10 April 2008

:: 50 tips nak jadik suami yg baik... ::

//petua dr fazilah kamsiah...
betullah nie apa yg dikatakannya.....semuanya bertitik tolak atas kita aja...nak buat atau tidakk



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat danberdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri andaadalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhanadalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifatpositif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang bolehdibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suamitersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semuaisteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang andaluangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang andasayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok danbahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yangmesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suamiisteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasadalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suamimembazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihatisemasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkanhubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandibersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapatmeringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyakmasalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilandiri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuansuami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suamiyang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tanggaterancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentukkeluarga sejahtera


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga jugapatuh kepada Tuhan.18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secarasengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada oranglain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yangmenbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yangmemusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang danendah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabilasuaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagiadan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajukbukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagimendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertibmemberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan inisehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikutusia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskaniman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga,ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabilasuami cemerlang, isteri akan gemilang.


28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidakambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahanyang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cubahormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yangmenghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. NabiMuhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanitayang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahlikeluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian danmemilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hatidengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawandengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dantindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supayasetiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hinakeluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluargaberkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dankeluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apayang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahlikeluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeruke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegassangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritiktetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri danmembuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuksenyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh,sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhandengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-melunutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati danpendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaluimesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yangisteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabilaisteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pastiisteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangilayanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan danpandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal machodengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isterimesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkandaripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri,bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebaranglintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihatsekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang,waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga dirumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin dipejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga denganisteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukanriaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermaindengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat danmaafkan semua orang.Biar susah, jangan menyusahkan..

No comments: