30 March 2008

:: Koleksi lagu anak ku- abid ::

ini adalah sebahagian koleksi lagu anak ku semasa dia belajar kat tadika nur iman, enstek...

ingat...anak aku lani dah 4 tahun..but kalau ikut tarikh lahir, umurnya baru 3 tahun 4 bulan,
umur 2 tahun aku dah hantar masuk school...
moga2 beliau akan menjadi insan yg cemerlang di dunia dan akhirat....

i'allah besar nanti beliau akan berbakti kepada masyarakat....dlm "bentuk" apa...itu kena tunggu..


ini koleksi lagu2nya...

kacang botak, kacang botak...
sepuluh sen, sepuluh sen..
sapa mahu beli..sapa mahu beli..
cepatlah...cepatlah

kacang botol, kacang botol...
dua puluh sen, dua puluh sen..
sapa mahu beli..sapa mahu beli..
cepatlah...cepatlah


ntahlah kacang apa lagi....sampai cukup seringgit kot...


cicak-cicak di dinding,
diam-diam merayap,
nampak seekor nyamuk...
ummmmmmmmm..terus di makan.

monyet2 di hutan,
diam2 bergayut
nampak setandan pisang..
umm..terus di makan.

ular2 di semak..
diam2 menyalar
nampak seekor katakk..
um..terus di makan

dan sbnya...

fish jadik ikan,...
fish jadik ikan...
...lupa lah pulak...


ada jugak lagu bercorak islamic...
seperti, sepuluh malaikat...

dsbnya..

nanti aku sambung..

29 March 2008

:: macam tak percaya..itulah rezeki namanya ::

alhamdulillah....moga2 semuanya berjalan lancar....kita hanya merancang..moga2 allah perkenankannya...... apa2 pon...ibu kena banyak rehat utk tempoh 2 bulan ke 4 bulan nie...
dan bnykan sedekah ..pohon dari allah agar memudahkan dan menyenangkan urusan si ibu utk ke tempat kerja...

jauh tu perjalan ke tempat kerja...dari enstek ke pnb, kl...

28 March 2008

:: Pendang Lake Resort ::
















di sebabkan aku org pendang...maka aku nak promote kat sini...kalau sapa2 nak buat apa2 aktiviti...sila lah datang ke pendang lake resort... tel dan no fax ada kat gambar tu.... tq, mai jangan tak mai

:: kenangan ::

beberapa keping gambar yg terpaksa aku snap kembali dari album lama aku... aku tak boleh tengok gambar bersama allahyarhamah ibu aku...aku sedih.... ibu aku meninngal tahun 2002...sampai lani aku duk teringat kat dia.... ku panjatkan doa utk allahyarhamah ibuku selalu///moga22 doa ku sampai kepadanya... ku ajar anak ku utk berdoa dan sedekahkan alfatihah utk tok nya...tok puteh... kadang2 ku lihat anak ku berdoa...ku tanya "abid doa utk sapa tu? " "abid doa utk tok puteh "lah..jawapnya dengan cepat...mcm nak nangis aku...

















ini gambar tahun 1999 kat depan dewan tunku syed putra(DTSP), USM , bergambar bersama kaum keluarga....sedihhhhhhhhhhhh..nampak gambar mak aku...



















ini gambar..aku kurang pasti..aku rasa masa ni darjah 2 atau tiga kot...aku kat kanan sekali..di tengah tu gambar adek lelaki aku ..luthfi dan yg kecik tu..gambar adek pompuan aku rumiza..

yg kiri sekali gambar sepupu aku mahadir bin majid..gambar di ambil di atas tangga simen umah pakcik tat..























..ini aku dengan adek aku luthfi..gambar tahun 1983..aku dalam darjah dua..

















aku kat usm..desa aman..tahun 2..baru dapat komputer



















ini gambar aku darjah 6(tahun 1987) kami johan lari berganti2 4 x 400..wakili daerah padang terap pendang tu..lawan kat stadium darul aman tu...aku ..yg duduk tu..2 dari kiri...

dari kiri ( zulkhairi, aku, azli dan khairul azhar)


















aku kat depan dtsp...usm..tahun 1999..bergambar bersama kaum keluarga aku ler...yg comei baju putih kelabu tu....my wife lani ler...cik azean suheley..masa di dia belajar kat ppp itm...

















tahun 1999...dlm dtsp...org yg sampaikan scroll tu dah meninggal dunia...alfatihat utknya..

27 March 2008

:: Rilex ::

Biler duk belek22 kat komputer nie... jumpa pulak gambar2 yg lama...apa lagi..upload ler...kik..kikkkikk





ini kat hotel seri malaysia-bagan lalang


ini kat pantai bagan lalang-sepang

ini kat ilham resort - pd

ini kat rumah aku

ini kat muzium tepen..perak

ini kat klcc, kl

24 March 2008

:: Perjumpaan pertama ::

Perjumpaan pertama berlangsung dari jam 10 pagi sabtu sehingga jam 1130 pagi...

tarikh :22hb march 2008..

setelah aku membentang secara kasar kepada penyelia aku...

maka beliau berpuas hati..
perjumpaan kedua dua minggu dari sekarang iaitu pada 5 april ..jam 10 pagi jugak..tempat yg sama jugak...

aku diminta ..
1. menyediakan kajian literasi utk 2 modul yg aku bangunkan...

2. aku kena bagi requirement system.....penyelia nak tengok skop aku...
kalau besaq...dia nak kecilkan..kalau kecil..dia nak besaqkan...

3. aku kena bagi jugak system architechture projek yg aku bangunkan...

so ...aku tak boleh main22 lagi....

i'allah ..aku boleh buat...

:: enstek ::



pemandangan mercu tanda enstek...di ambil kat simpang traffic light dari litar f 1...kik..kikkk

19 March 2008

Kenduri Adek aku 9 Mac -






Tanggal 9 Mac 2008...tanggal keramat utk adek aku..rumiza..

tanggal sah dia bergelar isteri kepada Zulkifli...


9hb ni adalah sehari lepas pilihanraya umum ke 12...


moga22 perkahwinan mereka akan diberkati allah hendaknya...

dan dikurniakan zuriat2 yg salih salehah....

adek aku ustazah.....suami dia pulak ustaz....

kena dah tu....



kenduri pada 12 hb hari rabu...

aku tak dapat balik...sbb cuti tak bnyk..

pohon bnyk2 kemaafan dari kaum keluarga...


takada apa yg dapat aku sumbangkan kepada kalian..

hanya sedikit hadiah dan wang ringgit yg tak seberapa....


harap kalian tak berkecil hati....



p/s : terima kasih utk my wife kerana memberi "hadiah" yg bermakna utk perkahwinan adek aku tu...

semoga anda dirahmati dan dimurahkan rezeki lagi....amin..



gambar adek aku..aku tak letak ler kat sini..kik..kikkk..

gambar kat sini adalah gambar lepas akad nikah

Daftar diri SEM 5














Semester 5 menyusul tiba....dan aku sekarang...bukan berada di dalam cuti mood lagi....minggu lepas date 15 hb mac(sabtu) Jam 930 pagi...aku ngan wife register di UKm..utk sem 5...






alhamdulillah.....



sem 4 berjaya dihabiskan ...walaupun kerja bnyk...assigment bnyk...subjek pun bnyk...berkat usaha...doa kaum keluarga...dan akal pikiran yg sehat....



result....alhamdulillah..suksess..






sem 4 jugak mencabar...sbb kena buat proposal final projek...






sampai tak tidur malam ler...kik..kikkk..siapkan proposal tu...hasilnya berbaloiiiiiiiiiii...






so apa ada pada sem nie...






SEM 5...






1. kami diwajibkan berjumpa dan berbincang selain update projek kepada penyelia kami...






2. sekurang2nya 5 kali perjumpaan mesti diadakan...dan dilogkan....kena tandatangan kat buku log tu.....






3. kena mula buat projek dari sekarang..jgn tangguh22 lagi...






so 15 hb lepas....lepas daftar...apalagi..alamanda ler....






kik..kikk






Percutian ke ILHAM PD 29 Feb to 2 Mac






saja nak bg tahu...29 /2 yg lepas sampai 2 hb mac..

aku bersama sanak saudara pergi bercuti ke ilham resort....di PD...


saja nak relex minda..

lagipulak..anak aku baru lega dari demam....


nak bg dia mandi kolam....puas22....


sempat jugak pi tempat jualan kat tepi pantai tu..



DEB

Saudara Pengarang,

Utusan Malaysia
Berita Harian
Buletin Utama TV3
PDRM, Bukit Aman

Semenjak akhir-akhir ini kita mendapati bahawa akhbar Utusan Malaysia acap menyiarkan pendapat berbaur perkauman dalam ruangan forum mereka. Akhbar Berita Harian nampaknya lebih teliti dan cermat dalam menyiarkan pandangan rakyat dalam ruangan surat mereka. Adakah surat tersebut sememangnya benar-benar ditulis oleh rakyat atau hanya rekaan Saudara Pengarang akhbar Utusan Malaysia tidaklah dapat kita ketahui. Hanya Allah Maha Mengetahui akan kebenarannya. Pihak TV3 juga semakin nampak ada sedikit perubahan dalam cara pengolahan berita mereka. Syabas Berita Harian dan TV3, moga perubahan tersebut meningkat dan saksama kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mungkin Pihak PDRM dapat meneliti dan mengkaji akan tersiarnya pandangan demikian selepas 8 Mac 2008 lalu di akhbar Utusan Malaysia adakah menjurus kepada akta hasutan atau sebagainya dan mengambil tindakan sewajarnya yang perlu demi mencerminkan keharmonian kaum di Malaysia.

Saya ingin bertanyakan kepada Saudara Pengarang Utusan Malaysia, bilakah Dasar Ekonomi Baru yang kononnya untuk membantu Melayu diperkenalkan? Adakah rakyat Malaysia tahu duduk sebenarnya bilakah Dasar ini diperkenalkan dan bila jangka matangnya dasar ini?

Sewajarnya pihak Saudara Pengarang Utusan Malaysia mengambil inisiatif menerangkan apakah Dasar Ekonomi Baru di akhbar Utusan Malaysia secara berkala. Bilakah ianya dilaksanakan dan bilakah tempoh matangnya? Apakah objektif Dasar Ekonomi Baru sudah dikecapi? Apakah pula Dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan kita sekarang? Janganlah kita menjadi bodoh dan terus membodohkan rakyat yang sememangnya tidak faham dan membaca Dasar Ekonomi Baru yang sudah tamat tempoh pada tahun 1990-an.

Dan tindakan pihak Saudara Pengarang Utusan Malaysia saban hari hingga kini menyiarkan keluhan kononnya DAP yang anti Islam, DAP Anti Melayu, DAP Anti DEB seolah seperti menghasut kaum Melayu memandang serong akan kaum Cina dan DAP. Seharusnya pihak tuan mengambil inisiatif untuk mendamaikan prasangka buruk antara kaum; ini tidak pihak tuan seolah-olah cuba mengapi-apikan lagi perbezaan dan isu perkauman yang sudah lama cuba kita kebumikan. Seharusnya kaum Melayu mengambil ikhtibar daripada sikap Kaum Cina yang matang dalam Politik. Saban kali pilihanraya, mereka kaum Cina dapat menukar undi mereka daripada satu parti ke parti yang lain semata-mata inginkan perubahan dan menunjukkan mereka tidak dapat diperkotak-katikkan oleh mana-mana pemimpin yang ingin mengambil kesempatan terhadap mereka. Berlainan dengan kaum Melayu, dalam mana pihak tuan Saudara Pengarang Utusan Malaysia seolah-olah tidak dapat menerima jika kaum Melayu menunjukkan mereka juga ingin berubah dan berkebolehan menukar undi mereka demi memastikan kaum Melayu tidak terus diperkotak-katikkan oleh seglintir pemimpin Melayu yang kononnya berjuang untuk bangsa tetapi rupanya suka tidur lena hingga tidak tahu apa terjadi di sekelilingnya.

Saya bukanlah akhli DAP, bukan juga ahli PKR, PAS atau Umno. Saya merupakan seorang rakyat Malaysia yang dapat menggunakan akal fikiran saya untuk berfikir secara kritis.
Sedarlah pihak tuan, Saudara Pengarang Utusan Malaysia, tindakan pihak tuan mencerminkan ketidakmatangan pihak tuan dalam proses perjalanan demokrasi Malaysia. Semoga pihak PDRM dapat memainkan peranan sewajarnya demi membenteras isu perkauman berbau hasutan ini daripada terus merebak.

Dahulu, saban tahun tatkala BN masih memerintah Pulau Pinang, acapkali kita mendengar keluhan dan rintihan Pemimpin Umno Pulau Pinang terutamanya Setiausaha Umno Pulau Pinang dan Umno Jelutong khasnya akan nasib Melayu Pulau Pinang yang kurang terbela oleh Kerajaan Negeri. Tidak percaya? Moga pihak Tuan Saudara Pengarang Utusan Malaysia dapat masuk dan meneliti kembali arkib Utusan Malaysia dan bacalah kembali keluaran akhbar tuan sendiri tahun-tahun yang lampau. Tengoklah, setiap tahun mesti ada kokokkan oleh mereka terutamanya menjelang pemilihan Umno. Ini, apabila BN gagal terus berkuasa di Pulau Pinang, pimpinan Umno Pulau Pinang mengapi-apikan isu perkauman seperti mereka takutkan sesuatu? Adakah mereka takut akan projek yang gagal mereka miliki? Atau benarkah mereka takut akan nasib Melayu Pulau Pinang sebenar-benarnya? Sudah berapa ramai orang Melayu dihalau dari Pulau Pinang selepas Kerajaan Baru dibentuk selepas 8 Mac 2008 lalu? Sudah berapa ramai pula Orang Melayu yang berhijrah keluar dari Pulau Pinang semenjak berpuluh tahun lalu akibat 'kerakusan' pembangunan di Pulau Pinang yang tidak mampu mereka tumpang merasainya? Sediakan fakta tersebut dan barulah Saudara Pengarang dapat mendidik seluruh Masyarakat Malaysia terutamanya Setiausaha Umno Pulau Pinang berfikir secara matang.

Hentikanlah wahai Saudara Pengarang Utusan Malaysia akan menyiarkan surat-surat berbau perkauman demikian rupa. Janganlah bersikap seperti orang Gila Talak, atau Gila Meroyan kerana sikap demikian akan menerbitkan lagi perasaan benci akan Utusan Malaysia.

Pilihanraya sudah berlalu. Maka sekarang masanya untuk mereka yang terpilih menunaikan tanggungjawap. Demikianlah mereka yang menang di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan samalah tanggungjawap mereka seperti Kerajaan Persekutuan. Semuanya harus kita beri kerjasama erat kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan berkesan.

Jika Kerajaan negeri tersebut gagal, kita akan tukar nanti. Demikianlah juga jika Kerajaan Persekutuan terus menerus gagal, kita akan terus menukar mereka secara total kemudiannya. Cubalah pihak Tuan, Saudara Pengarang Utusan Malaysia membantu menjadikan rakyat Malaysia berfikir secara matang dan bijaksana dan bukannya statik dengan pemikiran zaman 60-an, 70-an. Berubahlah demi anak bangsa Negara Malaysia yang tercinta.

Dan saya seru agar pihak tuan Saudara Pengarang Utusan Malaysia berani untuk menyiarkan pandangan saya dalam surat khabar pihak tuan esok tanpa sebarang perubahan maksud. Moga ianya dapat membantu pemikiran kolot zaman 60-an, 70-an menjadi bijaksana dan saksama.

Wallahualam


////diambil dari surat pembaca ...hasilkarya norizan

17 March 2008

KEDAH - cabaran MB

kik..kikk...nak tergelak aku psl kedah....
tapi aku tak marah kat puak22 umno nie...
cuma aku duk simpan and keep monitoring psl politik di Kedah

1- Pasal Kerajaan Kedah yg baru nak tutup TABIKA KEMAS

2- Pasal kenaikkan tambang Feri ke Langkawi

nanti aku sambung lagi...


baru2 keluar kat tv, pecah mb kot...tinggal kerusi aja...
adusss....kesian kat mb aku....


biasalah.....org kalah mcm2 depa akan buat,,,,
yg penting mb dan exco nya kena bnyk sabar...
aku paham..dan aku harap rakyat kedah khususnya dan rakyat malaysia amnya....kena paham jugak....

utk tahun pertama., tahun kedua, maybe masuk tahun ketiga...kena setadi dulu...baca semua fail2..tgk apa2 projek yg dah dijalankan..
aku dgr kata kedah nak bg diakaun 30% cukai tanah.....

kalau betulllllllll ALHAMDULILLAHHHHHHHHHHHHHHHH...

i'allah penggal depan...SEMUA RAKYAT KEDAH AKAN BAGI MANDAT LAGI SEKALI UTK PERINTAH KEDAH....KITA BINA ACUAN KITA SENDIRI....BUKTIKAN KEPADA DUNIA ....USTAZ PUB BOLEH PERINTAH KEDAHHHHHHHHHH....

SYABAZ YAB USTAZ AZIZAN...

P/S: KALAU HANGPA NAK TAHU ...MB KEDAH TU LOW PROFILE GILER....
WARTAWAN PUN TAK PANGGIL YAB ...DEPA BANTAI PANGGIL USTAZ AJA...LOQLAQ SUNGGUH WARTAWAN NIE....
JANJI HANGPA JGN PUTAQ BELIT FAKTA SUDAHLAH...

14 March 2008

Jus Curora









Jus Curora merupakan rumusan tradisional dari seorang MAK BIDAN KAMPUNG
TERKENAL di negeri Cik Siti Wan Kembang

Tugasnya membantu kelahiran beratus malah beribu bayi sepanjang hayatnya
membuatkan beliau memang mahir selok belok penjagaan wanita terutama
golongan ibu-ibu

Kepakaran perbidanannya di warisi turun temurun. Beliau menyambung rumusan
tradisi ini untuk membantu wanita2 mengembalikan zaman anak dara selepas
memasuki alam rumah tangga

Rumusan Jus Curora adalah rumusan MAK BIDAN KAMPUNG di proses mengikut
piawaian GMP untuk menjamin kualiti, keberkesanan dan keselamatan pengguna



Normal Price ~ RM 48.00

OFFER ~ RM40

Keistimewaan Jus Curora
~ Meningkatkan Kecergasan
~ Mengempiskan Perut
~ Ketetapan Kitaran Haid
~ Mengatasi Senggugut
~ Atasi Keputihan, Lendir & Gatal-gatal
~ Atasi Libido (kedinginan seksual)
~ Atasi Bau badan & Faraj
~ Meningkatkan Tahap Kesuburan
~ Menguatkan Otot-otot Peranakan
~ Menguatkan Sistem Peranakan
~ Merawat Luka Dalaman (Rahim & Faraj)
~ Melancarkan Perjalanan Darah
~ Mencantikkan Kulit & Wajah
~ Memejalkan Payudara & Punggung
~ Melegakan Sakit Pinggang & Belakang
~ Melawas Pembuangan Air Kecil & Besar
~ Mengatasi Masalah Buasir
~ Memperkuatkan Sistem Imunisasi
~ Mencegah Kanser Payudara & Rahim
~ Melambatkan Penuaan/Menopause
~ Atasi Masalah Selepas Menopause



Normal Price ~ RM48.00

OFFER ~ RM40

Hanya 1-2 sudu besar sehari membantu untuk :
~ Memulihkan Tenaga dan Kesihatan Lelaki
~ Meningkatkan Kecergasan dan Stamina Lelaki
~ Melegakan Sakit Sendi, Otot-otot dan Urat Saraf Badan
~ Melegakan Sakit Pinggang dan Belakang
~ Melancarkan Peredaran Darah dlm Badan
~ Melawaskan Pembuangan Air Kecil dan Besar
~ Mengurangkan Masalah Sistem Penghadaman
~ Mengeluarkan Toksik dari badan
~ Mengatasi Masalah Buasir & Atasi Masalah Gaot
~ Memulihkan Urat Saraf Zakar yg lemah
~ Memanjangkan Masa Bersetubuh
~ Memekatkan dan Memanaskan Air Mani
~ Merawat Masalah Kesuburan dgn meningkatkan paras testosteron dan thyroid
~ Mencegah Kanser Prostat
~ Memperbaiki Sistem Imunisasi dlm badan
~ Melambatkan Proses Penuaan (Awet Muda)
~ Memperbaiki Kesihatan Mental dan Fizikal lelaki