23 September 2008

:: Gambar geng Compro ::

ini gambaq geng opismate...kami snap sbb nak buat kad raya(elektonik kad ler) nak bagi kat kawan2 sekampeni...hik..hikk


:: Persiapan baju raya utk abid ::

Alhamdulillah, tahun nie ada 2 tema...satu biru gelap..satu lagi cream...
satu tema di kg aku ..satu tema lagi di tepen....kik..kikkkk

anak aku dah bergaya sakan tu...

apa2 pon semua tema nie utk anak2 aja...sbb pak kena simpan duit utk sambut "org baru" insyaallah

ibu pon tak boleh bergaya jugak..sebb baju dah tak muat...cuma pesen kena ubah sikit...pesen baju baru tu namanya "kubesaq" iaitu kurung besaq...besaq kat perut...dah tempah kat kedai jahit dah..hik..hikkk

okay...jumpa lagi..






:: Berbuka di Taman Warisan Putrajaya ::

salam semua tanggal 20 hb yang lepas (20092008) bersamaan hari Sabtu, kami sekeluarga ke taman Warisan Putrajaya...asyik berbuka kat umah aja...boring jugak...

so best sngt22....siap terawih lagi mlm tu kat rumah....

so jgn tinggal terawih...tambahan pulak ini 10 mlm terakhir...
terlupa doa qunut, takpa....semayang mcm biasa aja..lagipulak terawih tu kan sunat...yg penting semayang tu...







20 September 2008

:: Kena cerdiklah orang yang gubal jadual nie ::

///boleh mampui oo, org yg amik 3 paper pie...anak menakan aku pon kena jugak...sian depa
so org yg gubal jadual nie..kena cerdiklah...jangan jadik tak cerdik...semua dah ada degree, semua ada master, phd pon ada..kita kan pernah amik exam, so kena pikirlah...sekarang time anak2 kita pulak...
walaupun dan didistribute , tapi masa nak gubal tu, kena amik kira lah....

kan dah kena batang hidung sendiri...so mcm mana org nak respek kementerian..
kita kan ada 365 1/4, takkan tak boleh adjest...



Jadual peperiksaan Pendidikan Moral, Al-Quran dan As-Sunnah SPM 2008 dilewatkan setengah jam
20/09/2008 3:13pm


JOHOR BAHRU 20 Sept. — Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi dua mata pelajaran iaitu Pendidikan Moral dan Pendidikan Al Quran dan As Sunnah yang dijadual pada 18 Nov ini, akan dilewatkan setengah jam daripada jadual asal.
Pengarah Peperiksaan Kementerian Pelajaran Dr Salbiah Ismail berkata berikutan pindaan itu, jadual untuk dua subjek terbabit berubah dari dari pukul 2 petang ke pukul 2.30 petang.
“Kami memang ada menerima rungutan meminta peperiksaan Pendidikan Moral dipinda ke 19 Nov untuk dijalankan bersama Pendidikan Islam kerana jadual peperiksaan pada 18 Nov amat padat.
“Tetapi kementerian tidak boleh mengubah hari untuk kertas itu kerana setelah daftar peperiksaan disemak, ada sebilangan calon mengambil kedua-dua subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Jadi, bagaimana calon hendak menduduki peperiksaan dua mata pelajaran itu serentak,” katanya di sini hari ini.
Dr Salbiah berkata demikian sebagai mengulas rungutan ibu bapa dan pelajar dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam, yang menggesa Kementerian Pelajaran meminda jadual peperiksaan Pendidikan Moral ke tarikh 19 Nov.
Mengikut jadual, sebahagian calon SPM pada 18 Nov itu akan menduduki peperiksaan kertas Matematik Tambahan 1 dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi, Matematik Tambahan 2 (10.30 pagi hingga 1 petang) sebelum Pendidikan Moral atau Pendidikan Al Quran dan As Sunnah (2 petang hingga 4 petang).
Beliau berkata sebagai langkah terbaik, kementerian memutuskan untuk melewatkan peperiksaan Pendidikan Moral serta Al Quran dan As Sunnah itu bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.
“Kami berharap semua pihak menerima keputusan ini. Sebenarnya, draf jadual sebelum ini sudah dibuat dua tahun lepas dan diedar kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk disemak. Bila tiada bantahan awal, kami akhirnya mengeluarkan jadual ini Julai lepas kepada sekolah dan pelajar,” katanya.

18 September 2008

:: Apa itu morning sickness, ala yg loya2 tulah ::

ini nukilan dari org yg pernah mengandung....kalau yg jantan tu tak yah ler menyibuk....nak ambil tahu takpa...
//////////////

Apa itu morning sickness"Morning sickness" is basically alahan yg dialami oleh pompuan ngandung,usually dlm 1st Trimester (the 1t 3 months)..std. alahan tu adalah spt Loya2, muntah2, pening2..demam,bergantung kepada tahap morning sickness seseorg yg pregnant..

ada yg sekadar mual2 jerr..ada yg muntah sampai lembik..& ada juga yg tak alami apa2 alahan loya, muntah2..pening2....syukurlah!!!

ALLAH tu Maha Adil..sometimes kalau kita tak mual, tak muntah..tade morning sickness yg serius,maybe terima ujian kot lain pulak..macam, gatal2 kat badan..spot or minor bleeding kat vagina..or serangan / jangkitan kulat..

sometimes, setiap kandungan berbeza dgn kandungan anak yg lain..kalau ngandung yg 1st, gini..yg 2nd pulak gitu...semuanya tu rezeki masing2 la tuh..

Cause of morning sicknesspenyebab utama tak diketahui, tapi kebanyakan doctor cakap ia disebabkanoleh perubahan hormon dlmbadan pompuan yg pregnant..kandungan hormon hCG sgt meningkat naik dlmpompuan peknen..

Macamana nak atasi?1. well..kalau muntah2, pening teruk sgt..gi je la jumpa doktor /MD-medical officer / gynae..maybe doc akan kasi ubat tahan muntah..ada ubat tu, utk pompuan peknenada org kata, ubat tahan muntah utk pompuan peknen nie, boleh galakkan susubadan..

2. elakkan bau yg boleh buat pompuan peknen tu lagi rasa loya..cth:- kalau tak thn bau lilin ikea, jgn la pasang..heheh- kalau tak lalu / rasa nak muntah dgn kari..jgn ler masak / beli kari..- kalau tak thn bau certain pewangi, jauhkan la or elakkan lah.. (hah, kalu tak thn bau badan suami, guano tu....heheh terpaksa le sisuamitu paham2..jgn la marah sgt kalau bini tak mau dekat..takpon wangi2kanlah bau badan tu..hehe)

3. kena kuat semangat..maknanya, kalau setakat muntah / loya / pening ygringan2 tu,cubalah lawan, jgn dilayan sgt..sometimes perang psychology ni mainkanperanan jugak..

4. makan ubat homoepathy or salindah..kalau tanya doc, memang dia tak akanrecommend, sebabdoc tak belajar bahagian homopathy..tapi apa2 ubat yg kita makan, mesti YAKIN..sebab kalau kita YAKIN barupenawar berjalan..kalu awal2 lagi tak confident, jgnla makan..buat habis duit jerr..sebabit's all in the mind, yg membantu diri kita

5. Always22222222 minta doa / pertolongan from ALLAH supaya kandungan &kelahiran anak dipermudahkan..salah satu amalkan Bismillah 6 & bacalah "Laa ilaaha illa antasubhanakainni kuntom minazzaalimiinnn" as zikir

notes: biasanya alahan ni akan hilang bila sampai certain stage-kebiasaannya lepas 3 bulan pertama or 1st trimester tamat, tamatler alahantu..ada jugak org yg lepas 5 bulan..6 bulan..& ada jugak org yg terus2an alah sampai hujung pregnancy..-all bergantung kepada ketahanan fizikal & mental seseorng pompuan peknentu..


heheh..rasa cam doktor gynae lakss..hahahahapa2 pon, pengalaman mematangkan seseorang itu..

:: Terkenang masa dulu2 ::




3 keping gambaq kat atas nie adalah aidilfitri tahun 2006...ini raya kat pendang...bersama famil n anak menakan dan ipaq duai......hik..hikk


// ingat lagi masa nie sambut hari lahir abid yg ke berapa ntah...3 tahun kot...
buat kat kg..suruh tokwan abid baca doa..best sngt..panggil anak22 jiran mai makan apa yg ada...
sepupu abid pon dah 9 org...

ini kat kg..saja ronda kat sawah padi...time nie time bajak sawah...
masa nielah jugak kalau nak carik ikan guna serkap pon boleh....
ingat lagi masa serkap ikan...dapat ikan..bawak balik bg mak bersiang...
masa nie aku tak berapa berani pegang ikan keli..taku kena sengat..sakit ooo



ini kat stadium merdeka...abid kecik lagi...kami semua datang kat stadium sbb nak bago moral support kat wife...wife amik acara 100m, 200m, 4x100m , 4x400m dan lompat jauh....
semua menang...
4 x 100 aja number 2 ...biasa lah..dalam team tak semua kuat...

yg lain semua gold medal...congrate..
rasanya lani.kalau nak lari lagi pon boleh...rekod pon tak ada org potong lagi...hik..hikkk

almaklumlah..dulu sprinter Perak...


///gambar batu nesan ni tak boleh tengok sanagt..
tak boleh lupa jasa bonda membesarkan aku..mendidik..bagi makan minum...
ingat lagi...bonda kat tengah sawah tanam padi, ingat lagi bonda kat tengah sawah kena panas terik matahari....ingat lagi bonda kat tengah kebun , pergi menoreh..hanya utk membesarkan anak2 mu ini, ingat lagi kat bonda, bila semua barang2 kemas habis digadai...hanya untuk membesarkan 6 orang anak2 mu...

terima kasih tak terhingga buat bonda..yg membesarkan dan memberi ilmu kepada aku sehingga sekarang ini..
akan kukenang setiap pengorbananmu sehingga akhir umur ini...akan ku ajar setiap benih yang lahir dari zuriatmu sentiasa mengenang jasa dan membalasa semua pergorbananmu, moga2 hasil usaha kami dan doa2 kami akan sampai kepadamu Bonda..
i'allah pasti kita ketemu lagi...

maafkan anakanda segala kekasaran, dan segala kesalahan yg anakanda telah lakukan..

moga sedekah dan amal ibadah yg anakanda lakukan sampai kepada bonda...terima kasih bonda


solat...jangan tak solat....buat malu aja kalau org islam, tapi tak nak ikut ajaran islam


ini gambar disebelah famili sebelah isteri,,,di tepen..
raya tahun 2007..


ini raya tahun 2005..famili sebelah isteri
abid genap setahun umur dia

gambaq raya 2004 ..tak ada..masa nie dlm pantang....hik..hik...wife melahirkan baby pada malam 27 ramdhan..
sehari lagi nak raya, aku bawak kelik tepen....ibu duk kat depan...mak mertua pangku baby kat belakang...


//buku nie bnyk membantu utk buat terawih....



ingat lagi ..kat klcc...saja makan angin...

ingat lagi kat stadium merdeka...tengok wife lari...
menang tu...200 meter...


///

17 September 2008

:: Nuzul Quran, pasti ramai yang tak tahu ::

salam semua....hari nie negeri selangor cuti ...sempena nuzul quran..

so apa itu nuzul quran....wahhhhhh...for sure semua tak berapa ingat...ingat lagi kata2 ustaz shamsuri hj ahmad, penceramah terkenal sampai lani.., aku pernah attend ceramah dan kulaih agama dia kat masjid taman brown, gelugur...

ingat lagi bila penemuramah bertanya kepada org awam mengenai nuzul quran..

soalan : assalamualaikum saudara, apa kah yg saudara tahu mengenai nuzul quran?

jawapan : nuzul quran, tu hari kebesaran dlm islam..lain pada tu saya tak tahu...

jawapan lain : nuzul quran tu hari kebesaran quran...
jawapan lain : no komen!
jawapan lain : saya tengah bizi nie..lain kali yer!
jawapan lain : saya kalau org tanya terkejut-terkejut, tak boleh...cepat lupa...minta maaf yer..
jawapan lain : tanya org lain yer..minta maaf

itulah reaksi spontan jawapan yg kedengaran....so whassup man...

nama aja tahu islam...tapi buat malu aja ....
tambah2 malu kat ustaz riduan tee, takpon ustaz farid ravi....hangpa kenai ker ustaz2 nie...
kompom tak kenai punya....

so sempena nuzul quran nie...aku sertakan sedikit maklumat mengenai nuzul quran...kot2 dapat membantu..

Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)
September 19, 2007, 12:21 pm Filed under:
Al Quran & Tafsir

Oleh: Abuyusoef Hashim Othman al-Maranji

PENGENALAN

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran. Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN

‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama. Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab :
”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”


PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus.
Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :
Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.


1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang bermaksud,

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.

Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia. Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.


Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas.
Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekaligus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.
Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.”
Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman yang bermaksud,


“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekaligus ke Bait al-‘Izzah.

Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.

IKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR


Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya.
Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a.


Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut

: 1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.

2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.

3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.

4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/09/19/penurunan-al-quran-nuzul-al-quran/

16 September 2008

:: Banyakkanlah membaca buku2 agama ::

Assalammualaikum...

yan baru balik drpd dgr ceramah ustz Zahazan Mohamed.. since ada jualan buku drpd Telaga Biru kat PNB..
yan pon ambik la peluang beli buku..dah lama tak beli buku..
yan beli buku "300 Hadis Bimbingan- Ke arah mencari reda Allah"- Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazam

Hadis2 ni semua yg diambik drpd hadis2 sohih..tengok2 kulit belakang buku tu..surprise!!!ada gambaq & biodata:

1. Ustz Zahazan sendiri

2. Ahmad Hasan Mohd Nazam (yg ni abg Hassan...sepatutnya kita kena panggildia "Pak Hassan.." adek sabariah..adek juga pada Pak Chaq, Pak Cik...etc.. alah..anak Tok Ngah Saadiah & Pak Ngah Nalan tu... Pak Ngah Nalan (ayah dia) 2-beradik dgn Tok Daud (ayah abah);maknanaya abah dgn Hassan nie, sepupu..
Rupa2nya, byk lagi buku2 yg ada gambaq hassan nie...

some biodata dia: -->merupakan:
1. editor di salah sebuah syarikat penerbitan & seorang aktivis /penggerak bagi Persatuan ULama' Malaysia.
2. Aktif dlm bidang penterjemahan & penulisan buku2 ilmiah
3. Sekarang tgh menyiapkan terjemahan lengkap tafsir 30 juzuk al-quran,Tafsir al-Munir karanagan Dr Wahbah al-Zuuhaily.
Nanti mau kasi tangkap gambaq buku nie & masukkan dlm blog gerbang,noe..insyallah..I'm proud of him!--------------------------------------------------- -----------------Ceramah from

Ustz Zahazan Mohamed kat PNB tadi, memang padat, best sgt2..byk cerita pasal AL-quran, Hadis2 sohih & also petua amalan utk ibu, anak2& family.. ni 1st time yan dengor ceramah tak tertido sikit pon..

okeh!!yg paling2 yan ingat.. (maklumlerrr...yan nie kan "hafiz"..pi dgr ceramah melenggang, tak bawak pen & nota pun..)

1. Kalau anak kita gugup, takut2, pemalu sgt2, tak berani berdepan dgn orgatau dgn lain kata ada rasa - inferiority complex, apa yg harus kita buat..? -> sebelum anak pi ngaji ker..gi sekolah kerr... always baca Surah Al-Insyirah ("Alam nashroh...") & tiupkan padaair, bagi dia minum.. -> kalau tak jln or alternatif lain, (ni yan tak berapa ingat): buat tulisan drpd air mawar & lalukan pada pinggan / piring putih- kasi minum - mintak maap kalau salah dengar.. (yg yan dgr tadi ada air mawar, ada pinggan putih, ada surahal-insyiroh)

2. For ibu2..kaum perempuan yg selalu letih dgn kerja2 umah..biasaler..evenkalau ada bibik pon, selalu pressure...tension dgn kerja2 umah.. Nabi Muhammad pernah ajar anakanda dia, Siti Fatimah (utk kurangkanbebanan, tekanan dlm melakukan kerja2 suri rumah).. -> always baca sebelum tido:

1. Subhanallah -> 33 X
2. Alhamdulillah -> 33 X
3. Allahuakhbar -> 33 X
4. Laa ilaa haa illallahuwahdahu laa syarikalah La hul mul ku walahul hamdu yuhyi...(habiskan) Insyaallah, kaum perempuan tak terasa bebanan / pressure dlm buat kerja2umah..lagi satu ustz cakap..kita hendaklah selalu amalkan baca ayat2 al-quran..paling2 susah sgt,sehari dpt 10 ayat pun jadilah...al-quran byk membantu kita, especially if kita di dalam kesusahan..tapi.. kalau kita tak pernah amalkan (buat bacaan or buat zikir), last minit baru baca,so, keadaan mungkin tak begitu membantu..

wallahua'lam..
yan nak tergelak ustz ada cerita /cakap tadi..ustz kata kesian kat org pompuan....org pompuan byk ngadu kat dia..ada satu aduan tu:"ustz.. suami saya, masa awal2 kawin dulu..kalau ajak naik motor sama dgndia.. suami saya suruh saya elok2 naik motor dulu sambil dia pegang motor tu..lepas tu, bila dia dah naik,dia tanya..'pegang abg kuat-kuat yer yang..takut jatuh..!'
"Tapi kan ustaz..bila dah lama kawin nie.. Suami saya naik motor dulu, belum pun sempat saya nak naik motor, dia dahdah jalan dulu dgn motor dia!"sajer jer nak tergelak sebab apa.

.MEMANG Betuiiiiii!!!!walaupon tade motor, tapi ada ler perkara2 yg sinonim..te he he

/////
////////////
di bawah ini ada sedikit koleksi buku2 agama yg telah dibaca dan sedang dibaca oleh kami sekeluarga...
byk ilmu yg diperolehi..
tapi aku ingat lagi pesan guru aku..
kalau nak membaca..jgn lupa carik guru..dan bertanya..
takut pembacaan itu boleh "menyesatkan" atau terpesong dari maksud asalnya..











:: Abid bila besaq ::

14 September 2008

:: 33rd Week Checkup + Majlis Berbuka @Enstek ::



salam semua...moga kalian dilimpahi dan diberkati Allah hendaknya..
semalam tanggal 13hb sept, saya dan mywife +abid ke bangi, bagi mendapat pemeriksaan lanjutan kandungan wife. org agak ramai...al maklumlah..bulan puasa, ramai yg datang pagi...

alhamdulillah..kami sampai jam 930am..start checkup jam 10.15am....semuanya okay...baby dah 2.1kg ..doc said perkembangan baby okay..
cuma ibu nya yg berat turun...doc suruh jaga kesihatan...

pastu on the way kelik, kami singgah sat kat kedai jualan barangan baby...not bad...nak beli apa semua ada....habis le jugak rm 70 kat sini...
picture ada kat atas tu...hik..hikk, aku nampak mywife heppi aja sbb cita2nya nak beli kain "bedung" baby tercapai jugak....

sampai umah around jam 1.40pm kot...

petang...jam 4pm...geng bukit subang sampai umah kami..kami nak anjurkan majlis berbuka puasa...tapi semua share ler...
cuma yg best berbuka puasa ramai2, boleh berebut..
ni asyik duk berebut ngan anak bini aja..mana best...

so petang semalam kami berbuka puasa seramai 11 orang....not bad...meriah...tu tak termasuk anak dlm kandungan lagi..mywife n my biras...kik..kikkkk,
this year pak mertua aku dapat cucu 2 org ler...rasanya depa bersalin pon dekat2 sama date (lepas raya)

di bawah ni ada sedikit menu kami utk berbuka puasa...

telur masak kicap - mywife masak...sbb aku lapaq menu tu...kik..kikk,




ingatkan geng bukit subang nak tiduq sini..tup2 depa nak balik ...nak buat mcm mana...kalau depa nak tidur pun no hal.. umah kami bnyk toto..katil dua tingkat ada..katil bujang pun ada..
bilik air pun ada 2...hik..hikk... so ada umur kita berbuka lagi beramai2... geng seri kembangan tak jadik nak mai..sbb ada tugas....takpa....nanti kita set date lain....

12 September 2008

:: Lucu yer..tapi ini lah hakikatnya ::

:: Lucu yer..tapi ini lah hakikatnya ::...sekadar mengingati

1. Lucu ya, wang rm 2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

2. Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

3.Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

4. Lucu ya, susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman

5. Lucu ya, betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya

6. Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller 100 halaman pun habis dibaca.

7.Lucu ya, orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

8. Lucu ya, susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip.

9. Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al Quran.

10. Lucu ya, semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa.

11.Lucu ya, kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikiran dua kali.


LUCU YA?LUCU JUGA YA ADA YG SANGGUP MENANGIS TERESAK2 TENGOK AKADEMI FANTASIA OR GANGSTARZ.TAPI TAK ADA YG BANYAK MENANGIS MENGENANG DOSA DAN MINTA AMPUN PADA ALLAH..!!!!! !!

11 September 2008

:: Abid, Jangan Kecing Berdiri!!! ::

""Abid Jangan kencing berdiri, nanti jadik kawan syaitan"" kata ibu abid, ....itulah antara perkataan yg seringkali aku dgr bila abid ke toilet...


Tghari tadi..kat PNB, ada Forum "Q" (Quality)..

Panel: 1. Dato' Dr Hj Fadzilah Khamsah

2. Prof. Madya Dr Sh. Hayati Syed Ismail

Moderator: Ustz Fauzi Mustaffa

Yg paling2 yan ingat sekali is that..Dr. Fadzilah Khamsah kata tadi:

"Semua org especially lelaki (termasukla perempuan),jgn sesekali kencing berdiri..sebab ada 4 reasons:

1. Perangai syaitan (memang syaitan kencing berdiri)
2. Penutup pintu rezeki
3. Boleh membawa kpd sakit batu karang
4. "Bird" / "Burung" tokleh nak terbang

So, jgn lupa ajar anak2 sekali pasal nie..Nampak macam remeh, tapi impak besaq..
Yan memang ajar abid bab kencing duduk since he was not wearing pampers(1- 1/2 yr old)..tak kiralah duduk kat toilet bowl, jamban cangkungataupun kalau emergency, he will squad kat lantai bilik air, just to"pee"..(sometimes mak su dia tergelak kalau tgk abid kencing duduk kat lantai,"macam pompuan", kata mak su dia)
masa tu, yan tak tau langsung reasons for kencing duduk..yg yan tau, yan pernah terdengar in Islam saying that tak elok kencingberdiri..Hukum dia pon yan tak tau...makruh ker..haram kerr..berdosa kerr..tapi yan cakap jer kat abid, always-always-always kencing duduk..

NO MATTER what people will say..NO MATTER what your friends at school or taska are saying or laughing& memang abid dimonitor setiap kali dia mintak teman ke toilet..so far so good,

alhamdulillah...last few days,abid kept complaining that kawan2 lelaki kat taska, mostly kencingberdiri..masa dia citer tu, kat umah..dia nak masuk bilik air ajak teman dia kencingkat toilet bowl..
(sometimes pengaruh kawan2 kat school or taska, akan pengaruhi anak kitajugak)..
khairi pon pernah citer that at one time-dulu, abid pernah kencingberdiri kat toilet bowl..lepas tu, abid kena brain wash balik..lepas dia ngadu tu, yan citer ler kat dia..(i just simply create my reasons, supaya abid TAK IKUT perangai kawan2 dia,ambil BULAT-BULATkan mata, buat muka seramm sikit..te he he )
yan kata, "Abid, sapa kencing berdiri..memang KAWAN syaitan...

syaitan suka sgt dgn org2 yg kencing berdiri..nanti dia akan ikut kita & goda kita..sapa jadi kawan syaitan,

ALLAH TAKSUKA..memang ALLAH marahhh..Bila dah jadi kawan syaitan..senang la kita ikut dia masuk nerakaa!!!!)
Abid nampak macam kecut..masa tu, memang dia tgh duduk kat toilet bowl, dah kencing dah..once done abid reply: "Ibu..nanti abid nak citer kat kawan2 abid..
NO GOODla kencing berdiri..nanti ALLAH marah..esok abid nak bagitau kat dia orang..

"hehehmudah2an info yg kecik nie, dpt disampaikan kpd yg lelain..elok gak kalau anak2 kita boleh tarbiah kawan2 seangkatan dia..mudah2an hidup kita lebih diberkati..amin

10 September 2008

:: Selamat Mengambil Peperiksaan UPSR buat Mohd Faiz Zulkafflee ::


salam semua, harinie aku nak cerita pasal UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah )..

upsr dah bermula...tarikh nya adalah dari 09-09-08 sehingga 11-09-08- harinya adalah dari selasa, rabu dan khamis..

matapelajaran adalah seperti berikut :


1. Selasa - Bahasa Melayu - kertas pemahaman, bm(ujian penulisan) dan matematik kertas 2


2. rabu - matematik kertas1

3. khamis - sains , bahasa ingerris kertas1 dan bahasa inggeris kertas2..

///////

jumaat sampai 31/12/2008 - Qhaya...sepenuhnya..melompat, main, joget dan sebagainya....


aku nak ambil kesempatan nie utk ucapkan selamat mengadapi peperiksaan upsr buat anak menakan (anak saudara) aku namanya mohd faiz bin zulkaflee...dia belajar dekat sekolah keb.kg.baru , pendang...


moga beliau akan suksess...ala don don worry lah faiz...peperiksaan ini adalah yg pertama buat kamu...kamu akan menghadapi berpuluh2 lagi "peperiksaan" dalam hidup kamu...

kalau dah usaha...lepas exam ..doa bnyk22...

kalau result bagus..alhamdulillah..

kalau kurang...cuba lagi....ada pmr , spm dan etc...


pak teh dulu tak amik upsr..zaman pakteh dan ke atas( maksudnya org yg lahir tahun 1975 dan sebelumnya ) mengambil peperiksaan darjah 5...di panggil peperiksaan penilaian darjah 5...ada 5 jugak subjek...


dibawah nie ada serba sedikit keputusan yg diperolehi oleh saudara2mu, pak2 menakanmu, mak kamu dan mak menakan mu serta sepupu sepapat kamu....moga kamu akan lebih suksess lagi dari kami semua...


1.cikgu fadhilah - penilaian darjah 5, tahun 1974 - seingat pak teh dapat 3a 1 b dan 1c..pak teh tak sure tarikhnya sbb pak teh pun belum ada lagi...kik..kikk ( sek.keb ayer puteh)


2. pak lang - cikgu mohd khalil - penilaian darjah 5 tahun 1983 dapat 3 a, 1b dan 1c (sek.keb.ayer puteh)

3. pak teh - 3a 2b, tahun 1986 ( sek.keb.Ayer Puteh) - masa zaman pakteh dan ke atasa...pembelajaran kami dikenali sebagai KLSR (kurikulum lama sek.rendah)

4. pak cik pi - 4a, 1c (sek.keb.ayer puteh) - upsr

5. mak su - 4a, 1b ( sek.keb.ayer puteh)- upsr

6. kak anis - 5a ( sek.keb.kuah, langkawi) - pak teh kurang sure sek.mana

7.kak ezza - 5a (sek.keb.kelebang, langkawi) - pakteh kurang sure sek mana

8. mohd fariz hannan ( sek.guchil kot) dapat 4 a ,1 b gak..

9 mak teh(azean suheley tazilan - upsr - 5 a


so...selamat menjawap/////





lupa pulak nak bagi tahu...

tahun nie jugak dari 12 november sehingga 6 dicember, anak menakan aku yg sorang lagi jugak akan mengambil SPM....

utk Mohd Atif Hafiz bin Zulkafllee...selamat belajar,kena pulun nie....tapi qhaya tetap qhaya jugak...kik..kikkk


------------------------------------------------------------------

////info


UPSR 9 hingga 11 September,
PMR dari 13 hingga 17 Oktober
STAM pada 20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober,
SPM dari 12 November hingga 6 Disember.
Tarikh cuti akhir tahun persekolahan ialah 14 November 2008.

---------------------------------------------------------------------





09 September 2008

:: Radix Fried Chicken ::

salam semua...

kalau hangpa nak tahu....kfc lani dah ada persaingan sengit....apalagi kalau bukan RFC...Radix Fried Chicken...
semua geng HPA dan kopi radix tulah...
famili aku semua dah sampai..
aku sorang aja yg belum sampai....

RFC ni ada kat sg petani....so kalau sapa ada area sana...boleh lah pi...
ini bumiputra punya ...bila lagi nak bantu bumi pulak...
asik duk bela francais aja....
okay...



08 September 2008

:: Yahoo..dapat hadiah henpon ::

semalam ( ahad 0709 2008 ) kami ke seremban..jaya jusco...
jalan punya jln...jumpa pulak kedai henpon..
masuk aja..target tak nak beli....
tapi my wife kesian kat aku sebb aku punya henpon siap letak selotep lagi kat belakang....

aku tak kisah..janji boleh cakap n hantaq sms sudah ler...
tak perlu kamera2, tak perlu multimedia..
tak perlu 3g, tak perlu mms...dan semuanya...
aku dah muntah dgn semua tu...
kat uamh internet 24 jam..
notebook..lagi canggih...ada pulak kamera olimpus..
buat apa nak henpon canggih...
buat rugi aja kalau jatuh dlm lubang jamban....


//sambung balik...
my wife hadiah kan henpon nie utk aku....yahooo......
samsung....bukan samseng noee...


:: Hasil Karya Abid ::

Salam semua....
aku nak cerita detail pun aku pun kurang arif psl bab2 lukisan nie..
tapi bila aku tanya anak aku , abid...semua ada makna dan maksud utk setiap lukisan dia nie...
aku letak kat blog nie utk tatapan anda semua....

moga2 stu hari anak aku nie pandai ler lukis dari aku nie...

al maklumlah..
aku nie kalau lukis org...asyik nak jadik binatang yg bergayut tu aja....

lukis org lidi pun kadang2 tangan lebih panjang...
kata org tua2 " jenis tak ketuqhun", kik..kikk




//yg nie aku rasa anak aku cakap gambar hutan...dlm hutan ada macam2 binatang...




yg nie aku nampak mcm raksasa nak makan pokok kayu aja..
mungkin raksasa tu lapaq sngt kot..almaklumlah bulan puasa....

03 September 2008

:: Gambar Konvo_studio_03092008 ::

jagn marer ha...nak dapat master degree punyalah payah...kena bawak anak lagi ke kelas...habis duit lagi...habis weekend , balik kg pon tak senang, cuti semua kena rearranged balik....
so kalau aku letak gambar konvo aku bnyk2 ..
jgn marer hah(bak kata sudin dlm pendekar bujang lapok)