15 March 2009

:: Akademi Fantasia, tranformasi bermula::


:: Akademi Fantasia muncul lagi, marilah kita memeriahkannya....hik..hikkk


dah lama aku duk cakap psl pemilihan lagu...bagi aja budak2 tu pilih lagu depa sendiri. kan dah

betui cakap aku..

kalau pilih lagu sendiri, senang nak nyanyi..sedap pulak tu...


pastu pengkritik jgn ler mcm yg lepas2...semalam punya persembahan best, pengkritik jujur dan cakap yg benar..


peserta..semua humble..pakaian pon best..relex aja..keep going


Antara 'transformasi' yang terlihat dalam konsert pertama:

1. Tidak ada lagi tagline barisan pelajar seperti "Terlebih Sudah", "OKlah Tuu..." atau "Mesraaa..."


2. Tidak ada segmen nyanyian dan tarian lagu tema, Menuju Puncak, cuma muzik intro.


3. Pelajar menyanyikan lagu dengan lebih pendek iaitu dari verse dan sekali chorus seperti mana American Idol. Mungkin juga kerana ini konsert pertama di mana 14 pelajar membuat persembahan dan bagi menyesuaikan dengan durasi rancangan itu.


4. Pelajar-pelajar mengenakan fesyen simple dan kasual rekaan krew baru tetapi sudah lama bergiat dalam bidang solekan dan imej iaitu Shada.


5. Meja pengkritik berada di sudut kanan pentas bukan lagi di depan-bawah pentas. Pentas utama pula lebih kecil dan pelajar yang menunggu giliran menyanyi duduk di kerusi yang berada di tengah-belakang pentas, bukan lagi di sudut kiri pentas. Dua kekumpulan peminat juga berdiri di bawah pentas untuk bersorak seperti mana Anugerah Era.


6. Dalam konsert musim-musim lalu, hos AC Mizal akan memanggil pelajar dan bermesra dulu di sudut sofa tetapi kali ini dia hanya berbual selepas persembahan secara berdiri. Mungkin kerana tidak mahu menggangu fokus dan konsentrasi pelajar sebelum mereka menyanyi.


7. Paling penting, dapat disaksikan bahawa kualiti vokal pelajar musim ke-7 lebih baik kerana rata-rata mempunyai vokal yang mantap.


8. Ini adalah pertama kali konsert mingguan AF berlangsung di gelanggang baru, Dewan Sri Putra, Bukit Jalil (bersebelahan Stadium Putra).
tq www.murai.com.my


///peserta pilihan aku ada 2 org..semua jantan kali nie..


1. of course Qhaud

2, yazid


go Qhaud and yazid, keep going and never say die..pulun jgn tak pulun


No comments: