28 February 2009

:: Di mana saya pada Sabtu 28022008 ::

semasa article ini ditulis , aku berada di pusat servis perodua, di nilai.. servis viva....dah 10 000KM dah....apa yg berlaku pagi tadi..

jam 0815, kami sekeluarga ke An nur Bangi..jumpa specialist dr arbaiyah...utk rawatan susulan anak aku yg 4 bulan disamping menerima suntikan Pneumococal...
mahal giler...utk satu suntikan tu...tapi anak punya pasal...belasah aja...janji anak sehat..


smenjak kelmarin lagi anak aku , bila abis minum susu, mesti muntah banyak...kalau minum 4 aun..maka 4 aun lah yg akan keluar..
heran jugak aku, nak kata tersalah susu...susu tu jugak..
nak kata aku jamu makanan lain tak adalah pulak...pelik..
tapi aku yakin..tu adalah ujian allah utk hambanya..hik..hikk

so doc pesan, kalau minum 4 aun, still mntah lagi, maka kurangkan bil aun nya..
kalau muntah lagi..kurangkan lagi aunnya..

alhamdulillah....pagi nie dah okay...smlmam tak tidur aku...sedih tengok anak muntah..
nasib baik tak ada cirit birit..

lani doc suruh monitor aja..
kalau berlaku lagi...dia suruh datang balik....
berat anak aku last 2 weeks is 6.4 kg..
harini 6.5 kg..
okaylah naik ler tu..cukupngan usianya4 months..

okay itu aja...wife , dua anak duk kat umah...
keter pun dah siap...nak bayaq..nak kelik ler..

mahal gak servis kali nie...
rm127...dia cakap lagi..
kalau major servis rm300++ ...mampuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
...

sampai ke temu lagi...

26 February 2009

:: Tak ker BANGANG nama nya nie ::

tulah pasal, aku dah cakap awai2...puak2 nie memang jenis "mentekedarah" duit rakyat...

padan muka sapa yg pangkah parti idola hangpa tu...
nie yg aku nak marah nie....
ingat kan kerajaan dah ambil ikhtibar dari perkara yg dah berlaku....

haram tak pon...depa buat pekak badak aja....

naik lagi tol...naiklah harga barang..
naik semua..semua naik.....

tengoklah satu hari...jenayah akan meningkat....n terus meningkat....

nak turun cukup susah...nak naik senyap aja....

turun ciput.....tiket ERL sampai lani...HARAM TAK TURUN....TAPI BILA TARIF ELEKTRIK NAK NAIK...DEPA LER PENAIK DULU...BENGONG....

DLM IPP PON ADA NAMA DEPA JUGAK.....

YELAH...NAMA DEPA PON ADA DLM LIST KONSESI TOL TU..
BUAT APA KERAJAAN BELI SYARIKAT KONSESI TU..
NANTI JADIK HAK KERAJAAN...PASTU ..SUSAH LER NAK MEMBUNCIT PERUT DAN DIBAWAH PERUT TU....


AKU PENGGUNA HWAY PLUS ..UTARA DAN SELATAN...

TIME ORG NAK BALIK KG AJA...JEM GILA BABI..SAMPAI LANI TAK DIATASI PON...

BENGONG..BENGONG..N TERUS LAH MEMBENGONG....

..........

DI SINI..AKU MENGHARAM KAN WALAU SESEN PUN DUIT DARI TITIK PELUH AKU YG DISALAHGUNAKAN...

DAN AKU TAK HALALKAN UTK DUNIA DAN AKHIRAT....DAN AKU DOAKAN AGAR CEPAT MAMPUS KEPADA SESIAPA YG TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN WANG AKU INI...
DAN AKU MENDOAKAN AGAR ANAK CUCU CICIT HANGPA YG TERLIBAT DLM MEMAKAN HASIL TITIK PELUH ORG LAIN DGN CARA YG TIDAK BETUL, AKAN DILUMPUHKAN SELURUH BADAN, DAN DIBINASAKAN DARI BUMI ALLAH INI..

POHON DARI ALLAH, AGAR DOA AKU DIMAKBULKAN...



Kadar tol 5 lebuhraya naik 5 peratus mulai 1 Mac
Feb 26, 09 11:42am
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.
Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu."Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.


http://malaysiakini.com/news/99105

18 February 2009

:: Salasilah ::

Sebelah allahyarhamah ibu ku...



Sebelah ayahanda ku..


16 February 2009

:: Orang takkan cerita, kalau ini tak benar ::

orang takkan cerita kalau ini tak benar...dan tak perlulah menafikan perkara yg tak benar...
"buat apa menafikan benda yg tak ada" kan gila namanya..." bak kata ustaz ismail kamus dlm ceramahnya "mencari hidayah" kupasan doa qunut...


hik..hikkk...berani buat beranilah tanggung....
bagi yg beragama islam tu...jgn bagi org benci sampai org taknak sembahyang jenazah hang nanti....

" usalli hazal maiyitti, arba a' tak biratul fardhu kifayahti, makmum man lil lah hita'ala...""

walaupun fardhu kifayah..tapi tengok MP bukit Gantang...5000 ke 10000 orang yang datang menziarahinya...tu tanda org kasih dan sayang......

jgn org sembahyang jenazah kita ada 3 org aja...
buat malu aja...lani boleh lah gah..ada jawatan sana sini...lompat sana sini...ada duit sana sini...
tapi hidup tak berkat.....

buat apa kaya..kalau hidup tak berkat..org menyampah tengok ..dan org sumpah sampai ke anak cucu....
..tepuk dada tanya Iman....

pesan ustaz ismail kamus lagi..."biar miskin, janji beriman dari kaya raya, tapi syirik kepada Allah.." mati esok, susah...


di petik dari ....http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=13147#349558


Sungguh Hinanya Mereka

Depa punya kutuk Osman Jailu…punya la teruk. Kalau aku la jadi Osman…ambil passport, cabut pi Papua New Guinea lagi baik. Sejak melompat keluar dari PKR hari tu, tak tau mana Osman pi. Orang lain angkat sumpah, ada yang jadi EXCO..tapi Osman Jailu masuk hospital…cari MC supaya tak payah pi mahkamah.

Kenduri kendara kat Cangkat Jering pun muka dia tak nampak…tak berani nak balik kampong. Hari ni, semua ADUN makan bersama Sultan di istana. Osman Jailu tak dijemput. Nizar dan Ngeh yang dikatakan derhaka pun dijemput dan makan bersama Sultan dalam Istana, tapi katak tiga ekoq tu tak nampak muka. Nak jadi apa? Adik beradik dah tak mengaku sedara, orang kampong dah tak mengaku qariah, orang Umno tak peduli bila depa dah dapat apa yang depa mau, nak jadi apa? Kalau aku la….tak tau la mana nak taruk muka.


Bukan takat Osman…Jamaludin pun macam tu jugak. Hee lagi teruk! Bukan takat dia saja…habis adik beradik, sedara mara dia kena pulau! . Datuk Nasa pun dah menung macam ayam berak kapor. Menyesal tak sudah. Kalau sampai tahap bini dia pun dok maki dia…kalau aku…buat border pass, pi duduk diam-diam kat Betong.

Belah sini tak suka, belah sana buat tak peduli…akhirnya Tuhan nak tunjuk jalan. Semalam, sebelum Anwar Ibrahim bertolak ke Qatar, ada utusan Jamal dan Osman berjumpa Anwar, minta berunding…kot-kot Anwar boleh terima depa balik. Tapi Anwar kata, “hangpa umumkan letak jawatan dulu, baru aku mau jumpa.” Terkedu utusan Jamal dan Osman. Tak tau la..apa keputusan Jamal dan Osman nanti, tapi tak mustahil…depa akan letak jawatan. Depa nak mati kat mana? Sapa nak sembahyang depa?

Datuk Nasa dah bercakap sorang..menyesal kerana dipergunakan untuk kepentingan orang lain.yang untung, Hamidah dan Hamdi. Hamidah ni…ramai wanita Umno tak suka. Dan bila dia jadi EXCO kanan, lagi la orang meluat.


Dan orang yang paling marah ialah Raja Ahmad dan Ahmad Pakeh Adam. Depa dua orang ni la yang banyak memainkan peranan memperdayakan Anwar. Ahmad Pakeh Adam ada bersama Datuk Nasa semasa Datuk Nasa mengumumkan dia masuk kedalam PKR. Dia ni talam dua muka, kat Anwar janji satu macam, kat Umno dia kata satu macam. Bila dia sesak…dia jumpa Anwar dan kata nak masuk PKR, tapi bila dijanjikan macam-macam kalau dapat meruntuhkan PR Perak, dia lompat kesana. Bila tak dapat apa-apa, dia cuba jumpa Anwar balik. Dan Anwar kata..”mampuih pi!” La ni terkatong-katong sorang -sorang. Orang Umno tak suka dia, orang PR lagi la meluat.

Ooops!! Bukan dia sorang-sorang…ada lagi sorang yang nak melompat keluar dari Umno sebab tak dapat-apa-apa.Raja Ahmad merupakan orang yang memujuk Datuk Nasa supaya belot dan lompat balik kedalam Umno. Dia la yang datang berjumpa Datuk Nasa dan bagi tau Raja Muda nak jumpa. Sebaliknya di angkut ke Putrajaya bertemu Najib. Tapi bila senarai EXCO diumumkan, Raja Ahmad melepas. Sebab orang Umno pun tak percaya kat dia! Tu pasai dia marah sangat masa ditemuramah di Astro Awani.

Dua-dua Raja Ahmad dan Ahmad Pakeh Adam menghantar utusan untuk berjumpa dengan kepimpinan PKR Perak untuk berunding. Nasib baik kepimpinan PKR Perak pun ikut macam Anwar…”mampuih pi!”

Mampuih pi la kat depa. Depa punya pasai, semua orang susah. La ni..mampuih pi la kat depa..bagi depa rasa sikit macam mana hidup susah.

Enam orang dah hidup macam kera sumbang, nak keluar tak berani..pi masjid pun takut…nak jadi apa? Letak jawatan la…itu cara yang paling terhormat.

Hee Yit Foong pulak…tunggu masa saja. Mana boleh tahan maa! Dia punya bapak mau beli sayor pun olang tak mau juai! Lu pikir la sendiri. Dia punya culai dekat Beruas pun sudah banyak malah ooo! Dia punya kedai satu olang pun tak masuk ma!!! Ciak beh liao!



10 February 2009

:: Dimana saya minggu lepas 07-09022009 ::

cuti 3 hari lepas...sempena thaipusam on saturday...so bawak ke senin
tak ada apa2 yg berlaku sangat


sabtu around jam 10am kami sekeluarga +abah ke carefour alamanda..beli barang2 qhumah sikit..
pastu makan kat foodcourt RASA...

aku pekena mee udang
anak aku makan apa ntah yg + ice cream tuwife aku makan spaggeti kot..abah minum air mango aja...satu jug...
balik umah...around petang dah

mlm aku keluar pi pasar tani kat area kuaters klia tu, depan pasaraya kk
dibukak petang sabtu every minggu
lupa pulak nak bg tahu..pasar tani nie baru 5 minggu bukak..dari jam 5 pm kot sampai 1030 mlm
kira lani lagi senang ler nak beli perkakas apa utk masak..ikan or daging...


mlm tu beli limau sampai rm 10 ringgit...pastu beli daging...sbb nak buat sup...beli sotong n ikan
carik ketam..tak jumpa pulak...

ahad...
aku tak buat apa pun...selain kemas umah sikit2...dan ajar anak tulis...
selain jaga anak yg kecik tu

wife ..dah semakin okay dari sakitnya...
geng bukit subang singgah sat umah kami...depa ada urusan apa ntah...kalut malut aja aku nampak...

petang ahad...aku ronda2 kat masjid putrajaya..sambil layan anak anak ..
pastu pi makan kat taman warisan putrajaya...tempat favourite aku nie...
sampai umah jam 10mlm


senin..
nak layan movie...ada anak kecik..so takyah layan movie..main ngan anak sampai lena...
aku tak boleh kalau tak main ngan anak nie...terbayang aja muka depa kat depan mata nie...
harap2 depa akan sayang aku n wife satu hari nanti bila kami dah tua...

petang senin smlm...pergi kat timur n jentayu..main badminton ngan anak..sambil menghirup udara segar...

duk dlm umah lama2 pun boleh naik tensen gak ooo...hik..hikkk

status lani semua okay...cuma cuaca lani panas sikit...
harap anak ayah semua tahan yer...panas sikit aja...
okay adios...



lani kehidupan bertambah meriah dengan ada 2 anak ni...
satu dah besaq dan satu lagi baru nak masuk 4 bulan

kami guna pengalaman besarkan anak yg sulung..utk diimplementasikan kepada anak yg number dua nie...

kalau anak pompuan mcm mana pulak..hik..hikk
itu ketentuan tuhan...
doa2 kanlah semuga setahun 2 nie akan dapat baby lagi..hik..hikk

03 February 2009

:: Menteri Besaq Kedah yang Cengei ::


Selepas PRU12, PAS mempunyai tiga orang Menteri Besar. Seorang menyambung tugas sebelumnya. Seorang menyandang tugas itu kerana DAP tak ada wakil rakyat Melayu dan PKR tak ada calon yang layak. Manakala, seorang lagi bertukar dari Ketua Pembangkang kepada Menteri Besar. Yang ini ialah Dato' Seri Azizan Abd Razak. Pegawai beliau memberitahu nama penuhnya ialah Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak.


Pertama kali saya pulang ke Kedah selepas PRU12, saya melihat gambar Azizan memakai baju Melayu dan kopiah putih. Kali kedua saya di Kedah, gambar dia memakai kot dan songkok hitam. Kali terakhir saya pulang ke Kedah, gambar beliau memakai tengkolok dan pakaian istiadat menyambut saya di Plaza Tol Alor Setar Utara.


Azizan tidak banyak kontroversi. Strategi politiknya hebat. Saya tabik kepada beliau.


Saya tahu ada orang PAS yang akan marah kerana saya puji Azizan berlebihan. Ada orang PAS kata, Azizan cenge. Cenge tu apa? Cenge tu prongoih. Prongoih tu apa? Aduh, susahlah kalau macam ni!


Beginilah, cenge tu garang.


Sewaktu bulan Ramadhan dulu, ada beberapa teman dalam PAS meminta Azizan menasihatkan penjaja bazar Ramadhan untuk tidak membuka gerai terlalu awal. Mereka tak seronok melihat penjaja membuka gerai seawal pukul 11 pagi sedangkan waktu berbuka puasa ialah lapan jam selepas itu.


Apabila cadangan itu dikemukakan kepada Azizan, beliau menjawab, "Hampa dok kira buka gerai awal, nu yang tak puasa macam mana?"


Apabila orang PAS kata Azizan cenge, saya jawab baguslah. Depa kata Azizan pernah jerqah Exco Kerajaan Negeri. Tak tahulah pula, saya tak pernah tengok Azizan jerqah lagi. Tapi, itu pun saya kata bagus. Nak jadi Menteri Besar kena cenge sikit supaya Exco tak la hemoi sangat. Kita bukan nak Exco kemere, tetapi jangan hemoi sangat.


shk, kalau tak faham apa tu "hemoi" dan "kemere", saya tak boleh nak bantulah!


Kalau tak cenge, nanti ada pegawai ambil kesempatan. Bila pegawai ambil kesempatan, nanti timbul masalah kepada parti dan kerajaan. Itu yang selalu berlaku kepada kebanyakan Menteri dan Menteri Besar. Oleh kerana sesetengah Menteri dan Menteri Besar tak cenge, maka pegawai jadi kongkalikong.


Mungkin kerana Azizan cenge, sehingga kini tak banyak isu negatif timbul dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kalau ada pun, tak sampai ke pengetahuan umum.


Sifat cenge Azizan itulah yang menjadikan Lim Guan Eng kendur sedikit apabila dia mengkritik Azizan dalam isu penebangan balak di Kedah. Kata Lim Guang Eng, itu kawasan tadahan hujan.


Jawab Azizan, "Kalau kerajaan pusat tak bagi duit, saya tebang. Saya tebang."


Bagi media, itu "sound byte". Jawapan Azizan direct to the point. Ini berbeza dengan Menteri Besar Perak. Saya pernah mengikuti satu sidang media Menteri Besar Perak. Dia bagus, cuma jawapannya berjela-jela. Macam bagi ceramah. Wartawan terkebil-kebil tak tahu apa yang nak disebutkannya. Sidang akhbar tak sama dengan kuliah Mahgrib.


Apabila persatuan pemaju perumahan memprotes keputusan kerajaan negeri menaikkan kuota rumah Bumiputera kepada 50%, Azizan menjawab, "Kalau depa tak mahu buat rumah, kerajaan negeri sendiri akan buat rumah!"


Itu juga "sound byte".


Akhirnya, persatuan pemaju perumahan kendur dengan tuntutan itu.


Strategi politik Azizan lebih bersifat asimilasi, bukan konfrantasi. Dari seorang yang digambarkan memakai kopiah putih, songkok hitam dan kini bertengkolok. Apabila kerajaan negeri Perak dan Selangor menukar kereta Camry, Azizan kata, "Kami akan terus menggunakan Proton Perdana."


Itu asimilasi.


Ini berbeza dengan pendekatan di Perak. Saya tidak menyalahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Kedudukannya dalam keadaan yang cukup "hostile" -- PAS ialah parti yang mempunyai ADUN paling sedikit, dihimpit oleh DAP dan PKR, serta ditentang oleh pembangkang yang ramai -- membuatkan beliau menjadi agresif.


Hubungan Azizan dengan istana cukup rapat dan ini membantu beliau mentadbir negeri dengan lebih mudah. Ada orang mengkritik Azizan yang (menurut mereka) kerap bermain golf. Apa masalahnya, bermain golf bukan haram. Kalau sudah mengkritik ke tahap itu, tandanya orang bankrap idea.


Azizan tidak mengamalkan pendekatan konfrantasi dengan UMNO kerana dia tahu PAS menang kerana ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada parti itu. UMNO mungkin menafikannya, tetapi itulah hakikatnya.


Beberapa bulan lalu, saya berbual dengan tiga orang Ketua UMNO Cawangan di Kedah. Saya bertanya mereka mengenai prestasi Azizan sebagai Menteri Besar.


Jawapan yang saya terima ialah, "OK, tak ada masalah.""Tapi, Ustaz Azizan tu PAS ..." usik saya.Beliau menjawab, "Habis tu, apa masalahnya?"


Perbualan itu mengingatkan saya pertemuan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Kedah. Kami berbual di Langkawi sewaktu satu acara.


Saya bertanya, "Dato, saya anak Kedah. Saya ingat nak balik Kedah. Boleh, Dato?"


Cepat-cepat Dato' Seri Mahathir Khalid menjawab, "Ishk, hampa dok Kuala Lumpur la.. Bukan ada apa di Kedah!"


Itu jawapan seorang Menteri Besar yang pernah saya kunjungi rumahnya di Keramat sebelum beliau diangkat ke jawatan itu. Tentunya lebih elok kalau beliau berkata, "Baguih tu, apa yang hang boleh tolong negeri Kedah ni?" atau pun paling kurang, "Elok, elok .. hang mai pejabat, nanti kita bincang lanjut." Atau, "Nanti saya pi KL, kita jumpa, boleh sembang panjang lagi. Baguih kalau anak Kedah nak balik bantu negeri Kedah."


Jawapan Mahathir itu juga mengingatkan saya bagaimana usaha saya membuat temujanji dengan Menteri Besar Kedah sebelum itu juga tidak berjaya sehinggalah beliau meletakkan jawatannya.


Kedua-duanya mempunyai Setiausaha Politik dan pegawai khas yang mengenali saya secara peribadi. Itupun, nak buat temujanji tak dapat!


Nampaknya, sekarang bukan saya saja yang kena tinggal di sini, tetapi Mahathir Khalid juga perlu berpindah ke Kuala Lumpur.


Ini semua kerana Kedah sudah ada Menteri Besar yang cenge.


Oleh kerana Azizan cenge itulah, nampaknya susah untuk UMNO menawan semula negeri Jelapang Padi tu.


Bukan tak boleh, tapi susah.


Susah kerana Menteri Besar Kedah cenge!

///cengei = garang
kemereh = lekeh/cokia/ tak tegas
ini komen aku
bagi aku mb kedah lani, dia tak ligan wang ringgit, dia hanya nak tolong rakyat aja..
dia dah ada duit cukup..pencen pun dah ada..aku pernah baca profile kat mana ntah..pekerjaannya sekarang adalah pencen politik...lama sanagt jadik ADUN...hik..hikk
dia pernah jadik adun utk beberapa mb antaranya sanusi junid, syed razak, mahadzir khalid..
so dia dah cukup pengalaman..that why bila dlm sidang dun...dia bentang apa pun..org tak boleh nak "teng" or nak patahkan hujah dia..
itu yg aku nampak...
aku dengar org cerita..masa dia on the way nak opis...selepas jadik mb lah..dia singgah kat satu gerai/warung kot..nak beli roti canai...
bila dia berhenti kat kedai/warung tu..qamai pakat terpa mai..pastu nak belanja dia..nak salam..lahh
pastu dia kata..takpayahlah belanja...saya dah mb lani...saya lah belanja hangpa...hik..hikk
sampai habis roti canai kat warung tu..dia nak semua rakyat suka dan sejahtera..
aku pernah tengok sidang dun kedah...masa tu ada soalan dari yb sungai tiang, yb suraya...
yb suraya(adun bn ler nie) ada tanya soalan psl masalah penduduk siam..psl apa ntah..tanah kot...
sebelum mb jawap..
dia kata, saya dah perhalusi masalah tu, nanti saya akan selesaikan...
pastu dia siap puji yb suraya lagi..dia kata baguih..yb mcm ni lah yg kita nak..kerja kuat..dan sempat ucap tahniah lagi kat yb suraya sbb baru menang ketua wanita umno pendang...
tersenyum simpul aja aku tengok yb suraya tu..
pastu psl hal balak...kan satu masa hari tu heboh psl kedah nak tebang balak..keluar dlm paper, berita, dan lain2 media massa lagilah...
tahu apa mb jawap...dia kata "amboi surat khabaq nie...cerita mcm saya dah tebang habis semua balak dlm kedah nie" padahal satu anak balak pun saya tak tebang lagi....hik..hikk...malu surat khabaq lepas tu...
itu antara yg aku kutip /baca dan lihat dan dengar
pohon mb sehat2 selalu disamping exco2nya dan semua adun pas, bn,keadilan dan dap, utk bangunkan kedah..agar rakyat kedah sejahtera...
moga allah membalas jasa kalian semua diakhirat kelak...itupun kalau kalian berniat suci utk sejahterakan rakyat...jangan "kongkalingkung"sudahlah...

:: Nun jauh di sudut hati seorang yg bergelar Mufti ::

Aku menetap dinogori...ini aku postkan...moga2 mendapat manfaat dariNya

diambil dari :: http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/











:: Sedangkan lidah lagi tergigit ::


salam semua,

aku kembali lagi hendak cerita pasal apa yang aku kumpulkan dekat dalam "kepala otak " ini..

okay, aku mulakan dengan hal suami isteri, memandangkan perkahwinan aku sudah menjangkau usia ke 6 tahun, dan sudah dikurniakan dengan 2 cahaya mata, aku rasa aku terpanggil untuk kongsi pengalaman, walaupun rasanya6 tahun tu tak lama kerana dah ada org kawin sampai berpuluh-puluh tahun..tak ada cerai berai...gaduh2 tu biasalah...

sedangkan lidah lagi tergigit..itu yg berada dlm mulut.dari satu batang tubuh...inikan pulak suami isteri yg berlainan gender berlainan keturunan, keluarga, negeri dan sbgnya...
jadi..kepada yg bersuami dan yg beristeri, kalau gaduh2 tu...tak perlu lah cerita kat sapa2..dan akurasa, kalau gaduh2 tu..tak perlu lah yg remeh2 punya hal...lainlah hal yg besar2..tupun settle lah cepat2 kalau setakat basuh berak anak, mandi anak, bancuh susu, suami tidur tak puas..isteri komplen sbb kejut suami tak nak bangun. isteri aja yg bangun, aku rasa semua tu hal remeh temeh dan perkara kecik aja...bangun n buat..habis cerita...
bagi suami...kejer2 nie hangpa kena tahu..jgn harap isteri aja yg uruskan hal anak2..kena belajar2 lah sama...kesian jugak kat isteri, aku cakap mcm nie sbb aku nampak suami kurang sikit hal2 anak2 nie...tapi ada jugak yg suami terer bab hal anak2 nie..syabass

tapi isteri..jgn ambil kesempatan pulak..kalau suami dah tolong....at least terima kasih lah...

aku nampak...banyak orang yg kurang paham psl hidup suami isteri..bagi aku suami isteri kena tolong menolong antara satu sama lain...kena paham memahami antara satu sama lain
hal remeh temeh jgn diperbesarkan, psl nak masak, nak makan kat luar pun jgn di timbukan



bagi aku..kalau isteri tak nak masak...tak sempat..letih dan sebagainya..so makan aja lah kat luar tu..lagipulak..tak ler mahal mana..masa pun jimat..ala makan mlm aja..bukan nya nak pi perang...

tapi jgn ler selalu...kalau boleh suami pun nak rasa masakan isteri jugak..fedup gak makan kat luar selaluu...so habis cerita bab tu, kalau suami paham isterinya...

psl gaduh2..tak perlu...buat bodo aja..layan tv tu...isteri, kalau dia marah...bagi aja dia marah...suami kalau dia marah..bagi aja dia marah..isteri jgn tinggikan suara...cakap aja kat suami...sampai hati kanda memarahi dinda yg lemah ini...
pastu, masuk bilik ...tidur...

kalau suami tu penyayang...sayu hatinya lepas tu...masa marah tu tak ler sayu..lepas tu ler...

hal anak2..kalau anak menangis, kalau boleh settel cepat2 ..jgn bagi anak menagis lama2///mesti ada sebab dia menangis tu...so kemahiran pujuk memujuk suami dan isteri penting kat sini...

anak berak...settelkan cepat2...sbb anak dah berak...mahu tak mahu kena cuci jugak takkan nak biaq lagu tu aja

bangun , bangkit , dan buat...abis cerita..

apa lagi..jemur kain...ala setakat yg aku jumpa...tak ada lah org nak kata apa..kalau suami jemur kain....aku dari kecik lagi dah biasa bab2 jemur kain n kutip kain dari ampaian...buat aja...

takder yg queen controlnya...

bab bancuh ayaq...isteri kena paham...kalau suami pulang kerja..bancuhlah ayaq tu...at least ayaq kosong...takler suami pi lepak kedai mamak...

suami pun jgn ler main order aja..isteri awak tu bukan tukang ambil order...yg mudah2 tu bangun, buat sendirilah,,,,

keadaan dlm umah pun...bagi lah cantek...susun atur kerusi meja..mop lantai..cuci kipas angin n sbgnya...semua ni ..aku rasa kalau dibuat dengan kerjasama..akan selesai..n tak ada gaduh2...


lagi satu..ajaklah isteri semayang jemaah
kalau suami malaih..isteri pandai2 lah tackel suami..suami tu kalau boleh..bagi lah nafkah kat isteri..ada suami yg lupa..kalau ada duit bagilah rm 50 ker..rm 100..cakap "ini nafkah dari abang kat sayang..ini aja yg abg mampu...kalau abg ada rezeki lebih..abg akan bagi lebih..ini hak sayang...n terima kasih kerana sudi berkongsi hidup, suka duka dengan abg..dan terima kasih kerana menjaga anak2 abg, moga allah akan membalasnyasatu hari nanti"

itu aja setakat ini...
pesan aku, jgn gaduh2 lagi...
i'allah rumahtangga akan bahagia...

01 February 2009

:: Selamat Hari Wilayah and Ulang Tahun Perkahwinan ::

Salam semua, hari ini, bersamaan dengan 1 Febuary 2009, merupakan hari wilayah..antaranya KL so warga kerja KL cutilah...
hari ini hari Ahad,, cuti dibawa ke esok harinya...

Buat isteri ku yg bekerja di KL, selamat bercuti...esok ada lagi sehari....

31/01/2009, merupakan ulang tahun ke 6 perkahwinan kami, moga2 Allah panjangkan usia kami berdua dan dikurniakan anak-anak soleh dan solehah...sebelum mata terpejam..nak lihat anak2 berbakti dan menyumbangkan segala akal pikiran kepada semua insan yg memerlukan...

jangan terlalu berkira sangat dengan wang ringgit, wahai anak-anakku, kerana ganjaran dari Allah yg perlu diutamakan..i'allah

setakat lani....baru 2 orang..hik..hikk

31 hb jan..hari akad nikah
1 feb - kenduri di tepen
2 hb feb kenduri di pendang

hari ni jugak bersamaa 1 hb Feb , jugak merupaka hari kelahiran adek bongsuku...ustazah rumiza bt abdul rahman...moga hidup kalian suami isteri diberkati allah..dan dilimpahruahkan rezeki yg berganda lagi..

adios..