09 October 2008

:: Bagaimanapulak pemimpin ::

Tolak golongan tak hormati pemimpin negara - Najib
09/10/2008 12:04pm
KUALA TERENGGANU 9 Okt. – Rakyat digesa menolak mana-mana golongan yang tidak menghormati dan berkelakuan kurang ajar terhadap pemimpin negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak rela sikap itu menjadi amalan kerana jika ia dibiarkan boleh menggugat kestabilan negara. - Utusan

////bagaimana pulak pemimpin yg tidak menghormati rakyat, pemimpin yang tidak menjalankan amanah yg diberikan dengan betul...
pemimpin yg mengkhianati rakyat, mengambil rasuah utk kepentingan diri dan keluarga dan sanak saudara..

saya rasa, rakyat malaysia nie..dari dulu sampai lani...semua nya menghormati pemimpin..tak kiralah dari pasti politik mana pon..
tapi sejak kebelakangan ini, perkara22 baru ini timbul....

kemudian di salahertikan...
bila masuk paper/media massa terus jadik lain...

sebenarnya senang aja
1. kalau rakyat duduk dalam negara ni dengan sennag lenang..aku rasa tak akan org buat demonstrasi...buat penat aja

..tapi kenapa berlaku...
yelah..barang naik harga..
minyak naik harga...kalau nak tahu..sebenarnya kerajaan dah melakukan satu kesalahan yg maha besaq dan maha salah...iaitu menaikkan harga minyak yg begitu tinggi.....

bila minyak naik..
semua harga barang naik....
wajib naik..
dan wajib lah...memang harga barang takkan turun lagi...ini kesilapan yg paling besaq yg dilakukan oleh kerajaan
....walau kerajaan turun sekalipun harga minya...barang tetap tak turun....aku berani gerenttiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
..

rakyat..akan menghormati pemimpin..dan akan terus menghormati pemimpin..bila keadaan rakyat dlm negara aman..
kuasa beli yg tinggi...dan sebagainya....

hormat- menghormati antara satu sama lain nie..mcm lah salute or respek..tak perlu diminta...
kalau kerajaan jaga rakyat...automatik....rakyat akan menghormati pemimpin...
aku berani jaminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

///ada pahammmmmm..

No comments: