"Jangan kecewa, jika doa tidak dikabulkan..kerana setiap doa adalah ibadah...dan Allah pasti membalasnya"..dan kena ingat juga kerana " ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang2 kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita "
22 August 2013
14 November 2010
:: Hari Tamat Tadika Anak Sulung, Tadika Sinar Insan ::
Yg dihormati Cik/puan pengerusi majlis, yg dihormati VIP kita..puan latifah, dari persatuan taska selangor, yg dikasihi lagi sayangi..barisan para guru2 tadika sinar insan, yg dihormati lagi disanjungi puan pengetua, teacher sina, yg dihormati barisan para ibu bapa…lagi dikasihi dan diraikan…anak2 kita sekalian, assalamualaikum w.b t
Sebelum saya meneruskan ucapan saya ini…jutaan terima kasih tak terhingga kepada pihak tadika sinar insan memberi peluang kepada saya utk berbicara pada kali ini..
Tuan dan puan yg saya hormati sekalian
Saya rasa saya tidak layak berada disini kerana saya baru aja mempunyai 3 org cahaya mata…yg sulung baru 6 tahun berbanding dgn tuan puan kat bawah sana yg mempunyai anak2 yg sudah berjaya…dan berkerjaya…anyhow…saya teruskan juga ucapan ini…
Tadika sinar insan, mempunyai keunikannya yg tersendiri baik dari segi aktiviti yg banyak, dan guru2 yg bagus…
Yg saya ingat lah antara aktivitinya ada lah seperti berikut, hari sukan , sambutan maulid rasul, sambutan hari raya, rombongan , parents day dan jugak hari konsert spt mlm nie..
dan lagi satu…guru2 di tadika sinar insan ini boleh tahu ibu bapa mana yg tidak pantau homework anak mereka…mcm yg terjadi kepada kawan saya…
di bawah ini ada sedikit saranan kepada pihak tadika..dan saya rasa tak menjadi kerumitan utk dilakukan..buat lah pelan2..
1. pihak tadika disyorkan supaya mengadakan laman web tadika, segala info dan aktiviti boleh dimasukkan disini..ia jugak menjadi rujukan kepada ibu bapa yg baru untuk menghantar anak mereka ke tadika..
2. mengadakan connetion/link/hubungan dengan pihak sekolah, terutama sekolah kuaters klia, sek jijan, sek integrasi dan salak tinggi, ini dapat memudahkan para ibu bapa yg mana anak mereka berusia 5 or 6 tahun untuk mendaftar diri darjah 1 di sekolah tersebut nanti…
para ibu bapa yg berkerja sebagai guru di sekolah terbabit disaran memberi kerjasama dan menghebahkan kepada pihak tadika , seterusnya hebahan ini dapat dipanjangkan kepada para ibu bapa lain….hal ini terjadi jugak kepada salah sorang kawan saya yg anaknya usia 6 tahun…terpaksa7 /8 kali ke sekolah utk daftar anaknya untuk masuk darjah 1.
Dikesempatan ini juga saya nak merakam jutaan terima kasih kepada para guru tadika sinar insan atas didikan mereka, tunjuk ajar, pertolongan mereka dlm menjaga anak2 kita, memantau dan segalanya…saya dah tak berapa nak ingat nama guru2 tersebut, antara yg duk dlm kepala saya lani…adalah..teacher ha, teacher hanim, teacher wa, teacer nurul, teacher ziela, sir azhar, dan teacher sina….segala jasa baik anda dlm mendidik anak2 kami akan tetap terakam di dalam lembaran sejarah kehidupan kami…terima kasih teachers
Jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada penduduk enclave T yg number rumah bermula dari 1T..yg terakhir saya tak ingat…keihlasan anda dlm mengharungi, melalui suasana yg dikelilingi dgn kereta yg keluar masuk utk mengambil anak2 dari tadika, sampai nak main badminton kat tepi jalan pon tak senang…pohon maaf bnyk2 dari kami pihak ibu bapa yg lain…kerana ketenangan anda telah diambil…
Walaubagaimanpon…hanya allah yg dapat membalas jasa baik dan keihlasan tuan puan selagi tuan puas ikhlas dan istiqamah….kalau tak dibalas dengan wang ringgit pon..i’allah ,allah akan gantikan dengan menganugerahkan kepada tuan/puan anak2 yg cemerlang..i’allah…
Tuan-tuan dan puan-puan yg diihormati sekalian...
"Jangan kecewa, jika doa tidak dikabulkan..kerana setiap doa adalah ibadah...dan Allah pasti membalasnya"..dan kena ingat juga kerana " ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang2 kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita "
Oleh itu..berbanyaklah berdoa kepada Allah...i'allah , Allah akan kurniakan kepada kita anak2 yg cemerlang didunia dan akhirat...
sekian terima kasih..
i'allah abid...ayah dan ibu doakan yg terbaik utk abid...dan adek2 abid..
Ya Tuhan..! Terharu sungguh aku di mlm itu..Dlm diam, Kau anugerahkan dia dgn sikap pemalu, berdikari & down to earth..Rupa2nya mlm itu, mlm besar buatnyer! Namun..dia sungguh selamba & bersahaja! Masih pemalu spt dulu!Allhamdulillah, syukur kami pada Mu ya Allah akan anugerahMu ini! Congratulations & keep up the good ...work, Abid Khalis..Biar kita hidup bersederhana, tetapi kaya dgn ilmu, kaya dgn kawan2 & bersikap mulialah walau tiada setanding Nabi..yg penting, tunduklah anakku..tunduk & bersujudlah ke bumi..Sujud pada Allah yg Maha Agung!
kita toksah tunjuk sekarang, kita buktikan bila habis belajar nanti.. , sbb lani abid baru 6 tahun...bnyk perkara,,bnyk ranjau dan onak..bnyk pahit getir yg abid dan adek2 akan hadapi....belajar dan terus belajar...cinta ilmu dunia cinta kan ilmu akhirat...dan berbuat baik lah kepada kedua ibu bapa..
jgn lupa anak2ku..berbuat baiklah kepada umat manusia diluar sana....kerana diluar sana ramai yg memerlukan mu...tugas kamu sekarang...belajar dan terus belajar...
24 May 2010
:: TRIP Abid ke Zoo negara ::
22 April 2010
12 January 2010
15 November 2009
:: Konsert day abid 15112009 ::
ahad..mana lagi...ada konsert day sek anak aku...
majlis bermula jam 9am...tapi jam 8am kami dah sampai...yelah akademi audit negara tak jauh dari rumah kami...
anyway...sepatutnya mak pak datang ler awai...kalau semua dah sampai jam 8am..majlis dah boleh mula awal..tak perlu nak tunggu2 lagi...
tensen gak sebb mak dan bapak lah yg duk ajaq anak2 bagi sampai lewat..nanti ...org chop pulak...
janji melayu...
melayu lagi...
anyway sbb awai pagi..tak ler tensen sangat...bfats kat umah pon dah makan bnyk...
anak aku..abid masuk 4 acara kot...
takisahlah janji berani keluar kat pentas tu..dah kira okay...
ini semua pengalaman...
apa2 pon semua best...bermula dg dgn lagu negara ku...pastu ada iqrar allah yg satu...meremang bulu roma aku...hik..power budak yg lead tadika tu...enam tahun dah pandai..suara pon kuat...
actually, yg ambil acara adalah yg berumur 4, 5 dan 6 tahun....anak aku berumur 5 tahun...
total budak adalah 60 org...ramai tu...
semua best....
makanan yg disediakan pon best...
aku ucapkan Tahniah dan syabas kepada pihak tadika nur iman...teachers2..power hangpa noe...

kad jemputan utk ke majlis tersebut


suasana dlm dewan...kami org yg ke3 kot sampai






























