16 January 2008

Antibiotik - Kisah Seekor Harimau Yang Kehilangan Taring

Antibiotik - Kisah Seekor Harimau Yang Kehilangan Taring

Assalamualaikum,Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotikmenjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini.Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928(sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 -tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulatdidapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannyadigunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruhdunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria(bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria(bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteriadaripada merebak di dalam badan.Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteriadan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dansakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virusbiasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hariwalaupun tanpa penggunaan antibiotik.Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pundi dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengansendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawalhidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiadaantibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenisvirus. (pandaaaii..... :) )Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyaisakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80%daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virusadalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepadatubuh.Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit sepertiurticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yangteruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesansampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga keyang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan.Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenisantibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakardan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampinganini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badanadalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus,memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidakdapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang bolehmembantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantumanusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baikyang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak dikawasan itu.Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR.Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam.Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah.Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akanbermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.Antibiotik Seperti Harimau Hilang TaringApabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteriayang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebaldan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalanganmanusia yang dekat dan jauh.Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagiberfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotikyang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadilebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakansewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal,antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebihkuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotikyang berkesan terhadap manusia.Kos Perubatan MeningkatSemakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Andayang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang.Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkankepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Inikerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikatfarmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkanantibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan dirisendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikanantibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) diklinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab... a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit. b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik) c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan... d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kalimenceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberiantibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anaktak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapateruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkanalahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati."Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat clicheuntuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.Cara SayaAnda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberiantibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu.Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minumair kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepasseminggu batuk itu akan hilang.Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema,saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mestidihabiskan.Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atauselsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan .Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema.Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi sayaantibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripadaujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kitaini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak bolehmembantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya andamengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan denganantibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demiselangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk,janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapakuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpanuntuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dahmenjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yangpaling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kakipun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelumPerang Dunia Kedua!!

Posted by Dr Azwan at 4:18 PM

No comments: