12 March 2009

:: penyakit kuku dan mulut ::

Wabak HFM telah menyebabkan ramai ibu bapa berasa cemas. Di sini terdapatapa yang anda perlu tahu tentang cara untuk mencegah anak anda daripadamendapat penyakit yang sangat mudah berjangkit ini. Wabak HFM yang berlakudi Sarawak pada bulan Mac dan April tahun ini telah menyebabkan ramai ibubapa dan ahli kesihatan seluruh negara berasa panik. Sebanyak 8,390 kestelah dilaporkan dan 1,404 pesakit dimasukkan ke hospital, namun penyakitini masih lagi membimbangkan orang ramai.


Apakah penyakit HFM?

Jangan terkeliru dengan penyakit kuku dan mulut, yang biasanya menyerangbinatang ternakan sehingga membawa maut. HFM secara amnya merupakanjangkitan virus yang disebabkan oleh virus Coxsackie A16, enterovirus EV 17dan enterovirus yang lain. Ia sering menyerang kanak-kanak berumur 5 tahunke bawah dan kerana terdapat lebih daripada satu virus yang bolehmengakibatkan penyakit ini, maka seorang kanak-kanak boleh dijangkiti lebihdaripada sekali.

Bagaimanakah penyakit HFM merebak?

Penyakit ini boleh merebak dari seseorang kepada yang lain sekiranyaterkena bahan yang keluar dari hidung dan tekak, air liur, cecair yangkeluar daripada lepuh atau najis mereka yang dijangkiti. Ia juga bolehdipindahkan melalui perkongsian barang seperti alat permainan danperkakasan. Itulah sebabnya mengapa wabak ini sering berlaku di pusatasuhan kanak-kanak, taska dan pra-sekolah kerana ia dipenuhi dengankanak-kanak dan mereka berkongsi pelbagai alatan. Ia juga boleh tersebar ditaman permainan dan kompleks membeli-belah. Kanak-kanak yang dijangkiti HFMamat mudah menyebarkan penyakit ini kerana mereka mendapat ulser mulut padaminggu pertama jangkitan.

Apakah gejala-gejala dan Simptom-simptom penyakit HFM?

Ulser mulut pada kanak-kanak terutama sekali di bahagian lidah, gusi danbahagian dalam pipi. Ulser ini menyebabkan rasa sakit dan boleh berlanjutansehingga 7 ke 10 hari.Lepuh atau ruam pada tangan dan kaki walaupun ia mungkin timbul pada badandan anggota yang lain. Berlainan dengan cacar air, ruam ini jarang sekalimenimbulkan kegatalan. Demam sederhana panas ( 38°C ke 39°C). Walaupunterdapat beberapa kes yang boleh membawa maut, penyakit HFM biasanya bolehsembuh dengan sendiri. Pada masa ini, masih tiada lagi rawatan yang khusus.Selalunya, pesakit akan dirawat dengan menggunakan cecair, ubat tahan sakitdan pelega demam untuk mengurangkan ketidakselesaan pesakit sehinggapenyakit tersebut hilang dengan sendiri. Segera bawa anak anda ke hospitalsekiranya anda mengesyaki anak anda sudah dijangkiti penyakit ini.

Berjaga-jaga sebelum menyesal kemudian hari Cegah HFM dengan cara yangmudah dan berkesan.Amalkan kebersihan diri. Selalu basuh tangan andasebersihnya terutama sekali selepas keluar dari tandas, menukar lampin bayiatau sebelum menyediakan hidangan dan makan.Sentiasa bersihkan puting bayi,alat mainan dan tempat tidur bayi.Elak pergi ke tempat yang penuh sesaksekiranya berlakunya wabak ini.

Pengendali pusat asuhan kanak-kanak dan pra-sekolah perlu sentiasamembersihkan kawasan yang selalu didiami dan disentuh oleh kanak-kanakdengan menggunakan air dan sabun dan disusuli dengan ubat pembasmikuman.Pusat asuhan kanak-kanak dan pra-sekolah perlu ditutup sekiranyaberlakunya wabak ini.Jika anak anda mengidap penyakit HFM, jangan hantarnyake taska atau tadika.

No comments: