Sempena cuti sekolah yang lepas..cuti start 10hb march to 18 March, kami ambil peluang balik kampong, balik ke Pendang dan Taiping, Jam 445am pagi sabtu kami bertolak dari rumah kami.Singgah di RNR rawang jam 545am.Tunggu Subuh dulu, Subuh jam 605am.Masa tu minum dulu, apa yg patut, gerai kat RNR sentiasa on aja. Jumpa jemaah umrah baru balik, jemaah tu singgah di situ juga.Sembang dengan depa sat, rupa-rupanya orang Kedah jugak, orang Padang Terap. Ada seorang tu , pangkat tokwan dah, dia kata, pi ler haji dan umrah awai sementara muda nie..i'allah ada rezeki dan keizinan nanti kami akan sampai. tokwan doa ler sama kata ku kepadanya. Jam 7am baru bertolak dari situ ke Taiping.Sampai Taiping jam 945am..Jalan OK sbb orang ramai dah balik bercuti.Lepas brakfast ngan abah dan mak kat taiping, kami terus ker Pendang. Jam 130 arrived at Pendang. Dlm kampong ada 1 kenduri kahwin (Rumah Abg Ya rasanya ) dan satu satu lagi dikampong sebelah, sebelah rumah Halim Posmen. mendung aja di Pendang tatkala tu.Petang Sabtu tu pi ziarah mak saudara, ngah ma, adek allahyarhamah mak. aku Hari Ahad ajak ayah pi breakfast kat Kedai Sri Merbok, famous gerai nie, sebelah Poliklinik Azhar. Lepas tu terus ker rumah mak saudara, Lang Yam. Semenjak depa balik dari Mekah, baru ni aku dapat ziarah mereka banyak cerita yg nak disampaikan. Dirumah ayah, anak-anak nak naik motor aja, adussss..
Pagi Isnin bawa ayah buat checkup kat Pusat Kesihatan Pendang, aku doakan ayah sehat2 aja, walaupun nampak ayah dah tak kuat macam dulu.Sedih tengok ayah hidup tanpa mak disisi. Keseluruhanya best balik kampong, terima kaseh, buat kak lah yang menjaga kami, jasa kalian semua tak terbalas.Hajat hati nak jumpa abg2 tapi tak kesampaian sbb depa ada urusan. Pagi Selasa bertolak semula ke Taiping utk "portion" isteri pulak.
No comments:
Post a Comment