PELAJAR UITM JANGAN BERANI DEMO DENGAN MB PAKATAN RAKYAT SAHAJA
Dikirim pada Ogos 13, 2008 oleh HermanSamsudeen
Terkejut apabila membaca Utusan On Line hari ini 13/8/2008 yang menyatakan 5000 pelajar UITM demo depan pejabat Menteri Besar. Ini berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, kerana mencadangkan 10% kouta UITM dibuka kepada bukan bumiputera dan pelajar asing.
Alasannya untuk memberi daya saing di kalangan pelajar bumiputera. Pada saya, isu ini tidak sepatutnya disentuh kerana perkara ini sudah jelas dan telah diterima pakai oleh bukan melayu di negara ini. Sepatutnya perkara 153 hak yang telah dijamin dalam perlembagaan elok tidak perlu disentuh. Ini adalah kontrak social yang sudah lama diterima oleh semua kaum sejak kita medeka.
Kalau boleh kita pertahankan apa yang ada dan perbaiki lagi nilai dan mutu orang Islam di negara ini. Kalau dibangkitkan perkara ini ia akan menambah parah tanggapan orang Islam dan Melayu kepada Pakatan Rakyat. Seolah-olah kita sudah lupa bahawa teras politik di negara ini ialah Melayu Islam.
Selama ini Umno yang telah menjahanamkan ini semua terutama di zaman Tun Dr Mahathir yang memerintah 22 tahun, dan dilanjutkan oleh Datuk Seri Abdullah Badwi.
Sebagai orang yang pernah menjadi pensyarah di UITM daripada tahun 1988-1997, memang missi UITM adalah murni. Dengan semangat bahawa semua pelajar ada potensi untuk dibangun dan dimajukan. Dulu ITM sekarang UITM yang dianggap IPTA kelas tiga, namun sekarang ia berada setanding dengan IPTA yang lain. Satu ketika dahulu pelajar yang gagal mendapat tempat di IPTA lain kerana pencapaian SPM yang rendah telah berjaya dibangun dan akhirnya ada yang menjadi professor dan ahli koperat yang berjaya.
Saya mengharapkan pelajar UITM mengembalikan zaman kegemilangan sebagai gerakan pelajar yang lantang dalam siri demo seperti zaman Saudara Mohd Sabu, Dato’ Ibrahim Ali, Anuar Tahir untuk menentang golongan penindas di negara ini dan membela mereka yang tertindas.
Tetapi semenjak dua menjak gerakan pelajar, UITM berada di bawa paras beku terutama zaman regim Profesor Dr Ibrahim Abu Shah. Perjalanan pilihanraya kampus yang tidak demokrasi, pergerakan kakitangan dipantau dan ditukar ke Sabah dan Sarawak kalau di dapati anti Umno.
Walau bagaimanapun tahniahlah pelajar UITM yang baru keluar daripada kubur dan gua kahfi untuk demo.
Lain kali bukan sahaja atas isu ini, banyak lagi isu yang mencarit perkara 153 mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Contohnya isu penggunaan bahasa Inggeris dalam metematik dan sains, penghapusan biasiswa, menarik balik bantuan perkapita sekolah agama rakyat, tanah simpanan Melayu yang bertukar status bebas.
Semuanya isu yang telah dikhianati oleh Umno/BN iaitu parti yang menjadi dokongan Ibrahim Abdu Shah dan pensyarah-pensyarah Umno kamu. Kalau kamu mahasiswa jantan teruskan agenda kamu sebagai pembela agama dan bangsa, tetapi bukan sahaja dengan MB Pakatan rakyat sebaliknya dengan penguasa yang lebih besar kuasanya di Putera Jaya yang mengkhianat amanah agama dan bangsa.
////
http://idrisahmad.wordpress.com/2008/08/13/pelajar-uitm-jangan-berani-demo-dengan-mb-pakatan-rakyat-sahaja/#more-70
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14267
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14269
////
:: Betui ker student nie demo , ker kena suruh pergi ::
Kadang2 nak tergelak aku baca bab student nak demo nie….
Ini komen aku……sbb aku pun pernah jadik student, kejer…jadik student balik..kejer dan sekarang baru abis master degree…I’allah ada rezeki nanti nak buat doctorate pulak….
betui ker mb sgor cakap mcm tu…kalau betui keluar kat mana kenyataan tu..
kalau keluar kat paper…mana kenyataan nya..betui ker kenyataan nya mcm
tu…or sekadar pandangan peribadi sahaja…
nak bg tau…napa semua student3 tu pakat jadik bangang habis..tup2 pi buat demo…..akai ada kah…napa depa tak dikenakan tindakan disiplin ..kan auku ada…lagipulak auku pindaan tak bentang lagi kat parlimen…
kalau mb sgor cakap cm tu pun napa hangpa semua takut…bukan tanggungjawap hangpa…mb sgor mana ada kuasa nak masukkan kuota 10 percent tu..dia ketua kerajaan sgor aja..
napa pihak kerajaan cepat melatah..
masa nak buat cadangan hudud kat Kelantan pun..semua org kelam kabut…sesubuah kerajaan negeri tak boleh buat undang sesuka hati depa…sbb depa tertakluk bawah kerajaan pusat…kerajaan yg mmeerintah…
napa perlu2 student tu buat demo….
Kalau nak buat demo…kena pikir dulu…apa tujuan demo diadakan..
Kepada sapa nak kita berdemo….sapa anjurkan demo ni.dsbnya,,,,
Jgn main hantam kromo aja….sebelum nie tak pernah dgr student uitm berdemo….BIADAP SUNGGUH KAMU…MENINGGALKAN KELAS….PENGAJIAN DAN SBNGYA….KAMU TAHUKAH…AKU HARAM KAN DUIT CUKAI YG AKU BAYAQ KEPADA KERAJAAN UTK MEMBIAYAI PENGAJIAN KAMU…AKU TAK HALAL WALAU SATU SEN PUN…JAWAPLAH KAMU DGN ALLAH NANTI…
NAK BERDEMO TU JGN LAH JADIK BANGANG SNGT…
PIKIR DULU SEBELUM BUAT…
RUGILAH ADA DIPLOMA, DEGREE, MASTER DAN PHD..KALAU TAK TAHU PUCUK PANGKALNYA….ADA AKAI KENA PAKAILAH…
NAPA PUAK2 YG BANGANG BERDEMO TU TAK BERDEMO PASAL CAJ PTPTN, PASAL NAIK HARGA BARANG..PSL MINYAK NAIK…PSL BIASISWA DSBNYA
NAPA TAK DEMO PSL ARAK YG BERLELUASA …ANAK LUAR NIKAH…MAKSIAT SANA SINI….HIBURAN YG MELAMPAU….
ARGHH….PERKARANYA MUDAH AJA…SBB TAK NAK PAKAI AKAI…
MAIN TURUT AJA….
SBB NAK JG PERIUK NASIK , PERUT DAN BAWAH PERUT AJA….
SO HANGPA STUDENT UITM….BELAJAR RAJIN2…DAPAT KERJA BAGUSS…BINA NEGARA KITA, BINA MASYARAKAT KITA…TOLONG RAKYAT…PERKEMASKAN AGAMA KITA….
DAN JGN BERDEMO TAK TENTU PSL…SBB TAK PSL22 NANTI AKU PANGGIL HANGPA BANGANG…..
HANGPA MENGAJI TU PUN pakai DUIT RAKYAT….
No comments:
Post a Comment