30 September 2009

:: Cuti Aidilfitri 1 Malam Raya ::

Cuti Lebaran dari 19/9 – 28/9

Selamat hari raya aidil fitri
Hari raya dah berlalu…bagi yg ingin menambah amalan ..maka disunatkan berpuasa 6 dlm bulan syawwal

Alkisah aku nak cerita sepanjang percutian aku tempohari…

Jam 3 pagi tepat on 19hb(sabtu), aku dan family berlepas pulang ke taiping, umah mentua aku..
Perjalanan mak oooiii…payah nak citer…kami balik ikut Guthrie hway..sampai tempat rehat Rawang jam 4am..kami sahur disitu…org ramai giler babassss….yelah berdasarkan pengalaman, kalau nak sahur kat Tapah ..mana sempat…kang naya kang…
Jalan jem giler babass…
Semua tempat rehat penuh…nak ayaq pun tarak….kena bawak ayaq mineral…kalau tak..pakat2 lah istinjak kat mangkuk tandas tu…hik22..hik222

Drive keter gear 1, 2 dan 3 aja…masuk terowong Menora ..gear 1 aja..walaupun tol kat simpang pulai/ipoh selatan tu dah dihapuskan..but the jalan jem jugak….
Aku rasa sbb org balik secara panic…hik22. yelah..raya on ahad….
Takkan nak balik on ahad kot…jumaat kejer lagi…

Aku dapat masuk gear 4 dan gear 5 selepas tempat rehat bukit gantang…target nak keluar tol sebelum jam 7 pagi…yelah dapat diskaun tol….20 percent tu…

Nak habaq kat hangpa, aku keluar tol kat changkat jering jam 11am…diskaun mender lagi…so kena ler tol dari rawang ke changkat jering berjumplah rm30.20 ..rasanyalah…

Yg pihak PLUS pun..janganlah BONGOK dan BANGANG sangat…nak bagi diskaun..mesti guna l/raya dari jam 12 tgh mlm till 7 pagi….nak MMAPUIH drive keter mlm22.mengantuk tu…tu dah melawan FITRAH manusia….
Mcm tak ikhlas aja puak2 tu….

Time2 perayaan ubahlah masa tu dan sesekali bagislah diskaun free ker..n so on…raya setahun sekali, dan hari2 hangpa duk kutip duit tol….bengang aku…aku doakan agar hangpa pun melingkup dgn tol2 hangpa tu…

Habis bab tu…aku sampai tepen jam 11.30 pagi..letih jugak…
Petang tu keluar ke bazaar ramadhan..beli apa yg patut utk berbuka…

Mlm raya….hik22…apalagi ..bertakbir lah dari rumah ke rumah…tahun nie aku bawak anak aku abid…ada 6 ker 7 buah rumah yg kami sempat pergi….syabas dan tahniah..

Pagi raya…semayang kat masjid taman long jaafar…semayang start jam 9am..jam 830am kami dah ada kat sana…
So boleh duduk saf depan dan dapat takbir pun lama jugak…

Lepas solat…kami ke Parit buntaq..rumah mak menakan wife aku…kat permatang tok mahat..sebelah masjid…rumah mak menakan aku wife aku nie..betui2 atas sempadan…

Jam 3 ptng kami gerak ker penang..pekena pasembuq penang…
Balik naik ferry…

Sampai umah mcm nak malam gak…maghrib kot…
On the nak balik singgah kat tmpt rehat Juru..pekena apa yg patut…

Raya kedua kami ke selama perak…sg bayor..perjumpaan keluarga dan majlis pertunangan adek ipaq aku..
Semua suksess….dlm pada tu sempat jugak mandi kat LATA DAMAK..air terjun…air terjun cantek siotttttttt…

Raya ke 3..pagi2 lagi aku dah cabut balik ker pendang..yelah nak jumpa adek beradek dan anak2 menakan aku jugak…bertolak jam 930am dari tepen..sampai pendnag jam 1130 am..dua jam tu..yelah dah naik laju…

Sempat jumpa abg dan kak aku sbb depa nak balik kelantan dan melaka…depa pun nak raya umah mentua depa jugak…

















jiran2 mai takbir kat rumah....




bergambar kenangan bersama anak2 menakan sebelah isteri

No comments: