Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

18 June 2010

:: Al Fatehah..untuk Ust.Hassan Shukri ::


Oleh Azamin Amin

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas.

Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya…disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah…!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Ponorogo sambil menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantap dan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah…” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS…itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu semasa.

“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Kini Hassan masih menyumbang buah fikiran dan pandangannya kepada PAS sebagai Ahli majlis Syura. Beliau juga masih lagi menyampaikan kuliahnya di Sabak Bernam serta memenuhi pelbagai jemputan majlis-majlis agama dan ceramah.

Walaupun usia telah menjangkau 70-an, Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS. Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu terasa begitu singkat, memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan penulis terpegun dan asyik dengan kisah lamanya.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

“Percayalah…sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan…Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

“Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan…,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti
akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.




thanks to

alfatehah utk ust.hassan shukri....jasa dan budi anda tetap terakam dlm lembaran sejarah PAS dan agama islam khususnya...

25 April 2010

:: Selamat Mengundi Parlimen Hulu Selangor ::

DEPA ADA.....@ ....KITA ADA..


KITA PON ada....@ DEPA PON ADA...hik2222


sekitar area umah aku......TAKBIR..ALLAHUAKBAR

14 September 2009

:: kalau tempat depa, buat hari cuti ::

kan aku dah cakap...spr nie.///
kalau tak nak bagi org meluat kat depa..
buat lah pilihanraya and penamaan calon on hari cuti...

kalau kena kat kawasan depa...nak bg tinggi peratus org keluaq mengundi..depa buat on hari cuti..

cuba set utk semua, kalau ada pilihanraya kecik..buat aja hari cuti...default kan hari sabtu or hari jumaat,,,OR AHAD

tak ler org duk tuduh hangpa tu "bias" kat satu parti aja

gentlemen ler sikit...akal kena pakai..jgn letak kat kepala lutut..nanti org cakap kata kita tak cerdik ..kita marah....

so nasehat aku KALAU ADA PILIHANRAYA KECIK..TAK KIRA DIMANA KAWASAN..SAMADA KAWASAN KUAT PEMBANGKAKANG OR KUAT PENYOKONG..BUAT HARI CUTI...
HABIS CITER...

3 OKT - PENAMAAN CALON - SABTU
11 OKT AHAD - PENGUNDIAN

UNDI POS BILA MAHU "TENGOK"..BYK MENANG PUAK HANGPA AJA..HIK22




http://malaysiakini.com/news/112815

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang

Hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan ditetapkan pada 11 Oktober, sementara hari penamaan calon pula jatuhnya pada 3 Oktober ini.

Tarikh itu dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuaratnya hari ini bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi itu di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Seramai 13,664 pemilih layak menentukan calon parti yang bertanding - kemungkinan besar menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PAS - termasuk 4,604 pemilih pos.

13 August 2009

:: yelah ..duk tunggu hangpa keluar doa, alamat beratus lah yg mati dulu ::

////////bukan kiqa terpedaya or tak...duk tunggu hangpa keluaq doa...alamatnya,,,lagi qamailah rakyat malaysia yg akan mati....

kalau doa tu ayat2 quran, sunnah nabi...
tak ada salahnya.....amal ajalah..
yg penting yakin n niat kena betul...

apa kaitan ngan puak2 arqam pulak....

masalah nya...
yg islam tu tak mahu ikut islam....

pakat telan lah padanol tu bnyk22....

kalau kerajaan ada penawar or apa2 pencegahan bagi tahu ajalah...yg duk buat pekak badak dan pekak babi tu apahal....
yelah masa selsema burung dulu, pakat bunuh habis semua ayam ...n segala jenis burung , itik....sampai masa kampong n pelosok kg...
mai selsema babi haram jadah nie...
hangpa buak pekak badak n pekak tuli aja...
bunuhlah semua babi yg ada kat malaysia nie....

hik22...itu kalau aku nak marah...
tak boleh lah...sbb selsema babi nie...dah serang babi...dia dapat perumah baru...iaitu manusia....
so
pihak berwajib ..jalankan tanggunjawap anda dan kami rakyat akan jalankan tanggunjawap kami....

p/s: takkan topeng muka/mulut(mask) tu pun hangpa nak buat bisness kot///
cilakak betui hangpa noe....





http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm



Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung H1N1
13/08/2009 3:05pm


SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan

26 May 2009

:: Sampai bila..kan aku dah habaq lama dah ::

kan aku dah habaq lama dah "puak2 "tu bukan peduli apa dengan masalah rakyat, bnyk komen dan bnyk surat dah aku hantaq komplen bg tahu...haram tak jalan...
biaqpilah sapa pon komplen selagi puak2 yg ada share dlm syarikat keretapi nie, lrt kah, erl kat star, ker putra ker..selagi tak "mampuih" PUAK2 NIE selagi tu lah duk mcm nie...
AKU DOAKAN DEPA NIE AKAN "MELINGKUP" SEMUA DENGAN SHARE2 DEPA TU...
KAN NABI DAH CAKAP...AKHIR ZAMAN NIE..UMAT AKU AKAN DIUJI DENGAN HARTA...SO BERINGATLAH,,,LIGAN HARTA TAK ADA "BATU PERENGGAN OOO"

dari dulu lagi..masa zaman paklah melawat, naik komuter, lani najib pulak naik star..aku rasa tak akan ada perubahan....
ubah pi lah pudu tu ke tasik selatan ker..ke mana2 ker..
selagi tulah....
yg pasti " esok lusa naik lagi tambang bas...or pengangkutan awam, bulan 9 nie naik lagi harga minyak.........




AKU NAK DECLARE KAT SINI....TAK AKAN ADA PERUBAHANNYA UTK PENGANGKUTAN AWAM NIE...YG AKAN ADA PERUBAHAN ADALAH HARGANYA YG AKAN NAIK AJALAHHHHH...KAH....KAHH..KAHHHH...
PADAN MUKA HANGPA..
pangkah lagi..pangkah..jgn tak pangkah....



SAMPAI BILA?















GAMBAR kiri menunjukkan orang ramai membahayakan diri berhimpit-himpit dan berpaut pada pintu komuter di stesen Segambut. Gambar kanan pula memperlihatkan warga kota beratur panjang untuk menaiki bas selepas menggunakan perkhidmatan LRT di Perhentian Bas Stesen LRT, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.
Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?
Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

17 April 2009

:: Aku tak pernah cakap, dan aku tak pernah tulis, tapi BACALAH ::

Laporan dedah kelemahan MB T'ganu

Muda Mohd Noor Apr 17, 09 4:26pm
kemaskini 7.17pm Sepuluh ADUN Barisan Nasional menerima laporan gelagat pentadbiran menteri besar Terengganu - didakwa penuh dengan politik cantas dan kelemahan - yang menjadi asas kemarahan mereka. Mereka memulaukan persidangan DUN pada Selasa dengan alasan nyawa mereka terancam susulan muncul mesej SMS ugutan bunuh - dipercayai berkaitan ura-ura membawa usul tidak percaya terhadap menteri besar itu.

Dalam laporan kepada kira-kira separuh ADUN parti itu, Datuk Ahmad Said didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh yang digantikannya.Mereka yang dipecat termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.

Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi."Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri," laporan itu dipetik.Laporan itu mendakwa, pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.Laporan tanpa tarikh itu - yang diperolehi Malaysiakini hari ini - juga mendakwa Ahmad melantik mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.

Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."

Menteri besar juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008." "Ada di kalangan mereka yang diturunkan (pangkat) jawatan. Tindakan tersebut telah menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap YAB menteri besar," laporan itu dipetik.

Seorang pegawai Ahmad, ketika diminta penjelasan, enggan mengulas tuduhan-tuduhan ini.Dihubungi hari ini, setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah berkata, laporan itu diberikan kepada 12 atau 13 wakil rakyat BN negeri itu di Kuala Lumpur semalam.

"Kami pergi ke Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk memberi penjelasan kepada (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak dan (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai mengapa mereka tidak hadir sidang DUN," katanya.Idris, yang terlibat dalam kumpulan 10 ADUN tersebut, hadir memberikan penjelasan kepada Najib. Ahmad juga dipanggil memberikan taklimat berhubung krisis di negeri itu.

Bagaimanapun, kata ADUN Alor Limbat itu, rombongan ADUN itu tidak dipanggil memberi penjelasan.Laporan tersebut tidak disediakan oleh kelab penyokong BN negeri tetapi dipercayai daripada kajian orang-orang Idris, jelas Alias lagi.Manakala pengerusi kelab itu Datuk Rosol Wahid berkata, laporan itu dibuat untuk membolehkan ADUN mengetahui kelemahan menteri besar."Kelemahan ini yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara dan Umno tidak bersatu," katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkan Najib dan Muhyiddin menerima laporan insiden pemulauan DUN selepas mesej ugutan melalui SMS yang diterima menjelang tengah malam Isnin lalu. Pergeseran antara menteri besar dengan 10 ADUN ini dijangka akan selesai dalam tempoh sebulan lagi.

http://malaysiakini.com/news/102587

//////////////hangpa baca tengok....
aku ulang kat bawah nie..

Menteri besar juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008." "Ada di kalangan mereka yang diturunkan (pangkat) jawatan. Tindakan tersebut telah menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap YAB menteri besar," laporan itu dipetik.

masa MB Nizar buat pertukaran pengarah JAIP, seanterio Malaya hantam Nizar...kata macam2..surat khabaq dan tv yg tiga suku pun berminggu2 hantam Nizar..demonstrasi sana sini...
sampai sultan masuk campur...
lani hangpa tahu ker..mana pengarah JAIP tu pergi.....tukaq jugak akhirnya..

bila berlaku kat "negeri hangpa"
hangpa buat senyap aja...ni yg buat rakyat menyampah kat hangpa nie...

31 March 2009

:: Hik..hik Takut Jugak Noe ::

///takut jugak noe...kalau berani saman aja suratkhabar tu...
pembangkang dah beribu kali malah berjuta kali menghadapi masalah salah lapor oleh pihak media...

tulah aku cakap awai2..toksah duk baca akhbar yg bangang2 nie..baca Mangga aja...kan senang...


Nafi laporan akhbar
KUALA LUMPUR 30 Mac - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau mendakwa bahawa UMNO parti tunggal yang menuntut kemerdekaan negara ini dan menidakkan peranan MCA dan MIC ketika ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-59, Sabtu lalu.
Beliau menjelaskan, apa yang beliau nyatakan ialah UMNO terlibat secara langsung dalam membina beberapa institusi negara termasuk Rukun Negara, transformasi pendidikan dan isu berhubung kait dengan institusi raja.
"Tidak ada sama sekali saya hendak menafikan peranan MCA dan MIC dalam usaha memerdekakan negara. Pihak yang menggembar-gemburkan isu ini dan mengaitkan dengan isu perkauman bersikap tidak adil kepada saya.
"Saya hendak ingatkan semua pihak bahawa sejarah merupakan sejarah, kita tidak boleh ubah sejarah. Kalau dalam sejarah menunjukkan semua kaum terlibat dalam usaha memerdekakan negara, takkanlah saya nak nafi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar berbahasa Cina berhubung ucapan penggulungannya sebagai Naib Presiden UMNO, Sabtu lalu yang kononnya mendakwa UMNO merupakan parti politik tunggal terlibat dalam usaha-usaha memerdekakan negara.
Beliau berkata, ucapan penggulungan beliau diambil di luar konteks oleh media berbahasa Cina.
"Mereka mesti bertanggungjawab dalam membuat laporan, biarlah laporan itu melihat kepada situasi yang sebenar dan tidak memilih satu dua perkataan dan mengaitkannya dengan isu perkauman.
"Menidakkan peranan rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) adalah tidak wajar dan itu bukan merupakan hasrat saya," jelas beliau.
Hishammuddin turut mengingatkan pihak media supaya lebih bertanggungjawab ketika membuat liputan dan tidak mengambil sesuatu di luar konteks.
"Lebih-lebih lagi apabila apa yang saya hujahkan dikaitkan dengan perkauman dan cuba melaga-lagakan saya dengan parti-parti komponen yang merupakan rakan-rakan saya dalam BN.
"Tolong petik kenyataan saya dengan tepat kali ini, jangan tersalah petik buat kali kedua pula," tambahnya.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

26 February 2009

:: Tak ker BANGANG nama nya nie ::

tulah pasal, aku dah cakap awai2...puak2 nie memang jenis "mentekedarah" duit rakyat...

padan muka sapa yg pangkah parti idola hangpa tu...
nie yg aku nak marah nie....
ingat kan kerajaan dah ambil ikhtibar dari perkara yg dah berlaku....

haram tak pon...depa buat pekak badak aja....

naik lagi tol...naiklah harga barang..
naik semua..semua naik.....

tengoklah satu hari...jenayah akan meningkat....n terus meningkat....

nak turun cukup susah...nak naik senyap aja....

turun ciput.....tiket ERL sampai lani...HARAM TAK TURUN....TAPI BILA TARIF ELEKTRIK NAK NAIK...DEPA LER PENAIK DULU...BENGONG....

DLM IPP PON ADA NAMA DEPA JUGAK.....

YELAH...NAMA DEPA PON ADA DLM LIST KONSESI TOL TU..
BUAT APA KERAJAAN BELI SYARIKAT KONSESI TU..
NANTI JADIK HAK KERAJAAN...PASTU ..SUSAH LER NAK MEMBUNCIT PERUT DAN DIBAWAH PERUT TU....


AKU PENGGUNA HWAY PLUS ..UTARA DAN SELATAN...

TIME ORG NAK BALIK KG AJA...JEM GILA BABI..SAMPAI LANI TAK DIATASI PON...

BENGONG..BENGONG..N TERUS LAH MEMBENGONG....

..........

DI SINI..AKU MENGHARAM KAN WALAU SESEN PUN DUIT DARI TITIK PELUH AKU YG DISALAHGUNAKAN...

DAN AKU TAK HALALKAN UTK DUNIA DAN AKHIRAT....DAN AKU DOAKAN AGAR CEPAT MAMPUS KEPADA SESIAPA YG TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN WANG AKU INI...
DAN AKU MENDOAKAN AGAR ANAK CUCU CICIT HANGPA YG TERLIBAT DLM MEMAKAN HASIL TITIK PELUH ORG LAIN DGN CARA YG TIDAK BETUL, AKAN DILUMPUHKAN SELURUH BADAN, DAN DIBINASAKAN DARI BUMI ALLAH INI..

POHON DARI ALLAH, AGAR DOA AKU DIMAKBULKAN...



Kadar tol 5 lebuhraya naik 5 peratus mulai 1 Mac
Feb 26, 09 11:42am
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.
Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu."Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.


http://malaysiakini.com/news/99105

16 February 2009

:: Orang takkan cerita, kalau ini tak benar ::

orang takkan cerita kalau ini tak benar...dan tak perlulah menafikan perkara yg tak benar...
"buat apa menafikan benda yg tak ada" kan gila namanya..." bak kata ustaz ismail kamus dlm ceramahnya "mencari hidayah" kupasan doa qunut...


hik..hikkk...berani buat beranilah tanggung....
bagi yg beragama islam tu...jgn bagi org benci sampai org taknak sembahyang jenazah hang nanti....

" usalli hazal maiyitti, arba a' tak biratul fardhu kifayahti, makmum man lil lah hita'ala...""

walaupun fardhu kifayah..tapi tengok MP bukit Gantang...5000 ke 10000 orang yang datang menziarahinya...tu tanda org kasih dan sayang......

jgn org sembahyang jenazah kita ada 3 org aja...
buat malu aja...lani boleh lah gah..ada jawatan sana sini...lompat sana sini...ada duit sana sini...
tapi hidup tak berkat.....

buat apa kaya..kalau hidup tak berkat..org menyampah tengok ..dan org sumpah sampai ke anak cucu....
..tepuk dada tanya Iman....

pesan ustaz ismail kamus lagi..."biar miskin, janji beriman dari kaya raya, tapi syirik kepada Allah.." mati esok, susah...


di petik dari ....http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=13147#349558


Sungguh Hinanya Mereka

Depa punya kutuk Osman Jailu…punya la teruk. Kalau aku la jadi Osman…ambil passport, cabut pi Papua New Guinea lagi baik. Sejak melompat keluar dari PKR hari tu, tak tau mana Osman pi. Orang lain angkat sumpah, ada yang jadi EXCO..tapi Osman Jailu masuk hospital…cari MC supaya tak payah pi mahkamah.

Kenduri kendara kat Cangkat Jering pun muka dia tak nampak…tak berani nak balik kampong. Hari ni, semua ADUN makan bersama Sultan di istana. Osman Jailu tak dijemput. Nizar dan Ngeh yang dikatakan derhaka pun dijemput dan makan bersama Sultan dalam Istana, tapi katak tiga ekoq tu tak nampak muka. Nak jadi apa? Adik beradik dah tak mengaku sedara, orang kampong dah tak mengaku qariah, orang Umno tak peduli bila depa dah dapat apa yang depa mau, nak jadi apa? Kalau aku la….tak tau la mana nak taruk muka.


Bukan takat Osman…Jamaludin pun macam tu jugak. Hee lagi teruk! Bukan takat dia saja…habis adik beradik, sedara mara dia kena pulau! . Datuk Nasa pun dah menung macam ayam berak kapor. Menyesal tak sudah. Kalau sampai tahap bini dia pun dok maki dia…kalau aku…buat border pass, pi duduk diam-diam kat Betong.

Belah sini tak suka, belah sana buat tak peduli…akhirnya Tuhan nak tunjuk jalan. Semalam, sebelum Anwar Ibrahim bertolak ke Qatar, ada utusan Jamal dan Osman berjumpa Anwar, minta berunding…kot-kot Anwar boleh terima depa balik. Tapi Anwar kata, “hangpa umumkan letak jawatan dulu, baru aku mau jumpa.” Terkedu utusan Jamal dan Osman. Tak tau la..apa keputusan Jamal dan Osman nanti, tapi tak mustahil…depa akan letak jawatan. Depa nak mati kat mana? Sapa nak sembahyang depa?

Datuk Nasa dah bercakap sorang..menyesal kerana dipergunakan untuk kepentingan orang lain.yang untung, Hamidah dan Hamdi. Hamidah ni…ramai wanita Umno tak suka. Dan bila dia jadi EXCO kanan, lagi la orang meluat.


Dan orang yang paling marah ialah Raja Ahmad dan Ahmad Pakeh Adam. Depa dua orang ni la yang banyak memainkan peranan memperdayakan Anwar. Ahmad Pakeh Adam ada bersama Datuk Nasa semasa Datuk Nasa mengumumkan dia masuk kedalam PKR. Dia ni talam dua muka, kat Anwar janji satu macam, kat Umno dia kata satu macam. Bila dia sesak…dia jumpa Anwar dan kata nak masuk PKR, tapi bila dijanjikan macam-macam kalau dapat meruntuhkan PR Perak, dia lompat kesana. Bila tak dapat apa-apa, dia cuba jumpa Anwar balik. Dan Anwar kata..”mampuih pi!” La ni terkatong-katong sorang -sorang. Orang Umno tak suka dia, orang PR lagi la meluat.

Ooops!! Bukan dia sorang-sorang…ada lagi sorang yang nak melompat keluar dari Umno sebab tak dapat-apa-apa.Raja Ahmad merupakan orang yang memujuk Datuk Nasa supaya belot dan lompat balik kedalam Umno. Dia la yang datang berjumpa Datuk Nasa dan bagi tau Raja Muda nak jumpa. Sebaliknya di angkut ke Putrajaya bertemu Najib. Tapi bila senarai EXCO diumumkan, Raja Ahmad melepas. Sebab orang Umno pun tak percaya kat dia! Tu pasai dia marah sangat masa ditemuramah di Astro Awani.

Dua-dua Raja Ahmad dan Ahmad Pakeh Adam menghantar utusan untuk berjumpa dengan kepimpinan PKR Perak untuk berunding. Nasib baik kepimpinan PKR Perak pun ikut macam Anwar…”mampuih pi!”

Mampuih pi la kat depa. Depa punya pasai, semua orang susah. La ni..mampuih pi la kat depa..bagi depa rasa sikit macam mana hidup susah.

Enam orang dah hidup macam kera sumbang, nak keluar tak berani..pi masjid pun takut…nak jadi apa? Letak jawatan la…itu cara yang paling terhormat.

Hee Yit Foong pulak…tunggu masa saja. Mana boleh tahan maa! Dia punya bapak mau beli sayor pun olang tak mau juai! Lu pikir la sendiri. Dia punya culai dekat Beruas pun sudah banyak malah ooo! Dia punya kedai satu olang pun tak masuk ma!!! Ciak beh liao!