10 June 2009

:: Cuba kena ataih kepala depa ::

///

aku dah habaq lama dah ..puak2 nie kalau tak kena ataih batang hidung depa..depa duk u "congok" mcm tu ajalah....

cuba kena kat ataih kepala depa..., contohnyalah qumah depa kena hanyut ngan ayaq, qeban, anak bini mati lema s dlm sungai...dan sebagainya....

depa nie peduli apa ngan masalah rakyat,yelah..kalau projek tu tak mendatangkan hasil kat perut dan bawah perut depa....
tunggulah....satu hari hilang jawatan tu, psl rakyat meluat...sembang aja "deraihhhhhhhhhhhhhhhhh" habuk pun tarak

Dok Segera Jaa Bunyinya.. Buat tak pon..dah dekat 5 thn dah berlaku..
Segera projek tebatan banjir

PENDANG 9 Jun - Projek tebatan banjir bernilai RM160 juta di negeri ini perlu disegerakan bagi mengatasi masalah pertanian dan penduduk yang tidak berkesudahan sejak sekian lama.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, pelaksanaan projek berkenaan perlu diberi keutamaan memandangkan negeri ini merupakan pengeluar terbesar beras negara.
Katanya, kejadian banjir yang kerap berlaku menyebabkan rancangan untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi boleh terganggu selain mengakibatkan kemusnahan tanaman dan harta benda.
''Oleh itu perkara ini perlu diatasi segera dan saya beranggapan projek tebatan banjir yang telah dirancang kerajaan tidak boleh dilengahkan lagi.
''Saya berharap ia akan dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Saya akan meminta kerajaan memberi perhatian terhadap projek ini," katanya di sini hari ini.
Mohd. Johari berkata, dua projek tebatan banjir yang dilihat penting untuk dilaksanakan segera ialah di Daerah Pendang dan Yan kerana kawasan berkenaan selalu dinaiki air apabila hujan lebat berterusan.

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/06/dok-segera-jaa-bunyinya-buat-tak-pondah.html

No comments: