26 February 2009

:: Tak ker BANGANG nama nya nie ::

tulah pasal, aku dah cakap awai2...puak2 nie memang jenis "mentekedarah" duit rakyat...

padan muka sapa yg pangkah parti idola hangpa tu...
nie yg aku nak marah nie....
ingat kan kerajaan dah ambil ikhtibar dari perkara yg dah berlaku....

haram tak pon...depa buat pekak badak aja....

naik lagi tol...naiklah harga barang..
naik semua..semua naik.....

tengoklah satu hari...jenayah akan meningkat....n terus meningkat....

nak turun cukup susah...nak naik senyap aja....

turun ciput.....tiket ERL sampai lani...HARAM TAK TURUN....TAPI BILA TARIF ELEKTRIK NAK NAIK...DEPA LER PENAIK DULU...BENGONG....

DLM IPP PON ADA NAMA DEPA JUGAK.....

YELAH...NAMA DEPA PON ADA DLM LIST KONSESI TOL TU..
BUAT APA KERAJAAN BELI SYARIKAT KONSESI TU..
NANTI JADIK HAK KERAJAAN...PASTU ..SUSAH LER NAK MEMBUNCIT PERUT DAN DIBAWAH PERUT TU....


AKU PENGGUNA HWAY PLUS ..UTARA DAN SELATAN...

TIME ORG NAK BALIK KG AJA...JEM GILA BABI..SAMPAI LANI TAK DIATASI PON...

BENGONG..BENGONG..N TERUS LAH MEMBENGONG....

..........

DI SINI..AKU MENGHARAM KAN WALAU SESEN PUN DUIT DARI TITIK PELUH AKU YG DISALAHGUNAKAN...

DAN AKU TAK HALALKAN UTK DUNIA DAN AKHIRAT....DAN AKU DOAKAN AGAR CEPAT MAMPUS KEPADA SESIAPA YG TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN WANG AKU INI...
DAN AKU MENDOAKAN AGAR ANAK CUCU CICIT HANGPA YG TERLIBAT DLM MEMAKAN HASIL TITIK PELUH ORG LAIN DGN CARA YG TIDAK BETUL, AKAN DILUMPUHKAN SELURUH BADAN, DAN DIBINASAKAN DARI BUMI ALLAH INI..

POHON DARI ALLAH, AGAR DOA AKU DIMAKBULKAN...



Kadar tol 5 lebuhraya naik 5 peratus mulai 1 Mac
Feb 26, 09 11:42am
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.
Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu."Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.


http://malaysiakini.com/news/99105

1 comment:

imine said...

Salam,

Setuju sgt2. Mmg bangang. Ekonomi dah lah makin gawat. Org byk diberhentikan kerja. Tutup 2 plaza tol tp naikkan 5-6 kadar tol h/way lain. Plain stupid lah KERAjaan BN ni.

Nak menambah kaya org yg dah sedia ada kaya dan mengkayapkan org yg dah sedia ada kayap. Badigol depa sume tu kan.