20 October 2008

:: Pemandu teksi terima sarjana ::

Pemandu teksi terima sarjana

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Iltizam untuk menjadi idola kepada lima anaknya membakar semangat seorang pemandu teksi, Ishak Ismail, 56, untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana.
Hari ini, impiannya itu menjadi kenyataan apabila beliau menerima ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-32 di sini.
Semangat Ishak untuk menimba ilmu terus menyala dan selama 13 tahun memandu teksi di sekitar Shah Alam, beliau sentiasa berfikir untuk mengisi setiap masa terluang dengan perkara yang berfaedah.
‘‘Saya sedar peringkat usia saya agak tua berbanding mahasiswa lain tetapi berbekalkan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya nekad sambung belajar peringkat ijazah pada tahun 2002,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu di sini hari ini.
Sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazah dalam bidang komunikasi dua tahun lepas, datuk kepada tiga orang cucu ini meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Komunikasi Korporat.
Kejayaan hari ini, katanya, adalah berkat doa dan sokongan moral yang diberikan oleh isteri dan keluarga.
Justeru, jelasnya, pengorbanan keluarganya itu tidak akan dipersia-siakan kerana selepas ini, beliau tidak lagi akan menjadi pemandu teksi.
‘‘Cukuplah selama 13 tahun saya jadi pemandu teksi. Saya mahu mengubah kehidupan kami sekeluarga.
‘‘Cuma kenangan manis sepanjang menjadi pemandu teksi tidak akan dilupakan kerana sewaktu menunggu penumpang, itulah masanya saya mentelaah,’’ katanya yang belajar selama dua jam setiap hari.
Beliau berkata, tiga daripada lima orang anaknya kini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Menurutnya, berbekalkan ijazah sarjana yang ada di tangannya itu, beliau bersedia untuk menjadi pensyarah sambilan jika ditawarkan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi.





///ini kata2 aku pulak..hik...hik...



kalau hendak seribu daya...kalau tak hendak...macam2 lah alasan...


by the way..kalau org yg dah ada bnyk harta dah konfortable dgn kehidupannya sekarang ini...mungkin dia takkan sambung belajar...



tapi bagi aku suami isteri...kami sama2 menghabiskan pengajian sehingga ke peringkat master, dgn tujuan2 berikut aja..


1. nak menghilangkan kejahilan yg ada kat kepala otak ni...rupa2nya Ilmu allah nie luas...lagi belajar..lagi bnyk tak tahu.....hik...hik...



2. hendak beramal dengan ilmu yang telah diperolehi...alhamdulillah ...dlm process ni...



3. nak ajar org yg tak tahu...tu pun kalau kami tahu..kalau kami tak tahu jugak...kami pon kena refer org lain jugak....hik..hikkk



4. sebagai pemangkin utk anak2 kami nanti...at least kami ada master...nanti depa pon akan pulun belajar jugak....



5. tapi semua ni perancangan kami aja...kalau allah izinkan...okaylah..alhamdulillah..


kalau allah tak izinkan nak buat mcm mana...


lagipulak perancangan allah tu yg sebaik2nya..


ingat lagi kata2 ustaz...


"wamak karu wamak karullah. wallah hu qhairan ma kirin "


alhamdulillah jugak...



apa yg di doakan selama ini..semakin menghampiri satu persatu...


dan...



didoakan semoga wife tersayang bakal melahirkan anak dengan keadaan yg baik..dan segala urusan berjalan dgn lancar...



ingat lagi pesan ustaz " jgn keciwa kalau doa kita tu tak dimakbulkan....mintak lagi..n mintak lagi...


kalau tak dapat jugak..check balik..kot2 ada "perkara " yg menghalang...mana tahu..cara mintak salah ker...pastu maybe masih duk mengekalkan dosa2 kecik..hikk..hikk


kalau semua dah okay...tak dapat jugak...jgn keciwa, kerana setiap doa tu ibadah...dan ibadah tu Allah akan gantikan dengan pahala....



nanti allah kira kat akhirat nanti....OKAY>>





 
SYABAS... ISHAK Ismail menunjukkan isyarat bagus selepas menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat pada Konvokesyen Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


No comments: