Aidilfitri Tahun 2013 jatuh pada Khamis 8 august 2013
Salam semua..lama sudah tidak update blog ini..hampir 8
bulan rasanya…OK , kita cerita pasal Ramadhan dan Lebaran 2013..
Tahun nie , mcm jugak tahun-tahun lepas…dapat lagi melayari
dan melaksanakan ibadah puasa, Alhamdulillah…Puasa tahun ini jugak menyaksikan mak
dan abah mertua berpuasa dirumah kami seama hamper 15 hari…wahh kali nie meriah..sbb
penuh rumah..Terima kaseh bnyk2 Tn Hj Tazilan dan Hjh Kelsum sbb dapat
meluagkan masa bersama kami seisi keluarga…Tahun nie jugak meriah dengan
kemunculan baby boy yg baru.JAdik bulan puasa apalagi…terawih ler…mlm pertama
dan kedua aja di masjid…sampai lena2 anak aku kat masjid sbb habis lewat…mlm2 lain kat rumah aja…
Bulan puasa, juadah beli dan masak…mak suka masak…jadik
masaklah apa yg nak makan..dan beli mana
yg minat..Nuzul Quran balik berbuka di
Pendang..sempat 2 petang bersama ayah Pendang dan family Kak Lah dan Utzh.Miza.
meriah lagi kat Pendang sbb qamai…hik..hik…nak makan apa cakap aja sbb kak lah
dan Miza akan masak…TQ TQ noe…
Kami balik kg pasa Selasa petang, iaitu last day kejer
sebelum cuti seminggu. 6hb rasanya…berbuka dalam kereta dan singgah di R&R
Dengkil sat sbb anak2 nak makan..Alhamdulillah..tahun nie jalan tak jem dan tak
seteruk tahun2 lepas…mungkin sbb cuti dah bermula sblm tu..yelah cuti sekolah
pun awai..jadik ramai yg dah balik kg.
Kami sampai di Taiping jam 12.45 pagi..dekat2 jam 1 pagi
dah..so lepas angkat anak2 dari kereta…semua terus tidur…Rabu ..hari terakhir
berbuka di taiping..Mlm raya ada takbir pulak dari rumah ke rumah…yelah.Taman
Long Jaafar nie,..taman..so kena ler takbir dari rumah ke rumah…best jugak
takbir nie..kalau aku sambut raya di Taiping..Insyallah tak miss utk bertakbir…at
least kenai jiran2 dan kenai kawan2 Pak mertua…
Lupa pulak nak habaq..Zakat dibayar di MAsjid Taman Long
Jaafar, amil Cikgu Adni ada tunggu di situ..RM 7 ringgit utk satu orang…
Utk raya tahun nie…abah beli bnyk jugak tulang dan isi
daging..nak buat sup katanya.utk anak2 , menantu dan cucunya…dan abah dan mak
jugak ada order nasik daging dgn rending dan dalca…Tahun ni raya di Taiping tak
ramai…family aku dan family abg Min aja..utk raya pertama..dua org anak anak
abah lagi raya di rumah mentua depa..tapi petang raya pertama anak yg bongsu
dah sampai balik dah…
Raya pertama tak
pi mana pon tunggu dirumah aja menanti jiran dan sanak saudara yg datang...
Raya kedua
tengahri aku pulang ke Pendang untuk raya disana pulak disamping melakukan
ibadah akikah utk anak aku dan anak2 saudara yg lain...Dengar kata tahun ni
imam solat Hari Raya di surau aku diberikan kepada anak saudara aku..Ust.Atif
dan Tok Khatib yg baca kutbah pulak adalah adeknya iaitu Ust.Fais..hebat hangpa
noe..tahun depan kita takbir ramai2 lagi...
Raya ketiga
majlis Akikah berlangsung...anak aku dan anak2 saudara yg terlibat adalah..
- Anak abg Yen yg bernama Lina Khalilah
- Anak aku, Muhammad Tarmizi
- anak abg pi, Iz Zara Arissa
- anak kak cik Miza, Hana
- dan anak sepupu aku...nama aku
lupa...hik..hik..jgn marer nie..
Alhamdulillah..majlis berlagsung dgn jayanya..terima kaseh kepada semua yg
membantu...dan semua yg datang ke majlis kami ini...Lupa pulak nak habaq..kawan
opis mate aku pun mai jugak...sorang dari Segamat dan Sorang lagi dari Batang Kali...jauh
depa mai...yelah tahun nie depa raya umah wife depa..wife depa org Pendang dan
orang Aloq setaq..so boleh ler mai...
Nanti kita sembang lagi sbb ada kejer nak buat nie...