up” sikit..
Okay...chow cin chow..

Ada Apa Dengan Bangsaku

Ada Apa Dengan Bangsaku
Menyusuri detik waktu ini
Menyusur arus meredah kabus
Yang Kelihatan...
Anak Bangsaku kian alpa...kian lupa
Tenggelam jati diri hilang identiti//
Apakah malapetaka yang menimpa ini
Di manakah laluan diri haluan bangsaku
Ayuh ...marilah kita bina semula
Empayar Kecemerlangan...Empayar KeMelayuan
Takkan Hilang MELAYU didunia

nukilan..Mohd Khairi Abdul Rahman
Dewan Perniagaan Melayu Kedah
Alor Star Kedah
/////nie masa aku kerja kat kedah...aku hantar kat satu majalah yg dibuat oleh budak2 u(UM) nama majalah tuadalah IDEALIS...adalagi kat tangan aku...kik..kikkk...saja gatai tangan nak menulis...

12 July 2006

Pengalaman Ku..Dari solo single sampai lani


Pengalaman Dalam Mendidik Anak..Tak tahulah..tiba2 dah jadik seorang ayah..alhamdulillah...tanggal 10/11/2004 aku sah bergelar ayah...nervous, (org Kedah kata ketaq) semua ada..mcm tak percaya..tapi kena terima hakikatlah....jadik sekarang...seringgit tak boleh makan berdua lagi...tapi ..sebaliknya...makan bertiga... jadik itu ketentuanNya....don worry lah..dah tertulis, lahir aja anak..ada rezeki utk nya...yg pasti kita kena usaha.. Sebelum tu nak habaq jugaklah...masa isteriku nak melahirkan anak...aku pun ada sama dalam bilik persalinan tu...nak menghadapinya jugak, dan nak tahu mcm mana melihat isteriku bersalin,,dan sakit yg dihadapinya...ada org kata isteri masa melahirkan anak tu umpama, nyawa dihujung tanduk..dan kalau mereka meninggal masa tu, dikira shahid...yup...aku akui...memang teruk rasanya dan ngeri pon ada... darah yg banyak...melihat kepala anak yg mula2 nak keluar, melihat jeritan isteri kita, dan seumpamanya... ..terkenang aku pada Allahyarhamah ibuku(Che Puteh binti Hj Abdul Rashid) yg meninggal pada 21hb 6 tahun 2002 sudah lebih 4 tahun meninggalkan ku..kesakitan yg beliau hadapi pada masa itu..Alfatihah..i'allah kita akan "bertemu" jugak nanti....Isteriku lahir dlm keadaan yg normal..dengan berat baby boy seberat 3kg...berat tu...aku namakan baby tu Abid Khalis...untuk pangkal nama isteriku Azean dan Khalis untuk pangkal namaku Khairi ...hasil nukilan isterku,,,kik..kikkk
3 hari kat Rumah Sakit Azzahrah Bangi, n terima kasih banyak2 pada Dr Khamsiah yang menyambut kelahiran anakku... okaylah...hari pertama lagi..depa dah bagi...susu botol...susu Snow...aku tak kisah..janji anakku sihat...diselang seli dengan susu badan isteriku..nak ingatkan bakal2 ibu dan ayah...kalau susu badan tak nak keluar...jangan dipaksa...or jgn sesekali ambik alat penyedut...kerana dikhuatiri proses pengeluaran susu tidak akan berpanjangan...Aku hantaq balik Tepen...rumah mentuaku...mak isterikulah...jadik bujanglah aku selama 2 bulan...setiap minggu aku berulang alik dari kL ker Tepen.. Alhamdulillah semua okay..terima kasih kepada mertuaku kerana menjaga istriku dengan baik...ada lagiiiiiiiii...tungguuuuuuuuu
//////sambung balik...
lepas pantang....apa lagi...adek aku lah jadik mangsa..jadik pengasuh...almaklumlah..masa tu dia cuti...aku bayaq kat dia rm 200 sebulan..so dia jg selama dua bulan..lepas dia masuk mengaji semula..aku pindah umah ke @enstek..alhamdulilllah ada jiran yg boleh mengasuh...sampai lani...aku bayaq rm 250..almaklumlah..dia jaga dari jam 6.45am sampai ajm 7pm..lama gak tu...sabtu n ahad aku jaga sbb my wife aku cuti jugak...sblm nie...my wife kejer on sabtu..so apalagi aku jagalah...
walaupun pengasuh dekat ngan umah aku...tapi time aku cuti..or tak kejer..aku takhantaq..saja...sbb nak bermanja ngan anak...yelah..masa nielah nak main n bermanja ngan dia..so sampai lanilah..
sakit demam, cirit birit, menangis nak susu, merap, tak mahu makan, nak belon semua ada.. biasalah...budak2...org tua2 kata...so baby lani dah setahun 7 bulan..habit...kaki jalan..mcm mak dia jugak...so every week sampi lah aku ke alamanda tak pon bagan lalang.., takpon jalan TAR, takpon..taman mainan dekat umah...itu aja...so bagi yg tak kawin..aku nasihatkan...kawinlah ...baru best kita sembang..bagi yg takder jodoh..pasti akan ada jodoh anda..berdoalah.n bersiaplah cantek22..

Mengesan Kehadiran Hantu

Bagaimana Mengesan Kehadiran Hantu?


Hantu mempunyai gelombang dalam julat Frekuensi Ultrasonik terletak di atas paras melebihi 20KHz yang besar. Ini biasanya dihasilkan oleh geteran hablur-hablur seperti hablur kuartza. Frekuensi bunyi hantu ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar. Atas rasional ini adalah agak malang bagi pengemar batu-batu permata yang menyimpan batu permata yang berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan yang rendah.

Dari segi Fizik, susunan atom yang tidak kukuh mempunyai frekuensi yang rendah. Frekuensi yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin. Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning untuk tujuan seperti memerangkap tenaga asing. Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari oleh unsur-unsur negetif. Namun batu permata yang berwarna merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru didapati mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.

Orang-orang di Barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai "Drakula" dalam lakonan cerita-cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh yang sedang menurun mengikut kalendar Islam jatuh pada 16hb. dan 17hb. setiap bulan.

Berlian yang keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana berlian memerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna). Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia. Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.

Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.

Tanda-tanda kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa. Setiap kawasan-kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai oleh unsur-unsur tenaga asing ini.

Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh AUDIBEL pada julat yang lebih kecil kurang daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur yang memerangkap unsur-unsur asing dan luar biasa ini. Selain itu, orang yang mempunyai semangat yang tinggi dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan sebenarnya dapat mencipata kelajuan seperti diatas.

Garam atau kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat ini. Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang. Orang-orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam. Garam sebenarnya dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam. Sebenarnya garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi banyak potasium. Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit.

Garam atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba. Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesn oleh organ pendengarn manusia. Inilah sebabnya mengapa ahli sihir tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.

Gempa bumi yang diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan kemudiannya akan memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah. Inilah sebabnya mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan mendapati virus atau bakteria membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang kawah gunug berapi berkenaan.

Ayat Kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur-unsur jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan. Iblis iaitu bapa segala jin dengan kuncu-kuncunya seperti syaitan yang berupaya melemahkan manusia menjadi was-was atau ragu-ragu dalam mencari ketenangan.

Walau apapun iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau. Orang yang berpuasa daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan sayur-sayuran (hijau) mempunyai deria yang amat peka kepada kedatangan unsur-unsur asing ini. Orang ini harus mempunyai kekuatan spiritual atau semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang sememangnya benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung.

Hijau adalah warna keimanan atau perasaan. Orang yang mempunyai kekuatan iman dengan kelebihan budi (jantung) akan menjadi sasaran oleh unsur-unsur nafsu dan kejahatan ini. Warna hijau yang terletak pada titik tengah dalam frekuensi air dengan PH 7.5 yang neutral akan dicerobohi oleh unsur-unsur kejahatan untuk diubah menjadi frekuensi merah yang berasid.

Hantu tenaga asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dineutralkan dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu? Frekuensi hantu boleh dikesan dengan menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka bentuknya. Salah satu yang digunakan di negara ini ialah spektronanometer. Alat ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-batan. Setiap elemen yang ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi daripada ukuran tersebut akan dikenalasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi, tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya.

Kehadiran unsur asing dan hantu ini turut dapat dikesan oleh dera sentuh khususnya bulu roma yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur-unsur negatif ini akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.

Selain itu, bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara pengkebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing. Begitu juga dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat-tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina dengan membakar mercun dan membunyikan objek-objek tertentu dengan nada yang tinggi atau maksimum akan dapat memerangkap atau menghalau hantu kerana bunyi yang kuat sebenarnya mewujudkan kawasan tekanan rendah yang menjadi tarikan atau magnet kepada unsur asing ini yang juga mempunyai gelombang atau frekuensi dalam tekanan yang rendah. Tidak hairanlah sekiranya para bomoh yang hendak menangkap hantu menggunakan botol-botol kosong untuk menghasilkan bunyi. Botol-botol kosong ini sebenarnya telah mewujudkan satu bunyi atau tekanan rendah dan mudah memerangkap unsur-unsur negatif ini melalui satu arahan dari dalam hati dengan frekuensi yang penuh tenang dan tidak gementar.

Proses rambatan gelombang bunyi ini akan menghasilkan kawasan-kawasan regangan dan pemampatan molekul-molekul udara dan seterusnya mengakibatkan perubahan, ketumpatan dan tekanan di kawasan yang terlibat. Gelombang bunyi ini sebenarnya bersamaan dengan gelombang tekanan. Oleh itu, manusia harus bijak mencari titik keseimbangan yang harmoni untuk menjadikan kediaman mereka sesuai untuk didiami.

Penyingkiran Tenaga Asing
Sebagaimana seseorang yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di dalam tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.

Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mantian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.