26 May 2009

:: Sampai bila..kan aku dah habaq lama dah ::

kan aku dah habaq lama dah "puak2 "tu bukan peduli apa dengan masalah rakyat, bnyk komen dan bnyk surat dah aku hantaq komplen bg tahu...haram tak jalan...
biaqpilah sapa pon komplen selagi puak2 yg ada share dlm syarikat keretapi nie, lrt kah, erl kat star, ker putra ker..selagi tak "mampuih" PUAK2 NIE selagi tu lah duk mcm nie...
AKU DOAKAN DEPA NIE AKAN "MELINGKUP" SEMUA DENGAN SHARE2 DEPA TU...
KAN NABI DAH CAKAP...AKHIR ZAMAN NIE..UMAT AKU AKAN DIUJI DENGAN HARTA...SO BERINGATLAH,,,LIGAN HARTA TAK ADA "BATU PERENGGAN OOO"

dari dulu lagi..masa zaman paklah melawat, naik komuter, lani najib pulak naik star..aku rasa tak akan ada perubahan....
ubah pi lah pudu tu ke tasik selatan ker..ke mana2 ker..
selagi tulah....
yg pasti " esok lusa naik lagi tambang bas...or pengangkutan awam, bulan 9 nie naik lagi harga minyak.........




AKU NAK DECLARE KAT SINI....TAK AKAN ADA PERUBAHANNYA UTK PENGANGKUTAN AWAM NIE...YG AKAN ADA PERUBAHAN ADALAH HARGANYA YG AKAN NAIK AJALAHHHHH...KAH....KAHH..KAHHHH...
PADAN MUKA HANGPA..
pangkah lagi..pangkah..jgn tak pangkah....



SAMPAI BILA?















GAMBAR kiri menunjukkan orang ramai membahayakan diri berhimpit-himpit dan berpaut pada pintu komuter di stesen Segambut. Gambar kanan pula memperlihatkan warga kota beratur panjang untuk menaiki bas selepas menggunakan perkhidmatan LRT di Perhentian Bas Stesen LRT, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.
Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?
Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

1 comment:

AKU ANAK GURUN said...

hai bagueh cerita nampak, selamat berjuang.