Showing posts with label Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Raya 2012. Show all posts

22 August 2013

:: Akikah Muhammad Tarmizi pada Lebaran ke-3 10 August ::

Akikah Tahun 2013, Tarikh 10 August 
4 orang sekali gus ..iaitu Baby Girl Abg Yen, Baby Boy Abg Chik, Baby Girl Abg Pi, dan Baby Girl Kak Cik Miza














:: Selamat Hari Raya Aidilfitri ::

 Aidilfitri Tahun 2013 jatuh pada Khamis 8 august 2013



Salam semua..lama sudah tidak update blog ini..hampir 8 bulan rasanya…OK , kita cerita pasal Ramadhan dan Lebaran 2013..



Tahun nie , mcm jugak tahun-tahun lepas…dapat lagi melayari dan melaksanakan ibadah puasa, Alhamdulillah…Puasa tahun ini jugak menyaksikan mak dan abah mertua berpuasa dirumah kami seama hamper 15 hari…wahh kali nie meriah..sbb penuh rumah..Terima kaseh bnyk2 Tn Hj Tazilan dan Hjh Kelsum sbb dapat meluagkan masa bersama kami seisi keluarga…Tahun nie jugak meriah dengan kemunculan baby boy yg baru.JAdik bulan puasa apalagi…terawih ler…mlm pertama dan kedua aja di masjid…sampai lena2 anak aku kat masjid  sbb habis lewat…mlm2 lain kat rumah aja…

Bulan puasa, juadah beli dan masak…mak suka masak…jadik masaklah apa yg nak makan..dan beli  mana yg minat..Nuzul Quran balik  berbuka di Pendang..sempat 2 petang bersama ayah Pendang dan family Kak Lah dan Utzh.Miza. meriah lagi kat Pendang sbb qamai…hik..hik…nak makan apa cakap aja sbb kak lah dan Miza akan masak…TQ TQ noe…



Kami balik kg pasa Selasa petang, iaitu last day kejer sebelum cuti seminggu. 6hb rasanya…berbuka dalam kereta dan singgah di R&R Dengkil sat sbb anak2 nak makan..Alhamdulillah..tahun nie jalan tak jem dan tak seteruk tahun2 lepas…mungkin sbb cuti dah bermula sblm tu..yelah cuti sekolah pun awai..jadik ramai yg dah balik kg.

Kami sampai di Taiping jam 12.45 pagi..dekat2 jam 1 pagi dah..so lepas angkat anak2 dari kereta…semua terus tidur…Rabu ..hari terakhir berbuka di taiping..Mlm raya ada takbir pulak dari rumah ke rumah…yelah.Taman Long Jaafar nie,..taman..so kena ler takbir dari rumah ke rumah…best jugak takbir nie..kalau aku sambut raya di Taiping..Insyallah tak miss utk bertakbir…at least kenai jiran2 dan kenai kawan2 Pak mertua…

Lupa pulak nak habaq..Zakat dibayar di MAsjid Taman Long Jaafar, amil Cikgu Adni ada tunggu di situ..RM 7 ringgit utk satu orang…

Utk raya tahun nie…abah beli bnyk jugak tulang dan isi daging..nak buat sup katanya.utk anak2 , menantu dan cucunya…dan abah dan mak jugak ada order nasik daging dgn rending dan dalca…Tahun ni raya di Taiping tak ramai…family aku dan family abg Min aja..utk raya pertama..dua org anak anak abah lagi raya di rumah mentua depa..tapi petang raya pertama anak yg bongsu dah sampai balik dah…

Raya pertama tak pi mana pon tunggu dirumah aja menanti jiran dan sanak saudara yg datang...

Raya kedua tengahri aku pulang ke Pendang untuk raya disana pulak disamping melakukan ibadah akikah utk anak aku dan anak2 saudara yg lain...Dengar kata tahun ni imam solat Hari Raya di surau aku diberikan kepada anak saudara aku..Ust.Atif dan Tok Khatib yg baca kutbah pulak adalah adeknya iaitu Ust.Fais..hebat hangpa noe..tahun depan kita takbir ramai2 lagi...

Raya ketiga majlis Akikah berlangsung...anak aku dan anak2 saudara yg terlibat adalah..

  1. Anak abg Yen yg bernama Lina Khalilah
  2. Anak aku, Muhammad Tarmizi
  3. anak abg pi, Iz Zara Arissa
  4. anak kak cik Miza, Hana
  5. dan anak sepupu aku...nama aku lupa...hik..hik..jgn marer nie..

Alhamdulillah..majlis berlagsung dgn jayanya..terima kaseh kepada semua yg membantu...dan semua yg datang ke majlis kami ini...Lupa pulak nak habaq..kawan opis mate aku pun mai jugak...sorang dari Segamat dan Sorang lagi dari Batang Kali...jauh depa mai...yelah tahun nie depa raya umah wife depa..wife depa org Pendang dan orang Aloq setaq..so boleh ler mai...

Nanti kita sembang lagi sbb ada kejer nak buat nie...


 

















28 August 2012

RAya 2012


:: Alkisah raya Aildilfitri 2012... ::
Alhamdulillah...kita telah merayakan Aidlfitri yg mulia pada tanggal 19 Ogos 2012(Ahad)
Jadi saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada seluruh umat Islam didunia ini dan yg baca blog saya ini.Moga pada bula baik dan mulia ini, tiada lagi kekacauan di bumi Mynmar...sedih bila baca dan tengok kisah mereka..
OK, hendak cerita perihal raya tahun ini. Aku bertolak dari Nilai pada Jumaat 17 Ogos, jam 430 am, sahur di R&R Dengkil jam 5am sehingga jam 530am.Semua anak bangun utk sahur...hebat jugak mereka ini.Solat Subuh di Hentian Sebelah Tanjung Malim, ala yang ada Stesen Shell itu, orang ramai sebab waktu Subuh kan pendek aja masanya. Kemudian meneruskan perjalanan ke Taiping. Sampai di Taiping jam 9pagi..Alhamdulillah, semuanya selamat tiba.Jumaat petang berbuka di Taiping.Meriah sebab ipar dan biras dan anak2 menakan semua ada.Sabtu pagi, around jam 9pagi menju ke Pendang, tahun ini sambut 1 Syawal di Pendang. Sempat hari terakhir berbuka bersama adek beradek ada kira-kira 30 orang dalm sebuah rumah, meriah memang meriah.

Raya pertama - semua bangun awal walaupun mlmnya semua tidur lewat, yelah nak q ke bilik air, hik..hik...juadah toksah duk habaq ler ketupat, lontong, rendang ayam, perlbagai jenis air..terima kaseh tak terhingga kepada tuan/puan rumah ayahanda, kekanda fadhilah, adinda miza dan anak2 menakan yg bertungkus lumus nak buat preparation nie....aku tolong last minit aja. alhamdulillah jugak sbb tahun nie dapat takbir, dan tak gementar sangat, dan yg bestnya, anak menakan jadik tok imam dan ust zul(adek ipar) jadik khatib...hebat depa nie.kalau aku jenuh ketaq lutut. Solat mula jam 9pagi, sebelum tu Tn Hj Abdul Rahman( ayah ) buat peringatan utk solat, dan itu adalah rutin, sedih dengar suara ayah yg tersekat-sekat, dan ayah pun dah tak larat nak jadik imam.Ya Allah sehatkan tubuh badan ayahanda ku ini agar beliau dapat terus dapat beramal ibadah kepadaMu.Selesai solat dan khutbat jam 950 pagi. Alhamdulillah dapat bersalaman dengan orang-orang tua kampong, mohon ampun dari saya seikhlasnya.Lepas solat, balik kerumah utk ready sebb tetamu dan hadirin solat akan tiba dirumah, ramai tak ramai ler...tak menang tangan ler nak layan...setengah kampong ler yg mai kat rumah,sebb rumah kami ujung dan dekat surau. Raya pertama habis layan tetamu. sebelah petang sempat beraya di rumah mak menakan di Paya Kelubi dan Tobiaq.Syukur semua nya sehat2 sahaja.Apa lagi yer...ala dah lupa ler pulak...nanti aku sambung lagi...

Raya kedua -

Raya ketiga-
RAya keempat - Balik Taiping


 Geng Taman Seri Puteh...hebat geng nie ada tok imam geng depa
 geng Ipoh, hebat jugak....sbb baju merah...
 geng Nilai, memang hebat wei...tambah-tambah yg pakai selipar tu...
 hat nie geng Setiu...geng nie..toksah duk habaq ler...wakil negeri tu
 yang nie lagilah..Geng Kuala Krai...sapa balik kelantan, kalau tak lalu depan rumah depa..kira tak sampai ler kelantan...geng nie..kalau yg tgh tak bagi cuti...kira semua kena mai sekolah ler...

yg nie..tak boleh nak kata apa lagi...ada Imam dan siak serta  khatib geng depa..