20 August 2008

:: Harap2 HSBB @ fiber ke rumah dapat dilaksanakan ::

19 Ogos, 2008 23:28 PM

Cadangan HSBB TM Kini Tertakluk Kepada Kerajaan
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Cadangan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) Telekom Malaysia (TM) yang menelan kos RM11.3 bilion, yang disifatkan sebagai yang terbaik, kini tertakluk kepada kelulusan kerajaan."Kami percaya cadangan kami ialah yang terbaik selepas kami mempertimbangkan semua aspek urusniaga itu," kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Zamzamzairani Mohd Isa semasa taklimat media di sini hari ini mengenai keputusan kewangan setengah tahun pertama TM."Yang pertamanya TM telahpun mempunyai jaringan yang luas. Kami mempunyai pengalaman melakukan ini sejak 1946... melancarkan rangkaian," katanya.Keduanya, beliau menyebut bahawa asas pelanggan jalur lebar TM adalah hampir kepada 1.4 juta menggabungkan pelanggan Streamyx, Hot Spot dan TMNet Direct."Adalah jelas kami berada di hadapan dari segi pengalaman dan juga keupayaan," beliau berkata apabila ditanya mengenai kemajuan projek HSBB itu memandangkan pemeteraian perjanjian jalur lebar itu telah tertangguh untuk kali kedua. Pemeteraian itu dijadual pada 14 Ogos.Adalah dilaporkan bahawa ia tergendala disebabkan penyertaan Teknologi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBT) berpangkalan di Pahang, yang akan mengemukakan cadangan kepada kabinet minggu ini.Zamzamzairani berkata pelancaran rangkaian itu tidak boleh dibiarkan semata-mata kepada industri kerana industri akan berjalan mengikut pendekatan didorong permintaan yang bermakna "ia akan mengambil masa lebih lama bagi Malaysia menikmati perkhidmatan HSBB.""Untuk mempergunakan rangkaian ini dengan cepat, inilah kenapa kami mencadangkan untuk memasuki aturan perkongsian awam swasta (PPP) dengan kerajaan," katanya."Apa yang dibuatnya ialah kami mempercepatkan kepelbagaian penggunaan kemudahan itu ke kemuncaknya. Ia bermaksud jika anda biarkannya didorong oleh permintaan semata-mata ia akan mengambil masa lebih lama. Kami telahpun mempunyai 1.4 juta pelanggan jalur lebar yang bermakna kami telah hampir kepada puncak kepelbagaian itu."Jika dalam tahun 80-an dahulu, pada mulanya tidak banyak orang menggunakan telefon mudah alih tetapi kemudian pada satu tahap tiba-tiba setiap orang merasa ia bukan lagi satu kemewahan, ia menjadi keperluan dan terdapat pertumbuhan yang amat hebat."Saya fikir perkara serupa akan berlaku terhadap jalur lebar."Projek HSBB akan berlarutan kira-kira 10 tahun dan akan dijalankan secara berperingkat.Kerajaan pada permulaannya menjangka untuk melabur kira-kira RM2.4 bilion sepanjang tiga tahun manakala TM akan mencukupkan bakinya.-- BERNAMA

No comments: