12 July 2006

Naikkan harga padi..tidak munasabah

Naikkan harga padi tidak munasabah
Oleh ZAINI RABAN
SHAH ALAM 11 Julai - Cadangan Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK) supaya kerajaan menaikkan harga padi sebanyak 100 peratus daripada harga yang ditetapkan sekarang adalah tidak munasabah.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana langkah berkenaan akan memberi implikasi kepada banyak sektor pertanian yang lain.
‘‘Saya belum lagi menerima cadangan itu secara rasmi, bagaimanapun kita akan kaji secara mendalam cadangan tersebut kerana memang kita akui kos dalam sektor pertanian telah meningkat.
‘‘Sama ada harga padi akan naik atau tidak, itu kerajaan kena kaji dan banyak perkara yang perlu diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Udang Laut Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, PPNK yang mewakili kira-kira 106,000 pesawah di Kedah mengemukakan kertas cadangan kepada kerajaan untuk menaikkan harga padi sebanyak 100 peratus kepada RM1,100 satu tan.
Pengerusi PPNK, Datuk Badri Yunus berkata, asas utama kepada permohonan itu berikutan kenaikan kos operasi pesawah termasuk membajak, baja, racun, pengangkutan dan minyak diesel antara 47 peratus hingga 125 peratus.
Badri berkata, sebagai balasan jika kenaikan 100 peratus itu diluluskan, PPNK akan mencadangkan subsidi padi sebanyak RM248.10 satu tan dimansuhkan.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, buat masa ini, terdapat pesawah padi di beberapa kawasan sebenarnya telah menjual padi pada harga yang lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM550 satu tan.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, ada pesawah di beberapa negeri yang menjual padi dari RM650 hingga lebih RM700 satu tan berdasarkan keadaan pasaran.
Justeru, katanya, beliau tidak faham mengapa PPNK meminta harga dinaikkan dan pada masa sama mahu subsidi kerajaan sedia ada dihapuskan.
Sementara itu, beliau berkata, kementeriannya sedang berusaha mengesan tindakan syarikat tempatan yang bersekongkol dengan negara luar bagi mengeksport udang ke Amerika Syarikat (AS).
Katanya, langkah berkenaan mesti dibendung kerana negara yang terlibat itu telah dikenakan tarif anti lambakan oleh AS dan kini menggunakan Malaysia pula sebagai transit.
‘‘Malaysia yang tidak dikenakan tarif tersebut kini telah digunakan oleh negara ketiga untuk mengeksport udang mereka ke AS selepas melakukan pembungkusan semula.
‘‘Jika perkara itu berterusan, kita semua akan menanggung kerugian akibat kehilangan syer pasaran sedia ada di AS dan produk kita tidak lagi berdaya saing di pasaran global,” katanya.

1 comment:

mohdkhairi said...

ini lagi satu...harga upah mesin utk tuai padi(mesin padi) satu relung rm 90..seingat aku dulu rm 55 pastu rm 60.sampailah sekarang...haram tak masuk kabinet pon...biler geng pak22 tani..nak naikkan harga padi..tak munasabah lah...nie lagi satu kebangangan..kalau yg melayu mintak naik..semua tak boleh..kalau puak2 cina sembunyi gula ker...naik harga minyak ker...senang ajer..haram sunggu..
aku tahu...sbb aku buat bendanggg...satu relung..kalau hangpa nak tahu..pak2 tani...untung rm 150 ringgit...ni aku tak cerita harga racun yg tiap22 tahun naik...
haram tak masuk kabinet pun...
susahhh...susahh...
kadang22...kalau kengkawan tengok citer tamil...contohnya "Anniyan"= malaikat maut yg dilakonkan oleh Vikram...sapa yg buat kejer tak betui...semua dia bunuh...sampai ketua polis n ketua menteri...dia bunuh...
baru org takut nak amik rasuah..n salahgunakan kuasa...
pak2 tani especially yg duk diKedah nie..nak test kepimpimna MB kedah yg baru kot...tak pon MEnteri pertanian dan Asas TAni yg haram satu hapa pon tak tahu psl pertanian...
Aku tahulah...depa makan beras siam...beli kat pasaraya...depa tak tahu pahit maung nak hasilkan padi...
ingat lagi kat kepala aku nie...kata22 menteri pertanian n pm kita...takpa..
kita tanam padi bnyk22,,nanti akan mengurangkan hasil import beras dari Siam, dan akan mengurang kan kadar pengaliran wang kita ke sana....bohong semua tu..
duk import lagi bnyk adalah...padi/beras tempatan tak kualiti lah..mcm2lah...alasan...
bagi aku senang ajer///semua sudah nak mampusssssssssssss