23 January 2009

:: Ikhlas dari seorang ibu ::













Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian
sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.


1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke
umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru
kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu
kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan
berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan
kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan
rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur
kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada
kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun
anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.


Selamat mencuba......



No comments: