28 October 2010

::: ORANG IKHLAS TERTINDAS? ::

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?




http://genta-rasa.com/2010/04/09/orang-ikhlas-tertindas/

:: Dapat Voucer, jadilah..::


wife den dapat 4 kupon nie....so nak kena minum horlicks ler pulak lepas nie....ha..ha

:: Untuk Cik Puan yag bertugas di LHDN ::

Ini resit buku yang den beli kat MPH tempohari yer...


TOTAL RM 27.40



24 October 2010

:: Sekadar Membantu ::

Saja aja nak info kot2 dapat membantu, sabtu lepas , anak den yg nombor 3 tu asyik meragam aja...nnagis dan merap aja...den dukung dari pagi sampai tengahari...bagi tidur, tidur 10 minit aja..nangis lagi...

den tahu dia lapor...den kasik susu...minum sikit aja...den heran bangat...den syak , ada yg tok konar nie...tengok mulut dia..air liUr asyik keluar aja....
mesti sakit tekak , kerongkong nie..minum tak leh...makAN tak leh...sian kat anok den tu...

den bg jugak nestum ...dia makan sikit aja....nangis lagi...

mok budak nie tak ador..mak dia kena standbye dan ador kojer kat opis nun di kl nun....
so den jadik suri rumah ler...

anak number 1..mak dia bawok...anok Numner 2 dan number 3 duk ngan den...
den pulak time2 cuti tak suko kacao pengasuh den...bagi ler dia rehat samo...

so nak nak handle jugok...pengasuh den datang umah sbb dgr nangis.....pengasuh bagi cadangan kena gi klinik nie...dia sakit tekak tu....
pastu kepala anak den nie panaih...sbb mcm nak domam...domam ler tu...

pengasuh taruk air asam jawa+asam jawa pekat atas kepala...letak jugak ais batu...den bg jugak antibiotik kat budak nie...amik antibiotik abg dia yg ada balance lagi...
pastu ..sejam dua...dah okay...nampak dah tak nangis....

pastu dia lapor....den kasik nestum..bnyk dia makan...dan susu 2 botol dia minum....

petang tu..jam 6 pm..den gi klinik jumpa doctor...doc cakap anak den kena demam campok nie...aik..taknampak pulak biji kat badan dia...doc cakap ada bawah kulit nie...
dia tak selesa..doc cakap....

doc bagi ubat sapu...ubat selsema dan antibiotik...
ubat selsema den tak kasik minum...den sapu ubat sapu tu kat badan...dan kasik antibiotik 3ml kat anak den..
pastu...nampak macam lega..dan macam tak percaya...suara anak den menjadik semakin kuat...yelah..anak jantan...
pastu..mlm kasik lagi sekali...
hari ahad....semua sudah baik till now....

thank GOD...rasanya dia tak selesa dan tekak dia sakit...so lani anak den dah mcm sediakala....
antibiotik akan dihabiskan...


p/s: KALAU ANAK KENGKAWAN SELLAU KELUAR AIR LIUR TU...JUMPA DOC..AMIK ANTIBIOTIK....ITU UBATNYA....YG SEMBUHKAN TU BUKAN UBAT..TAPI ALLAH TAALA..UBAT TU MEDIUM AJA...
LEGA RASANYA



HAT NIE SUKA KEMAS umah..kalau den pegang mop..dia akan cepat2 datang nak tolong.dia akan kata..ayah...nak mop...kalau tak bg dia nangis..kalau den bagi..tak siapler kejer nak mop umah tu...so layan ajalah..



den langgan majalah nie utk anak den yg number 1 tu...


hadiah dari ibu kepada anak den yg number 1...sbb suka kaler...


anak number satu...dia minat lukis dan kaler...den tak minat langsung..bukan tak minta sbb apa...sbb kalau den lukis...selalu tak menjadik aja...


21 October 2010

20 October 2010

:: Reunion Bersama Kawan2 si ISteri ::

Date : 17 Oktober 201
Day : Sunday
Time : 3pm till 6pm
Venua: RASA, Alamanda, Putrajaya...


hik22..saja teman isteri jumpa kawan2 lama dia masa tingkatan 4 dan 5... nak kumpul ramai2 susah..so sapa boleh attend tu dah dikira besaq rahmat.... terima kasih semua...

:: Menara KL Here I come ::


date : 16 Oktober 2010
Day : Saturday (2pm to 6pm)
Event : Hi TEA..minum2 aja...minum teh dipetang hari....

Aku ngan family join...so dah tahu ler...menara KL nie....best memang best...everybody must try...




depa dua nie yg paling gembira sekali....


kalau yg gayat tu..takyah ler tengok bawah....


abid tengah tekun mewarna....

amal tengah tekun memanjat...

kalau bab icecream...mamat nie ler paling suka..gigi dah sampai nak rongak..



penuh mulut tu



nie kat tingkat bawah sekali..

05 October 2010

:: sambungan - Taman Tema Air, Bukit Gambang ::


bfast ...bihun dengan air kotak dan ayam goreng..
ombak tak mai lagi
gimik perasmian





sapa nie wehhh
anak sapa nie


ombak dah mai




amacam

:: Bukit Gambang Resort City ::

Percutian merangkap family day company isteri aku..

Here we go , Bukit Gambang Resort,
Date : 2 dan 3 October 2010, Sabtu dan Ahad

Bertolak dari rumah jam 12 lebih..sebab pergi open house rumah jiran dulu…hajat hati nak keluar awal, sbb nak elak traffic jam dan cuaca panas…

Ambil utara selatan h way dari nilai, exit di UPM, oastu ambil MRR2 terus ke Gombak, dan seterusnya ambil LPT ke Gambang

Singgah sat di Paya serai dekat Bentong tu..isi minyak, dan beli apa yg patut utk makan atas kereta..

Sampai di tempat rehat Bukit Gambang jam 3 kot, bungkus nasik ayam sbb nak terus ke resort…

Jam 4 check in..kaunter dah bukak dah…

Bukit Gambang Resort…
Kami menginap di Studio Suite sbb harga agak murah compared dgn Family suite..
Bilik okay…

Area apartment tu ada permainan utk kanak2.., Lagi satu di apartment ni jugak ada kolam renang…kolam renang tak jauh dari lobby..

Taman tema air dengan Apartment tak jauh…kena naik keter, tapi tramp jugak disediakan..harga tiket rm1 aja utk sorang…tramp ulang alik 20 minit sekali…so don’t worry…


Kami duduk di S2-02-01 (blok studio 2, tingkat 2 dan bilik no 1.)

Jam 6 petang kami gerak ker Kuantan, hajat hati nak pergi Teluk cempedak dan Tanjung Lumpur(tempat makan ikan bakaq yg best ), tapi hanya sempat sampai Tanjung Lumpur aja..yelah..anak2 dah letak…nak tidur kata mereka…

Dari Gambang ke kuantan more or less 30 minit aja..jalan terus aja…sampai kuantan towm baru nampak signboard teluk cempedak dan tanjung lumpur..

Utk ke tanjung lumpur kena naik jambatan..(belok kanan – jalan teluk sisik), dan belok kiri utk ke teluk cempedak.

Taman Tema Air Bukit Gambang..
Sebelum masuk, ambil gambaq dulu..ha..ha..ha, alamak kamera abis bateri pulak…bateri dah “kong”.nasib baik kengkawan ada kamera boleh tolong snap sat…

Harga tiket around rm 22 org kot utk seorang (dewasa)..sbb family day…company dah tolong bayaqkan…tenkiu noe…

Kelebihan di taman tema air nie..tak perlu susah2 nak bawak cash money… reload/topup siap2 masa beli tiket tu…

Aku top up rm 50 aja…yelah anak 3…tapi duit nie kalau tak habis akan dapat balik..so jgn duk penin pikiaq..
Lagi satu lupa nak bg tahu..makanan/minuman luar tak boleh bawak masuk…

Kawasan besaq…dan mandi manda memang puas….lepas mandi lapaq…makan , minum..hulur tangan aja..sbb nak deduct duit dari tag yg kita pakai tu..

Pelampong/tube pun ada disewakan//so don worry bg yg tak pandai berenang.

Apa lagi yer…

Aku keluar jam 330pm lebih sbb nak balik jauh …

On the way balik..singgah kat tempat rehat temerloh..minum kopi ais sbb mengantuk sngt..dan solat sekali…

Sampai tol Gombak..jalan dah mula jem…yelah…ahad petang..
Aku tekad taknak amik jalan yg tunjuk seremban hway tu…sbb jauh..
So aku terus ke kl…tup2 nampak Duke Hway…
So amik duke hway…exit kat jalan semarak…lalu depan opis wife..jalan tun razak..ambil mex hway pulak..terus ke rumah…


Taksat baru tengok saman online…
Alhamdulilah.saman tak ada…

p/s : LUPA NAK BG TAHU...KALAU NAK KE GAMBANG, JALAN YG DEKAT SIKIT ADALAH KELUAR IKUT SRI JAYA..