Atasi graduan menganggur -- Najib arah SPA, JPA percepat isi 30,000 jawatan kosong
Oleh Rozaman Ismail
PUTRAJAYA 11 Julai - Kerajaan hari ini mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempercepatkan proses pengambilan siswazah menganggur bagi mengisi kira-kira 30,000 jawatan kosong di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa ini terdapat 74,000 jawatan kosong dan 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi oleh siswazah dalam usaha menangani masalah siswazah menganggur.
‘‘Jawatankuasa Khas Mengenai Siswazah Menganggur yang bermesyuarat hari ini bersetuju meminta JPA dan SPA berunding untuk mempercepatkan proses pengambilan siswazah bagi mengisi pelbagai jawatan dalam pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan.
“Kalau dapat disegerakan dan memang pun perlu disegerakan, kita boleh kurangkan dengan begitu ketara masalah siswazah menganggur, di samping menambah keberkesanan perkhidmatan awam terutama di jabatan-jabatan yang amat memerlukan tambahan para pegawai,” katanya di sini.
Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan.
Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khaled Nordin.
Menurut Najib, pada masa ini terdapat kira-kira 60,000 siswazah menganggur mencakupi tiga kategori iaitu benar-benar menganggur (24,000 orang atau 42 peratus), serta bekerja sementara dan pekerjaan tidak setara dengan kelayakan, kedua-duanya berjumlah kira-kira 58 peratus.
Beliau berkata, walaupun masalah pengangguran di kalangan siswazah berlaku pada semua kaum, kira-kira 70 peratus siswazah yang tidak mempunyai pekerjaan adalah bumiputera dengan 70 peratus adalah wanita.
Timbalan Perdana Menteri berkata, 18.6 peratus yang menganggur adalah siswazah dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan sumber manusia; komputer dan teknologi maklumat (16.3 peratus); kejuruteraan (13.5 peratus) serta sastera dan sains sosial (11.9 peratus).
Sehubungan itu, menurut Najib, jawatankuasa berkenaan turut meminta Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji kemungkinan mengurangkan pengambilan pelajar bagi sesetengah kursus di institusi pengajian tinggi yang tidak dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan atau menimbulkan masalah mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian.
‘‘Kementerian terlibat akan kaji kurikulum di universiti-universiti supaya ia mencerminkan kehendak pasaran pekerjaan selain mengatasi kelemahan-kelemahan terutama yang berkaitan dengan penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi yang dikatakan menjadi punca utama pengangguran di kalangan siswazah,” katanya.
Selain itu katanya, beberapa langkah lain turut dikenal pasti oleh jawatankuasa tersebut bagi mengatasi masalah yang sama, antaranya meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula nisbah antara guru dan murid untuk membolehkan lebih ramai siswazah dilatih sebagai guru.
Kerajaan juga kata beliau, akan menggalakkan lebih ramai siswazah menganggur melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian lepasan ijazah dengan mempertimbangkan pembiayaannya menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) .
‘‘Kita juga mahu semua program latihan keusahawanan di bawah pelbagai kementerian dilaksanakan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada siswazah-siswazah menganggur agar mereka mendapat pekerjaan atau peluang-peluang keusahawanan,” katanya.
Menurut Najib lagi, kerajaan juga mahu syarikat-syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) yang telah diberi pengecualian cukai dua kali mengendalikan program latihan siswazah eksekutif dijalankan secara berstruktur dan tersusun, bukan sekadar ‘program tempelan’ sahaja.
‘‘Kita dapat laporan mereka tak buat program ini secara teratur, Menteri Kewangan Kedua akan jumpa dengan syarikat-syarikat terlibat bagi memastikan mereka mengambil langkah susulan dan memberi pendedahan secukupnya kepada para pelatih,” tegasnya.

1 comment:
inilah yang dikatakan bangang...kalau aku nak kutuk pun...satu bangsa dengan aku...dapat aku cukup kecik hati ...biler baca paper utusan harinie...baru tahu rupa2nya berlambak kerja kosong lagi...aku dulu lama mana takder kerja..mcm2 kerja aku buat..kawan2 yg lepas grade dapat kejer takapalah..tak rasa apa yg aku rasa...napa harus terjadik begini..sapa yg harus dipersalahkan...kalau nak salahkan ketua jabatan...depa lagilah mengaji tinggi...tapi mungkin bangang kot...kalau turun pi kat kampong...melambak graduan yg takder kejer,,,aku taksalahkan graduan jugak...sbb depa lepas abis belajar..semua carik kerja..resume melambak hantaq...haram takdapat...resume or apa surat biler sampai kat spa ker..or masuk dlm database spa ker...biaq mcm tu aja..biler najib keluarkan kenyataan mcm nie..baru kita tahu...melambak kejer kosong..tak ker bangang namanya...patutlah..kat kg aku takder posmen yg masuk...sbb tempat tak diisi...ni yg aku nak hangin nie...nie aku tak cerita psl graduan yg amik jurusan agama...yg balik dari timur tengah...smlm aku jumpa...sorang...grade ipta, bhg islamic ..kejer tampong tayar motor..
3 tahun takdapat kejer..,,,sian...ada anak bini..part time dia jual goreng pisang..nak menitik ayaq mata aku...so bagi kengkawan yg ada kejer tu..yg berpendapatan tetap..bergaji lumayan..pandang sama kat luar sana tu..ramai yg memerlukan..kalau boleh warwarkan..harinie kita senang,,,tapi berkat kita tolong orng..i'allah...Allah akan tlng kita balik satu hari nanti...
Post a Comment