18 June 2010

:: Al Fatehah..untuk Ust.Hassan Shukri ::


Oleh Azamin Amin

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas.

Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya…disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah…!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Ponorogo sambil menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantap dan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah…” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS…itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu semasa.

“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Kini Hassan masih menyumbang buah fikiran dan pandangannya kepada PAS sebagai Ahli majlis Syura. Beliau juga masih lagi menyampaikan kuliahnya di Sabak Bernam serta memenuhi pelbagai jemputan majlis-majlis agama dan ceramah.

Walaupun usia telah menjangkau 70-an, Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS. Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu terasa begitu singkat, memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan penulis terpegun dan asyik dengan kisah lamanya.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

“Percayalah…sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan…Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

“Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan…,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti
akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.




thanks to

alfatehah utk ust.hassan shukri....jasa dan budi anda tetap terakam dlm lembaran sejarah PAS dan agama islam khususnya...

06 June 2010

:: Sambungan Trip to Ganu ::

muhammad dgn mak long dia...
" adik2" den..hik22



abg moh dan kak mah..secucuk dan sepadan ..sama cucuk dan sama padan..sorang kedah..sorang ganu..
amin..geng rhu sepuluh..ganu..player sekolah ..utk game bola..power mamat nie...
duk nak cuba "ayat " awek nie..tapi jual mahal..call sapa ntah...
geng rhu 10 ngan abid..di masjid kristal
tgh menyusun ayat ,aku bg ayat penyata aja...
ais krim kat masjid kristal nie..agak mahal dari harga pasaran biasa...aku sound direct aja..tapi sian pulak tgk muka mamat nie...takpalah...tapi jgnlah mahal sngt weh..

:: Moga Kalian Tenang Menunaikan Umrah disana ::

di mana aku jumaat dan sabtu lepas...

hik22...aku balik kg ler..ngan anak number 2 tu, amal...kami balik sbbb nak hantaq ayah, adek dan adek ipaq pi umrah....

pg jumaat jam 515 pagi, kami 3 biji keter dah keluar dari umah...terima kasih tak terhingga buat imam masjid kg bukit jambut..pak su ei sbb "menurunkan" jemaah umrah darirumah kami...

kami sampai kat tempat rehat gurun jam 530pagi..tak masuk subuh lagi.....ramai jugak org kat tempat rehat gurun tu yer...yelah org nak pi kejer....
pak su mat direct dari rumah terus ke sini...jumpa disini ler...

selamat semuanya...
kami sampai di lapangan terbang bayan lepas , penang, jam 745 pagi..dekat jam 8 pagi..penerbangan ke jeddah akan bermula di singapura dulu...

dari penang..naik silkair ker singapore...bertolak jam 1030pagi...sampai di singpore changi airport jam 1130pagi....transit selama sejam ..
tukar flight ambil singapore airline..jam 1230tghri...terus ke jeddah...sampai di jeddah jam1030 mlm....penerbangan sepatutnya 8 jam aja..but depa singgah di Abu dhabi airport sat...(sejam jugak kot)tu yg jadik 10jam tu...

dari jeddah ambil bus terus ke madinah...naik bus sepatutnya 8jam..tapi adek telepon citer...hanya 5 jam.....see..tak lama kan...allah maha kaya...
masa blog ni ditulis...adek , ayah n suami adek..ada di madinah...
mereka rasanya ada disini2 hari kot..pastu akan ke mekah ....

umrah selama 2 minggu..balik dekat2 nak habis cuti nanti...
lupa pulak nak bg tahu..ayah n adek2 pi umrah dgn menggunakan travel agensi al multaqa

anak adek..dijaga oleh kakak kat kg...wuiii...aku rasa migrain kakak aku...hik22..yelah...dapat semula anak kecik....anak2 dia dah besau2 semua...jenuh kau cik fadhilah nak jaga budak tu...hik22..hik22


itu utk umrah..

hal aku pulak....mcm nie....lepas hantaq ayah kat penang tu...kami ke tempat kejer anak menakan pulak(http://www.lohguanlye.com/ anak menakan semula..yelah dia amik time off sat aja...
dari situ ..kami 3 biji keter menuju ke ipoh...di tambun...umah adek ipaq...umah mentua adek aku yg kejer polis tu...depa nak kenduri on sabtu...so kami pi siap2 ler...sbb hari kenduri tak boleh pi sbb bnyk kenduri dekat2 umah....

balik dari ipoh..kami singgah di bukit gantang r&r,,pekena durian dulu....

dari situ terus ke terminal feri butterworth..sbb nak tunggu anak menakan yg kami hantaq tadik...anak menakan cuti sabtu n ahad..so dia habis kejer jam 530pm..kira amik siap2 ler...

dari penang kami ke jeti semeling...ada tempat makan seafood bagus kat situ....

sampai umah jam 1030 mlm..hik22...letih toksah duk habaq ler...

pagi sabtu aku dgn anak2 menakan pi pekan sabtu kat pendang...carik apa yg patut utk bfast dan lauk utk makan tghri...

sabtu tak buat apa sngt....layan karenah anak aja...hik22..dan anak2 menakan...

mlm ...bertolak semula ke umah den nie..ok itu aja




dari kiri: miza, mat nuat, suami miza(ustaz zul) dan ayah..masa nie sedang menunggu panggilan masuk utk ke singapore..

masa nie sedih...ayah pon nangis....aku bisik kat telinga ayah...ayah jgn risau kami kat kg...kami okay aja...ayah jaga diri baik22..moga ayah tenang menunaikan umrah...
ini di ujung kg..dekat umah aku..yelah umah aku kan kat ujung kg..kat taliar..ujan semalaman..aku ngan anak2 menakan dan anak aku


nampak gunung jerai kan..hik222


03 June 2010

:: Trip to Kuala Terengganu, Day 1 28052010 ::

1. 17v pertama kali ke kt follow karak hway dan lpt..

2.bertolak jam 830 am
rehat di paya serai, minum pagi...keter agak bnyk sbb cuti wesak...malayu, cina , india semua nak raya..

3. singgah di tempat rehat gambang...makan tghri..17 v cadangkan rehat aja dulu kat sini, kalau boleh mandi dulu kat sini...

4. kalau nak ker taman temaair bukit gambang, kena exit kat exit gambang..jauh dari tempat rehat ini lebih kurang 30 km..
17 v tak sempat pergi due to masa..sbb perjalanan masih jauh...

5. terus ke marang (hotel seri malaysia), sampai jam 4petang..terus check in,n rehat...rm140 smlm...dan ada bfast sekali...anak kecik2 tak perlu add on..makan aja ...ada kolam lagi

6. makan mlm di tepi pantai kelulut...



on the way ke kt..singgah di tempat rehat gambang..ada 2 jam kot rehat kat sini...aku mandi dulu sbb panas sngt...anak2 pon kasik relek dulu dlm surau n so on..

ini dlm hotel seri malaysia marang..hotel cantek bangat...san staff dia pon okay..walau tak besaq sngt ..tapi okay...hotel nie ataih bukit..tak jauh jugak dari jetty nak pi pulau kapas...

ini di tempat makan pantai kelulut..no bad...org qamai kat sini..


dlm hotel seri malaysia marang
kolam hotel seri malaysia

02 June 2010

:: Trip to Kuala Terengganu, Day 2_m 29052010 ::

day 2..(sabtu)
1. minum pagi kat hotel seri malaysia...makanan sangat bagus...

2. ronda2 sekitar bandar marang....dan mandi kolam

3. jam 10.45 ..abg aku sampai ke hotel kami sbb nak ke dungun ..makan kenduri sepupu...dari marang ke dungun more or less 70km..walau jarak tak berapa jauh but lama..sbb jalan tak boleh pecut...17v check out terus sbb nak check in di batu burok beach resort pulok

4. lepas makan kenduri di dungun...kami balik semula ke kt..sbb nak chec in...nasib baik ada anak menakan aku darjah 6 tu..dia tourist guide kami...depa tiap2 minggu mai kt..hik22..

5. lepas check in ..makan kat depan masjid terapung kot..seberang jalan..ngan semua famiy aku(kak lah dan abg aku)..

6. lepas tu terus nak ke pasar payang...dukacita...org qamai mcm semut...jalan macet sngt...
7.kami divert desa murni.iaitu gedung pelbagai kain, baju,,dan sebagainya..tak jauh dari situ...

8. lepas tu kami semua ke taman tamadun islam dan masjid kristal...lama kat sini...samapi magrib( kat sini bagus nak lepas lama)

9. balik batu burok...utk rest


minum pg kat hotel seri malaysia marang, makanan sedap2 belaka




sekitar pantai kelulut


depan hotel seri malaysia marang..ngan kak ipaq aku..cikgu ct
anak aku dan anak2 menakan aku..depa duk setiu..rhu 10..depa otai jalan2 kuala ganu nie



hidangan umah kenduri...menu pengantin..ada bnyk lagi..

:: Trip to Kuala Terengganu, Day 2 29052010 :













sekitar taman tamadun islam, kt...dan masjid kristal...okay utk santai2...dan semayang

:: Trip to Kuala Terengganu, Day 3 30052010 :

DAY 3
10..ahad pagi..lepas bfast (resort nie bagus jugak.bilik agak kecik..but kolam mandi okay...)
11. kalau nak jalan2 tepi pantai....bangun awal2,,tak pon jalan aja lewat petang..sbb cuaca panas sngt di ganu nie...ulang suara..panas sngttttt..

12.kami pergi semula ke pasar payang...mak datuk..org still ramai walau hari kerja...cuba dapatkan parking dlm building..tapi tak berjaya...utk ingatan...kalau keter mpv..mcm bukit subang dan mcm 16v..aku cadangkan jgn sesekali masuk parking dlm building pasar payang....kalau tak...keter akan calar...parking space depa sempit sngt...

13.kalau nak parking..cuba parking kat luar aja..dan kalau boleh pergi awai pagi...utk 16 v...aku cadangkan..kalau bawak mak nanti...drop mak tepi pasar payang tu..dan pusing balik..parking kat luar aja...

14. aku rasa cuti sek nanti org akan ramai mcm cuti wesak lepas....amik perhatian...

15.on the way balik..kami singgah mkn tgh hari di rusila..dan solat zohor kat paka( aku cadangkan singgah aja kat masjid paka nie...tenang aja masjid nie..ada library lagi...)

16. on the way balik kami singgah di gambang r&r...sampai umah jam 1030 mlm...

17. kalau nak ke kelantan..aku ingat nak bertolak dari kedah ataupun taiping aja...dan terus ke setiu umah abg aku

18 kalau nak pi lagi....17 v akan sampai di cerating aja...malaih dah nak ke kt lagi...kalau nak pi jugak..baik naik flight aja..hik22

19 total perjalanan kami 1400km...jarak tak jauh..but habis bnyk masa dlm keter...dan ganu bnyk tempat nak pi...so kena fokus...

20..now 17v nak ushar cameroon highland pulok...dan tak akan pergi camron time cuti sek....just cuti weekedn biasa aja...






pantai di belakang batu burok beach resort...kalau nak pi pantai kena keluar jam 6pagi..kalau tak...macam tengahri aja rasanya...takpon mlm terus
kolam di batu burok beach resort









on the way balik singgah kat rusila...makan kat restoran lempang...eh silap..restoran lempeng