20 March 2012

:: JUM ...Ustaz Azhar IDRUS di Masjid Kuaters KLIA ::

Assalamualaikum...

Saya hendak war-warkan sedikit info mengenai Ceramah/Kuliah oleh Ust Azhar Idrus, ustaz mana tu tak kenai pon..., ala ustaz yg dari ganu tu...yg cakap pekatGanu tu. Yg mana, ala yg datang kat masjid Hijau kat Bangi tu yg berpuluh ribu datang dengar tu.Iskk..aku tak ingat lagi lah... Yg mana satu nie....ala ustaz yg ceramah kat UIA tu..yg penuh dewan kuliah tu,yg melimpah ruah tu.
mana satu nie...ala yg baru2 ni masa sambut tahun baru dia petik gitar dengan Zizan raja Lawak tu...

ooo..ustaz tu..yg tu aku tahu ler....awat dengan dia...

aku nak habaq..dia nak mai ke mAsjid kuaters klia, pada 24 hb Mac nie.
Pihak masjid jemput utk adakan kuliah lepas maghrib..

jadi pada yg ada kelapangan tu, sudilah kiranya dapat menghadirkan diri dlm majlis ilmu nie...bukan nya lama pon...bawa anak isteri datang.

toksah bimbang...kalau lapaq, gerai jualan ada dibuka...lagipulak area masjid tu kedai makan berlambak..pilik aja....kalau malaih dgr..lepak kedai mamak, al falah sebelah tu...sound system power..kompom dengar punya...

saya ambil kesempatan nie sbb masjid tu dekat dgn kediaman saya...alhamdulillah dan insyaAllah kami sekeluarga akan hadir...

keterangan lanjut http://masjidkuartersklia.blogspot.com/

mcm mana nak pi ke masjid tu...
senang aja...
kalau sapa nak pi LCCT, nak pi F1 litar,akan nampak signboard kuaters kediaman kakitangan kerajaan, masjid tu terletak di kawasan kakitangan kerajaan kompleks klia berhampiran roundabout yg besaq tu...

tak jauh dari perumahan Bandar Enstek yg Tabung Haji buat tu, senang aja



///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Tarikh : 24 MAC 2012 - SABTU
Masa : Lepas Solat Maghrib
Tempat: Dewan Solat Masjid Kuarters KLIA
Bersebelahan Bandar Enstek


Laluan dari:

Seremban > Lalu LBJ, Masuk Simpang Enstek > Ke Kuarters Kakitangan Awam KLIA.

Dari Tol Nilai > Simpang kiri terus masuk Jalan Sepang ( sign Bandar Enstek ) Selepas pekan Salak masuk kekiri , Kuarters Kakitangan Awam KLIA.

Dari Tol Lebuhraya Elite : Terus masuk keF1 Circuit > nampak sign Kuarters Kakitangan KLIA terus masuk kekaw. Perumahan kuarters. Dan nampak masjid.

Panduan: Orang ramai mesti melalui Jalan Sepang, dan masuk ke Kuarters Kakitangan Awam KLIA.

* Perhatian: Jangan silap pergi ke Masjid Lapangan Terbang Sultan Abd Aziz KLIA. Bukan disini.
> PASTIKAN MASJID KUARTERS KLIA dan bukan masjid KLIA yg nak dekat airport tu...



No comments: