16 December 2007

Rumah di KG

Saja nak citer kat sini, bukan nya ada niat lain pun...alkisah umah kat kg, sbb ahli-ahli rumah dah semakin ramai, setakat sekarang semua sekali ada 25 org, biler time nak raya or cuti sekolah, biasalah....akan berebut bilik...maka pada 23hb nie pon, akan ada kenduri so akan tambah lagi sorang ahli keluarga ku...atas inisiatif itulah, ayah aku nak tambah /perbesar sedikit ruang tamu yg ada.makan belanja bnyk jugak nak perbesar ruang tamu nie...kami share ler adek beradek pakat bagi kat ayah...

setakat lani..semua dah siap...alhamdulillah..
tahun 2008 pulak...i'allah adek pompuan aku yg sorang tu akan melangsungkan perkahwinannya...i'allah...didoakan semuga semuanya berjalan lancar...
aku nak kelik kg pada19hb malam..sehingga 25 hb...aku rindu sama ayah aku...anak2 menakan aku dan ahli keluarga yg lain...moga2 kalian suksess selalu..


gambaran seperti dibawah...




































Cuti pada 16 December 2007

he, he...hari ni aku dah janji dengan wife and anak aku nak pergi IKEA nak carik hadiah utk adek aku kenduri..biasalah...jam 930am baru bertolak ke IKEA, sampai sana org dah ramai...
tapi sbb masih pagi lagi...parking pon senang,sblm tu buat member card dulu, sbb kot2 ada diskaun.. spt biasalah...kalau pergi ikea...semua barang nak pergi...tapi aku n wife kuatkan semangat jugak...beli apa yg dah dirancangkan sblm ini..boleh lah jugak utk hadiah buat adek aku yg nak kawin..utk aku tak ada apa sngt...jam 1pm pun dah abis pusing22..biasalah..lani gaji mana dapat lagi...kik..kikkk..gaji pun sikit..tapi alhamduillah boleh sara anak bini, tidur pun lena..taknak terlalu mengejar kekayaan sampai abai bini...

sblm balik...jalan2 kat ikano pulak...saja tengok gelagat org...org tak berapa ramai..may be sbb belum dapat gaji kot...
tapi promotion krismas, meriah jugak...

samapi umah jam 2pm...rehat sat...jam 415pm, "terlayan : ler pulak citer tamil..Chanramurkhi..dah sepuluh kali aku tgk...masih nak tengok lagi..kik..kikk..biasalah.pelakonnya..super hero number one...rajnikanth...

petang..rehat aja...ingat mlm nie nak setadi..nak polish "technical skill" balik...nak buat codng...
itu aja utk hari nie,,
























13 December 2007

Family Day ITD

Family Day ITD dated 24 hingga 25 November 2007
di Costa Rica, PD


















Hari Anugerah Tadika NurIman 17112007



Hari Anugerah Tadika NurIman 17112007

nanti aku citer..bnyk nak citer nie..














Jamuan Raya di Persada Kasih

Persatuan Penduduk Persada Kasih ada buat jamuan raya dan jugak meraikan bakal2 haji ..tahniah atas penganjuran yg meriah ini..ada cabutan bertuah tu..tapi aku tak bertuah pun..kik..kikkk









Aidilfitri 2007

Raya pertama di Tepen, pagi raya kedua terus balik Pendang, duk samapi 3 hari, pastu mai balik Tepen...
Bestnya raya...










Makan2 di Alamanda Putrajaya


Aku & family selalu gi alamanda, saja releasedkan tensen..lagipulak...hari ahad adalah hari bersama famili, hari sabtu hari bersama isteri, senin sampai jumaat, hari kerja...






PNB Annual Dinner


Aku join jugak PNB annual Dinner...tema tahun nie adalah, Studio Jalan Ampas, P Ramlee ler tu..PNB selalunya buat Annual Dinner pada awal tahun...rasanya ini bulan januari 2007 tak pon feb 2007,
abg ramli sarip yg datang..


12 December 2007

Kenduri Man, Senior Pegawai Sistem Maklumat, PPSK, USM

Ini ada sebahagian koleksi..kenduri abg man kita...dah ada anak pon dia...tahniah...anak hang nama apa..tak bagi tahu pun...








Kenduri Ijai

ini adalah sebahagian koleksi kenduri Ijai..Moga tenang selalu..dan tahniah dari khairi sekeluarga...welkem to the kelab....
antara kenamaan yg hadir, aku+wife, man, kawan man, roy, mat noq+wife, amrie+wife, srox +wife , baby call aku dia kiqim salam..sbb dia tak boleh datang..dia kena kerja..kawan2 yg lain adalah naim+wife(xfarmasi student)

aku sampai kat dewan tu dalam pukui 230pm..aku tersesat sampai tol apa ntah..terpaksa patah balik, rupa2nya dlm taman tun hussein onn aja nak pi umah jai...aku selalu pi taman tun hussein onn.
matnoq..satu hari aku akan sampai jugak umah hang, jgn worry..
nanti kita pekena teh tarik mamak kat ABC restoran.
buat srox, tak apalah..nak buat mcm mana dah firewall depa blocked..so payah ler nak dapat email group., kat tmpt kejer aku pun seua depa block, termasuklah ym n fotopages.

wife jai, aku memang tak kenai langsung...rasanya bukan budak usm kot..
sama padan n sama cantek..patutlah jai tak citer sngt kat kita..
wife jai, ramah..n tak kekok nak tanya sapa ni..sapa tu...baguihhh2

man ..macam biasalah..still maintain macam dulu..bertambah hensem semenjak dapat anak....badan pon tak naik...stilll slim...mcm aku jugakk..kik..kikk..
keter man waja, aku tak smpt capture, rim 18'', power giler..

man biler nak mai umah aku...

zamir tak samapi pon...maybe ada kejer kot...
kengkawan yg lain, tak nampak pulak..
maybe ada kejer kot..






















-- wife amrie+anak..
gambaq bawah..matnoq duk bisik sesuatu kat man waja, utk strategi pilihanraya, bagi menjatuhkan paklah, man adalah ketua pemuda umno ...kik..kikk






























<-- aku duk bg tahu kat matnoq..ada awek meja sebelah, yg pakai baju body fit , pree hair, dan seluar ketat.. rugi kalau tak tengok






















































































17 September 2007

Mengajar anak dlm English

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain…Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ‘berfikir’ bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.

Ha.Dah 25 tips yang saya bagi.Maybe next time kalau ada mood camni saya akan beri lagi tips2 dan petua2 yang boleh anda praktikkan.

Akhir kata, “Jangan terlalu fikirkan kesilapan dan kelemahan orang lain, tapi sebaiknya kita lihat dulu kelemahan diri kita dan ahli-ahli keluarga kita dan bagaimana kita boleh memperbaikinya..”

///dipetik dari : http://knowledgecentre.wordpress.com/2007/01/26/25-petua-dan-tips-nak-bagi-anak-pandai-bi/ (terima kasih tak terhingga)

06 August 2007

Lama tak bertemu!!!!

Lama tak bertemu, dah lama aku tak coret kat sini, bila aku bukak balik laman web nie…still ada lagi…sayang pulak kalau nak biarkan or dihapuskan, so sudah hampir 9 bulan aku biarkan ia …kini aku mula menulis kembali. Penceritaan adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan perkara2 yang penting berlaku sekitar kehidupan aku..

Aku masih mempunyai seorang anak lagi, dan menjangkau 3 tahun usianya(tanggal sekarang 3hb ogos 2007) maksudnya anak aku sudah 2 tahun 9 bulan 23 hari. Mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin kot, pertama aku agak bizi denga kejer opis ada 3 projek aku kena siapkan..tapi org lain pon bizi jugak kan…tapi anak ramai jugak.....bisik hati kecik ku…takpalah..dlm pada tu aku menyambung pengajian ku dalam ijazah sarjana di UKM, I’allah dah nak masuk sem 4 bulan 9 nie tinggal satu sem aja lagi…”Ya Allah, murahkan rezeki ku dan anugerahkan aku ilmu yang bermanafaat”
Sibuk memnag lah sibuk…dan kadang2 pening jugak kepala..yelah..kejer opis n essayment yg banyk…wife aku pun turut serta sekali dalam kelas sarjana ini…aku yg ajak dia ..utk “back up” masa kedepan nanti.
Lupa pulak nak bg tahu…abg aku yg jadik cikgu pun turut sama buat ijazah pertama di Open U, wife dia baru aja konvo dalam TESL di Open U jugak. Abg ipar aku sambung belajar di USM, tahun depan graduate. Adek aku yg tgh buat master, tunggu nak habiskan tesis aja..tak sempat katanya…tapi lani dia dlm Jqaf ..jadik ustazah kat sekolah yg tak jauh dari umah aku jugak .nunn di Pendang sana. Kakak aku sefamili tidak lagi duduk di Langkawi tapi dah bertukar ke Pendang, sekolah tak jauh dari umah, Kakak aku duk nagn ayah aku dan adek pompuan aku.
Adek lelaki aku, still dengan kerja dia sebagai pegawai polis..
I’allah ujung tahun nie kawin kot. Adek pompuan aku…kalau takder aral melintang..ujung tahun depan pulak….

Ayah aku kat kg. ada tambah sikit umah ..yelah..bilangan cucu2 dia bertambah.dan bilangan ahli keluarga pun semakin bertambah.

Allhamdulillah, tadik wife aku bg tahu, permohonan utk apply loan kampeni dah lulus..jadik beban utk bayaq duit umah berkurangan sedikit, boleh save dekat22 rm 250. apa yer nak citer lagi.
Nantilah aku ada idea..aku tulis lagi…