19 June 2008

:: Kedah Akan Menyusul ::


Baguih ler gambar nie...kelate dah mula...sempena 100 hari pemerintahan PAS KEDAH...Kedah pon akan menyusul..i'allah Ustaz Azizan (MB)tu berpandangan jauh ....
i'allah moga allah pelihara kesejahteraannya, kesihatannya supaya dipermudahkan untuk dia memerintah kedah nie...


12 June 2008

:: Makan apa saja bayar Rm 2 ::

KEKAL RM2... Khalid Ahmad (berdiri) melayan pelanggannya menikmati nasi dan pelbagai lauk di Kedai Makan RM2 miliknya yang terletak berhampiran dengan Terminal Feri Kuala Kedah, Kedah, semalam.

ALOR STAR 11 Jun – Pada saat kebanyakan peniaga makanan di seluruh negara ghairah menaikkan harga jualan masing-masing ekoran kenaikan harga minyak, pemilik sebuah kedai makan di Kuala Kedah dekat sini masih mengekalkan kadar bayaran RM2 untuk apa juga hidangan termasuk minuman.
Percaya atau tidak, itulah harga yang dikenakan oleh pemilik Kedai Makan RM2, Khalid Ahmad, 41, sejak memulakan perniagaan makanan kira-kira 20 tahun lalu.
Untuk satu hidangan, pelanggan boleh mengambil nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.
Harga RM2 untuk makanan itu juga termasuk minuman tanpa mengira ia sirap bandung, teh ais atau minuman panas.
Paling membanggakan, kedai makan milik Khalid itu yang terletak dekat jeti feri ke pulau peranginan Langkawi masih mampu menawarkan pelbagai pilihan minuman dan lauk-pauk yang menyelerakan.
“Saya tidak mahu mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang dengan menaikkan harga makanan kerana mahu mengekalkan pelanggan setia.
“Apatah lagi kebanyakan mereka terdiri daripada nelayan yang berpendapatan rendah termasuk rakan-rakan saya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Khalid memulakan perniagaannya seawal pukul 6 pagi kerana pada masa itu nelayan mula turun ke laut. Kedai itu hanya ditutup selepas pukul 5 petang.
Katanya, selain nasi dengan beraneka jenis lauk antaranya ayam goreng, kari ikan, udang kunyit dan daging kicap, kedainya turut menjual laksa, bihun sup, mi sup dan kuetiau sup, juga pada harga RM2.
“Ada juga pengunjung yang datang dari luar Kedah seperti dari Kuala Lumpur terkejut ketika mahu membayar harga makanan di sini.
“Mereka mahu membayar lebih kerana tidak percaya dengan harga yang ditawarkan,” ujarnya.
Khalid yang mendapat bekalan bahan mentah ikan dan hasil laut lain daripada nelayan di sini turut membeli barang keperluan dari pasar tani berhampiran.
“Saat paling sibuk ialah pada waktu makan tengah hari apabila pekerja dari pejabat agensi kerajaan berhampiran datang menjamu selera,’’ katanya yang dibantu oleh isteri dan lima pekerja.
Menurut Khalid, selain berniaga di kedai itu beliau juga menerima tempahan makanan dari kilang-kilang berhampiran dan hanya mengenakan caj pengangkutan tambahan sebanyak 50 sen.
Beliau memberitahu, sehingga hari ini beliau belum berfikir untuk menaikkan harga makanan di kedainya kerana merasakan masih mampu meraih keuntungan.
“Makanlah apa sahaja, harganya tetap RM2 untuk seorang pelanggan,” katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

09 June 2008

:: Baju Euro 2008 ::

salam semua...
petang smlm aku ke satu kedai spare part beli perkakasan utk servis keter...rasa agak murah dikedai ni...thats why beli di sini aja...3 , 4 hari lepas survey harga...

1.beli minyak enjin castrol magnetac...dulu harga rm 68, pastu naik ke 72, ke 76 last sekali aku beli 2 bulan lepas rm 78..tup22 harini dah rm 82..mahu tak mahu kena beli jugak..bolehlah pi 8000 km...ni pon dah 8100 km..so takut jugak lah...

2.beli oil filter...rm 8
3 beli air filter rm 6
4. minyak gear rm 14(1 liter)
5. beli power window punya switch...aku beli kat salak..rm 35..aku beli kat sini rm 18 aja...apa lagi angkatlah....suis power window aku jenis proton saga lmst so berbeza sikit dengan iswara lama..iswara lama punya suis murah aja..rm 12 kot..
6. beli spark plug - 4 biji...

maybe sabtu nie kot hantaq servis..sebelah petang ler..

aku dapat hadiah jersi euro 2008...penaja bersama castrol ..kaler putih...nasib baik muat ngan aku...dan memang cantekkk....

06 June 2008

:: Kolam Burma ::

nama pon burma....tapi kalau ditukar dlm english jadik burmese pool,,,kat taman tasik ler mana lagi/....
amacam..kalau kelik tepen..aku mesti pi mandi kat situ...air sejuk giler...kalau nak pi pi sebeah pagi sbb org tak ramai..masalahnya..air ler sejuk sngt....
aku lebih suka pergi area jam 10pagi...
baru2 nie sempena cuti sekolah,,aku kelik tepen 2 hari ...apalagi...mandi ler...





05 June 2008

:: suk sabai ::

di enstek ni sudah ada traditional thai massage..jemputlah mai..


:: Selamat Hari Guru ::

salam semua....harinie baru ada kelapangan sikit..tengok dlm kamera aku ada beberapa keping lagi gambaq yg tak diuploadkan ke pc...

so rasanya tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 di malaya ni...moga jasa kalian akan diberkati dan dilimpahi rahmat dari Tuhan sekalian Alam...dan kepada guru2 ku yg masih ada sekarang ini...ataupun yg sudah tiada..(al fatihah)..jasa kalian akan ku kenang sehingga akhir hayat ku...


teringat aku kepada guru2 ku.
1. di sekolah kebangsaan ayer puteh , pendang...
aku masih terinagt nama2 cikgu norhasmah, cikgu sharifah zawiyah syed lawi, cikgu jamaludin ahmad, cikgu razak desa, cikgu razak (bekas guru besaq tahun 1987), cikgu othman..cikgu othman ni ajar sains awalan...chegei..tapi baik...tulisan dia cantek sngt.., cikgu mahmud, cikgu salleh, cikgu siti noor(ajar aku darjah 2 kuning) ..aku masih ingat masa dia ajar spelling..kalau salah satu huruf...kena rotan kat tangan/ujung jari.., ustazah khodijah, ustazah rokiah(ustazah ni chegei...tapi baik...ajaq mengaji..cikgu zamri, cikgu hamid(allahyarham)...cikgu nie ajar aku matematik masa darjah 4kuning..matapelajaran nie..tiap2 hari ada...cikgu hamid nie chegei secengei2nya...kerana chegeinya lah aku boleh matematik...bermula dari campor pecahan..sampai lani...al fatihah utk beliau..
dan lain2 lagi....masa darjah 5 aku amik peperiksaan penialaian darjah 5...aku dapat 2a 3b aja...
masa darjah 6..aku mewakili daerah padang terap pendang....lari 4x400 meter...lawan kat stadium..dibawah seliaan cikgu jamaludin ahmad(org kokbah)

tingkatan 1 hingga 3, disekolah menengah padang pusing...
cikgu. mad lazim, cikgu manap(warden asrama), cikgu ibrahim, cikgu ramlah, cikgu ishak khadir, ustaz mokhtar, ustaz zubir, ustaz shaari, cikgu sofi..cikgu sobiyah(org kg pulai)

tingkatan 4 dan 5 di sek.menengah teknik aloq staq
cikgu tan hong song, cikgu lee (ajar add mate), mrs lim, ustaz md akhir, cikgu zulkhori, cikgu shaarin, cikgu ...ala lupa pulak yg ajar modern mate tu..miss kong goon lai..cikgu nie baik sngt ngan aku..dia ajar biologi....aku dapat 3 ooo..jgn main...cikgu yg ajar kimia..kami panggil pak sheik..org johor...dia ajar kimia best giler...ilmu dia ada lagi kat aku nie...

matrik 1 di sek.mat jiwa sg petani

cikgu zaini, cikgu sabri, cikgu rushdi cikgu mad hassan dan sebagainya

dan matrik 2..di usm penang..aduss..aku dah lupa pulak...
cikgu zaki..ajar mate..dia org kelate..rasanya lani buat phd kot kat ukm

terima kasih tak terhingga buat kalian semua...moga allah membalas jasa kalian..

dalam pada tu..aku jugak nak habaq mai..famili aku pun semua nya cikgu...kik..kikkk

kakak yg sulung...ada degree dari uum..hubby dia cikgu jugak..lani dah dekat nak habis degree dari usm..esok lusa abis lah tu...depa dulu semua keluar maktab..hasil galakan aku...dan aku yg pertama dlm keluarga ada degree...semua pakat buat degree...alhamdulillah..

abg yg pertama..abg din...cikgu, mengajar di kelate...wife dia ore kelate., cikgu jugak..i'aalh dgr kata nak meyambung pengajian jugak ..

abg y gkedua, abg yen..sekarang tengah nak habiskan tesl...cikgu jugak..mengajar kat ganu...wife dia ...cikgu jugak...degree dlm tesl..

aku...aku tak jadik cikgu...aku interview kpli 3 kali...semua tak dapat...salah sorang interviewver tu kata aku tak ada talent nak jadk guru...aku siap gaduh ngan dia lagi...sbb aku kata sepetutnya saya diberi kredit sbb saya punya famili semua guru...takpa...aku jadik org komputer..

aku punya wife..org komputer gak...uitm..

adek aku...kik..kik..jugak tak jadik cikgu...dia jadik pegawai kerajaan yg beruniform...kik..kikk
wife dia sekarang suri rumah..i'allah sehari dua lagi kerja kot... wife dia graduated dari um..

adek aku...ustazah...kawin pon ngan ustaz..depa graduated dari um...power tu..






19 May 2008

::Perjumpaan ketiga ::

Sabtu lepas tanggal 17hb 5...aku mengadakan perjumpaan ke 3 aku dengan supervisor..
aku mendemo enjin SMS aku..alhamdulillah..dah jalan...sekarang aku kena ubah suai sikit aku punya sistem architechture, sbb ada perubahan compare dengan proposal yg aku bg tempohari...

sekarang aku kena siapakan developmenet aku...aku ada 2 minggu aja utk siapkan sistem aku...
masuk aja bulan jun...aku kena mula start tulis tesis,,,..kalau ikut perancangan jadual yg diberikan...aku kena cepat...sbb ini dah dikira lewat...

okay adios..

:: Citer Melayu vs Citer Tamil ::

salam semua...
saja lah nak berkongsi....ini adalah sebahagian dari koleksi citer melayu aku dan citer tamil...
aku suka tengok citer melayu yg lama22...sperti contoh da di du..anak sarawak, puteri , abang dan sbgnya..aku tengah duk cari lagi ..utk buat koleksi sperti tuan badul, tuan besar, guru badul, hantu siang, setinggan, 7 biang keladi, ali setan..aku rasa koleksi aku nie yg lewat 80an..

yg 60an 70an..aku kurang minat....kik..kikk

citer tamil...sepeti dibwah..
dvd ciyet tamil nie mahal..kalau nak beli..satu citer sampai 14 ke 17 ringgit..
aku lani lebih suka beli dvd yg ada 3 citer...tak mahal sngt..tapi payah nak jumpa...kalau nak beli..aku kena ke kl...aku selalu beli kat jalan tar dan area22 depan sogo..itu saja..





:: Peperiksaan Pertengahan Tahun ABID ::

salam semua...hari nie hari ahad sempena cuti wesak...aku dan isteri diminta datang ke sekolahtadika bagi mengambil buku2 pembelajaran anak kami selain berbincang dengan guru kelasnyabagi prestasi untuk peperiksaan pertengahan tahun yang diadakan baru2 ini.(12 hb 5 sehingga 16 hb 5)

abid...pembelajarannya ok..tapi harus meningkatkan prestasi lagi terutama dalam agama
pergaulan...agak kurang bersosial...maybe sebb dia tak ada adik lagi..tapi menurut cikgunya...dia ramah bila bersembang di dalam kelas...


dia agak detail dlm perkara2 warna...dan teror dlm bidang matching..kik..kikk
matematik...okenglish ..ok


agama ..harus ditingkatkan...
yg best...cikgu kelasnya said " abid tak perlu diguide lagi''just bagi arahan sajadia dah tahu nak buat"..alhamdulillah...memang abid tak boleh baca lagi.....
kalau dia boleh baca...sah2 aku kena beli lagi banyak buku..kik..kikk
itu aja..
lupa pulak nak bg tahu..dia dapat number 6 dari 15 org budak dlm kelas nya...


























11 May 2008

:: Taman Rekreasi Lubok Manggis :: 10052008

Salam , semalam tanggal 10may 2008
, aku perg makan kenduri di bandat tunrazak, cheras..di dewan komuniti , tingkat 8 kot..

habis makan kenduri..apa lagi ke lubok manggis lah...
untuk mandi....kik..kikkk

best...cuaca pun tak panas...kami pergi 3 biji kereta...hik..hik...













09 May 2008

:: Beg Notebook ::

saja nak info....semalam dapat beg notebook...okaylah dari tak ada langsung...
boleh galas kat belakang....

kebetulan aku ada 2 notebook...satu wife punya dan satu lagi aku punya...

nak jadik citer..kawan aku pulak hadiahkan kepada aku satu lagi...so dapat lah dua ...

cantek beg tu...

:: PETAI ::


ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again! Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute wor kout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.



Depression: According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.


PMS(premenstrual syndrome): Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.


Anaemi a: High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.


Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.


Brain Power : 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.


dan macam2 lagilah....kik..kikk



:: POLITIK ::

salam semua...

kebelakangan ini, sudah ramai org yg menitik beratkan perihal politik...
tapi masih ada lagi yg buat2 tak tahu...mungkin merekea sudah selesa dengan kehidupan mereka sekarang ini...nak pesan...kita setiap individu mesti tahu tentang politik kerana maksud politik itu sendiri adalah

POLITIK = MENEGAKKAN AGAMA DAN MEMERINTAH NEGARA MELALUI AGAMA...

so penting tu....jgn buat donnoooooooooo aja...okay

08 May 2008

:: Masalah dengan streamyx -D-Link DSL-2640T ::



salam semua...


dua minggu lepas aku menghadapi masalah dengan streamyx..2 minggu tak ada internet connection kat umah....apa kejer tak boleh buat...mana nak buat projek master lagi...aku ngan wife...

abg ipaq aku lagilah..dengan phd dia...


report..toksah citer lah..hari22 call..hamir dua puluh repot dibuat...antara alasannya ;


3 working days akan dapat connection balik..

tunggu punya tunggu..tup2 kad dekat cabinet tm kot kena petir...fiber line yg masuk ke kabinet habis rosak..kena kilat kot...


masa aku call tu...siap technian ker customer servis said " vendor tak hantaq barang lagi" ..boleh mampuii ooo..kena ada stok ler wahai tm..


2 hari lepas...baru okay...


itu satu hal...

yg kedua aku nak citer psl modem..


mula2 pasang streamyx kat umah dpt modem yg tm bagi..lepas setahun piapp...kena kilat ..n rosak kot...beli modem baru D-Link DSL-2640T


pastu hanya wireless aja yg boleh jalan...nak pi tukar ...aku beli kat low yat..rasa jauh ler pulak..nyesal beli jauh22...


suruh member aku konfigure..dia pun tak boleh buat...sampai "sesssion " pon "hang" kat server..siap kena call tm balik...


so aku beli yg baru..yg D-Link DSL-2640T tu aku simpan ler...

yg baru...linksys...nampak canggih....tapi rasanya kena kilat kot...dah mampuiii....


berbalik kepada D-Link DSL-2640T yg aku pertama kali beli tu...


baru22 nie...aku terbaca artikel psl upgrade firmware...

so aku pun upgrade ler...

still tak boleh buat connetion...dah sudah 10 kali aku tekan butang :"reset" tu,,,apa pun tak jadik...


2 hari lepas....kawan aku cakap...sebenarnya ada tricky yg besaq..yg kebanykan org tak tahu...

IAITU..MODEM YG AKU BELI TU MODEL D-Link DSL-2640T SEBENRNYA DEFAULT VPI DIA ADALAH 8


SO STREAMYX TAK BOLEH JALAN ...SO..UPGRADE PILAH FIRMWARE PALING LATEST SEKALI PUN KALAU TAK UBAH SECARA MANUAL VPI TU KEPADA 0...SAMPAI KIAMAT PON TAK BOLEH JALAN...


INGAT..MASA SETTING VPI / VCI values which are 0 / 35




so modem aku dapat digunakan semula...ingatkan rosakk..kik..kikkk..n streamyx pon dah okay
SO SEBELUM NAK CALL TM...BAIK BUAT RESEARCH DULU..TQ

02 May 2008

:: Birthday Anggun ::

Salam... Semalam tanggal 1/5/2008, kami sekeluarga meraikan hari kelahiran anak2 menakan kami iaitu Anggun dan Alam.. majlis bemula jam 2.30 pm..kami balik jam 5pm.. terus ke enstek...tengok rumah22 baru bersama keluarga geng bukit subang...meriah...kik..kikkk. harinie....aku kerja as usual..but my wife cuti..tambahan dia pregnant..kasik dia rehat sikit.. anak aku...hariniekay aja...tapi tak pergi taska...lepas kelas..terus balik umah...begitulah setiap kali kalu kami cuti... lain lah..kalau betui22 kami cuti utk ulangkaji pelajaran n so on...this sem bizi utk buat projek thesis aja...moga2 kami lulus dengan cemerlang...



ini di enstek..rumah pameran..geng 3 sepupu nie...memang power..abid muda setahun dari depa... dua beradek..danial n daim


depa duk borak apa aku tak tahu...



hangpa tengok..mcm22 gaua duk ada...depa nie kaki ultraman nie..ngan power rangers..


bibik dengan anggun..birthday girl




anggun. alam dan mummy depa...aku menyebuk aja kat sebelah tu
aku dengan alam.
bersama geng bukit subang