30 September 2009

:: Cuti Aidilfitri 1 Malam Raya ::

Cuti Lebaran dari 19/9 – 28/9

Selamat hari raya aidil fitri
Hari raya dah berlalu…bagi yg ingin menambah amalan ..maka disunatkan berpuasa 6 dlm bulan syawwal

Alkisah aku nak cerita sepanjang percutian aku tempohari…

Jam 3 pagi tepat on 19hb(sabtu), aku dan family berlepas pulang ke taiping, umah mentua aku..
Perjalanan mak oooiii…payah nak citer…kami balik ikut Guthrie hway..sampai tempat rehat Rawang jam 4am..kami sahur disitu…org ramai giler babassss….yelah berdasarkan pengalaman, kalau nak sahur kat Tapah ..mana sempat…kang naya kang…
Jalan jem giler babass…
Semua tempat rehat penuh…nak ayaq pun tarak….kena bawak ayaq mineral…kalau tak..pakat2 lah istinjak kat mangkuk tandas tu…hik22..hik222

Drive keter gear 1, 2 dan 3 aja…masuk terowong Menora ..gear 1 aja..walaupun tol kat simpang pulai/ipoh selatan tu dah dihapuskan..but the jalan jem jugak….
Aku rasa sbb org balik secara panic…hik22. yelah..raya on ahad….
Takkan nak balik on ahad kot…jumaat kejer lagi…

Aku dapat masuk gear 4 dan gear 5 selepas tempat rehat bukit gantang…target nak keluar tol sebelum jam 7 pagi…yelah dapat diskaun tol….20 percent tu…

Nak habaq kat hangpa, aku keluar tol kat changkat jering jam 11am…diskaun mender lagi…so kena ler tol dari rawang ke changkat jering berjumplah rm30.20 ..rasanyalah…

Yg pihak PLUS pun..janganlah BONGOK dan BANGANG sangat…nak bagi diskaun..mesti guna l/raya dari jam 12 tgh mlm till 7 pagi….nak MMAPUIH drive keter mlm22.mengantuk tu…tu dah melawan FITRAH manusia….
Mcm tak ikhlas aja puak2 tu….

Time2 perayaan ubahlah masa tu dan sesekali bagislah diskaun free ker..n so on…raya setahun sekali, dan hari2 hangpa duk kutip duit tol….bengang aku…aku doakan agar hangpa pun melingkup dgn tol2 hangpa tu…

Habis bab tu…aku sampai tepen jam 11.30 pagi..letih jugak…
Petang tu keluar ke bazaar ramadhan..beli apa yg patut utk berbuka…

Mlm raya….hik22…apalagi ..bertakbir lah dari rumah ke rumah…tahun nie aku bawak anak aku abid…ada 6 ker 7 buah rumah yg kami sempat pergi….syabas dan tahniah..

Pagi raya…semayang kat masjid taman long jaafar…semayang start jam 9am..jam 830am kami dah ada kat sana…
So boleh duduk saf depan dan dapat takbir pun lama jugak…

Lepas solat…kami ke Parit buntaq..rumah mak menakan wife aku…kat permatang tok mahat..sebelah masjid…rumah mak menakan aku wife aku nie..betui2 atas sempadan…

Jam 3 ptng kami gerak ker penang..pekena pasembuq penang…
Balik naik ferry…

Sampai umah mcm nak malam gak…maghrib kot…
On the nak balik singgah kat tmpt rehat Juru..pekena apa yg patut…

Raya kedua kami ke selama perak…sg bayor..perjumpaan keluarga dan majlis pertunangan adek ipaq aku..
Semua suksess….dlm pada tu sempat jugak mandi kat LATA DAMAK..air terjun…air terjun cantek siotttttttt…

Raya ke 3..pagi2 lagi aku dah cabut balik ker pendang..yelah nak jumpa adek beradek dan anak2 menakan aku jugak…bertolak jam 930am dari tepen..sampai pendnag jam 1130 am..dua jam tu..yelah dah naik laju…

Sempat jumpa abg dan kak aku sbb depa nak balik kelantan dan melaka…depa pun nak raya umah mentua depa jugak…

















jiran2 mai takbir kat rumah....




bergambar kenangan bersama anak2 menakan sebelah isteri

18 September 2009

:: Selamat Menyambut Eidulfitri ::
































Selamat Menyambut Eidulfitri ...yg bakal menjelang sehari dua lagi.....


ikhlas gerbangkasih sekeluarga....kita tunggu pulak cerita apa yang akan keluar semasa, dan selepas eidulfitri ini...

tungguuuuuuuuuuu...

gerbangkasih akan bercuti dari 19 sept sehingga 28 sept.
akan bercuti di Taiping dan di Pendang....


ada agenda penting pada Syawal kedua nanti...adek ipaq nak bertunang kat Selama, Perak...

yg lagi penting...gerbangkasih tak sabaq nak jumpa semua kaum keluarga dan kerabat dan sepupu sepapat....
di Pendang sahaja kita ada 27 org ..adek beradek 6 org..campur ayah campur anak2 menakan...cayalah....

di Taiping...kita ada 4 team members dengan mak dan abah dan seramai 7 anak menakan(anak saudara)...

tahun nie ...aku raya kat umah mentua dulu...raya ke 3 baru balik Pendang...

tunggu kemunculan aku di sana...



i'Allah

dan AlFatehah utk Allayarhamah ibuku yang telah menyahut seruan Ilahi pada tahun 2002 dahulu..
aku sayang ibuku...

17 September 2009

:: Panadol Bahaya ::













JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


dipetiik dari : http://idhamlim.blogspot.com/2009/09/info-panadol-merbahaya.html

14 September 2009

:: kalau tempat depa, buat hari cuti ::

kan aku dah cakap...spr nie.///
kalau tak nak bagi org meluat kat depa..
buat lah pilihanraya and penamaan calon on hari cuti...

kalau kena kat kawasan depa...nak bg tinggi peratus org keluaq mengundi..depa buat on hari cuti..

cuba set utk semua, kalau ada pilihanraya kecik..buat aja hari cuti...default kan hari sabtu or hari jumaat,,,OR AHAD

tak ler org duk tuduh hangpa tu "bias" kat satu parti aja

gentlemen ler sikit...akal kena pakai..jgn letak kat kepala lutut..nanti org cakap kata kita tak cerdik ..kita marah....

so nasehat aku KALAU ADA PILIHANRAYA KECIK..TAK KIRA DIMANA KAWASAN..SAMADA KAWASAN KUAT PEMBANGKAKANG OR KUAT PENYOKONG..BUAT HARI CUTI...
HABIS CITER...

3 OKT - PENAMAAN CALON - SABTU
11 OKT AHAD - PENGUNDIAN

UNDI POS BILA MAHU "TENGOK"..BYK MENANG PUAK HANGPA AJA..HIK22




http://malaysiakini.com/news/112815

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang

Hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan ditetapkan pada 11 Oktober, sementara hari penamaan calon pula jatuhnya pada 3 Oktober ini.

Tarikh itu dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuaratnya hari ini bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi itu di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Seramai 13,664 pemilih layak menentukan calon parti yang bertanding - kemungkinan besar menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PAS - termasuk 4,604 pemilih pos.

13 September 2009

:: Berbuka di Bagan Lalang ::

minta maaf ler..tunjuk gambaq lauk nie bulan2 puasa nie...
justnak inform aja...sabtu lepas...
kami 16 dan 17 v dan geng bukit subang..sepakat utk berbuka puasa di Bagan Lalang Sepang...

plan tengahari...tup2 jadik...
so jam 5 15 kami terus gerak ke bagan lalang...jumpa semua kat bagan lalang...
sampai lebih kurang jam 615..
org tak ramai...terus kami booking tempat..takut org ramai..tgk2..bnyk tempat/meja dah dibooking org..
ketaq jugak....takut tak ada tempat...

so kami semua berjumlah 15 org termasuk bibik2..

kami order
1. sotong bakar
2.pari bakar
3. ikan kerapu masak 3 rasa
4. ikan siakap masak 3 rasa gak kot..
5.lala masa cili
6.pepahat -masak apa ntah
7.telur dadar
8. ketam rebus serai - ketam yg bnyk sekali..dekat 3 kilo..
9.air sirap bandung
10 air teh ais limau
11. 17 v bawak air epal...

semua sedappppppppppppp..yelah posa...

rupanya2...kalau nak mai berbuka..mailah awai///
kami dikira bernasib baik dapat tempat dan order awai..
kalau tak ...makanan samapi jam 8 mlm ler..
aku tengok bnyk meja yg hanya berbuka ngan air dulu...sbb depa order lambat..

sian jugak....
nak buat mcm mana..mai lagi lambat...

gambaq kat bawah..bnyk yg tak sempat snap...sbb anak kecil aku nak main nak makan...dan sebagainya..
tak ada sapa nak pegang...hik22...hik22..
anyway.....ini pengalaman berbuka puasa kat luar...

lepas berbuka.kami shoot balik ..solat maghrib kat masjid pekan sepang..masjid tepi jalan..

pastu geng bukit subang mai umah kami sat...anak2 depa nak main mercun...
hik2...bunga api daaa...











































































































:: Main mercun ::

teringat dulu2 masa kecik2...mercun semua ganaih2..hik222..


tak ler...


tak ganaih mana...cuma dulu2...kami pandai "reka" bagi ganaih...


yg tak tahan lagi..ada meriam buluh....main dlm hutan tu..


guna buluh beting..buluh yg kuat tu...


modal tak bnyk..hanya perlu beli karbait aja....dulu2..bunga api sembur tu...yg lani dijual dgn harga rm5 utk 2 berkas...dulu sekotak(ada 6 kot) dlm tu..baru rm..


kami beli ,,sbb nak buat bom...hik22..lani tak perlu lagi susah mcm kami dulu...beli aja "mercun bola" tak pon mercun ketupat...dah bengang telinga dibuatnya....


lani aku dah jadik ayah..dah jadik suami...teringat aku kat allayarhamah ibuku...dan terima kasih utk ayah dan ibu..yg membesarkan aku....


hanya allah yg dapat membalas jasa kalian...i'allah raya nanti kita jumpa..




:: Pasang pelita, malam 7 likur ::

nanti aku ulas...pengalaman masa kecik2 dulu....sebelum kawin...masa kat kg...best giler...
lani tak sempat dah nak pasang2 pelita nie...
kalut ngan anak isteri....pastu nak kena tunjuk tauladan kat anak pulak..ajak anak tawarikh...eh silappp..terawih...



alkisah pasang pelita nie...
seingat aku...pelita dulu...aku guna pelita tin..sebiji rm35 sen..aku beli bnyk..ada dekat2 50 biji..duit amik mana...simpan ler...lepas tu..pelita tu aku sapu cat..supaya tahan lama..yelah tin kan..cepat karat...

so sampai lani pelita tu boleh guna..
tapi aku rasa tinggal drkat 30 biji aja kot

20 bijik hilang..yelah...dah 10 kali raya dah....

dulu..pacak pelita..guna buluh..setiap kali raya...masuk hutan ler carik buluh nak pasang pelita kat buluh tu...

guna minyak tanah...kami pangil "minyak gas"....
tapi lani guna minyak disel...senang sikit.but disel bau dia agak busuk...dan asap agak hitam compared tu guna "minyak gas"..

itu aja yg aku ingat psl pasang pelita nie...lani tak sempat dah....beli aja lampu lip lap2 tu...siap semua..cucuk karan aja...