29 August 2008

:: Softec 2008 :: Software Testing Conference 2008 ::

http://www.mstb.org/conference/index.php

salam semua ...
tarikh 27 dan 28 Ogos yang lepas...aku menghadiri conference pengujian perisian...

di adakan di conference center timesquare, tingkat 14...dirasmikan oleh depute minister of science technology dan inovation...yb Fadilah (mp petrajaya)

lebih kepada penerangan or awareness, disampaikan oleh mereka2 yg power2 dlm pengujian software nie..http://www.mstb.org/conference/index.php

aku dgn my opismate, bain attend this conference...

bnyk ilmu yg dapat...
gambar tak sempat nak snap...sorilah..kamera terlupa bawak...



KUALA LUMPUR 27 Ogos - Persidangan Pengujian Perisian (SOFTEC) 2008 yang bermula di sini hari ini, telah menarik 150 peserta dari sektor industri kerajaan dan akademik.
Bertemakan pengujian ke peringkat seterusnya, persidangan dua hari itu dianjurkan oleh Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai industri pengujian perisian negara.
"Persidangan itu menawarkan para peserta dengan pemahaman yang jarang diperoleh mengenai landskap industri pengujian, amalan dan peluang yang dibawa oleh ramai penceramah antarabangsa dan Malaysia pada acara itu," kata Presiden MSTB, Mastura Abu Samah pada persidangan akhbar di sini.
Persidangan SOFTEC 2008 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.
"Saya gesa agar semua pihak yang terbabit menyokong MSTB dalam usahanya untuk memastikan pengamal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendapat pensijilan dan kelayakan profesional," kata beliau dalam ucaptamanya di SOFTEC 2008.
- Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

No comments: