13 August 2009

:: yelah ..duk tunggu hangpa keluar doa, alamat beratus lah yg mati dulu ::

////////bukan kiqa terpedaya or tak...duk tunggu hangpa keluaq doa...alamatnya,,,lagi qamailah rakyat malaysia yg akan mati....

kalau doa tu ayat2 quran, sunnah nabi...
tak ada salahnya.....amal ajalah..
yg penting yakin n niat kena betul...

apa kaitan ngan puak2 arqam pulak....

masalah nya...
yg islam tu tak mahu ikut islam....

pakat telan lah padanol tu bnyk22....

kalau kerajaan ada penawar or apa2 pencegahan bagi tahu ajalah...yg duk buat pekak badak dan pekak babi tu apahal....
yelah masa selsema burung dulu, pakat bunuh habis semua ayam ...n segala jenis burung , itik....sampai masa kampong n pelosok kg...
mai selsema babi haram jadah nie...
hangpa buak pekak badak n pekak tuli aja...
bunuhlah semua babi yg ada kat malaysia nie....

hik22...itu kalau aku nak marah...
tak boleh lah...sbb selsema babi nie...dah serang babi...dia dapat perumah baru...iaitu manusia....
so
pihak berwajib ..jalankan tanggunjawap anda dan kami rakyat akan jalankan tanggunjawap kami....

p/s: takkan topeng muka/mulut(mask) tu pun hangpa nak buat bisness kot///
cilakak betui hangpa noe....





http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm



Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung H1N1
13/08/2009 3:05pm


SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan

No comments: