31 August 2008

:: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 01092008 ::

salam semua...seperti biasa ...tiap2 tahun kita akan menyambut dan menjalani ibadat puasa...utk tahun 2008 nie....kita start puasa pada 01092008...so apalagi....berpuasa lah....bukan posa tak makan aja..tapi semua kena posa......
tambah2 nafsu yg "jahat" tu...hik..hik.....
pesan aku.....berbanyak beribadat kepada allah....ingat ibadah tu ada peraturannya....dan senang aja...iaitu
1.ikhlas
2. ikut peraturan
kompom allah terima...
so mlm pertama nie...mengambil kesempatan, utk berjemaah bersama isteri(isteri dah tak larat nak panjat tangga masjid kat masjid kuaters klia tu yg tinggi bangat)...




setting niat
upgrade Iman
download Sabar
upload Usaha
delete Dosa
Update Doa
&
topUp Ilmu
Agar boleh
Redeem Pahala





:: Teringat Dulu-Dulu - Keranamu Malaysia ::

Teringat masa tahun 2003 dulu...carik punya carik jumpa pulok gambar..masa nie baru 7 bulan kawin...kik..kikkk...

masa nie aku kat kedah...wife kat kl....weekend husband ler beb....setahun beb ulang alik dari aloq staq mai kl..sampai dreber bus pun kenaiii...


30 August 2008

:: Mainan baru anak aku ::

B daman, astro boy. dan mcm2 lagi...aduss..punggah duit....



:: Percutian di KLCC 30082008 ::

Salam semua, hari nie tanggal 30 Ogos 2008, aku bersama my wife and anak bercuti sambil menyaksikan panorama di kl….apa lagi kalau bukan ke klcc..

Plan mula nak ke jalan TAR…tapi memandangkan nak jalan pon agak jauh….sian pulak kat wife…. Kami bfast kat kedai kat umah…pekena 2 biji roti canai, tea o dan barli suam..rm 3.60 .. So,, kami naik erl dari salak tinggi jam 11am…tiket rm 12.50 utk seorang….tapi disebabkan ada 2 tiket bulanan, maka apalagi..amik peluang ler…kalau kena beli tiket cash…kompom aku dah tak pi dah..yelah kalau dua org dah 25 ringgit habis utk one way..dan rm 50 utk 2 ways….baik simpan utk sambut posa.. So sbb monthly tiket..aku gunaler …

Aku nampak my wife aku ceria aja sepanjang perjalanan..yerlah…dah jenis nak berjalan….hik..hikk.. sampai kl sentarl….org agak ramai…masa tu jam 1130 am… aku guna touch n go ,,my wife guna weekly tiket putra..so tak perlu berbaris ler…. Masuk dlm putra ..org agak ramai…. Tapi ..terus ada brother n kakak tu bangun ..bagi tempat duduk utk aku n my wife,,,depa nampak my wife pregnant n aku dukung anak kot…terima kasihlah kat hangpa berdua…
Ada lagi rakyat Malaysia yg prihatin kepada yg memerlukan….

Turun kat klcc, jalan2 sambil snap gambaq… Masuk ..kedai apa tu yg ada setan tu...ooo..kedai Isetan...saja ”shoping tingkap”..barang2 not bad...tapi yg aku heran tu..anak aku minat golf ler...aduss....nak kena ”training” nie...mana tahu... Tapi tgk set golf pon ribu22..nak mampuiss....tak apa abid..nanti ayah beli kayu golf yg 2nd hand, abid belajar tibai dulu bagi kena..nanti bila besaq kita pi ”driving range”hik..hikkk

Lepas pada tu apalagi..ke cold storage(simpanan sejuk ler) kat tingkat bawah...carik makanan...beli mee goreng, nasik, minuman, air tin, sedikit coklat...sambil layan ”paper” berita harian pasal budget semalam, nasib baik , makanan semua sedap..... Pastu jalan sana sini...kik.kikk, nak habaq pi kat hangpa...kami tak beli apa pon....selain pi makan tghari aja kat sana.....kah..kahhh, ala bukan apa...nak simpan duit utk raya n nak sambut baby nanti....

Kami bertolak balik dari kl sentral ke salak tinggi....sampai salak tinggi around jam 3pm....sebelum balik umah singgah kat kedai kk, kat umah...beli , baldi dan mop dan sewajktun dgnnya, sambil beli b daman utk abid... Balik umah....mop lantai umah... Masa blog ni di tulis....anak aku sedang tidur kerana kepenantan..... Sampai ketemu lagi...















29 August 2008

:: Softec 2008 :: Software Testing Conference 2008 ::

http://www.mstb.org/conference/index.php

salam semua ...
tarikh 27 dan 28 Ogos yang lepas...aku menghadiri conference pengujian perisian...

di adakan di conference center timesquare, tingkat 14...dirasmikan oleh depute minister of science technology dan inovation...yb Fadilah (mp petrajaya)

lebih kepada penerangan or awareness, disampaikan oleh mereka2 yg power2 dlm pengujian software nie..http://www.mstb.org/conference/index.php

aku dgn my opismate, bain attend this conference...

bnyk ilmu yg dapat...
gambar tak sempat nak snap...sorilah..kamera terlupa bawak...



KUALA LUMPUR 27 Ogos - Persidangan Pengujian Perisian (SOFTEC) 2008 yang bermula di sini hari ini, telah menarik 150 peserta dari sektor industri kerajaan dan akademik.
Bertemakan pengujian ke peringkat seterusnya, persidangan dua hari itu dianjurkan oleh Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai industri pengujian perisian negara.
"Persidangan itu menawarkan para peserta dengan pemahaman yang jarang diperoleh mengenai landskap industri pengujian, amalan dan peluang yang dibawa oleh ramai penceramah antarabangsa dan Malaysia pada acara itu," kata Presiden MSTB, Mastura Abu Samah pada persidangan akhbar di sini.
Persidangan SOFTEC 2008 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.
"Saya gesa agar semua pihak yang terbabit menyokong MSTB dalam usahanya untuk memastikan pengamal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendapat pensijilan dan kelayakan profesional," kata beliau dalam ucaptamanya di SOFTEC 2008.
- Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

25 August 2008

:: Masa konvo aku 09082008 ::








ini ada tertinggal kapal...


20 August 2008

:: Harap2 HSBB @ fiber ke rumah dapat dilaksanakan ::

19 Ogos, 2008 23:28 PM

Cadangan HSBB TM Kini Tertakluk Kepada Kerajaan
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Cadangan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) Telekom Malaysia (TM) yang menelan kos RM11.3 bilion, yang disifatkan sebagai yang terbaik, kini tertakluk kepada kelulusan kerajaan."Kami percaya cadangan kami ialah yang terbaik selepas kami mempertimbangkan semua aspek urusniaga itu," kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Zamzamzairani Mohd Isa semasa taklimat media di sini hari ini mengenai keputusan kewangan setengah tahun pertama TM."Yang pertamanya TM telahpun mempunyai jaringan yang luas. Kami mempunyai pengalaman melakukan ini sejak 1946... melancarkan rangkaian," katanya.Keduanya, beliau menyebut bahawa asas pelanggan jalur lebar TM adalah hampir kepada 1.4 juta menggabungkan pelanggan Streamyx, Hot Spot dan TMNet Direct."Adalah jelas kami berada di hadapan dari segi pengalaman dan juga keupayaan," beliau berkata apabila ditanya mengenai kemajuan projek HSBB itu memandangkan pemeteraian perjanjian jalur lebar itu telah tertangguh untuk kali kedua. Pemeteraian itu dijadual pada 14 Ogos.Adalah dilaporkan bahawa ia tergendala disebabkan penyertaan Teknologi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBT) berpangkalan di Pahang, yang akan mengemukakan cadangan kepada kabinet minggu ini.Zamzamzairani berkata pelancaran rangkaian itu tidak boleh dibiarkan semata-mata kepada industri kerana industri akan berjalan mengikut pendekatan didorong permintaan yang bermakna "ia akan mengambil masa lebih lama bagi Malaysia menikmati perkhidmatan HSBB.""Untuk mempergunakan rangkaian ini dengan cepat, inilah kenapa kami mencadangkan untuk memasuki aturan perkongsian awam swasta (PPP) dengan kerajaan," katanya."Apa yang dibuatnya ialah kami mempercepatkan kepelbagaian penggunaan kemudahan itu ke kemuncaknya. Ia bermaksud jika anda biarkannya didorong oleh permintaan semata-mata ia akan mengambil masa lebih lama. Kami telahpun mempunyai 1.4 juta pelanggan jalur lebar yang bermakna kami telah hampir kepada puncak kepelbagaian itu."Jika dalam tahun 80-an dahulu, pada mulanya tidak banyak orang menggunakan telefon mudah alih tetapi kemudian pada satu tahap tiba-tiba setiap orang merasa ia bukan lagi satu kemewahan, ia menjadi keperluan dan terdapat pertumbuhan yang amat hebat."Saya fikir perkara serupa akan berlaku terhadap jalur lebar."Projek HSBB akan berlarutan kira-kira 10 tahun dan akan dijalankan secara berperingkat.Kerajaan pada permulaannya menjangka untuk melabur kira-kira RM2.4 bilion sepanjang tiga tahun manakala TM akan mencukupkan bakinya.-- BERNAMA

19 August 2008

:: Percutian 15 Ogos hingga 18 Ogos ::

salam semua.. aku bercuti dari 15 ogos ke hingga 18 ogos.. mcm2 perkara berlaku... khamis mlm dah chow ke tepen...sampai 130pagi 15 ogos (jumaat) 15 ogos.hari jumaat...ada di tepen....bangun pagi...apa lagi ke batu kurau...pi carik awek utk adek ipaq aku sat... kami bfast di pekan batu kurau...harga tak mahal...pekan pun peaceful...siap layan astro lagi...tengok olimpik sport.. balik pada tu pi muzium tepen sat...rupanya muzium tepen tgh buat renovation..sempat amik gambar jugak ler... petang... kami ke dusun tengok reban kambing...sambil nak pi carik durian...kik..kikk...sebonet keter dapat... utk di bawa balik ke pendang...jenuh "panaih" aku bantai saja 6 bijik...kik..kikk..nasib baik durian kecik22... 16 ogos(sabtu) bangun pagi pi amik anak menakan aku sat kat stetsen bus tepen...dia mai dari ipoh..bus dari ipoh ke aloq staq dah abis.. nasib baik aku ada... aku amik dia kat tepen sbb nak bawa dia sekali pi usm..ada konvokesyen di usm..sapa lagi..kalau bukan nak celebrate abg ipaq aku ler....abg zul...dia berjaya menghabiskan pengajian dia dlm sarjana muda pendidikan...tahniah dari kami sekeluarga... kami samapi diusm around 1150 kot...depa keluar dewan jam 1130 ...so ...tak sempat nak tunggu depan pintu dewan.. tapi tak apalah.. kami sempat beli bunga dan hadiah utk beliau....pastu jalan22 sekitar tapak pesta...adus...pesta konvo usm best...semua kat situ aja...nak beli apa semua ada.... konvo ukm lain...tempat jualan asing...maybe nak elakkna traffic kot...yelah dewan kat ukm ..kan dekan jalan masuk n keluar... plan balik nak naik feri... tapi kami tersangkut kat dlm usm lama...maka tak sempat lah..so balik naik jambatan jugak.... masuk penang kena rm 7... kalau ada kad touch n go yg beli kat arae jambatan tu,...kena rm 5 aja utk masuk ke penang...mana aku tahu... dari tahun 1999 lagi..sehingga 16 ogos 2008...baru lah masuk penang balik... kalau nak citer bnyk... aku masa tu dlm bonet keter ada sebonet durian nak dibawa balik...ke pendang... bayangkan dari tepen ke usm..ada sebonet durian..dgn cuaca panas...nasib baik durian tak meletup...bau ..jangan cakaplah... duk di pendang...dua malam...best giler.... walaupun ekonomi masa ni tak berapa bagus.. tapi jumpa adek beradek pun dah okay.... cuma tak sempat jumpa famili abg2 aku aja...yg duk di ganu dan kelate tu..depa ada urusan lain..yelah..depa cikgu...exam upsr dah dekat...so cuti kena pi sekolah jugak.... sempat jugak jumpa anak menakan aku yg duk uitm tu...dan yg duk ipoh tu...semua okay... anak2 menakan aku 2 org nak menghadapi exam.. sorang upsr dan sorang lagi spm... di doakan moga kalian lulus dgn cemerlang..... itu aja..lani... mywife n anak aku ada ditepen...my wife cuti 10 hari n anak aku pulak cuti sekolah... so aku biaq depa duk di tepen...




aku dgn kawan aku ..lani dia lecturer kat school komputer sains usm..

kami sekeluarga

famili kakak aku































buah staq..manis giler




durian yg aku bawak kelik pendang...sebonet