Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

18 May 2010

:: Ada berani? Jum LAYAN BOMMAYI ::







Bagi yang tak paham english mcm aku nie...meh aku citer dlm bahasa melayu..bahasa kebangsaan kita...hik222..



smlm aku layan astro channel 202 jam 9pm to 11.30pm

cerita simple, tapi garapan(olahan, susunatur) citer tu best giler...seram..tak ler seram mana...tapi BEST...


nanti aku cerita....hik222




BOMMAYI MOVIE REVIEW

Review by : Behindwoods review board

Starring: Sudeep, Amruta Khanvilkar, Ahsaas Channa, Kenny Desai, Ashwini Kalsekar.
Direction: Ram Gopal Varma
Music: Amar Mohile
Production: One More Thought Entertainment Pvt. Ltd


After a horror fest in the first half of the year, now we have the first horror/supernatural flick of the second half. 2009 is proving to be a fruitful year for the horror genre. Yaavarum Nalam and Arundhathee met with success unexpected and were followed by some dubbed movies like Shivapuram and Thanthra, the latest to follow in this line is Bommayi.

Dubbed to Tamil from the Hindi original Phoonk released last year, Bommayi is a tale of rationale vs. supernatural. Black magic and voodoo like methods form the basis of the movie. The movie starts with a young engineer being dismissed from his job by his boss after he tried to unethically subvert a project to his advantage. He is literally insulted in public and fired. More than him, it is his wife who feels great rage at the boss for the strict action taken. She decides to settle scores in a dark way. Using her knowledge of black magic she casts a spell upon the boss’ family. Focus shifts to the boss’ family where things seem to be getting weird by the day. He is having nightmares and strange visions. But, the more serious

concern is his daughter (a girl of around 8 years) who is showing strange and terrifying changes in behavior, split personality, ferocious voices, and great anger.

Unaware of what has gone wrong, he takes his child to a psychiatrist. However, his wife seems to believe in the possibility of some evil force at work and decides to consult a witch doctor. In an interesting battle of science and supernatural, Bommayi tells the tale of how the issue is finally sorted out, with a very interesting twist. Which side wins, science or wizardry?

credit to ;http://www.behindwoods.com/tamil-movie-reviews/reviews-2/bommayi.html

23 November 2009

28 October 2009

:: Nonton Film Hindi ::

///nie ulasan aku ...citer dia simple aja...tapi ada makna yg mendalam....

so kalau ada anak2 kita yg mengalami masalah mcm nie...don worry...i'allah...tuhan itu maha kaya....berusaha, berubat...dan yg penting..jangan putus asa...

satu garapan yang baik dari abg amir kita dan ..yg aku heran tu..budak tu pandai berlakon...

power n power..hik22.



















Jika saudara seorang yang pesimis dengan filem Hindi dan sentiasa mencari-cari dari mana agaknya filem Hindi yang agak baik jalan ceritanya meniru (jawapan: daripada filem Tamil / Inggeris biasanya), ini permata untuk saudara.

Industri Bollywood tidak seklise yang kita sangka. Tentu sekali tidak. Daripada Bobby, Mere Nam Joker, kemudian Black, Lagaan, Swades dan Chak De India, Hindi membuktikan mereka boleh berubah dan mampu menghibur.

Taare Zameen Par adalah filem pertama arahan Amir Khan. Filem yang diterbitkan di India pada penghujung Disember 2007 ini pernah dicalonkan ke Oscar untuk kategori filem asing tetapi tidak menang (setahun kemudian Slumdog Millionaire arahan seorang Inggeris menang kategori ini).

Sukar untuk saya bandingkan Taare Zameen Par (selepas ini saya ringkaskan sebagai TZP) dengan Slumdog Millionaire (saya ringkaskan SM.

Pada beberapa segi, mereka terlalu sama. Isinya bagus, skor muziknya menarik, lakonan kuat dan jalan ceritanya memuaskan.

Daripada sisi-sisi lain, mereka berbeza. Mungkin kerana pengarah mereka berlainan bangsa. Amir khan pada saya menghasilkan sebuah filem yang berjiwa Bollywood walaupun berlainan pendekatan. Boyle pula menggunakan pendekatan yang lebih British dan Hollywood. Permainan kamera, penonjolan watak, warna filem dan turun naik filem jelas menunjukkan ini.

Apapun kedua-duanya saya berikan penghormatan ‘Mesti Tonton’ untuk sesiapa sahaja yang mencintai cerita, bukan grafik-grafik muluk sahaja.

TZP (diterjemah kasar sebagai Bintang Kecil di Bumi Tuhan) datang dengan Tagline: Setiap Anak Adalah Istimewa.

Ia dibuka dengan baik sekali. Semacam hadiah yang mencemaskan kita isinya. Kita diperkenalkan dengan watak utama filem ini iaitu kanak-kanak bernama Ishan. Sorotan kamera yang kemas dan pilihan babak-babak yang kritikal, mengkayakan pengalaman dan pemahaman kita terhadap karektor Ishan.

Saya puji Amir khan dalam kemunculan pertama beliau sebagai pengarah ini. Amir memilih orang yang tepat untuk berlakon, menulis skrip, menulis lagu, mengambil gambar, menulis lirik malahan membuat animasi!

Kejutan-kejutan kecil seperti animasi ringkas manis sekali pada saya. Bukti bahawa Malaywood bahkan kini terhina dengan Bollywood.

Ishan dilakonkan dengan amat baik oleh pelakon kanak-kanak tersebut. Sampaikan saya jadi tertanya-tanya pula adakah pelakon yang terpilih itu benar-benar mempunyai kesulitan yang sama dengan watak dalam filem. Lakonannya bersahaja dan hidup. Tidak sekalipun kita rasa bahawa dia sedang berlakon, tetapi kita akan rasa seolah-olah masuk dalam hidup kanak-kanak ini.

Wajahnya kosong sesuai dengan bentuk kesulitan yang dia alami. Apabila dia bebas lepas menangguk ikan dalam longkang tanpa menghiraukan pemandu bas yang menunggu atau sewaktu dia ketawa melihat tangan ayahnya hampir terkena wajah ibunya sedangkan tangan itu diangkat untuk menampar dia, saya jadi seronok dengan kehalusan pemerhatian penulis skrip yang mengkayakan pemahaman kita terhadap sikap dan karektor seorang kanak-kanak disleksia.

Apa itu disleksia, saudara perlu geledah sendiri. Pun begitu, filem ini masih menjanjikan sesuatu yang menyentuh hati sekalipun saudara mempunyai pengetahuan tentang itu.

Kerana disleksia, Ishan sentiasa melihat huruf menari-nari. Ini membuatkan dia sulit untuk membaca. Saya suka dengan pengkayaan Amir dalam menceritakan ini dengan lebih jelas menggunakan animasi. Ishan juga sering membayangkan sesuatu melebihi orang lain. Ini juga digambarkan dalam animasi.

Lakonan ibu bapa dan abang Ishan juga baik. Mereka adalah perlambangan watak kita, manusia biasa dengan cemerlang. Kita, manusia biasa, tidak digambarkan sebagai jahat dalam filem ini. Ini pun membuatkan saya seronok. Banyak filem, apabila ingin menceritakan kesulitan seseorang, jadi terkilas daripada motif asal dan masuk dalam ‘mode’ memburuk-burukkan orang yang tidak faham.

Saya fikir adalah normal untuk kita rasa kecewa dengan watak ayah. Beliau sentiasa mahu membandingkan Ishan dengan anaknya yang sulung sedangkan mereka berbeza. Rasa kecewa ini baik sekali jika kita dalami dan jadikan pengajaran dalam hidup sendiri. Kalau punya anak, adik, keluarga, teman atau sesiap sahaja, jangan mudah membanding-banding atau menyusun atur hidupnya tanpa kita kenal siapa dia.

Jika ada pun ‘mode’ ingin memburuk-burukkan watak, watak yang banyak sekali diburukkan adalah ‘cikgu-cikgu’. Guru-guru yang sangat mementingkan baca tulis hinggakan dalam menyampaikan pengajaran ilmu zahir itu mereka jadi lupa pada ilmu batin (akhlak). Mereka menjerit-jerit, marah-marah dan kadang-kadang sampai menghina murid sendiri.

Ini pada saya, ada benarnya. Wajar diselami dan diinsafi pada konteks ini. Pun begitu, itu tidak bermakna cikgu tidak boleh marah atau menghukum langsung. Cuma, saya nampak asasnya adalah mendidik, bukan mengajar-ajar.

Walau bagaimanapun, watak guru tidaklah dibiarkan canggung sampai akhir. Watak gurulah yang kemudiannya menemukan kesulitan Ishan. Watak ini walaupun kekadang berkhutbah, menemukan banyak jalan yang cantik dalam membantu Ishan. Samada dalam memujuk ibu bapa Ishan, memujuk guru besar Ishan atau memujuk Ishan sendiri. Malahan caranya mendidik Ishan menulis dan mengira benar-benar mengkayakan pengetahuan saya dalam memahami cara pendidikan kreatif.

Watak-watak guru lain yang asalnya jelek pada Ishan juga ditunjukkan berubah apabila diberi pandangan baru terhadap Ishan. Malahan bapa Ishan yang keras itu juga.

Bentuk optimis begini indah. Realis juga pada saya kerana setiap manusia ada peluang untuk berubah kalau kena pengajaran yang kita berikan. Dengan izin tuhan.

Sekali sahaja ada babak watak menari dan menyanyi. Itu pun langsung tidak luar biasa dan masuk akal. Di lain masa, lagu-lagu yang indah disisipkan dalam babak-babak filem. Lirik dan lagu sangat baik kerana saya memang sukakan lenggok bahasa Urdu. Pemilihan kata memberikan kita lebih daripada pengetahuan, tetapi pengalaman. Ia membuatkan kita merasa.

Saya paling ingat lirik yang mengandungi penyataan ‘Kau tahu segala sesuatu, kan ibu?’, lirik yang menonjolkan kesucian pemikiran kanak-kanak dan lirik-lirik yang mempersoal manusia yang sentiasa terkejar-kejar dan bersaing.

Pendek kata, beginilah: saudara wajar tonton ini. Ini bukan filem kanak-kanak disleksia sahaja. Ini filem tentang harapan kanak-kanak dan harapan kita juga waktu kecil-kecil dahulu.

Ini bukan sekadar filem. Ia tazkirah, peringatan. Bahawa kerap kali kerana kita ini bukan jiwa yang tenang, kita jadi pencuri impian orang.

Taare Zameen Par.



P/s: Saya ulang tonton lagi babak-babak tertentu. Saya dapat merasakan alangkah payahnya apabila orang tidak memahami kita. Apalagi apabila kita tidak jelas masalah sendiri. Pasti amat menyakitkan.


dipetik dari ::
http://syarafuddinsulaiman.wordpress.com/2009/06/28/mari-tonton-filem-hindi-taare-zameen-par/

24 June 2009

:: MUTHU, tamil movie, ada berani, tengoklah ::





















///semalam kat astro ada citer tamil tajukya MUTHU...
best giler jalan cerita......cerita psl anak org kaya...yg tak tahu dia tu kaya...dia kejer as org gaji dirumahnya sendiri....

last sekali baru tahu...tapi muthu nie humble ajer...tak mcm org kaya yg kat luar lani...
dah ler kaya...nak kaya lagi..tindas org miskin...selagi boleh tipu...tipu lagi org miskin...

muthu..bantu org miskin..hartanya bnyk diberikan kepada org miskin...

ntahlah....apa nak jadik ngan org kaya malaysia nie....air yg Allah taala bagi pon nak buat bisness..air yg allah bagi free pon depa meniaga...amik untung...ingat MATI esok susah ooo..
untung sikit2 sudahlah...

yg jadik pengarah2 syarikat yg gaji berpuluh2 ribu...kalau dah sampai umur 55/56 tahun tu...
takyah lah duk sambung2 lagi kerja tu..ingat tuhan sama....buat ler kebajikan..habiskan sisa hidup utk jalan Allah....beringat2 lah sebelum mati nie...

imam2 kat masjid..yg bacaan tak berapa betui tu sbb dah tua..bawak2lah letak jawatan..bagi aja kepada yg muda....barulah org semangat nak mai pi masjid..
takkan nak berebut kot elaun masjid tu....takut dosa tak tertanggung, sbb Fatehah tak betui...

18 May 2009

:: PIRIVOM SANDHIPPOM dan AYAN ::


cerita ayan nie...adalah yg paling latest sekali....aku tak tengok lagi...
mcm best aja....









cerita kat atas nie
kalau hangpa ada masa layanlah cerita nie....
pelakon lelaki tu adalah pelakon cerita autograph..best sngt..
pompuan tu nama dia sneha...
cerita berdasarkan kasih sayang kekeluargaan...
touching sngt

aku beli dvd tamil nie harga dia rm19....2 dalam 1...bukan nak agungkan cerita tamil...tapi aku melihat jalan cerita(garapan cerita tu)...lain dari yg lain....

:: Yaavarum Nalam CERITA TAMIL YG BEST ::

semalam layan tamil Yaavarum Nalam ...
cerita memang lain dari yg lain...
ada berani tengoklah...

garapan cerita tu memang best....aku cabar pembuat cerita melayu kat malaysia nie supaya garap cerita bagi best macam cerita tamil tu...

http://www.geocities.com/bbreviews/




19 May 2008

:: Citer Melayu vs Citer Tamil ::

salam semua...
saja lah nak berkongsi....ini adalah sebahagian dari koleksi citer melayu aku dan citer tamil...
aku suka tengok citer melayu yg lama22...sperti contoh da di du..anak sarawak, puteri , abang dan sbgnya..aku tengah duk cari lagi ..utk buat koleksi sperti tuan badul, tuan besar, guru badul, hantu siang, setinggan, 7 biang keladi, ali setan..aku rasa koleksi aku nie yg lewat 80an..

yg 60an 70an..aku kurang minat....kik..kikk

citer tamil...sepeti dibwah..
dvd ciyet tamil nie mahal..kalau nak beli..satu citer sampai 14 ke 17 ringgit..
aku lani lebih suka beli dvd yg ada 3 citer...tak mahal sngt..tapi payah nak jumpa...kalau nak beli..aku kena ke kl...aku selalu beli kat jalan tar dan area22 depan sogo..itu saja..





13 July 2006

Filem Abang

Abang

Lakonan : Rahim Razali(Fuad), Ahmad Yatim(faizal), Ahmad Tarmimi(Farid), S.Roomai Noor, Ummi Kalsum,, Ogy Ahmad Daud, Anjang Aki, Norizan, Tamam Idris


Semalam aku berkesempatan menonton DVD yg aku beli berjudul Abang..rasanya filem ini tahun 1981 takpon 1982..Mengisahkan Fuad(Rahim Razali) yang balik dari London setelah 10 tahun berada disana, sekembalinya dari London menimbulkan rasa tak senang hati dikalangan keluarga dan adek2nya..Bukan apa..sbb depa takut dia amik semula kampeni yg depa tengah running tu..

Citer nie..memang best…touching sampai menitik ayaq mata aku…Last sekali..Fuad Din..meninggal dunia..akibat leukemia/ataupun kanser sum-sum tulang kot…

Sedih bilamana dia cium tangan mak dia..dia kata nak naik atas rumah nak berehat…dia tengok mak dia sayu aja…

Sblm tu..dia ada bergaduh ngan adek dia..Faizal..sampai ungkit2 kisah2 lampau..pastu Fuad sound Faizal…dia kata kau tu akauntan kampeni…kena power..kena pandai…jaga asset n harta syarikat…dia kata lagi…Farid tu..darah muda..tak boleh diharapkan sngt..kena bnyk tunjuk ajar…masa depa bertekak tu…Faizal dah angina semacam aja..dia kata Fuad macam2 lah…last2 sekali…dia tanya abang nak ke mana dah semua hal dia kena buat…Fuad mula22 nak sembunyi…tup22…biler dah tak boleh nak bendung lagi…Fuad panggil dia..sembang baik22 ngan dia…sedih biler tahu abg kita nak “meninggal” kan kita..terus Faizal jadik baik, tapi bersyarat..rahsia tu hanya Fuad dan FAizal sahaja yg tahu…sedihhhhhh…sedih…nampak muka Faizal berubah …dari marah..terus hormat sama abang dia…

Kesimpulan dia…Allah sembunyikan ajal seseorang tu mesti ada sebab….kalau Allah dah letak tarikh kita nak meninggal biler…sah..kita beramal tak cukup tempat……tak cukup masa…
Kalau lambat lagi ..kompom berfoya2…buat maksiat sana sini…
So tepuk Dada tanya Iman...cukupkah amal kita setakat ini....


P/s: DVD tu aku beli rm 9.00 kat Jalan TAR...nanti aku plan nak beli DA DI DU, Pasung Puaka...
Lupa pulak nak bagi tahu...aku ada DVD Loceng Maut ..lakonan Mahaguru Seni Silat Sendeng...yang diharamkan selepas sekali tayang kat TV..sbb ganaihhhhhh..mana tak ganaihhhhhh....mahaguru jadik Hero...
Citer tu pun best...Hussein Abu Hassan jadik ketua jahat...rogoll orgg...Hero nama Andika...Sapa nak pinjam...habaq mai...sehari aku charge rm 50 aja..
Tak mahalllll...kawan2 punya hal..aku ”up” sikit..
Okay...chow cin chow..