"Jangan kecewa, jika doa tidak dikabulkan..kerana setiap doa adalah ibadah...dan Allah pasti membalasnya"..dan kena ingat juga kerana " ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang2 kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita "
28 October 2009
:: Alahai Tali Pinggang Kaledar dan Helmet ::
ntah..aku pun naik penin..
yg pasti kalau naik keter...anak 2 n my wife semua pakai seat belt....bukan2 undang2 yg utama..but keselamatan yg paling penting..hik22...
:: Nonton Film Hindi ::
so kalau ada anak2 kita yg mengalami masalah mcm nie...don worry...i'allah...tuhan itu maha kaya....berusaha, berubat...dan yg penting..jangan putus asa...
satu garapan yang baik dari abg amir kita dan ..yg aku heran tu..budak tu pandai berlakon...
power n power..hik22.
Jika saudara seorang yang pesimis dengan filem Hindi dan sentiasa mencari-cari dari mana agaknya filem Hindi yang agak baik jalan ceritanya meniru (jawapan: daripada filem Tamil / Inggeris biasanya), ini permata untuk saudara.
Industri Bollywood tidak seklise yang kita sangka. Tentu sekali tidak. Daripada Bobby, Mere Nam Joker, kemudian Black, Lagaan, Swades dan Chak De India, Hindi membuktikan mereka boleh berubah dan mampu menghibur.
Taare Zameen Par adalah filem pertama arahan Amir Khan. Filem yang diterbitkan di India pada penghujung Disember 2007 ini pernah dicalonkan ke Oscar untuk kategori filem asing tetapi tidak menang (setahun kemudian Slumdog Millionaire arahan seorang Inggeris menang kategori ini).
Sukar untuk saya bandingkan Taare Zameen Par (selepas ini saya ringkaskan sebagai TZP) dengan Slumdog Millionaire (saya ringkaskan SM.
Pada beberapa segi, mereka terlalu sama. Isinya bagus, skor muziknya menarik, lakonan kuat dan jalan ceritanya memuaskan.
Daripada sisi-sisi lain, mereka berbeza. Mungkin kerana pengarah mereka berlainan bangsa. Amir khan pada saya menghasilkan sebuah filem yang berjiwa Bollywood walaupun berlainan pendekatan. Boyle pula menggunakan pendekatan yang lebih British dan Hollywood. Permainan kamera, penonjolan watak, warna filem dan turun naik filem jelas menunjukkan ini.
Apapun kedua-duanya saya berikan penghormatan ‘Mesti Tonton’ untuk sesiapa sahaja yang mencintai cerita, bukan grafik-grafik muluk sahaja.
TZP (diterjemah kasar sebagai Bintang Kecil di Bumi Tuhan) datang dengan Tagline: Setiap Anak Adalah Istimewa.
Ia dibuka dengan baik sekali. Semacam hadiah yang mencemaskan kita isinya. Kita diperkenalkan dengan watak utama filem ini iaitu kanak-kanak bernama Ishan. Sorotan kamera yang kemas dan pilihan babak-babak yang kritikal, mengkayakan pengalaman dan pemahaman kita terhadap karektor Ishan.
Saya puji Amir khan dalam kemunculan pertama beliau sebagai pengarah ini. Amir memilih orang yang tepat untuk berlakon, menulis skrip, menulis lagu, mengambil gambar, menulis lirik malahan membuat animasi!
Kejutan-kejutan kecil seperti animasi ringkas manis sekali pada saya. Bukti bahawa Malaywood bahkan kini terhina dengan Bollywood.
Ishan dilakonkan dengan amat baik oleh pelakon kanak-kanak tersebut. Sampaikan saya jadi tertanya-tanya pula adakah pelakon yang terpilih itu benar-benar mempunyai kesulitan yang sama dengan watak dalam filem. Lakonannya bersahaja dan hidup. Tidak sekalipun kita rasa bahawa dia sedang berlakon, tetapi kita akan rasa seolah-olah masuk dalam hidup kanak-kanak ini.
Wajahnya kosong sesuai dengan bentuk kesulitan yang dia alami. Apabila dia bebas lepas menangguk ikan dalam longkang tanpa menghiraukan pemandu bas yang menunggu atau sewaktu dia ketawa melihat tangan ayahnya hampir terkena wajah ibunya sedangkan tangan itu diangkat untuk menampar dia, saya jadi seronok dengan kehalusan pemerhatian penulis skrip yang mengkayakan pemahaman kita terhadap sikap dan karektor seorang kanak-kanak disleksia.
Apa itu disleksia, saudara perlu geledah sendiri. Pun begitu, filem ini masih menjanjikan sesuatu yang menyentuh hati sekalipun saudara mempunyai pengetahuan tentang itu.
Kerana disleksia, Ishan sentiasa melihat huruf menari-nari. Ini membuatkan dia sulit untuk membaca. Saya suka dengan pengkayaan Amir dalam menceritakan ini dengan lebih jelas menggunakan animasi. Ishan juga sering membayangkan sesuatu melebihi orang lain. Ini juga digambarkan dalam animasi.
Lakonan ibu bapa dan abang Ishan juga baik. Mereka adalah perlambangan watak kita, manusia biasa dengan cemerlang. Kita, manusia biasa, tidak digambarkan sebagai jahat dalam filem ini. Ini pun membuatkan saya seronok. Banyak filem, apabila ingin menceritakan kesulitan seseorang, jadi terkilas daripada motif asal dan masuk dalam ‘mode’ memburuk-burukkan orang yang tidak faham.
Saya fikir adalah normal untuk kita rasa kecewa dengan watak ayah. Beliau sentiasa mahu membandingkan Ishan dengan anaknya yang sulung sedangkan mereka berbeza. Rasa kecewa ini baik sekali jika kita dalami dan jadikan pengajaran dalam hidup sendiri. Kalau punya anak, adik, keluarga, teman atau sesiap sahaja, jangan mudah membanding-banding atau menyusun atur hidupnya tanpa kita kenal siapa dia.
Jika ada pun ‘mode’ ingin memburuk-burukkan watak, watak yang banyak sekali diburukkan adalah ‘cikgu-cikgu’. Guru-guru yang sangat mementingkan baca tulis hinggakan dalam menyampaikan pengajaran ilmu zahir itu mereka jadi lupa pada ilmu batin (akhlak). Mereka menjerit-jerit, marah-marah dan kadang-kadang sampai menghina murid sendiri.
Ini pada saya, ada benarnya. Wajar diselami dan diinsafi pada konteks ini. Pun begitu, itu tidak bermakna cikgu tidak boleh marah atau menghukum langsung. Cuma, saya nampak asasnya adalah mendidik, bukan mengajar-ajar.
Walau bagaimanapun, watak guru tidaklah dibiarkan canggung sampai akhir. Watak gurulah yang kemudiannya menemukan kesulitan Ishan. Watak ini walaupun kekadang berkhutbah, menemukan banyak jalan yang cantik dalam membantu Ishan. Samada dalam memujuk ibu bapa Ishan, memujuk guru besar Ishan atau memujuk Ishan sendiri. Malahan caranya mendidik Ishan menulis dan mengira benar-benar mengkayakan pengetahuan saya dalam memahami cara pendidikan kreatif.
Watak-watak guru lain yang asalnya jelek pada Ishan juga ditunjukkan berubah apabila diberi pandangan baru terhadap Ishan. Malahan bapa Ishan yang keras itu juga.
Bentuk optimis begini indah. Realis juga pada saya kerana setiap manusia ada peluang untuk berubah kalau kena pengajaran yang kita berikan. Dengan izin tuhan.
Sekali sahaja ada babak watak menari dan menyanyi. Itu pun langsung tidak luar biasa dan masuk akal. Di lain masa, lagu-lagu yang indah disisipkan dalam babak-babak filem. Lirik dan lagu sangat baik kerana saya memang sukakan lenggok bahasa Urdu. Pemilihan kata memberikan kita lebih daripada pengetahuan, tetapi pengalaman. Ia membuatkan kita merasa.
Saya paling ingat lirik yang mengandungi penyataan ‘Kau tahu segala sesuatu, kan ibu?’, lirik yang menonjolkan kesucian pemikiran kanak-kanak dan lirik-lirik yang mempersoal manusia yang sentiasa terkejar-kejar dan bersaing.
Pendek kata, beginilah: saudara wajar tonton ini. Ini bukan filem kanak-kanak disleksia sahaja. Ini filem tentang harapan kanak-kanak dan harapan kita juga waktu kecil-kecil dahulu.
Ini bukan sekadar filem. Ia tazkirah, peringatan. Bahawa kerap kali kerana kita ini bukan jiwa yang tenang, kita jadi pencuri impian orang.
Taare Zameen Par.
P/s: Saya ulang tonton lagi babak-babak tertentu. Saya dapat merasakan alangkah payahnya apabila orang tidak memahami kita. Apalagi apabila kita tidak jelas masalah sendiri. Pasti amat menyakitkan.
dipetik dari ::
http://syarafuddinsulaiman.wordpress.com/2009/06/28/mari-tonton-filem-hindi-taare-zameen-par/
25 October 2009
:: Dimana saya pada Sabtu dan Ahad lepas ::
just nak info aja...kat kota seriemas..ala projek island n peninsular tu (I&P)..dekat2 rumah aku jugak....jumaat, sabtu dan ahad, ada pelancaran pembukaan MYMydin, ala mydin ler..cawangan kota seriemas...meriah gak...bnyk gerai dan mydin buat jualan murah....
aku tak ketinggalan gak...biasalah berhimpit2 nie sapa yg tak nak...wuaaa....
ada ramai artis yg hadir..yg sempat aku tgk adalah jay jay...aku kenai dia..dia aja yg tak kenal aku.....hik22...
ada jugakkedai mamak baru bukak...al salam..ala bistro gitu...ntahlah....sodap ke tak aku pon tak tahu..aku mamak2 nie..kurenggggggg sikit....
so ahad..harinie....tak ada plan apa...ingat nak pi pasar tani nak beli fresh daging n tulang...mahu bikin suppp...hik22..
semalam jugak aku buat operasi kat courtyard aku...aku pecahkan kolam aku yg lama tu..letih gak..mcm buruh paksa aja...wua..wauaa...
aku mahu bikin lantai lain, dinding cat lain.bumbung jgn kasik air meleleh lagi...dan taruk kayu2 sikit..sekarang..operation nie..buat hujung minggu aja....wuaa.......sebulan siap kot...wuaa...wuaa....
22 October 2009
:: Birthday Boy, dah setahun dah budak nie ::
21 October 2009
19 October 2009
:: Jamuan Raya Division 16102009 ::
18 October 2009
:: tak kemana pon, ada dirumah aja ::
tghari jam 1.30pm..kami ke rumah boss my wife kat kuang, selangor...ini pertama kali aku kesana...ambil elite, keluar kat bukit jelutong..tol rm6.20...pastu amik guthrie..rm 1.40 pastu sekali lagi rm1.40...exit...kat jalan yg nak menuju ke kuala selangor tu...
pastu amik sungai buluh....tup22..nampak signboard kuang...sekejap aja...
jumpa ramai kawan2 mywife..antara yg aku ingat adalah...
boss besaq depa...en zaki & isteri, tn haji mail sekeluarga, harman sefamily, hakeem sefamily, heemy sefamily, salleh sefamily, shahrin sefamily, kak tun sefamily, farah sefamily, linda sefamily, en azmi sefamily, raziman sefamily....itu yg aku ingat ler...
anyway....makanan ...aku makan sampai nak pecah perut.....yelah dah tak makan tengahari...nasib baik ada nasik,,,
tq en roslan...
balik dari umah en roslan...singgah kat tempat rehat elimina...solat asar.....pastu ke nilai tiga...carik blause utk isteri ..hik222..., sampai umah jam 8 mlm...abis sehari...
ahad...
pagi nie semua bangun awai....jam 7am..aku layan tv9..TANYALAH USTAZ....tajuk solat///not bad ulasan ustaz tu....
pastu suruh wife bikin nasik lemak + sambal n telur dadar....wua...kenyang kami sekeluarga pasgi nie....
harinie tak ada apa rancangan sanagt..maybe kemass2 laman umah...aku kan minat bab2 umah nie...walau ilmu tak banyak..but aku suka....tolong bini daaa....bini dah semakin tak kuat nie....
hujung2 minggu tolong ler...takkan nak biaq bini aja buat kejer umah..
plan harinie...no plan...hik2222..hik22........