11 April 2008

::Hal - Hal Rumahtangga ::

ini berkenaan hal2 rumahtangga...
kalau sapa terasa..betullah..kalau tak terasa...takapalah...

tapi inilah yg dikatakan rumahtangga...
so kena banyak belajar lagi...

ini banyak jatuh kat ataih kepala laki....nanti aku citer pulak utk si isteri...tungguuuuuuuu


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri,terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
kehidupan sekarang nie..semua pakai duit...bangun pagi aja..duit langsung...kalau tak nak pakai duit banyak...duk kat kampong...so suami kena respekler kat isteri....sian depa kerja....lainlah kalau laki tu kaya


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telingakiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterimadaripada isteri dengan bijak serta prihatin.///ada suami yg buat pekak badak aja time isteri cakap, yg jenis "pongoih" pun ada...haiya...itu mcm org pun ada ker...

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri, menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri andalebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruhkahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak,mencuci dan sebagainya!

5.. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awakjuga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak,mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteribila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best danmengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datangterpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat,permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukansoal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakinsihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh controlkentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma mainwayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekalimencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, janganbebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela naktolong (lainlah kalau awak kawin dengan perempuan kedekut, itu bodoh awaksendirilah).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalambakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dahguna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpanbalik di tempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu?Semua nak kena ajar ke?

16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengankerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjukrajin bila ada tetamu di rumah saja.

17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami punmanusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapidiputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan dirisendiri. You all memang dengki!

18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi takboleh..Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadimengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik,jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapayang kena jaga awak? Bai jual roti?Apek jualsayur? Jiran sebelah rumahawak?

20. Kalau isteri nampak tak sihat,cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nakmampus pun tak perasan.

21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupunsuami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambilkira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalahketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yangdituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinanisteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri jugamasuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami jugamasukNERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuksyurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

23. Berusahalah dengan ikhlas untukmempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baiksekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali (kalau isteri tak nakbalas, salah awaklah kawin dengan perempuan kepala batu).

24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perluminta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan nisensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagaidihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri

No comments: