Showing posts with label Maklumat Berguna. Show all posts
Showing posts with label Maklumat Berguna. Show all posts

23 November 2009

18 November 2009

:: Nurkasih, aku dah tahu ending dia macam mana ::

aku dah tahu ending kisah nurkasih tv3 tu mcm mana..
sapa mati...n so on...
apa jadik pada adam, adakah sarah akan insaf...adakah aliya nak semua suaminya

dan yg pastinya adakah nur amina akan bersama suaminya semula....jeng2..
kita tunggu


http://gerbangkasih.blogspot.com/2009/11/alahai-tiz-zaqyah-hangpa-kenai-ker-dia.html

08 November 2009

:: Alahai Tiz Zaqyah, Hangpa Kenai ker dia ::

Hangpa kenai ker dia nie....kompom kepada "homosapien-homosapien yg berstatus lelaki dan penggemar NUrkasih kenai awek nie ..okay aku letak gambaq ler senang sikit ,,,
ALA Watak Nur Amina tu....
doakanlah agar awek tu tak bersosial sngt...dia berlakon dlm citer tu best ...sampai makcik2 kat luar tu nak buat menantu.....sharifah sofea yg baru kawin tu pun lani dah insaf..pakai purdah lagi...

moga2 depa akan insaf...dan jadik insan yg baik....ada harapan ker..






































19 July 2008

:: Petani gelisah upah tuai naik ::

oleh utusanALOR STAR 18 Julai -

Keputusan Persatuan Usahawan Jentuai Kedah/Perlis (Kicai) mengambil tindakan menaikkan kadar upah menuai padi antara 25 peratus hingga 30 peratus serelung pada Musim 1 2008 yang bermula Rabu lalu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pesawah.Ini berikutan petani dikatakan baru sahaja hendak menikmati kenaikkan Harga Minimum Terjamin (HMT) padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.Sehubungan itu, kadar upah menuai baru sehingga 30 peratus yang dikenakan Kicai itu dilihat mereka seolah-olah tidak membawa keuntungan meskipun HMT padi dinaikkan.Ini lebih-lebih lagi pada saat kira-kira 70,000 pesawah di negeri ini hanya meraih pendapatan secara purata RM180 bagi setiap relung padi yang dituai pada musim-musim sebelum ini.Bagaimanapun, jika dilihat secara logik dan tanpa mempertahankan mana-mana pihak, perlu diakui bahawa KICAI membuat keputusan untuk menaikkan kadar upah menuai kerana kos operasi yang meningkat.Menurut Presiden Kicai, Md. Nor Hamzah, kadar upah baru yang diputuskan pada mesyuarat agung persatuan tersebut pada bulan lalu itu disebabkan oleh kenaikan harga sebahagian barang yang sekali gus meningkatkan kos operasi menuai.Mereka mendakwa kos pembelian minyak diesel naik 63 peratus; alat ganti import (45 peratus); alat ganti buatan besi tempatan (95 peratus); kos pengangkutan (52 peratus); upah pekerja (30 peratus); makanan pekerja (35 peratus) dan bateri sehingga 95 peratus.Berikutan itu, Kicai memutuskan kadar upah menuai baru pada musim ini ialah RM120 serelung bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), manakala di luar MADA pula RM130 berbanding RM90 pada musim lalu."Kadar upah baru itu adalah yang paling rendah kami kenakan. Ia perlu dilaksanakan selepas kos operasi menuai yang meningkat tinggi terutama kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini."Untung yang diperoleh oleh pemilik mesin jentuai pun sebenarnya tidak seberapa," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.Dalam pada itu, berikutan keputusan Kicai tersebut, Pengerusi Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA, Ahmad Radin meminta persatuan berkenaan mengkaji semula jumlah kenaikan yang ingin dikenakan itu demi kepentingan semua pihak.Malah, katanya, PPK, MADA sedia mengadakan perbincangan dengan Kicai bagi mencari satu persetujuan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.Ini kerana, ujar beliau, para peladang sebenarnya terpaksa menanggung peningkatan kos input tani seperti merumput, membajak, benih padi, pelbagai jenis racun, membaja termasuk baja tambahan dan kos sewa bendang RM300.Ahmad berkata, kenaikan HMT padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini memberi sedikit kelegaan kepada para pesawah untuk mendapat pendapatan yang lebih baik."Peladang baru nak rasa kenaikan harga padi, tetapi kadar upah menuai terbaru itu akan membuatkan keuntungan diperoleh pesawah yang sepatutnya bertambah berikutan kenaikan HMT padi menjadi kurang semula."Kami cukup memahami kos operasi yang semakin tinggi ditanggung oleh pemilik mesin jentuai, tetapi kenaikan kadar upah menuai itu biarlah bersesuaian," katanya.Dalam hal ini, kedua-dua pihak perlu memahami antara satu sama lain agar isu kenaikan kadar upah menuai padi ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan kerjasama antara mereka.Pada keadaan ekonomi yang menekan, kedua-dua pihak perlu lebih bertimbang rasa agar wujud situasi menang-menang antara mereka, lebih-lebih lagi Kedah merupakan penyumbang kepada lebih 40 peratus pengeluaran beras negara.
:///


nanti aku ulas psl ini...
inilah yg dikatakan bangang....aku anak bendang,,,aku akan ulas..nanti nak bagi tau mp pembangkang....debat dlm parlimen..

05 July 2008

12 June 2008

:: Makan apa saja bayar Rm 2 ::

KEKAL RM2... Khalid Ahmad (berdiri) melayan pelanggannya menikmati nasi dan pelbagai lauk di Kedai Makan RM2 miliknya yang terletak berhampiran dengan Terminal Feri Kuala Kedah, Kedah, semalam.

ALOR STAR 11 Jun – Pada saat kebanyakan peniaga makanan di seluruh negara ghairah menaikkan harga jualan masing-masing ekoran kenaikan harga minyak, pemilik sebuah kedai makan di Kuala Kedah dekat sini masih mengekalkan kadar bayaran RM2 untuk apa juga hidangan termasuk minuman.
Percaya atau tidak, itulah harga yang dikenakan oleh pemilik Kedai Makan RM2, Khalid Ahmad, 41, sejak memulakan perniagaan makanan kira-kira 20 tahun lalu.
Untuk satu hidangan, pelanggan boleh mengambil nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.
Harga RM2 untuk makanan itu juga termasuk minuman tanpa mengira ia sirap bandung, teh ais atau minuman panas.
Paling membanggakan, kedai makan milik Khalid itu yang terletak dekat jeti feri ke pulau peranginan Langkawi masih mampu menawarkan pelbagai pilihan minuman dan lauk-pauk yang menyelerakan.
“Saya tidak mahu mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang dengan menaikkan harga makanan kerana mahu mengekalkan pelanggan setia.
“Apatah lagi kebanyakan mereka terdiri daripada nelayan yang berpendapatan rendah termasuk rakan-rakan saya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Khalid memulakan perniagaannya seawal pukul 6 pagi kerana pada masa itu nelayan mula turun ke laut. Kedai itu hanya ditutup selepas pukul 5 petang.
Katanya, selain nasi dengan beraneka jenis lauk antaranya ayam goreng, kari ikan, udang kunyit dan daging kicap, kedainya turut menjual laksa, bihun sup, mi sup dan kuetiau sup, juga pada harga RM2.
“Ada juga pengunjung yang datang dari luar Kedah seperti dari Kuala Lumpur terkejut ketika mahu membayar harga makanan di sini.
“Mereka mahu membayar lebih kerana tidak percaya dengan harga yang ditawarkan,” ujarnya.
Khalid yang mendapat bekalan bahan mentah ikan dan hasil laut lain daripada nelayan di sini turut membeli barang keperluan dari pasar tani berhampiran.
“Saat paling sibuk ialah pada waktu makan tengah hari apabila pekerja dari pejabat agensi kerajaan berhampiran datang menjamu selera,’’ katanya yang dibantu oleh isteri dan lima pekerja.
Menurut Khalid, selain berniaga di kedai itu beliau juga menerima tempahan makanan dari kilang-kilang berhampiran dan hanya mengenakan caj pengangkutan tambahan sebanyak 50 sen.
Beliau memberitahu, sehingga hari ini beliau belum berfikir untuk menaikkan harga makanan di kedainya kerana merasakan masih mampu meraih keuntungan.
“Makanlah apa sahaja, harganya tetap RM2 untuk seorang pelanggan,” katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

09 May 2008

:: PETAI ::


ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again! Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute wor kout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.



Depression: According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.


PMS(premenstrual syndrome): Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.


Anaemi a: High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.


Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.


Brain Power : 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.


dan macam2 lagilah....kik..kikk



08 May 2008

:: Masalah dengan streamyx -D-Link DSL-2640T ::



salam semua...


dua minggu lepas aku menghadapi masalah dengan streamyx..2 minggu tak ada internet connection kat umah....apa kejer tak boleh buat...mana nak buat projek master lagi...aku ngan wife...

abg ipaq aku lagilah..dengan phd dia...


report..toksah citer lah..hari22 call..hamir dua puluh repot dibuat...antara alasannya ;


3 working days akan dapat connection balik..

tunggu punya tunggu..tup2 kad dekat cabinet tm kot kena petir...fiber line yg masuk ke kabinet habis rosak..kena kilat kot...


masa aku call tu...siap technian ker customer servis said " vendor tak hantaq barang lagi" ..boleh mampuii ooo..kena ada stok ler wahai tm..


2 hari lepas...baru okay...


itu satu hal...

yg kedua aku nak citer psl modem..


mula2 pasang streamyx kat umah dpt modem yg tm bagi..lepas setahun piapp...kena kilat ..n rosak kot...beli modem baru D-Link DSL-2640T


pastu hanya wireless aja yg boleh jalan...nak pi tukar ...aku beli kat low yat..rasa jauh ler pulak..nyesal beli jauh22...


suruh member aku konfigure..dia pun tak boleh buat...sampai "sesssion " pon "hang" kat server..siap kena call tm balik...


so aku beli yg baru..yg D-Link DSL-2640T tu aku simpan ler...

yg baru...linksys...nampak canggih....tapi rasanya kena kilat kot...dah mampuiii....


berbalik kepada D-Link DSL-2640T yg aku pertama kali beli tu...


baru22 nie...aku terbaca artikel psl upgrade firmware...

so aku pun upgrade ler...

still tak boleh buat connetion...dah sudah 10 kali aku tekan butang :"reset" tu,,,apa pun tak jadik...


2 hari lepas....kawan aku cakap...sebenarnya ada tricky yg besaq..yg kebanykan org tak tahu...

IAITU..MODEM YG AKU BELI TU MODEL D-Link DSL-2640T SEBENRNYA DEFAULT VPI DIA ADALAH 8


SO STREAMYX TAK BOLEH JALAN ...SO..UPGRADE PILAH FIRMWARE PALING LATEST SEKALI PUN KALAU TAK UBAH SECARA MANUAL VPI TU KEPADA 0...SAMPAI KIAMAT PON TAK BOLEH JALAN...


INGAT..MASA SETTING VPI / VCI values which are 0 / 35




so modem aku dapat digunakan semula...ingatkan rosakk..kik..kikkk..n streamyx pon dah okay
SO SEBELUM NAK CALL TM...BAIK BUAT RESEARCH DULU..TQ

29 April 2008

:: Sinar cahaya ayat Al-Kursi ::

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam isterinya. Pada saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

1. Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap-tiap shalat fardu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Duniamu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhiratmu. Yang baik daripada Allah, yang tidak elok atau kurang tepat, kelemahan saya jua. Harap dimaaf jika ada kesilapan.