17 April 2008

:: Iman semut ::

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi AllahSulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi AllahSulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yangkering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman punbertanya kepada semut : "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukupuntuk kamu".Semut pun menjawab :"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezekidi tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandusini ada rezeki untuk ku".Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya : "Wahai semut, berapa banyakkahengkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makandalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandumsebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan : "Kalau kamu makan hanyasebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku bolehtolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itudan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuhdalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekasdengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi AllahSulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut : "Kamu rupanya berbohong padaaku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudahsebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut : "Aku tidak berbohong, akutidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehinggabanyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku carisendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupapadaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki akubergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah akumakan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut

No comments: